Jumaat, 22 Februari 2013

.

.


Ridhuan Tee Terlepas Jadi Calon?

Posted: 22 Feb 2013 02:01 AM PST

ANALISA ISU                                                                                                                 

Perkembangan yang melingkungi pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), keturunan Cina Ridhuan Tee Abdullah menjadikan satu-satunya orang Cina bersemangat lebih Melayu dari Melayu itu mungkin terlepas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tee Chuan Seng
Ridhuan adalah antara beberapa orang berkeperibadian ustaz (Islamis) yang akan diturunkan oleh Umno dalam pilihan raya akan datang bagi mencerminkan parti nasionalis itu adalah sebuah parti memperjuangkan Islam.

Saya mendengar cadangan ini sejak tahun lepas lagi di mana mediator rancangan televisyen bercorak agama ini diturunkan sebagai calon dalam kategori sebagai winnable candidate. Ridhuan atau nama sebenarnya Tee Chuan Seng beranak lima juga sudah maklum akan kedudukan dirinya itu.
 
Nama-nama lan yang turut dikenal pasti oleh Umno akan diturunkan sebagai calon winnable candidate dari 'ranggas' ulamak bersama beliau ialah, Fatul Bahari Mat Jahya, (yang baru-baru kahwin dengan gadis Filipina), Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis), Harusani Zakari mufti Perak dan lain-lain.


Umno dikatakan sangat berkehendak tokoh-tokoh atau orang ini sebagai calon mereka, di samping ingin menggambarkan parti itu 'kuat' Islam ia juga parti beranggaskan Melayu.

Satu ketika saya mendengar nama Riduhuan sudah hampir disenaraikan sebagai calon, cuma kedudukan kerusi saja yang masih menjadi teka teki. Ada sumber menyebut beliau akan diletak bertanding di Pulau Pinang kawasan popular ialah Permatang Pauh untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun dengan perkembangan terbaru ini yang timbul ekoran tulisannya berjudul; Kesabaran Islam Ada Hadnya - yang disirkan dalam akhbar Sinar Harian dikatakan menghina kaum India menyebabkan peluangnya untuk menjadi calon difikir semula oleh Umno.

Tulisan Ridhuan itu dianggap sebagai menghina komuniti India di negara ini menyebabkan beberapa pemimpin MIC termasuk anak bekas presiden MIC, S Samy Vellu, S. Vell Paari dan juga setiausaha pemuda MIC kebangsaan S Sivarrajh membantah penulisan nberkenaan.

Antara beberapa petika tulisan Ridhuan yang menimbulkan kemarahan itu ialah beliau menyoalkan;  apakah mereka (India) akan menjaga dan menghormati sensitivi agama Islam dan dijawab dengan mengatakan kontroversi filem Vishwaroopam jelas menunjukkan mereka langsung tidak sensitif  terhadap agama rasmi negara ini.

Lantara itu Ridhuan mencadangkan supaya dalam pilihan raya ke-13, jika mahukan sangat orang India bertanding di kawasan majoriti Melayu, carilah India Muslim seperti KIMMA dan MIM, tetapi bukan mereka nyang tidak Islam (MIC).

Selain itu Ridhuan juga menulis mereka (India) mendesak diberikan tambahan kerusi. Desakan ini ditemplak oleh Ridhuan kalau (India) benar-benar ikhlas pergillah menawarkan diri bertanding di kawasan majoriti ulta 'kiasu' (Cina).

Kata Ridhuan; apa yang saya lihat, kita sudah memberi segala-galanya bagi menagih simpati dan undi. Negara ini tidak ada lagi identiti. Agenda Islam dan Melayu entah ke mana.  Perkataan "kita" diguna pakai Ridhuan menunjuk seolah-olah beliau juga Melayu dan lupa darah cair Cina dalam tubuhnya.

Apa yang mungkin paling dimarahi India ialah apabila Ridhuan mempertikaikan keistimewaan yang diperolehi India selepas pilihan raya 12. 

Katanya, "tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni,"Kenyataan ini sangat menyengat orang India - Hindu.

Tidak cukup itu bakal calon Umno itu juga mengimbau mengenai suasana perayaan Thaipusam yang tidak menyenangkan. Katanya; "Seminggu sebelum [Thaipusam], seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini."
 
Reaksi komuniti India paling lantang ialah dari S Vell Paari yang memberi kata dua sekiranya tindakan tidak diambil ke atas Ridhuan beliau akan menggunakan kuasa dan saluran yang ada - parti MIC untuk mengarahkan pengundi India agar tidak mengundi calon BN.

Dalam perkembangan lain surat akhbar Sinar Harian, yang menyiarkan tulisan Ridhuan itu telah memohon maaf atas penyiaran rencana berkenaan. Ketua pengarangnya Abdul Jalil Ali membuat permohonan maaf itu dihadapan sekumpulan komuniti India yang menunjuk perasaan di ibu pejabat akhbar berkenaan hari ini.

Keberanian dan sikap sarkastik Ridhuan itu telah menjejaskan peluang untuk terjun dalam arena politik seperti mana diharapkan. Sudah pasti Umno terpaksa memikir semula untuk mengambil Ridhuan sebagai calon dari ranggas ulamak. [wm.kl.5:18 pm 22/02/13]

Media PB Terus Burukkan Imej Nik Aziz

Posted: 21 Feb 2013 05:22 PM PST

BICARA JUMAAT                                                                                                                   

Usaha untuk memerangkap Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat agar kelihatan buruk dan kontras dengan syaksiahnya sebagai seorang ulamak dan menteri besar terus dimainkan oleh media massa penjilat buntut. Media massa ini yakin dengan cara itu saja imej dan wibawa Nik Aziz akan hancur dan akhirnya rakyat akan membenci beliau seterusnya memberi undi kepada UBN.

Tokguru Nik Aziz semasa dalam masjid Haram.
Kesanggupan melakukan manipulasi ini adalah gambaran keterdesakan yang amat sangat di pihak musuh politiknya UBN sehinggakan sanggup melakukan apa saja cara tanpa lagi mengira dosa dan pahala.

Media massa PB ini akan mengintai dari segenap sudut dan 'jerun' mana untuk melihat kesalahan Nik Aziz. Semua sunnah Nik Aziz akan dipersalahkan. Dari cakap-cakapnya, cara berjalannya, batuknya hatta cara dia memutar serban juga diintai dan ditilik. Kalau boleh cara Nik Aziz tidur bersama isterinya juga akan dipersoalkan.


Nasib baik media massa PB ini tidak arif dengan kaedah-kaedah mengikat serban, kalau tidak mereka akan pertikaikan dan cuba mempengaruhi orang ramai yang cara ikatan serban Nik Aziz adalah syirik atau bidaah. Tentu mereka akan membanding di antara serban Nik Aziz dengan serban Abdullah Samah yang dianggap lebih hampir dengan serban Rasulullah dan para sahabat.

Terbaru media massa PB ini cuba menghina atau pun memburukkan MB itu kononnya belau telah menghina penerima wang BR1M sebanyak RM500.00 sebagai haiwan. Media cuba memberi konotasi buruk kepada Nik Aziz dengan 'meroyak' Nik Aziz menganggap penerima BR1M itu sebagai lenbu kerbau dan ayam itik.

Media cuba membesarkan cerita itu dengan menangkap ungkapan Nik Aziz yang mungkin berbunyi begini; "cara Umno hendak dapatkan pengundi samalah dengan cara orang yang hendak menangkap ayam dan itik ditabur hampas nyiur atau pun nak jinakkan lembu dengan diberikan jerami atau rumput." Mungkin itu maksud atau anologi sebenar tokguru. Anologi itu disalah faham atau sengaja disalah faham oleh media kemudian ditelan bulat-bulat macam makan kueh "kekah car" oleh sesetengah orang Umno yang memang tidak ada modal untuk merebahkan Nik Aziz.

Anologi atau mantik berkenaan tidak difahami oleh wartawan media PB atau sengaja memutar-belitkan maksud Nik Aziz itu tujuan untuk menghuduhkannya. Tidak mungkin sebagai seorang ulamak, yang mana syaksiahnya kita sendiri dapat melihat beliau tergamak mengatakan penerima BR1M sebagai haiwan atau binatang. Selalu yang didengar Nik Aziz memberi galakan terimalah apa saja pemberiaan kerajaan kerana itu hak rakyat atau duit rakyat.

Adalah silap kalau media PB dan Umno kalau hendak jatuhkan Nik Aziz dengan memainkan isu-isu itu atau mengambil peribadi beliau sebagai senjata. Seorang yang jujur dan ikhlas seperti beliau bukan begitu caranya untuk dijatuhkan. Kalau benar hendak menjatuhkannya pemimpin Umno harus menunjukkan kejujuran dan keikhlasan serta akhak lebih baik dari Nik Aziz. Umno Kelantan perlu mendiakan agar Allah memberikan seorang pemimpin yang sebaik Nik Aziz.

Mengenai pemburukaan tadi, Nik Aziz masih sihat dan dapat menilai di antara baik dan buruknya. Orang yang jauh darinya tidak akan nampak akan keindahan dan kehalusan budi pekertinya. Samalah dengan mereka yang di dalam hatinya ada hasad dengki dan khianti tetap tidak nampak akan budi pekerti berkenaan. Sebalik orang yang dekat dan hidup di bawah naungan bayangan ketakwaannya akan mengetahui akan betapa mulianya beliau.

Ini bukan pemujaan tetapi raliti. Hampiri dan kenalinya dirinya. Hiduplah bersama beliau di dalam keadaan bagaimana sekalipun akan merasai keteduhan hati dan jiwanya. Aura dirinya sebagai ulamak akan dapat dirasai, kecualilah diri kita sudah dilingkungi hantu dan syaitan dikenali, susahlah sikit Insya-Allah sikap prejudis dan kebencian kepada beliau akan luput dan hilang apabila anda solat berjemaah dengannya, tidak payah banyak cukup untuk tiga waktu saja.

Di depan mata saya sendiri semasa di Kuching, Sarawak bagaimana seorang India begitu gembira dan bangga kerana dapat bersalam dengan Nik Aziz dan mencium tangan tokguru itu. Betapa India itu seakan mahu melompat kerana dia berkesempatan bersalaman dengan togkuru secara kebetulan. "Oh tokguru Nik Aziz, saya dapat bersalam, saya dapat bersalam," kata India itu seakan mahu menggelepar kerana keseronokan.

Ini adalah gambaran bagaimana tanggapan seorang insan yang berbeza agama dan bangsa yang diberikan mata batin dapat merasai kehebatan Nik Aziz.

Sering berlaku salah tafsir dan salah petik terhadap kata-kata Nik Aziz oleh wartwan. Apakah bila ini berlaku yang salahnya Nik Aziz? Bukan! Yang salah dan akan berdosa ialah wartawan berkenaan. Saya yakin wartawan yang mendengar kata-kata Nik Aziz itu memahami apa maksud sebenarnya. Atau kalau dia tidak faham 'loghat' Kelantan, tetapi nilai budi dan ilmu yang ada di dalam diri wartawan itu dapat mentafsir dengan sebetulnya.  Namun kerana awal-awal lagi ia berniat jahat maka segala kebaikan dan ilmu yang ada padanya tidak terpakai lagi.

Tuduhan mengatakan Nik Aziz menganggap penerima BR1M itu sebagai haiwan samalah dengan salah faham yang sengaja dilakukan terhadap kata-katanya sebelum ini seperti, Tuhan pun mencarut, Nabi Muhammad sama seperti budak kampung dan sebagainya. Perkara itu diputar-belitkan bagi menggambarkan Nik Aziz jahil dan jahat. Jahilkah beliau?

Kalau kita sudah masak dengan kerja media massa PB ini apa yang diecerkan itu tidak menghairankan lagi kerana kerjanya memang begitu. Mereka dilatih dan disuruh seperti Herda. Di sinilah silap dan berdosanya wartawan. Mereka tidak patut menulis sesuatu yang boleh mencemarkan individu agama dan agama mereka. Mereka patut memberi gambaran yang sebenarnya mengikut syaksiah individu yang ditulis itu. Di sinilah keperluan Tuhan memberi akal akal untuk berfikir bukannya dijadikan akal sebagai pahat pengukir.

Mengenai tokguru ini walaupun beliau kelihatan simple tetapi bukan mudah untu memahami simbol-simbol atau bunga-bunga percakapannya yang penuh dengan erti dan kesimpulan tersirat. Beliau tidak menyatakan sesuatu secara direct tetapi suka berkias dan kiasan inilah kadang kala disalah mengertikan sehingga kemudian dijadikan isu atau secara tidak langsung membawa orang memetik kata-katanya jatuh ke lembah dosa.

Sembahlah apa saja bukti mengenai keburukan beliau seperti dituduh itu saya tidak percaya kerana saya mengenali hati budi Nik Aziz dan dia adalah seorang pemimpin yang mulia. Kemuliaaan ini terserlah apabila manusia diberi hati yang jernih dan jiwa yang tenang oleh Allah saja yang dapat merasai akan kemuliaan itu. Atau paling afdal anda boleh menjalani ujikaji sendiri untuk mengetahui hakikat yang disebutkan ini. Saya sendiri sudah melakukannya...

Bagi saya dia adalah sepohon pokok yang rendang yang memberi teduh kepada semua orang. Dia adalah sebatang kali yang airnya jernih dapat menghilangkan haus semua orang. Dia juga mentari yang memberi cahaya baru kepada semua orang berwasilah dari agama diyakininya. Dan dia adalah juga bulan yang menerbitkan cahaya di malam gelap untuk melepasi manusia dari kekusutan fikir ke alam benar. [wm.kl.8:53 am 22/02/13]

Tiada ulasan: