Khamis, 21 Februari 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Kita, OKU dan kawan-kawan YBku...

Posted: 20 Feb 2013 10:24 AM PST

Biasa juga aku lepak minum kopi dengan kawan-kawan aku yang hari ini sudah jadi YB. Kadang-kadang sedang melepak datang orang buta menjual tisu atau pengemis. Kadang-kadang kita bagi duit. Kadang-kadang kawan-kawan kami ini berpaling. Aku memerhati dengan tajam hal ini.
Terfikir di kepala aku adakah kawan aku yang hari ini sudah YB tidak berasa apa-apa akan isu ini. Apakah dia ketika itu di luar tugasnya? Apakah isu pengemis, OKU ini tidak menyentuh hatinya yang telah diangkat rakyat untuk membela nasib mereka di dewan bertuah?
Aku sangat-sangat tersentuh ketika mereka berpaling endah tak endah terhadap rakyat ini. Aku mula ragu dengan kejujuran mereka apakah mereka menganggap itu karier sahaja atau benar-benar mahu berjuang?

Aku terpaksa menyoal kembali diriku: apakah orang sebegini akan aku angkat memimpin masyarakat?

Tiada ulasan: