dollah yankee |
Posted: 20 Feb 2013 05:29 AM PST Ini lah negara kita Malaysia 'Boleh Land' ... 100 orang yang lengkap bersenjata mendarat langsung tak dapat di kesan, tetapi ... tetapi .., 6 orang yang cuma bawa microphone dengan kamera belum mendarat pun, dari jauh lagi dah dapat tangkap ! Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu. Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat. Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut. Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang. dollah yankee - Apa-apa aje lahhh Hisham oiii... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan