Jumaat, 22 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenyataan Media Dr. Fadzilah Kamsah mengenai isu rakaman video beliau kritik cara PAS berdoa..

Posted: 22 Feb 2013 03:03 AM PST


Berikut adalah kenyataan media dari Pakar Motivasi negara, Dr. Fazillah Kamsah mengenai video yang tersebar di YouTube baru-baru ini yang telah mengundang kritikan dan kutukan banyak pihak.

Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau.

Tak patut rasanya diheret sama kaum keluarganya untuk diaibkan..

Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya.

Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya..

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-


Fikir-fikirkan...

Terdesak punya pasal.. Pertandingan Pantun Sekolah Rendah pun UMNO politikkan..

Posted: 22 Feb 2013 01:20 AM PST

Kalau sebelum ini korang dah baca bagaimana UMNO menganggap wang milik Kerajaan Malaysia yang dikutip dari pembayar cukai tanpa mengira pegangan politik sebagai milik mereka.

Dimana pencacai-pencacai mereka di Bachok, Kelantan dilaporkan telah memaksa penerima - penerima wang BR1M mengangkat sumpah untuk menyokong UMNO/BN dalam Pilihanraya ke 13 nanti..

Ini satu lagi pendedahan yang menyerlahkan betapa terdesaknya UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka..

Dalam hal ini pencacai UMNO/BN telah mempolitikkan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah Rendah di Negeri Johor.

Dimana para peserta pertandingan tersebut telah dibekalkan dengan teks yang disediakan oleh pencacai UMNO/BN untuk dibaca oleh peserta yang terdiri dari pelajar Sekolah Rendah..

Sambil berpantun dan bercerita mengenai kisah Nabi, diselit pula agenda Barisan Nasional iaitu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat..


Laporan UMNO paksa orang angkat sumpah tu sila baca di ( SINI )

Penerima BR1M dipaksa angkat sumpah sokong UMNO/BN pada PRU nanti..

Posted: 21 Feb 2013 10:52 PM PST

Ahad lalu, Blog Cenangau ada menyiarkan sebuah kisah sedih seorang waris yang mengalami berbagai penghinaan tatkala beliau mahu mendapatkan BR1M bagi pihak bapanya..

Meskipun telah diberikan kebenaran pada awalnya untuk mengambilnya bagi pihak bapanya yang lumpuh dan sakit, namun bila beliau sampai ke kaunter yang dijaga oleh seorang ahli UMNO beliau tidak dibenarkan untuk mengambilnya bagi pihak bapanya.

Lebih malang lagi baginya bilamana Pegawai Bank yang bersama mengagihkan BR1M tersebut turut mengherdiknya mengatakan peraturan telah ditetapkan, walaubagaimana sekalipun bapanya perlu hadir juga ke dewan tersebut..

Biarpun beliau menerangkan kesusahan hidupnya kepada pegawai Bank itu, ini jawapannya yang diterimanya.."pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan..."

Cerita sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Itulah lumrah kehidupan.. yang kaya dipandang mulia, yang miskin dihina..

Ini pula satu lagi kisah mengenai BR1M, ianya bukanlah kisah sedih tetapi mengenai bagaimana pihak UMNO/BN menggunakan wang milik Kerajaan yang disalurkan bagi membantu rakyat Malaysia yang susah hidupnya lantaran kegagalan UMNO/BN membantu meningkatkan taraf hidup rakyat biarpun telah memerintah lebih dari 55 tahun seolah-olah ianya milik UMNO..

Kisahnya berlaku di Bachok, Kelantan..

Di sana para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bachok, Kelantan dikatakan dikehendaki mengangkat sumpah untuk mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Para penerima dikehendaki mengangkat sumpah akur janji seperti yang dinyatakan pada gambar di bawah..

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/382277_620969111253429_1731910109_n.jpg
Gambar dari KerabuBersuara
 Terdesak betul UMNO/BN kali ini...

Pencacai - pencacai UMNO sedar jua akhirnya...

Posted: 21 Feb 2013 07:04 PM PST


Mungkin agak terlewat tapi masih belum terlambat bagi mereka untuk menyedari ketidak adilan yang ujud dalam UMNO/BN...

Akhirnya penyokong-penyokong UMNO di Kampung Redang, Kampung Juaseh dan juga Kampung Sawah menyedari bahawa pengagihan Lembu telah dilakukan secara tidak adil...


Mana nak adilnya kalau yang menternak diberikan seekor dua, tetapi yang tak pernah terlibat dengan penternakan Lembu diberikan RM250Juta...

Nampaknya skandal lembu NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Jalil dan sekeluarga masih membara dan sukar untuk dilupakan begitu saja oleh rakyat.

Isu ini bakl menjadi beban dan liabiliti untuk Najib Razak dalam berdepan dengan rakyat sebaik saja parlimen dibubarkan.

Isu ini rupa-rupanya amat dekat dan tepahat kekal dalam jiwa rakyat terutamanya diluar bandar. Mereka merasakan hak mereka telah dirampas dan dirembat secara zalim dan jahat oleh para pemimpin UMNO.

Sudah pasti kesannya ialah dipeti undi nanti ~ OmakKau!!

Tiada ulasan: