Kelab Greenboc |
- Boustead Atau Bastard Yang Bolehkan Ropiah Dapat RM15 juta?
- UMNO Pengkhianat Sebenar: “Orang Melayu Tidak Perlu Takut Kepada DAP” – Hanipa Maidin
- Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani!
- [KEJAMNYA] Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding
- Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM
- [BERGAMBAR] Tiada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula
Boustead Atau Bastard Yang Bolehkan Ropiah Dapat RM15 juta? Posted: 21 Feb 2013 01:15 AM PST Urusniaga tersembunyi Boustead bolehkan Ropiah dapat RM15 juta. PETALING JAYA 20 FEB: Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan kepada Awan Megah Sdn Bhd (AMSB), milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, urusniaga tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. "Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408 kepada AMSB, selain dari pembayaran RM130 juta yang pernah diumumkan sebelum ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, petang ini. Justeru menurut Rafizi, tindakan tersebut bercanggah dengan syarat peruntukan dalam perjanjian yang secara automatik menyebabkannya terbatal. "Urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan, iaitu memberi durian runtuh kepada Raja Ropiah," jelas Rafizi memaklumkan, sebagai pemegang saham minoriti, beliau akan berbincang dengan peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. "Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.3 ekar yang akan dipindahkan kepada Bakti Wira Sdn Bhd," dedah Rafizi lagi. Tambahnya, perjanjian secara jelas menegaskan, 23.2 ekar tanah kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang dijangka mencecah RM400 juta dan sekiranya pembangunan bercampur dilakukan, ia bakal mencecah nilaian RM1.5 bilion. -KD
|
UMNO Pengkhianat Sebenar: “Orang Melayu Tidak Perlu Takut Kepada DAP” – Hanipa Maidin Posted: 20 Feb 2013 10:32 PM PST Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara. Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka. "Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?," soalnya dalam satu kenyataan. Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis. "Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? "Siapakah yang enggan menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri Kelantan dan Terengganu supaya boleh menambah kerusi orang Melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah? DAP atau UMNO? Ia termasuklah insiden mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke kancah politik menjatuhkan kerajaan sah dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak secara terang-terangan. DAP hormati Islam, galak dan bela pendidikan Islam Tambah Hanipa, jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi peruntukan lebih besar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari peruntukan kepada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. "SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97,000 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM60,000 dan RM63,000 masing-masing bagi setiap sekolah. Bukankah UMNO sendiri pernah menarik bantuan per kapita SAR? "Lim Guan Eng juga mahukan ramai huffaz al-Quran dengan memberi bantuan kepada madrasah tahfiz selain penghargaan dan pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran. "Lebih aneh lagi, elaun para imam masjid-masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi dari elaun imam-imam di negeri-negeri UMNO. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang "sayang" Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?," soalnya. Dalam satu wacana bertajuk "Adakah dasar DAP mengancam Islam" pada Jun 2012 yang lalu anjuran Roketkini.com, panelis dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setiap orang mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil. "Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan. Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam. "Walau pun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih 'dijual' sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan Islam wal hal ia berbeza," jelasnya yang juga pakar dalam bidang politik Islam antarabangsa. |
Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani! Posted: 20 Feb 2013 07:20 PM PST Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad. "Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman," kata Rafizi. Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. "Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada 'orang lain' yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd. "Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit. "Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi," kata Rafizi. Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). |
[KEJAMNYA] Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding Posted: 20 Feb 2013 04:30 PM PST Bandar Seri Begawan: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini. Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Voon diberi segugus kunci banglo terbabit. Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya. Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut. Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu. Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen. Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan. Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut. Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan. Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini. Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka. -mstar |
Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM Posted: 20 Feb 2013 06:50 AM PST Universiti Malaya dalam Sejarah. Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi. Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13" Sempat beliau beritahu hadirin: "Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting. Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita, Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain. Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan. -kachipemas |
[BERGAMBAR] Tiada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula Posted: 20 Feb 2013 04:20 AM PST Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini. Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009. Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial. -mk
Gambar Mangsa Yang Cedera Semasa Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh Tengahari Tadi Di Bawa Keluar Rakan-Rakannya Dan Dikejarkan Ke Hospital. Bumbung Runtuh Sekali Lagi Ketika Kerja-Kerja Naiktaraf Sedang Dilakukan. foto ehsan: fb kamiboikotbuletinutamatv3 Ulasan GB GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan: Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan