Ahad, 24 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]

Posted: 24 Feb 2013 12:05 AM PST


Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.

"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri,"
titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Titah Penuh di SINI:

[VIDEO] Mahasiswa Tidak Takut Ancaman, Walau Pun Diugut Oleh 'Samseng Umno'

Posted: 23 Feb 2013 08:31 PM PST


Kuala Nerus - 300 mahasiswa yang berkumpul di hadapan Ri-Yaz Heritage Resort di Pulau Duyong dekat sini dukacita kerana tidak dapat bertemu dan menyampaikan memorandum berhubung dengan 'runtuh dan kemiskinan' kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) zon Timur yang mula berkumpul pada jam 4.20 petang bersurai dengan aman sekitar jam 5.30 petang, setelah kenderaan yang dinaiki Najib, berlalu dengan laju melintas himpunan mereka, tanpa menghiraukan kelompok tersebut.

Menurut Presiden Gamis Pusat Muhammad Azan Safar, mahasiswa akan terus berhimpun dan bersuara serta tidak takut kepada mana-mana ancaman dari mana-mana pihak termasuk sebarang ancaman dari pihak yang berkuasa.

"hari ini lebih kurang 300 mahasiswa berkumpul untuk bertemu dengan PM kesayangan kita Dato' Seri Najib Razak..... kita berhimpun dengan aman, tujuan kita hanya untuk menyerahkan satu memorandum isu yang banyak berlaku penyalahgunaan kuasa di peringkat pentadbiran kerajaan tertinggi hari ini,

"kita nak bawa satu memeorandum (tujuan) apa kita datang ke Terengganu, isu runtuh...... stadium baru tiga tahun runtuh.... runtuh lagi! kawan-kawan kita mahasiswa (yang pergi) di Pekan, untuk bertemu dengan masyarakat..... mereka telah dihalau oleh samseng-samseng, boleh jadi datang dari Umno,"ujarnya.

Beliau yang juga pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (PMIUKM) berkata demikian ketika berucap, setelah himpunan mahasiswa di Pulau Duyong pada semalam, Sabtu 23 Februari, tidak diberikan ruang untuk berjumpa dengan, samada Ahmad Said atau Najib Razak.

Beliau menegaskan, walaupun diugut dan diganggu oleh samseng Umno, mahasiswa tidak perlu takut dan gentar kerana mahasiswa adalah golongan yang berani, tidak takut dan bacul.

Sebelum itu, Pengerusi Gamis Terengganu Muhammad Raimi bin Abdul Rauf memaklumkan, himpunan mereka di Pulau Duyong itu turut diganggu oleh 'samseng Umno' tempatan, yang mengugut supaya para mahasiswa tidak meneruskan himpunan tersebut.

Katanya, seorang pemimpin mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kampung Tok Beng Seberang Takir, Faiz Ismail, telah diberi amaran keras, supaya keluar dari Pulau Duyong.

Katanya, pertikaman lidah antara Faiz dengan 'samseng umno' tempatan, Faiz telah diugut akan diambil tindakan keras, sekiranya tidak keluar dari Pulau Duyong.

"Faiz telah diugut supaya keluar dari Pulau Duyong, dia (samseng Umno) berkata, keluar dari Pulau Duyong atau pun keluar dengan cara kekerasan, mereka kata kalau Faiz orang Duyong, dia (kena) tahu perangai oang Duyong..... jahat cara jahat.... baik cara baik,"ujar Muhamad Raimi menceritakan insiden tegang tersebut. -BO


"Treler Rakyat" Klon Treler Negara Berkebajikan Yang Menyentuh Hati

Posted: 23 Feb 2013 07:02 PM PST


Treler diatas dikatakan diciplak dari treler Negara Berkebajikan yang dilancarkan oleh PAS beberapa hari lalu.

Ia amat menyentuh hati. Mengapa? Kerana ia treler hasil daripada ahli bawahan parti tidak seperti treler Negara Berkebajikan yang dihasilkan dan pentasnya dinaiki pucuk pimpinan parti.

"Treler Rakyat" ini digerakkan sepenuhnya oleh mereka yang di akar umbi, dengan treler sendiri (atau disewa?), pemandu sendiri, duit minyak sendiri, tanpa subsidi, promosi sendiri sehingga didapati di atasnya penuh dengan penumpang yang GB percaya terdiri dari rakyat marhaen mengibarkan bendera PAS di atas treler panjang ini. Sama hebat dengan treler rasmi negara berkebajikan milik parti.

Demikian hebat ahli-ahli PAS berkenaan, untuk bangkit berjuang dengan cara tersendiri bagi berkempen seluruh kampung untuk menjatuhkan UMNO BN.

Bak kata shalehuddin, penyiar pertama gambar ini di blognys, hantam saja, Asal Bukan UMNO!

Ya, bagi sesetengah orang, lori klon itu mungkin sedikit lucu, tapi tak perlu tertawakannya, malah amat patut diberikan mereka satu laungan TAKBIR di atas keupayaan dan kemampuan mereka melakukan sesuatu untuk parti dengan caranya yang tersendiri. Semuga lebih ramai menuruti jejak langkah nya berjuang dengan apa saja dan cara apa saja untuk kemenangan parti sehingga terdaulat "kebenaran dan keadilan" di atas negara tercinta ini.

TAKBIR!!!!

Pelajar Bukan Islam Belajar Di Sekolah Agama Dapat Perhatian

Posted: 23 Feb 2013 04:05 PM PST


Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.

Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi.


Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya... katanya lagi yang juga merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.

Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi.

Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta matapelajaran lain dengan baik. -sgburong

Raja Nazrin Nyatakan Kebenaran: PAS Jauh Lebih Berintegriti Daripada UMNO

Posted: 23 Feb 2013 07:30 AM PST


Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej titah baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.

iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.

iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.

v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan.

vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme, penyelewengan dan rasuah.

vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.

viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.

Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.

Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.

Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13. -HD

Usaha Takutkan Kaum Bukan Melayu Terhadap PAS Gagal

Posted: 23 Feb 2013 04:12 AM PST


Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo.

Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa).

10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku. Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.

Tiada ulasan: