Ahad, 24 Februari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Foto YB Azmin Ali cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 23 Feb 2013 03:56 AM PST

HARI ini Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Parti Islam, PAS hadir melawat kawasan Parlimen Gombak. Beliau disambut mesra oleh Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN.

Selepas berulang kali sebelum ini gagal, kali ini ReJaM© berjaya merakamkan saat YB Azmin Ali mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai tanda hormat beliau kepada Menteri Besar PAS yang menjadi kesayangan rakyat Kelantan itu.



Tuan Guru Nik Aziz, begitu disayangi dan dihormati oleh bukan sahaja oleh rakyat, malah pimpinan tertinggi dari komponen Pakatan Rakyat yang lain, iaitu daripada KEADILAN, dan DAP. Inilah mesej jelas bahawa pimpinan ulama sangat dihormati dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun media arus perdana kongkongan Umno dan Barisan Nasional berusaha keras membina persepsi kononnya pimpinan Pakatan Rakyat berpecah belah, rakyat dapat melihat sendiri realiti sebenar kesepakatan dan muafakat yang berteraskan sifat hormat menghormati di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekalung tahniah kepada para pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa budaya politik baru saling hormat menghormati namun meraikan perbezaan pendapat.

ReJaM© "Inilah budaya politik yang diidam-idamkan oleh Rakyat Malaysia..."

Tiada ulasan: