Sabtu, 9 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Rakaman Sebut Polis Beri Arahan Huru Hara Di Felda Sungai Tengi

Posted: 09 Feb 2013 12:35 AM PST

SSatu rakaman video mesyuarat untuk membincangkan huru-hara ketika ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman 15 minit itu dimuat naik ke Youtube dengan tajuk "Perancangan jahat 'Umno Untuk Serang Ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Terbongkar'.

Ia memaparkan penerangan pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengurus Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan menghalang ceramah Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut berkata tindakan itu direstui pegawai polis.

"Gerak kerja kita, kalau dia (Mazlan) terlepas juga masuk sepertimana pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah macam membantah lah, kita buat huru hara,""Tapi jangan bergaduh, saya minta sangat lah jangan bergaduh..."

Kenyataan itu segera disampuk salah seorang daripada mereka yang berkata "Kalau dah huru hara bergaduh jugak..." dan disambut ketawa mereka yang berada di situ.

Pengerusi Felda berkenaan kemudian menyebut arahan itu datang dari pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru.

"Kalau dia buat ceramah tu kita buat bising lah, Itu yang pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru, pesan kat saya tadi," katanya dipetik dalam rakaman itu sambil menambah ia dilakukan dengan tujuan membatalkan program tersebut.

Dalam pada itu maklumat di Facebook menyatakan mesyuarat itu dihadiri pengurusan Felda Sungai Tengi, Perkasa, Umno, Seranta dan Majlis Belia Felda.

Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman dilapor diserang kumpulan didalangi Umno ketika hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Mazlan berkata kira-kira 100 samseng membaling botol, kerusi, kun dan pelbagai objek lain. Malah mereka juga menumbuk dan menendang Unit amal Pas.

Oleh kerana samseng-samseng berkenaan enggan beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah itu kemudian di batalkan.

Nasharuddin Ditempelak Kerana Heret Nama Allahyarham Ust Fadzil Mohd Noor

Posted: 08 Feb 2013 10:26 PM PST

Nasharudin diminta jangan cemar nama Allahyarham Datuk Fadzil

SHAH ALAM - Pas Selangor mengingatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya tidak mencemarkan nama baik bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dengan segala tindakan dan kenyataan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

"Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya," katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

"Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

"Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

"Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

"Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

"Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja," katanya. -SH

Jika Tidak Mahu Rakyat Bangkit, Bersihkan Dahulu Sistem Pilihanraya!

Posted: 08 Feb 2013 07:43 PM PST

Pembangkang harus terima sekiranya tewas pilihan raya'

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini sekiranya tewas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

"Bila dia kata dia percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari ini.

Menurut Najib, rakyat secara umumnya tidak menerima politik huru-hara, dan harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

"Kalau dia nak buat huru hara, semua orang tak boleh terima.

"Kita akan wujudkan the rule of law," kata Najib lagi.

"Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara, perjalanan demokrasi menuntut kepada kita menghormati undang-undang negara," katanya.

Katanya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan akan mengetuai perhimpunan rakyat besar-besaran sekiranya SPR tidak telus dalam menggendalikan perjalanan Pilihan Raya 2013.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menganjurkan demonstrasi ala "Arab Spring" sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. -TMI

Ulasan GB

Sungguh dasyat tuduhan Najib di atas, sedangkan umum mengetahui selama ini segala desakan untuk kerajaan "membersihkan" sistem pilihanraya lansung tidak dipedulikan. Pelbagai laporan mengenai kerja-kerja SPR berjalan terus tanpa sebarang halangan.

Malah RCI Sabah yang sedang berjalan membuktikan wujudnya seperti yang diakui sendiri oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir, ribuan pendatang asing telah didaftarkan sebagai warganegara dan menjadi pengundi di dalam pilihanraya di negara ini.

Itu baru di Sabah, dan kerajaan terus menyepi apabila ada tuntutan RCI ditubuhkan untuk hal yang sama di seleuruh negara.

Rakyat tidak akan bangkit jika tidak wujud sebarang hal yang mencurigakan di dalam sistem pilihanraya negara ini.

Malah jika kita tinjau, siapakah sebenarnya yang menimbulkan huru-hara selama ini jika bukan UMNO BN sendiri yang sentiasa rasa terdesak untuk mempertahankan kuaanya? Semak laporan polis, siapa baling batu, siapa baling telur, siapa baling besi, siapa turun dan contengkan bendera lawan dan seumpamanya jika bukan UMNO-BN?

Siapa yang bertindak samseng selama ini jika bukan UMNO BN? Pun begitu polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka kerana pihak polis berjaya dijinakkan oleh UMNO BN untuk menyebelahi pihak mereka.

Semasa negeri PR jatuh ke tangan UMNO BN seperti Terengganu di tahun 2008, ada pihak rakyat merusuh dan membuat huru hara sekalipun wujud penipuan yng dilakukan oleh SPR?

Tetapi apabila Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kamulah, Najib orang yang mendalangi rampasan kuasa di Perak.

Begitu juga halnya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, kerajaan dan partilah yang melakukan segala bentuk sabotaj dan tindakan-tindakan untuk menekan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya rakyat menderita di dalam usaha kamu untuk merampas negeri-negeri tersebut dari Pakatan Rakyat!

Isu mengenai bendera Naib diturunkan... ia bukan dilakukan oleh rakyat tetapi dilakukan oleh phak berkuasa tempatan, MPSJ, yang menurut mereka penggantungan bbanner-banner itu tidak mendapat kebenaran PBT, mengapa salahkan rakyat? Apakah kamu Najib mahu rakyat tidak mematuhi undang-undang dengan memberikan contoh yang tidak baik iaitu tidak mematuhi undang-undang?

Hukum keneran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Seandainya penipuan SPR dan sistem pilihanraya terus berlaku, UMNO BN bakal dihumbankan dari Putrajaya. Rakyat akan bangkit. Apa yang berlaku pada Arab Spring yang begitu ditakui UMNO BN, ia adalah riaksi spontan rakyat, ia tidak dirancang dan tidak idalangi sesiapa, tetapi seluruh rakyat bangkit berkehendakkan pembersihan di dalam sistem pilihanraya negara mereka. Begitulah yang akan berlaku jika kerajaan UMNO BN terus memekakkan telinga supaya SPR dan sistem pilihanraya dibersihkan. Bukan Mohd Sabu, bukan Ambiga, bukan Anwar Ibrahim, buka Ust Hadi Awang, bukan Lim Kit Siang, bukan sesiapa pun yang menghasut rakyat untuk bangkit, tetapi seluruh jiwa yang suci dan bersih akan bangkit menuntut setiap yang kotor itu dibersihkan.

Demikian hukum Allah, sunnatullah namanya yang disebut hukum kebenaran dan keadilan, jika kamu tidak mengetahuinya

'Jangan Hina Orang Tidak Bertudung’ – Catriona Ross

Posted: 08 Feb 2013 04:14 PM PST


Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.

"Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi," katanya kepada mStar Online.

Pelakon ini diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat.

Catt yang sudah bertudung sejak tiga tahun lalu berkata, setiap individu yang telah diberi petunjuk haruslah tidak berusaha untuk merenggangkan diri dengan rakan-rakan yang masih lagi belum berubah sebaliknya terus berkawan dengan mereka sebagai sahabat baik.

Malah orang atau artis yang bertudung seharusnya menjadi contoh kepada individu lain agar perubahan itu dapat diikuti oleh teman-teman mereka.

"Saya mengambil sikap berkawan dengan semua orang tidak kiralah mereka pakai tudung ataupun tidak.Saya percaya apabila Allah mengetuk pintu hati seseorang untuk berubah, dia akan berubah.

"Begitulah apabila orang yang sudah menutup aurat, tidak mustahil dia akan pakai skirt pendek semula jika tewas dengan ujian Allah,"
tambahnya lagi.

Sementara itu ketika ditanya ke mana dia menghilang selepas berumah tangga Catt berkata, selepas melahirkan anak pertama iaitu Sephia Rani Ross'iddin yang kini berusia tiga tahun, Catt mengambil pendekatan berehat sebentar daripada dunia lakonan untuk membesarkan anaknya itu.

Malah dia juga bimbang anaknya dijaga pembantu rumah kerana ketika dilahirkan, kes-kes bayi dilarikan orang gaji agak berleluasa.

"Dulu saya memang takut nak ambil pembantu rumah. Takut anak dibawa lari. Lebih baik saya senyap sekejap dan beri tumpuan pada anak sehinggalah dia dah besar, barulah saya nak aktif berlakon semula," katanya.

Jelas Catt selain Sephia Rani, dia juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Jammal Raess Ross'iddin yang baru berusia enam bulan, hasil perkahwinannya dengan Shaharuddin Mokhtaruddin, 34.

Bagaimanapun kali ini Catt telah mendapat seorang pembantu rumah yang benar-benar boleh dipercayai untuk menjaga anak-anaknya agar membolehkan dia berlakon.

Kata Catt, pada ketika ini dia sedang aktif berlakon drama Bila Mak Mengandung Lagi untuk siaran Astro.

Malah dia tidak menganggap perubahan imejnya sebagai wanita bertudung telah mengehadkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

"Saya mahukan pelbagai jenis watak dan saya tidak kisah kalau diberikan watak wanita jahat yang bertudung. Tidak semestinya kalau kita bertudung, kita harus berimej baik.

"Cuma, jika watak berpegangan tangan atau berpelukan dengan lelaki itu sahajalah yang perlu saya tolak," katanya -mStar

Lynas Tutup Bila Pakatan Rakyat Memerintah

Posted: 08 Feb 2013 05:50 AM PST


Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.

"Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya.

Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.

Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.

Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.

Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.

"Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran," tegas Ahli Parlimen Batu. _KD

PRU13: Politik Bersih Kebenaran & Keadilan Lawan Politik Kotor Penipuan & Pembohongan

Posted: 08 Feb 2013 04:01 AM PST

Hari demi hari yang meresahkan menjelang pilihan raya umum ke-13 telah menyebabkan bukan sahaja perlunya tindakan segera tetapi juga rasa terdesak di kalangan propagandis UMNO/BN kerana kurangnya kewibawaan propaganda mereka.

Sementara jabatan kerajaan seperti Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan dibawa masuk ke gelanggang untuk menyebarkan ayat-ayat propaganda bahawa UMNO/BN boleh memenangi PRU13 dengan majoriti dua pertiga, yang tiada siapa – tiada juga di kalangan pemimpin UMNO/BN- yang percaya akan keputusan begitu dalam PRU13.

Demokrasi berparlimen Malaysia akan lebih sihat dan matang sekiranya majoriti dua pertiga menjadi mustahil untuk mana-mana perikatan, kerana itu merupakan perisai untuk memastikan tidak akan berulangnya penguasaan merosakkan politik UMNO yang mengenakan budaya politik "Listen, listen, listen" terhadap parti politik lain di dalam Barisan Nasional.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan tertinggi UMNO/BN memberikan bukti terbaik bahawa mereka tidak yakin mereka akan memperbaiki pencapaian mereka dalam pilihan raya umum 2008, jika mereka yakin pastinya PRU13 sudah lama diadakan.

Sebaliknya Najib kini telah mencatat nama di dalam buku sejarah menjadi Perdana Menteri paling lama di Malaysia tanpa mandat pilihan raya sendiri.

Tetapi Najib mahu mengelakkan daripada mencipta satu lagi sejarah hitam, menjadi Perdana Menteri pertama yang diundi keluar daripada pejabatnya dalam PRU13 atau menjadi seperti Tun Abdullah yang ditendang keluar oleh Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 kerana tidak dapat memperbaiki pencapaian UMNO/BN pada 2008 dan memperoleh majoriti dua pertiga.

PRU13 penentu nasib sama ada kerajaan persekutuan di Putrajaya akan dimenangi oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, amat-amat bergantung kepada apa yang terjadi sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Undian terbaru yang dilakukan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) antara 26 Disember dan 11 Januari adalah yang paling menarik, kerana ia menunjukkan perbezaan antara mereka yang percaya BN boleh mengalahkan PR dalam PRU13 telah berkurangan daripada 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.

Responden yang percaya Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU13 telah meningkat dengan tetap dari 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012 kepada 21% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh memenangi PRU13 menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.

Responden yang tidak membuat keputusan atau tidak pasti siapa yang boleh menang dalam PRU13 jatuh dari 39% pada Disember 2011 kepada 30% pada April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Dalam senario Umcedel ini, apa yang perlu bagi PR untuk menewaskan BN dalam perlumbaan ke Putrajaya dalam PRU13 adalah untuk memikat lebih daripada lima peratus responden yang tidak membuat keputusan dan tidak pasti, yang berjumlah 21% pada Januari 2013.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di Kuching semalam bahawa Barisan Nasional yakin mempertahankan "hampir semua" kerusi parlimen dalam PRU13, walhal Sarawak adalah salah satu daripada tiga "negeri deposit" termasuklah Sabah dan Johor yang mana BN boleh kehilangan lebih daripada satu pertiga kerusi parlimen berjumlah 83 kerusi, iaitu PR memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi yang merupakan "angka keramat" untuk mewujudkan perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13.

Semakin terdesak pemimpin dan propagandis UMNO/BN apabila menjelangnya PRU13, semakin bertambah mereka mereka menggunakan politik penipuan dan pembohongan bagi mencetuskan rasa ragu dan kebencian terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, menjadikan PRU13 menjadi pertempuran Politik Bersih Kebenaran dan Keadilan melawan Politik Kotor Penipuan dan Pembohongan UMNO/BN.

Contoh terbaru politik penipuan dan pembohongan yang dilakukan propagandis UMNO/BN di dalam media sosial seperti di facebook, twitter, blog dan portal berita termasuklah yang berikut:

* Penipuan dan pembohongan jahat dihasilkan daripada perbualan/temubual yang tidak wujud mendakwa Irene Chang, isteri kepada pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng, menyerang kepimpinan DAP kerana tidak berhati perut mengenangkan Ho Leng yang melalui rawatan perubatan tumor otak;

* penipuan bahawa saya menyalahkan kerajaan atas kematian tragis kanak-kanak enam tahun William Yau, ketika saya twit: : "6yr William Yau's tragic death – apart from UMNO/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!". Saya tidak menuduh sesiapa atas kematian William tetapi membangkitkan hakikat menyedihkan bahawa Malaysia semakin tidak selamat untuk rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur kerana meningkatnya jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah – yang mana hanya Menteri/pemimpin UMNO/BN merasa selamat kerana mereka mempunyai perlindungan keselamatan.

* Penipuan bahawa saya telah mengucapkan slogan anti-Melayu di jalanan Kuala Lumpur pada 11 Mei, 1969 menyebabkan tercetusnya rusuhan 13 Mei 1969, walhal saya telah nyatakan di dalam dan di luar Parlimen bahawa saya tiada di Kuala Lumpur pada 11, 12 atau 13 Mei 1969. -Lim Kit Siang

Tiada ulasan: