Pahang Daily Online |
- Panas: 'Dr.Fadzilah Kamsah' Akhirnya Memohon Maaf Kepada Semua Yang Tersinggung Oleh Kenyataannya
- PL SuperGel Produk Terbaik Untuk Lelaki Perkasa !!
- Jom Borak Isu Bubar Parlimen Di CMK FM Sekarang!
- Panas: Dua "Blogger Sensasi Pahang" Bergabung Atas Nama "Pro Rakyat" Sertai Pilihan Raya Umum Kali Ini
- Panas: Adnan Yakin BN Sapu Bersih PRU13 Di Pahang
Panas: 'Dr.Fadzilah Kamsah' Akhirnya Memohon Maaf Kepada Semua Yang Tersinggung Oleh Kenyataannya Posted: 22 Feb 2013 01:58 AM PST Susulan tersebarnya artikel panas dan video kenyataan pakar motivasi terkenal Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (foto) baru-baru ini maka seluruh negara kecoh dibuatnya. Malah, artikel Pahang Daily Online (PDO) berkenaan isu itu telah mendapat rating tertinggi sejak blog ini beroperasi. Lebih 50,000 pelawat telah membaca artikel tersebut. Namun atas dasar kemanusian, kami dengan rendah diri akhirnya mengeluarkan semula artikel itu dari blog ini beberapa hari yang lalu. Bagi kami apa yang sudah lepas itu biarlah ia berlalu dan mana yang baik jadikanlah ikhtibar kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya yang berbaur politik selepas ini. Tindakan kami mengeluarkan artikel tersebut tidak disenangi oleh sesetengah pihak sebenarnya. Namun, bagi kami itulah tanggungjawab blog ini. Malah kami juga akan menarik balik penyiaran video kenyataan beliau mulai esok selepas dia mengaku salah dan telah membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya itu. Justeru, di bawah ini kami paparkan kenyataan dariada beliau terhadap kontroversi yang melanda beliau dan keluarganya baru-baru ini. Kenyataan Maaf Dari Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah "Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz &jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya". Mohon Semua Pihak Ampunkan Dosanya Sekeluarga "Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT. Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah. Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain. Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu. Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati. Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga. Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat beri sumbangan kepada rakyat Malaysia". [Dengan penjelasan beliau ini diharap isu ini dapat dihentikan dan semoga Dato' Dr.Fadzilah Kamsah membuat permohonan maaf dengan hati terbuka tanpa ada keraguan. Ramai yang marah bukan kerana diri beliau tetapi kenyataan panas yang dihemburkan sebenarnya. Maka itu, walau pun bergelar pakar motivasi beliau dan yang lainnya harus sedar rakyat melihat apa yang mereka lakukan. Tidak timbul soal mahu menjatuhkan sesiapa, malahan ramai peminat beliau yang juga merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Melihat kepada apa yang berlaku ini, besar kemungkinan besas desus dia akan menjadi calon pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang pasti tidak menjadi kenyataan. Jika tidak, pasti beliau akan mendapat malu apabila menjadi calon kepada mana-mana parti yang telah ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik beliau kembali kepada tugas asalnya sebagai pakar motivasi daripada menimbulkan polimik dan kontroversi akibat berbicara soal politik. Walau pun blogger yang menemubual beliau itu nampak cuba buat provokasi, namun sebagai orang yang berpelajaran dia sepatutnya menolak untuk menjawab soalan seperti itu pada masa-masa yang akan datang. Jika tidak, pasti kontroversi seperti inilah yang akan terjadi nanti]. |
PL SuperGel Produk Terbaik Untuk Lelaki Perkasa !! Posted: 22 Feb 2013 01:38 AM PST Berita baik untuk lelaki Malaysia. Kini muncul prduk hebat PL Supergel Satu cara mudah dan selamat untuk menghentikan Pancutan Pra-matang (premature ejaculation). Anda tidak perlu gunakan pil, alat-alat yang menyakitkan, suntikan dan sebagainya. Apa yang perlu hanya sapuan sahaja tanpa ubatan. Produk ini semakin laris di seluruh dunia sekarang dan ia 100% asli. Hasil segera yang berkekalan selamanya! Ubat tahan lama, PL SUPERGEL™ adalah herba traditional untuk lelaki bagi menghentikan pancutan pra-matang. Herba ini dibuat daripada resepi istimewa yang dikumpulkan dari buku traditional Melayu lama. Kemampuan setiap lelaki untuk BERTAHAN LAMA ketika bersama pasangan masing-masing berbeza mengikut faktor umur, kesihatan, keadaan fizikal serta juga keadaan psikologi atau emosi. Tidak dapat dinafikan kaum lelaki seboleh-bolehnya ingin bertahan selama mungkin ketika ketika mengadakan hubungan seks ataupun sekurang-kurangnya mampu bertahan sehingga pasangannya merasa puas atau orgasme terlebih dulu. Keinginan untuk bertahan lama mungkin boleh dikaitkan dengan faktor keegoan (tidak macho) atau naluri kelelakian. Di samping itu juga, ada di kalangan kaum lelaki menghadapi masalah EJAKULASI PRAMATANG (premature ejaculation). Masalah ini juga dikenali sebagai masalah cepat klimaks atau pancutan mani awal adalah satu isu yang amat menekan kaum lelaki dan juga pasangannya. EJAKULASI PRAMATANG biasanya berlaku kepada mereka yang baru sahaja memulakan hubungan seksual di mana pasangan lelaki tidak dapat mengawal klimaksnya lalu memancutkan mani awal. Dapatkan segera sekarang, produk adalah edaran oleh www.zaibeauty.com. |
Jom Borak Isu Bubar Parlimen Di CMK FM Sekarang! Posted: 21 Feb 2013 07:03 PM PST [Seluruh rakyat Malaysia kini tertumpu kepada pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak tentang pembubaran parlimen. Soalnya, apakah Najib akan membuat pengumuman itu hari ini atau tidak. Jika dilihat kepada tempoh hayat parlimen sekarang ini maka tarikh 22 Februari 2013 dilihat paling sesuai untuk Najib membubarkan parlimen kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya. Tarikh akhir parlimen ialah pada 22 April 2013, makanya jika dilihat kepada tempoh tersebut maka sudah wajar Najib bubarkan parlimen hari ini. Namun segalanya terletak ditangan Perdana Menteri Malaysia itu, sama ada mahu bubarkan atau pun tidak. Ada juga pandangan yang mengatakan Najib mungkin akan lanjutkan tarikh parlimen ke akhir tempoh sebelum membubarkannya. Jika ini berlaku sudah pasti akan mengecewakan sebahagian besar rakyat yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berhadapan dengan sebuah pilihanraya yang paling dasyat di Malaysia kali ini. Berbagai-bagai komentar yang dilihat di laman sembang sosial sekarang ini tentang bubar parlimen, maka itu jangan lupa dengarkan isu ini di Radio Internet CMK FM sekarang. Sila klik di SINI sekarang]. |
Posted: 21 Feb 2013 09:49 AM PST Pilihanraya Umum Ke-13 di Pahang bakal dipanaskan lagi dengan maklumat dua orang blogger sensasi di negeri ini turut dikhabarkan akan menjadi calon kali ini. Paling menarik ialah kedua-dua blogger berkenaan sebelum ini adalah "seteru di media siber". Namun, kini mereka bakal bergabung untuk membawa aspirasi rakyat yang mahukan kumpulan penegur dan pemantau yang berkesan untuk mengimbangi pengaruh politik yang sedia ada sekarang ini. Blogger berkenaan ialah Mohd Shukri Mohd Ramli dan Azam Abd Rahman. Kedua-dua mereka dipercayai telah mengadakan satu pertemuan sulit di Kuantan baru-baru ini yang mungkin menjurus ke arah itu. Mohd Shukri atau lebih dikenali dengan nama Blogger Cucumatkilau (CMK) pernah menjadi calon PRU-12 sebelum ini atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Kemayan di Bera. Sementara itu Azam pula yang dikenali sebagai Blogger Braveheart adalah merupakan bekas pemimpin muda UMNO di Bahagian Jerantut sebelum ini. Azam dilihat blogger yang pro-kerajaan sebelum ini dan Shukri pula blogger yang pro-pembangkang. Maknanya, kedua-dua blogger terbabit adalah seteru dalam persaingan media baru di Pahang selama ini. Sementara itu, Azam dalam satu kenyataannya berkata "Saya dengan CMK sahabat lama bahkan sealiran dalam dunia maya,adakalanya kami berlainan pendapat dan berlainan kecenderungan dalam politik, namun itu tidak memutuskan hubungan persahabatan - generasi baru mesti lebih bijak berpolitik". Sementara itu menurut Shukri, hubungan beliau dengan Azam tetap rapat biar pun mereka berbeza fahaman politik masing-masing. "Sebenarnya kami bukanlah ahli politik, kami hanya membela orang politik, mengangkat orang politik dan menyebarkan maklumat agar orang politik disokong oleh rakyat. Namun, sampai satu tahap apabila kami melihat orang politik lebih berminat main politik dalam politik dan tidak langsung menghargai pengorbanan dan jasa yang kami curahkan selama ini.. maka adalah lebih elok kami cuba membela rakyat menerusi apa yang kami ada. Saya sudah hampir 15 tahun menulis blog dan beribu-ribu artikel telah saya hasilkan selama ini. Orang politik hanya mahu cerita yang baik-baik tentang mereka, tetapi apabila sesekali ditegur mereka melenting dan marah kepada blogger macam kami... Kebajikan kami langsung tidak dibela dan nasib kami bagaikan telur dihujung tanduk, sedangkan nama kami tersohor di alam siber... Lantaran itulah kami akan bergabung atas nama Pro Rakyat sebagai 3rd Force untuk menjadi penegur yang berkesan kepada rakyat. Kami tidak mahu rakyat terus ditipu oleh semua pihak.. mana yang baik untuk rakyat kami sokong.. mana yang menyusahkan rakyat akan kami tentang. Selama ini orang ingat blogger macam kami kaya raya kerana dinaungi orang politik, walhal inilah nasib kami... membela orang politik, tapi diri kami langsung tidak dihargai.. tidak kira orang politik pro kerajaan mahu pun pro pembangkang", kata Shukri. "Saya pernah terjebak dengan politik satu ketika dulu dan menjadi calon, namun apabila saya melihat orang politik sanggup jatuhkan kawan kerana mahu membina pengaruh politik masing-masing ... maka saya akhirnya undur diri dari parti politik. Kini saya bergerak sebagai aktivis bebas yang pro rakyat.. tetap berjuang untuk rakyat walau pun tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik. Saya mengenali Azam ketika kami sama-sama menyerang antara satu sama lain di alam siber. Namun, semua itu adalah perang siber dan kami tidak terbawa-bawa ke alam realiti. Sebab itulah, saya bersedia bergabung tenaga dengan beliau untuk menyertau PRU-13 ini bagi membawa suara rakyat dengan lebih berkesan lagi di Dewan Undangan Negeri Pahang jika rakyat memilih kami. Orang politik menang hanya akan jaga kumpulan masing-masing sahaja. Sedangkan kami mahu menjaga semua rakyat tanpa membe4zakan fahaman politik masing-masing. Itulah yang dituntut oleh Allah sebagai Khalifah di atas muka bumi ini. Kita tidak perlu terbawa-bawa politik didalam kehidupan kita selepas pilihanraya. Banyak benda yang mahu saya perkatakan.. namun tunggu sehingga sidang media yang akan kami adakan tidak lama lagi", tambah blogger terbabit. [Difahamkan, kedua-dua blogger terbabit sudah sepakat akan bertanding di kawasan panas yang menjadi perebutan antara kesemua parti politik yang bertanding kali ini. Malah, kerusi pilihan mereka adalah kerusi yang ditandingi oleh calon bukan Melayu baik di pihak Barisan Nasional (BN) mahu Pakatan Rakyat (PR). Menurut sumber, Blogger Braveheart kemungkinan besar akan bertanding sebagai calon 3rd Force (pro rakyat) di DUN Damak dalam Parlimen Jerantut. Kerusi itu menjadi perebutan antara PKR dan DAP yang akan bertembung dengan MCA. Manakala itu Blogger Cucumatkilau khabarnya akan bertanding sama ada di kerusi DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota) atau DUN Teruntum (Parlimen Kuantan) yang kini menjadi perebutan juga antara PKR dan DAP serta MCA. Kesemua kerusi terbabit adalah kerusi bandar yang menjadi status quo untuk kuota bukan Melayu sejak beberapa tahun yang lalu. Apapun, maklumat lanjut belum diperolehi lagi bagi mengesahkan perkara ini. Jika benar dakwaan ini maka sudah pasti PRU-13 di Pahang kali ini pasti akan meriah lagi dengan kehadiran mereka sebagai calon. Apapun, segalanya amsih lagi menjadi tanda tanya kerana tiada kenyataan rasmi yang dibuat pihak mereka setakat ini]. |
Panas: Adnan Yakin BN Sapu Bersih PRU13 Di Pahang Posted: 21 Feb 2013 08:39 AM PST KUANTAN, 21 Feb - Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kemahuan rakyat negeri ini yang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan DUN di Pahang. Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 DUN. "Kami akan tunaikan kemahuan rakyat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, semalam. Adnan yang juga pengerusi badan perhubungan BN Pahang berkata persiapan jentera BN negeri kini berada pada tahap 100 peratus dan sedia digerakkan pada bila-bila masa. "Kekuatan kami terletak pada keprihatinan wakil rakyat kami yang memberikan perhatian kepada rakyat miskin, warga emas, pelajar dan sebagainya dan dengan Kekuatan yang kami miliki itu jugalah kami mampu sapu bersih kali ini," katanya. Ditanya mengenai pemilihan calon untuk pilihan raya umum kali ini, Adnan berkata setiap rakyat mahukan calon yang boleh menang dan boleh bekerja untuk mereka. Beliau berkata setiap kali pilihan raya umum diadakan, terdapat sehingga 30 peratus calon di negeri ini terdiri daripada muka baru. "Kami ada banyak pilihan calon, cari calon tak susah sebab semua nak jadi calon tapi nak pilih calon yang boleh menang tu yang susah," katanya. Sementara itu, beliau berharap pelajar Polisas memanfaatkan pemberian BB1M dengan membeli buku rujukan dan juga peralatan pembelajaran yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing. - Bernama [Kenyataan Adnan ini pasti mengundang kemarahan kepada para penyokong Pakatan Rakyat di negeri Pahang sebenarnya. Namun, kemungkinan besar MB Pahang itu bercakap demikian kerana melihat kepada sokongan rakyat kini semakin berpihak kepada UMNO BN selepas kerajaan memberikan BRIM 2.0 sekarang. Adnan juga mungkin yakin orang-orang muda mula tertarik untuk menyokong BN kerana dasar transformasi yang diperkenalkan oleh Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sudah mula mendapat perhatian daripada seluruh rakyat. Apapun, Pakatan Rakyat menjangkakan banyak kerusi DUN akan berjaya mereka takluki berdasarkan kepada sokongan masyarakat bukan Melayu yang semakin membuak-buak kepada mereka sekarang. Malah, khabarnya lebih dari separuh kerusi DUN akan dirampas pada PRU kali ini. Apapun, kini segalanya terletak kepada seluruh rakyat Pahang untuk tentukannya sekarang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan