. |
- Tabung Penyelengaraan Blog Khas PRU-13
- Zawawi Sudah Jelas Menegnai Foto 1Malaysia
- Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna
Tabung Penyelengaraan Blog Khas PRU-13 Posted: 21 Feb 2013 02:58 AM PST KENYATAAN Assamualakumum ... saya bercadang untuk menyediakan laman blog khas untuk liputan aktiviti pilihan raya umum ke-13 nanti. Laman ini akan diuruskendalikan oleh blog saya Merah Tinta. Sehubungan itu untuk melaksanakan ini saya melancarkan tabung penyelengaraan untuk membiayai blog berkenaan. Blog ini bakal memberi liputan meluas dan dengan lebih cepat lagi serta telus. Ia juga berbentuk bebas, adil dan profesional. Sekiranya tabung ini mendapat sokongan saya bercadang untuk melantik beberapa orang koresponden atau perwarta di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu sesiapa berminat sila hubungi saya untuk mendapat penjelasan, persiapan atau arahan selanjutnya. Email resume anda ke msomalaysia@gmail,com Koresponden ini terbahagi kepada dua yang akan berkhidmat secara sukarela dan akan dibayar menerus tabung penyelengaraan yang dilancarkan hari ini. Justeru saya sangat mengharap kerjasama dan bantuan suci dan ikhlas daripada anda sekali untuk menjaya rancangan ini. Sumbangan anda boleh dimasukkan ke dalam bank nombor akaun seperti mana tertera di iklan di atas. Atas kerjasama dan komitmen anda pembaca budiman diucapkan berbanyak terima kasih. Jaya atau tidak bergantung kepada sumbangan ikhlas dan sokongan anda budiman. Wassalam Mso. - BERITA LEBIH LUAS LEBIH CEPAT & TELUS. [wm.kl.6:54 pm 21/02/13] | ||
Zawawi Sudah Jelas Menegnai Foto 1Malaysia Posted: 21 Feb 2013 01:14 AM PST KENYATAAN Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyahut cabaran saya agar membuat penjelasan berhubung sekeping gambar beliau bersama bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan Presiden MCA Chua Soi Lek serta beberapa orang lain yang sedang mengangkat telunjuk seperti simbol 1 Malaysia.
Seperti saya kata foto itu remeh saja dan tidak perlu pun diberi perhatian. Tetapi kerana waktu ini saat pilihan raya tiba ia menjadi penting dan perlu dijelaskan mengenainya. Penjelasan itu bagi mengelak pihak tertentu terus menggunakan gambar itu sebagai isu politik. Gambar itu banyak tersebar didalam internet dalam blog-blog pro pembangkang dan juga pro kerajaan. Saya mengambil inisitaif dan kebernaian untuk menyiarkan dalam blog saya, dengan tujuan untuk mendapat penjelasan sekaligus menjawab persoalan. Kalau gambar itu tidak dikirimkan ke dalam e-mail saya dan ditanya bertalu-talu saya tidak menyiarkan untuk mendapat penjelasan itu. Saya bukan seorang penggemar menyiarkan gambar-gambar byang tidak tentu hala dan tidak ada nilai komersial. Tetapi bagi pemerhati dan pendokong politik dan personaliti (Zawawi) yang mentah dan juga pengkritik yang otak kemetot akan menjadi celaru dan tertanya-tanya mengenai suasana gambar berkenaan. Justeru ia perlu penjelasan dengan penuh tanggungjawab. Sebenarnya saya boleh jelas dan bela mengenai dakwaan buruk ke atas gambar itu tetapi saya mengira lebih molek dan lendik kalau tuan hak menjawabnya. Lagi pun rasanya Zawawi tidak perlu mengambil masa panjang kalau setakat untuk menjawab berkenaan gambar itu yang tidak payah untuknya membelek kitab-kitab muktabar karangan ulama-ulama agung dunia. Jadi walaupun desakan itu dari blog saya, penjelasan Zawwi dalam Harkahdialy hari ini dianggap sebagai satu penjelasan sebenar dari beliau. Selepas ini jangan hendaknya ada sesiapa mempertikaikan lagi mengenai gambar berkenaan apa lagi ada hubungan kait kononnya ada rundingan dan pertemuan di antara beberapa MSU dengan pemimpin Umno atau BN dalam usaha untuk mewujudkan semula agenda Unity Gorvenment (UG) yang tergendala itu. Seperti mana dijelaskan Zawawi didalam portal rasmi PAS itu gambar itu dirakam semasa beliau menghadiri Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. Menurut penjelasan Zawawi turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagaimana pun kedua orang itu tidak ada dalam gambar mungkin tukang pukul gambar. Mengenai simbol 1Malaysia itu kata Zawawi ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. (Jadi ianya kebetulan pula, nah disinilah diperlukan kepada penjelasan. Bila dijelas baru tahu telunjung ke langit itu bukan 1 Malaysia tetapi One Nation). Dengan penjelasan itu, isu foto itu sudah selesai. Mana-mana pihak yang cuba mengaitakan gambar itu sebagai saksi ada perundingan anggota MSU dengan pemimpin Umno hendaklah diabadikan. Pun begitu saya tidak bertanggungjawab dengan sekeping lagi gambar diterakan dalam portal berita itu yang menunjukkan Mustapa Ali berdiri bersama Chua Soi Lek. Ini di mana pula? Dan kepada seorang pengomen blog saya yang minta saya agar memohon maaf kepada Nik Zawawi kerana gambar itu sudah dijelaskan ia tidak berbangkit sama sekali. Tidak perlu saya memohon maaf kepada sesiapa kerana menyiar dan meminta penjelasan mengenai foto itu atau apa-apa isu adalah tanggungjawab saya sebagai penulis. Dan kalau tidak ada kerja gila saya ini anda semua tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya dan terus berputar dengan dakwaan palsu sepanjang masa. Apabila Zawawi menjelaskan maka kita tahulah duduk perkara sebenarnya. Menyiar dan mendapat penjelasan foto itu yang menjadi isu adalah tugas saya yang tidak diarah oleh sesiapa pun melainkan ia adalah tanggungjawanb jihad saya. [wm.kl.4:57 pm 21/02/13] Saya sertakan contoh sikap pengomen dalam blog saya. Nilai dan kajilah sendiri. Buah cempedak di luar pagar, apa nak dikatakan, hehe. Rez has left a new comment on your post "Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?": Pakcik MSO, Dah baca penjelasan di Harakah Daily? http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16896-1malaysia-penjelasan-gambar-nik-zawawi Boleh terima ke tak penjelasan ni? Kalo boleh terima cepat2 lah minta maaf ... umur pun bukannya masih muda walaupun gambar hitam putih pakcik masih muda diletakkan kat kanan blog ni ... Publish Delete Mark as spam Moderate comments for this blog. Posted by Rez to . at February 21, 2013 at 2:30 PM | ||
Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna Posted: 20 Feb 2013 08:41 PM PST RENUNGAN Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.
Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat? Sehubungan itu Najib menerusi blognya 1Malaysia berharap rakyat memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pentadbiran mereka yang berasaskan kepada semangat baru itu. Barang kali permintaan Najib itu sudah pun terlewat. UBN bukan saja patut sedar mengenai masalah mereka dan kelemahan dalam kerajaan mulai hari ini tetapi sejak lama dulu. Mungkin Najib boleh berhujah UBN kini adalah dibawah pentadbirannya maka rakyat perlu memberi peluang. Namun rakyat harus faham bahawa Umno atau UBN kini sama saja dengan UBN sebelum ini. Umno di zaman Tun Razak tidak berbeza Umno di zaman anaknya Najib. Bahawa sistem pentadbiran digunakan di dalam UBN sudah tidak boleh diubah dan dialihkan lagi. Ianya sudah magli dan tepu dan kematu. Peribadi memimpin boleh bertukar ganti, tetapi ia tidak akan membawa ke mana-mana kalau sistem ataupun pranti kepimpinan (kerajaan) digunakan untuk mentadbir adalah model yang sama. Najib tidak mampu untuk mengubah sistem yang sedia ada kerana ia sudah tepu dan sebati dengan jiwa UBN. Hari ini orang ingat rasuah akan ingat BN, ingat ketidakadilan akan ingat BN. Ingat wang akan ingat kepada BN. Beberapa skandal dan penyalahgunaan, jenayah kurba bertaraf lima bintang sepertri pembunuhan Altantuya yang 'dilembel' oleh pembangkang mendedahkan kebobrakan UBN. Kejahatan kerajaan UBN bukan saja diketahui oleh rakyat negara ini tetapi direkod oleh dunia. Umno sebagai parti tulang belakang BN itu sendiri tidak akan hidup kalau tidak menggunakan pakai sistem korup yang diamalkan dalam kerajaan hari ini yang ditunjangnya. Semua orang tahu kekuatan Umno hari ini kerana kewangan, ampuisme dan bodeksime untuk melabuhkan perut berlaku berlelusa di dalam Umno. Mereka yang memegang jawatan bukan untuk berjuang membela agama dan bangsa tetapi untuk menjaga periuk nasi. Hampir semua ketua-ketua bahagian Umno mendapat habuan berupa lesen, permit ataupun anugerah kontrek bernilai billion ringgit. Tidak cukup dari itu mereka diberikan suaka politik atas apa-apa jenayah yang dilakukan. Pendakwaan ke atas beberapa individu Umno hanya sebahagian saja sebagai babak penutup cerita sebenarnya. Justeru Umno dibangunkan bukan dengan spritual integriti, ilmu, profesional dan pemimpin bersyaksiah tetapi didokong oleh kebendaan - maddiyah sekularisme. Selain itu Umno juga penetas kepaDa jenayah dan sekandal besar. Kalau Umno sebuah parti berintegriti sudah pasti tindakan-tindakan menganiyaan pemimpin seperti mana menimpa ke atas Anwar Ibrahim tidak akan berlaku. Perbuatan yang dilakukan ke atas Anwar adalah rupa diri kejahatan parti berasaskan nasionalisme itu. Atas hakikat itu untuk apa ikrar yang ditanda tangani semalam. Sekiranya Najib benar-benar ikhlas untuk membawa transformasi dan membenteraskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pilihan raya, bukan saja beliau dan pemimpin BN serta calon menanda tangani ikrar berkenaan, tetapi para 'aparat' dan pelaksana undang-undang juga perlu ikut sama. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agensi pelaksana utama, Polis penjaga keselamatan, Askar serta ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga perlu ikut sama berikrar dan menanda tangan piagam berkenaan. Kerana mereka inilah yang bertanggungjawab melaksana dan menentukan apakah proses itu berjalan bersih atau tidak. Mereka ini golongan atau penguasa terlibat secara langsung dan apa-apa tindakan mereka pula tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Apapun kepada ikrar semalam merupakan piagam kosongan saja. Penandatangani itu tidak membawa apa-apa erti melainkan ia sebuah topeng untuk menghalalkan lebih banyak lagi kebobrokan dan penipuan dilakukan demi memastikan kekuasaan Najib dan kemenangan BN. Apa dilakukan Najib itu hanya satu gimik untuk bercerita bahawa dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab sedang dia adalah seekor kumbang lilin saja. [wm.kl.12:28 t/hari 21/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan