SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 21 Feb 2013 02:05 AM PST Politik mengatur kuasa dan wang. Ada kuasa boleh bikin wang. Ada wang boleh kekalkan kuasa. Semuanya berkait dan bergantung antara satu sama lain. BN bekerja keras mempertahankan kuasa. Yang takut bukan sahaja orang politik yang bakal kehilangan kuasa tetapi sekali gus golongan korporat/kapitalis yang mendapat anugerah projek dari empunya kuasa. Tidak hairanlah golongan korporat akan menaja apa sahaja kepada pihak berkuasa untuk mempertahankan kuasa. Jika golongan sekular atau jelasnya BN disokong oleh pihak korporat tidaklah hairan tetapi dalam masa yang sama puak korporat juga akan menaja dan membela golongan Islam yang berkuasa atau yang bakal dapat kuasa. Jika kita mendengar cerita sang ulama atau lebih elok dikatakan sang ustaz dalam Pas mendapat tajaan dan belaan dari tauke korporat janganlah terperanjat dan terkejut. Sang ustaz menerima sumbangan/tajaan tanpa mengetahui niat sebenar puak korporat tetapi secara tidak sedar mereka akan akur dengan permintaan atau strategi sang korporat. Jika dibelakang kumpulan UG dalam Pas adalah golongan korporat janganlah terasa pelik. Jika sang ustaz sanggup mempelawa Ku Li sebagai PM dan bukannya Anwar, mesti ada agenda sang korporat yang berpengaruh merosakkan sang ustaz tersebut. Perhatikan cara hidup sang ustaz yang ditaja itu. Perhatikanlah!!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan