Muslimeen United |
- TRELER JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN SUDAH DILANCARKAN DENGAN RASMINYA....
- Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani!
- 1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi
- [BERGAMBAR] Tiada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula
- Pakatan Harapan Rakyat jadi tema PR
- Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM
- PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MC
TRELER JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN SUDAH DILANCARKAN DENGAN RASMINYA.... Posted: 21 Feb 2013 12:07 AM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||
Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani! Posted: 21 Feb 2013 12:05 AM PST Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad. "Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman," kata Rafizi. Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. "Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada 'orang lain' yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd. "Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit. "Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi," kata Rafizi. Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). | ||||||||||||||||||||||||||||||
1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi Posted: 21 Feb 2013 12:04 AM PST (Gambar yang disebarkan dalam internet) KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam. Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim. Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan. "Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah. "Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa. Simbol 1Malaysia? Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia. Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009. Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib. Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. "Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun. "Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA. -Hrkh | ||||||||||||||||||||||||||||||
[BERGAMBAR] Tiada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula Posted: 20 Feb 2013 04:36 PM PST Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini. Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009. Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial. -mk
Gambar Mangsa Yang Cedera Semasa Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh Tengahari Tadi Di Bawa Keluar Rakan-Rakannya Dan Dikejarkan Ke Hospital. Bumbung Runtuh Sekali Lagi Ketika Kerja-Kerja Naiktaraf Sedang Dilakukan. foto ehsan: fb kamiboikotbuletinutamatv3 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pakatan Harapan Rakyat jadi tema PR Posted: 20 Feb 2013 04:35 PM PST (Gambar konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini) KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini. Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini. Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut. Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP. Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera. Berikut adalah jadual penuh konvensyen ini. -Hrkh
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM Posted: 20 Feb 2013 04:34 PM PST Universiti Malaya dalam Sejarah. Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi. Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13" Sempat beliau beritahu hadirin: "Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting. Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita, Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain. Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan. -kachipemas | ||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MC Posted: 20 Feb 2013 04:34 PM PST MCA tidak mencalonkan bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan, walaupun beliau dianggap berpeluang mempertahankan kerusi tersebut.Sebaliknya, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberitahu pemberita malam tadi bahawa MCA Bahagian Pandan telah mencalonkan muka baru Gary Lim, seorang peguam berusia 39 tahun. Menurutnya, jawatankuasa pusat parti itu bergantung kepada pandangan bahagian dalam pemilihan calon, walaupun kata putusnya adalah di tangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Beliau tidak disokong oleh bahagian (MCA Pandan). Mungkin kerana beliau tidak bekerja dengan baik dengan (mereka). Mungkin mereka merasakan bahawa selepas sekian lama, perlu ada pertukaran. "Ini pun yang anda cakap. Malaysiakini kata PM harus membariskan muka-muka baru. Itulah apa yang pembangkang kata, tetapi pembangkang mencalonkan mereka yang berusia 81, 71 (dan 73)," kata Chua, merujuk kepada beberapa pemimpin tertinggi pembangkang. Chua berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Pandanmalam tadi. Ong tidak kelihatan di majlis tersebut. 'Calon mampu menang' Ditanya sama ada peluang MCA akan terjejas sekiranya Ong bertanding sebagai calon bebas, Chua menjawab ia akan menguntungkan BN kerana undi pembangkang akan berpecah. Katanya, 'calon mampu menang' adalah seseorang yang mendapat sokongan MCA, parti-parti komponen BN serta NGO. Ong telah meiwakili Pandan selama lima penggal dan adalah antara 15 ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada tahun 2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal separuh. Beliau juga merupakan calon MCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor. Ong dilihat sebagai salah seorang pemimpin BN yang lebih berwibawa, dan diingati kerana memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang dan dijangka mampu mengekalkan kerusi tersebut. Selepas pilihan raya umum 2008, beliau dipilih sebagai presiden MCA, tetapi tewas kepada Chua 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam parti itu. Sejak itu, Ong beroperasi kebanyakannya di luar rangka kerja MCA dan BN. Lamanwebnya juga tidak memaparkan logo MCA mahupun BN. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan