Jumaat, 8 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PERHATIAN! Untuk kawan2 jangan terkena macam ni ... hati-hati

Posted: 08 Feb 2013 09:49 PM PST

Terpedaya jerat cinta Facebook

8 Februari 2013
BANDAR RAUB - Seorang wanita menjadi mangsa jerat percintaan menerusi jaringan sosial Facebook apabila suspek yang menyamar sebagai lelaki Inggeris menggelapkan wang mangsa sebanyak RM3,800.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa dipercayai baru dua hari berkenalan dengan suspek.

Menurutnya, suspek menjanjikan mangsa dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 5, iPad Mini dan wang tunai 10,000 pound sempena hari lahir mangsa dan juga sambutan Tahun Baru Cina.

"Mangsa kemudiannya menerima kod bar bukti penghantaran barang menerusi perkhidmatan fresshcargo.com yang dihantar ke mesej peribadi di akaun Facebook mangsa.
"Selepas suspek memaklumkan barangan sudah dihantar, mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati barangan itu berada di lapangan terbang London," katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, suspek menelefon mangsa dari London dan bertanyakan mengenai semakan barangan yang dihantar.

Katanya, sekali lagi mangsa membuat semakan dan barang sudah berada di lapangan terbang Dubai sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada keesokan harinya.

"Mangsa menerima panggilan yang memperkenalkan diri sebagai ejen Fresshcargo KLIA dan memaklumkan barangan dimaksudkan ditahan Kastam kerana terdapat wang dalam kotak yang diimbas.
"Mangsa diminta memasukkan RM1,800 ke dalam akaun sebuah bank sebagai cukai Kastam dan kemudiannya dimaklumkan sekali lagi wang proses masih tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata, mangsa diminta memasukkan wang ke akaun sebuah lagi bank sebanyak RM2,000 dan suspek menghubunginya bagi meyakinkan mengenai bayaran tersebut sebelum berjanji untuk membayarnya semula.

Katanya, akibat percayakan janji suspek, mangsa memasukkan wang RM2,000 seperti diminta, namun dia sekali lagi dihubungi ejen Fresshcargo yang memintanya membayar RM1,700 lagi ke akaun sebuah lagi bank kerana barangan itu belum diinsuranskan.

"Mangsa kemudiannya berbincang perkara itu dengan keluarganya sebelum menyedari ia sebenarnya adalah helah penipuan siber.

"Menyedari tertipu, mangsa membuat laporan polis. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Nasihat Nurul Izzah kepada warga Malaysia di luar negara - Pulanglah mengundi

Posted: 08 Feb 2013 09:30 PM PST


Semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi, pulanglah untuk membuang undi atau daftarlah sebagai pengundi pos sekarang

Dalam masa dua minggu terdekat ini, lebih sejuta warganegara Malaysia yang kini tinggal di luar negara mampu merubah lanskap demokrasi tanah air, sama ada dengan mereka kembali ke Malaysia untuk membuang undi atau dengan mendaftar sebagai pengundi pos.

Ada kemungkinan Parlimen akan dibubarkan di hujung bulan Februari, dan mengikut undang-undang baru berkaitan pengundi pos untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), hanya mereka yang telah mengisi dan menghantar borang pendaftaran pengundi pos sebelum atau padi hari pembubaran akan dibenarkan membuang undi pos bila Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung nanti.

Warga negara Malaysia yang berada di luar negara tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi pos akan hilang hak mereka untuk memilih jika proses ini tidak dilengkapkan.

Pihak SPR telah memaklumkan bahawa sehingga jam 8.30 pagi hari Rabu yang lalu, hanya seramai 1,574 orang telah mendaftar sebagai pengundi pos, setelah pihak SPR akur dengan tuntutan NGO-NGO seperti Bersih dan My Overseas Vote, dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia di luar negara yang telah sekian lama hilang hak mereka untuk mengundi kini mesti mengambil kesempatan yang ada untuk menzahirkan semula prinsip satu warga negara, satu undi (one citizen, one vote).

Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersependapat dengan Bersih dan My Overseas Vote, bahawa perubahan yang dibuat oleh SPR terhadap sistem undi pos adalah tidak menurut perlembagaan, berdiskriminasi, dan sembarangan.

Saya perjelaskan di sini:

1) Walaupun keputusan untuk membenarkan warga negara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos dialu-alukan, saya bantah syarat-syarat yang tidak menurut perlembagaan, seperti pemohon mestilah berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari (terkumpul) dalam masa lima tahun yang lalu.

2) Mereka yang mampu untuk pulang ke Malaysia untuk membuang undi digesa untuk melakukan sedemikian, oleh kerana sistem undi pos kelihatan seperti mudah terjejas. Tetapi mereka yang tidak mampu untuk pulang perlu mendaftar sebagai pengundi pos dengan mengisi dan menghantar borang 1B yang boleh dimuat turn dari laman web SPR (www.spr.gov.my).

3) Semua calon-calon PRU juga perlu diberi senarai pengundi pos bagi kawasan yang mereka bertanding selewat-lewatnya pada penghujung hari penamaan calon, dan parti-parti politik wajib diberi senarai kesemua pengundi pos yang tinggal di luar negara mengikut pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul. 
4) Semua parti-parti politik juga perlu dibenarkan memantau pemberian kertas-kertas undi pos di pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul tersebut.

Saya menekankan di sini yang setiap undi itu penting, dan setiap warga negara Malaysia perlu melaksanakan hak mereka untuk mengundi - oleh itu, walaupun sistem ini tidak sempurna, memboikot sistem tersebut mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan.

Buat masa ini, dan sehingga reformasi penuh dilaksanakan terhadap sistem pilihanraya, warga negara yang berada di Malaysia atau di luar negara mesti mengikut proses sedia ada agar hak mengundi semua warga negara tidak terjejas.

Sekali lagi saya tegaskan, buat teman-teman yang berada di luar negara:
Mereka yang tidak dapat pulang, daftarlah sebagai pengundi pos. Masa terhad, dan hari pembubaran Parlimen sudah dekat.

Bila anda sudah mendaftar, maklumkan NGO-NGO seperti My Overseas Vote dan Bersih supaya undi pos anda akan dipantau dan dipertahankan.

Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, dan oleh itu tidak berhak mendaftar sebagai pengundi pos, sila semak daftar pemilih untuk memastikan nama anda tiada dalam daftar tersebut. Jika ada, laporkan.

Kepada teman-teman di sini:
a) Jika anda punyai sanak-saudara atau kawan-kawan di luar negara, ingatkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos jika belum lagi berbuat sedemikian.

b) Maklumkan juga NGO-NGO dan juga calon-calon pilihanraya yang ahli keluarga atau kawan anda adalah seorang pengundi pos bagi kawasan parlimen atau DUN tersebut.
Saya ingin melihat semangat warga negara Malaysia yang berada di luar negara membuatkan satu kejutan kepada SPR dengan mendaftar beramai-ramai sebagai pengundi pos dalam masa dua minggu ini. Sila rujukhttp://myoverseasvote.org/ dan http://www.bersih.org untuk arahan dan nasihat spesifik bagi proses undi pos.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

"Letak Jawatan hari ini juga" - Deepak kepada Rosmah

Posted: 08 Feb 2013 06:59 PM PST

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti
KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.
Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.
Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.
"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.
Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.
Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.
-Harakahdaily

[Video] Macam duit mak bapak kau ... Dr Maza

Posted: 08 Feb 2013 07:53 AM PST

[Live] Jelajah Merdeka Rakyat - Kampung Padang Kuantan

Posted: 08 Feb 2013 05:55 AM PST

Nurul Izzah cabar Nong Chik berdebat

Posted: 08 Feb 2013 02:34 AM PST




NONENaib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan menteri itu sebelum ini yang mengatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

"Saya pun mahu tahu lebih lanjut secara terperinci apakah kritikan yang telah saya lakukan sehingga dia rasa tidak puas hati.

"Pada saya, yang terbaik adalah supaya beliau dapat bersama saya berdebat khas bersama penduduk Lembah Pantai untuk mereka mendengar sendiri tawaran dan kritikan secara bersama oleh kedua dua parti.

"Yang amat mengecewakan bila seluruh jentera media arus perdana memberikan liputan khas buat menteri wilayah tetapi tidak beri ruang liputan kepada aktiviti parlimen pembangkang yang menang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

NONESemalam, Raja Nong Chik berkata, mengulas prestasi yang ditunjukkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasakan Nurul Izzah lebih suka mengkritik serta tidak menyelesaikan beberapa isu di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata lagi, beliau juga mengharapkan agar suasana politik di negara ini akan menjadi lebih sihat dengan memberikan ruang sama rata untuk bersuara.

"Pada saya bila padang sama rata, wujud suasana untuk debat, Insya-Allah kita boleh atasi dan sasarkan isu-isu tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat Lembah Pantai untuk memilih dengan baik.

"Lebih baik kita adakan debat tersebut kerana saya pasti beliau tak sabar untuk bersama-sama untuk debat bersama saya.

"Kita kalau mahu suasana yang lebih sihat, perlu politik baru yang boleh beri ruang kepada semua untuk bersuara apatah lagi ahli parlimen yg dipilih pada pilihan raya yang lepas," katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

An impressive share! I've just forwarded this onto a colleague who had been conducting a little research on this. And he actually bought me dinner due to the fact that I stumbled upon it for him... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending the time to discuss this issue here on your web page.

my weblog: how many calories do you burn walking