RAKYAT MARHAEN |
- JMR INDERAMAHKOTA : NASRUN AMIR ABDULLAH-YDP KAWASAN
- Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti
- Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas
- Hak Rakyat Terus Dicabuli, Suaram,GMI Gesa Kerajaan Mansuh Akta Kesalahan Keselamatan
- Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan
- Khutbah Jumaat seru umat Islam ‘tolak’ Hari Valentine
- Ustaz Azhar Idrus - Makruh Dalam Solat
JMR INDERAMAHKOTA : NASRUN AMIR ABDULLAH-YDP KAWASAN Posted: 08 Feb 2013 09:31 PM PST |
Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti Posted: 08 Feb 2013 01:01 AM PST KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga. Read More / Baca Lagi >>Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah. "Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya. Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah. Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun. Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah. Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya. |
Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas Posted: 08 Feb 2013 12:59 AM PST KUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal. "Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya. Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru. Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang. Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Hak Rakyat Terus Dicabuli, Suaram,GMI Gesa Kerajaan Mansuh Akta Kesalahan Keselamatan Posted: 08 Feb 2013 12:58 AM PST SHAH ALAM 8 FEB : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dengan segera. Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian seperti ISA. Katanya, tangkapan seorang bekas tahanan ISA, Yazid Supaat dan pekerjanya, Hilmi Hasim memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli. "Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, kerajaan pula membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan menzalimi rakyat. "Suaram mengutuk tindakan pihak polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia. "Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan," katanya dalam satu kenyataan media. Dalam pada itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan kerana dilihat mirip ISA yang dimansuhkan tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan Posted: 08 Feb 2013 12:56 AM PST KUALA LUMPUR 8 Feb: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dianggap mengakui ada penipuan dalam daftar pemilih. Ini kerana beliau tidak dapat menjamin 100 peratus daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya. Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan tersebut bukti penipuan pilihan raya berlaku. Katanya, SPR mesti telus untuk membuktikan badan itu bebas. "Bermakna SPR akui akan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau tidak mahu bersihkan daftar pemilih, bagaimana pula dengan pemberian kad pengenalan kepada imigran untuk mengundi," soalnya ketika dihubungi. Abdul Aziz hujung bulan lalu dilaporkan mengakui SPR tidak boleh memberi jaminan daftar pemilih 100 peratus bersih kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah. Menurutnya, SPR membuat 'semakan ketat' dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup. Beliau bagaimanapun didakwa tidak mengendahkan bagaimana mereka yang berkenaan mendapat kad pengenalan kerana mendakwa ia di bawah bidang kuasa JPN. Read More / Baca Lagi >> |
Khutbah Jumaat seru umat Islam ‘tolak’ Hari Valentine Posted: 08 Feb 2013 12:54 AM PST "Wujudkanlah perasaan anti Valentine's Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya," khutbah Jumaat memberitahu umat Islam hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Azhar Idrus - Makruh Dalam Solat Posted: 08 Feb 2013 12:50 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan