Khamis, 21 Februari 2013

Addin

Addin


Terbaru!! Najib Bubar Parlimen Jumaat Atau Isnin Ini

Posted: 21 Feb 2013 08:08 AM PST

 Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat. Ini sama seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.

Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan esok, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini. Apakah yang membuatkan Najib memilih tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yag tahu.

Tetapi, pada hari Selasa, 26 Februari, Najib akan mengumumkan Manifesto BN kepada rakyat. Kata MP itu, maklumat ini diberitahu sendiri oleh seorang menteri kabinet sebentar tadi kepada beliau. Apa macam? Are you ready for PRU13? Are you ready to Putrajaya? ~sanggah tok sago



Iklan C (ii)







Wajah-Wajah Samseng Umno Pekan Belasah Mahasiswa Sudah Di Kenalpasti.. Saksikanlah!!

Posted: 21 Feb 2013 06:08 AM PST


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan.

Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis.

Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar)

Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu.

"GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha.

Mengulas lanjut, Syis berkata, pihaknya berani menggelarkan individu yang melakukan serangan sebagai samseng Umno kerana mereka nampak individu-individu tersebut keluar dari Bangunan Umno Bahagian di Pekan.

"Mungkin yang lakukan itu penduduk tempatan. Tapi sewaktu mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, sambutan mereka baik.

"Cuma di bandar Pekan, kami yakin orang yang memaki hamun dan menghalau kami itu orang Umno kerana kami nampak mereka keluar dari Bangunan Umno berhampiran," katanya.

Turut hadir ialah seorang aktiivis yang diserang, Ekhsan Bukhari yang merupakan bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Presiden Pro Mahasisawa UM, Edikop Lakip Sadiyanto. ~mkini



Iklan C (ii)







Berita Panas Ni Di Jamin Tak Masuk Utusan Dan TV3..

Posted: 21 Feb 2013 03:24 AM PST


Manusia mana kat dunia ni yang tak boleh dikritik..dikomen...atau ditegur...melainkan para nabi dan rasul...kerana mereka dah terserlah dengan sifat maksum dari segala dosa dan kesilapan...tapi kalau dah kita sama-sama manusia marhein biasa ni...yang imannya pun macam roda..

hari ni kat atas..hari esok kat bawah...malam ni kuat..bangun tahajud...lepas tu sebulan tidoq berdengkuq..subuh pun jadi subuh gajah...

memang sure...jelas tanpa disuluh-suluh tentunya ada kesilapan dan boleh ditegur...

He.heh...dalam PAS pulak..tegur menegur..itu tandanya kita semua pakat sayang menyayangi antara satu sama lain..

matlamatnya nak tengok semuanya jadi elok...dan sikap PAS sendiri juga terbuka..dan menerima pandangan membina dari ahli-ahli untuk memantapkan jemaah...sikap sayangnya ahli kepada parti memang menjadi budaya sihat dalam PAS..

cuma mungkin cara mengkritik atau memberi pandangan tu..agak berbeza,,,,ada yang cara hikmah..lembut...ada yang berterus terang..dan ada juga yang macam panglima perang...tapi tujuannya tetap sama..

Tapi mai kita tengok pula..apa yang jadi kat UMNO...Tukuk Besi nak kongsi dengan semua...kes tembok dinding di pejabat UMNO Bahagian Jerlun dirobohkan oleh ahli UMNO sendiri...

Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Dato'Abu Hassan bagi statement kat media..anggap runtuhan berkenaan satu pencerobohan.

Sementara itu, bekas ketua UMNO Bahagian Jerlun, Abdul Rahman Ariffin yang dipertanggungjawabkan dalam hal pencerobohan itu..menempelak Abu Hassan, katanya apa hak UMNO nak tahan perbuatannya.

Bangunan tu bukan milik persendirian dan UMNO bukan satu badan kerajaan yang perlu pergerakan secara rasmi.

Baginya suka hatinyalah nak renovate ke..nak ubah suai ke...lagi pun katanya Abu Hassan dok sembang deras sangat pasai apa...bangunan tu dah lima tahun tak digunakan.

Tetapi lain pula kata Abu Hassan k, dia menyifatkan tindakan Abdul Rahman adalah perbuatan khianat dan boleh disifatkan bertujuan merosakkan harta benda parti. Abu Hassan tak mau bincang apa-apa lagi dan beliau nak buat laporan polis saja...

Bagi Abdul Rahman pula, katanya tindakan Abu Hassan mencerminkan beliau tidak akur dan tidak patuh pada 7 amanat Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Baginya kenapa sampai nak buat laporan polis, sepatutnya bincanglah dulu.

Heheheh..Tukul Besi cuma nak tumpang gelak...UMNO bercakaq sampai roboh markas..roboh pejabat depa...tak segan silu...buat report polis..dalam hati masing-masing kata 'padan muka'.

Masing-masing ada agenda sendiri...masing-masing nak tunjuk kuasa sendiri...last-last tembok bangunan jadi mangsa..

Sorang nak kekal kuasa..sorang lagi nak balas dendam..heheheh..eloklah tu..tapi yang hairannya Utusan Meloya..Berita Hairan..TV3 suku..RTM sasau...tak pun buat liputan meluas pasai kes ni....

Tapi kalau sikit saja berlaku percaturan atau perselisihan faham sesama ahli atau pemimpin dalam PAS...woooo..wooii..5 hari 5 malam dok ulang tayang ceritu tu..saja..sampai budak umuq 5 tahun pun..boleh tau..

apa sat lagi berita yang nak keluar dalam TV. Surat khabaq pun...lebihkan page...tambah menambah..edit mengedit....tak cukup satu muka..5-6 muka dia bagi ruang....

walhalnya kalau sesama pemimpin pas berbeza pendapat dan pandangan pun..tak siapa pun yang pi roboh markas..bakaq markas...katuk dinding markas...katuk cermin markas....

Heeeiiii...lihatlah bezanya UMNO dengan PAS..betapa teruknya UMNO nie........tak dapat dinafikan lagi....

Tukul Besi...nak tungguh depa pi roboh rumah Najib pulak...heheheh...


~tukul besi





Iklan C (ii)






Arkitek Terkemuka Bidas Kerajaan Terengganu

Posted: 20 Feb 2013 10:28 PM PST


KUALA NERUS – Arkitek terkemuka, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah membidas kerajaan negeri yang didakwa lewat bertindak membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini, hingga mengakibatkan kejadian bumbung runtuh berulang lagi semalam.

Beliau menyifatkan kejadian yang berlaku yang mengakibatkan tiga pekerja kontrak warga tempatan cedera itu sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan di samping kerajaan negeri tidak mengambil iktibar daripada tragedi pertama yang berlaku Jun 2009.

Raja Kamarul Bahrin, salah seorang arkitek perunding yang dilantik dalam pembinaan bumbung stadium yang bernilai RM295 juta itu pernah mengemukakan cadangan bertulis kepada kerajaan negeri supaya segera menanggalkan struktur bumbung yang tidak runtuh kerana dipercayai tidak lagi selamat untuk digunakan.

"Selepas runtuhan pertama di bahagian tempat duduk tetamu kenamaan sebelum ini (2 Jun 2009) saya mencadangkan secara bertulis kepada kerajaan supaya bumbung yang tidak runtuh diturunkan segera kerana yang buat bumbung adalah kontraktor yang sama, pereka yang sama dan pekerja yang sama.

"Jadi kalau yang itu (bumbung) bermasalah (sebelum runtuh), yang ini (selepas runtuh) juga bermasalah, tunggu masa saja. Soalnya apabila kita beri cadangan, kenapa perlu tunggu sampai tiga tahun? Syukur tiada yang meninggal, tapi kita tidak ambil iktibar lagi," katanya ketika melawat stadium berkenaan semalam.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menampilkan pereka bumbung stadium berkenaan yang berasal dari Korea Selatan kerana sehingga kini, identiti individu berkenaan tidak jelas.

"Sehingga kini, kita tidak tahu siapa sebenarnya orang Korea yang mereka bumbung ini (stadium). Apa nama dia kerana rakyat berhak tahu. Jadi kita minta kerajaan tampilkan orang ini (pereka bumbung).

"Apa perjanjian kerajaan (Terengganu) dengan pereka tersebut (Korea), kita minta kerajaan jelaskan kerana ia mesti ada pertalian kontrak dengan pereka asal," katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana kerajaan tidak pernah memanggil dan berbincang dengan konsultan asal dalam pembinaan stadium berkenaan selepas ia runtuh kali pertama pada Jun 2009. ~sinar harian



Iklan C (ii)





Rupanya Sudah Berjuta Ahli Umno Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 20 Feb 2013 07:59 PM PST

Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan 'mileage' politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu 'trend' lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO.

Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.

Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.

Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. "Semuanya bohong bro!" katanya.

Saya pun menjawab sambil berseloroh, "Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.

Sesungguhnya inilah cara 'desperado' UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.

Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kalau Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?

Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu.

Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).

Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan.

Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai 'chemistry' yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.

Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing 'kerawit', untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.

Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.

Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang 'buta mata hati' tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.

Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.

Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?

Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya. ~kedahlanie




Iklan C (ii)








Najib Dan Menterinya Sudah Suci Bersih..

Posted: 20 Feb 2013 06:40 PM PST


Najib dan menteri-menterinya telah ikrar intigeriti pilihanraya semalam, namun yang menjadi persoalannya kenapa sekadar ikrar sahaja? Kenapa tidak Najib dan menteri-menterinya isytihar harta benda beliau serta anak beranaknya.

Jadi selepas ikrar, bolehlah di anggap Najib dan menteri sebagai suci bersih. Macam tu ke? Jikalau sekadar ikrar semua orang boleh ikrar termasuklah perompak dan penyamun.

Contohnya perompak dan dan penyamun berikrar untuk menjaga integiriti. Orang boleh dengar tapi belum tentu percaya..

Najib Tandantangan Ikrar Integriti Pilihanraya Komitmen Banteras Rasuah Pilihanraya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat.

"Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat," katanya seperti dipetik menerusi dokumen berkenaan.

Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).

Majlis menandatangani ikrar berkenaan disaksikan Presiden TI, Datuk Paul Low.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). ~mstar



Iklan C (ii)








Kaum India Beri Sokongan Padu Pada Pakatan Rakyat.. Saksikanlah!!

Posted: 20 Feb 2013 05:42 PM PST


BANTING 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

"Terima banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri," kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.


"Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

"Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

"Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa," katanya lagi.

"Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid. ~keadilandaily



Iklan C (ii)






Rupanya Ini Punca Stadium Sultan Mizan, T'ganu Roboh..

Posted: 20 Feb 2013 05:03 PM PST



Mungkinkah ini punca Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu roboh buat kali kedua semalam??

Terbaik.. He.. He.. He..!!




Iklan C (ii)






Tiada ulasan: