Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Saudara Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA
- Harap makcik Dalam Video Ni Banyak Mengucap
- Reen Rahim Mohon Maaf Kontroversi Wataknya Dalam Drama Sahara
- Konvoi Anak Muda Umno Teramai!
- Perletakan Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang
- Sidang Dun Kelantan vs TV3. Adun BN Hulu Kelantan Kurang Cerdik!
Terkini! Saudara Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA Posted: 04 Feb 2013 06:46 AM PST Otai Reformasi TERKINI!! sdr.Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ganggu oleh puak2 perkasa dan samseng2 india di ceramah beliau di Sg.Tengi Hulu Selangor! beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan ceramah oleh puak2 ini! mohon SEBARKAN!! |
Harap makcik Dalam Video Ni Banyak Mengucap Posted: 04 Feb 2013 06:12 AM PST Firman Allah SWT dalam surah Al-An'am ayat 12, "Dialah Tuhan yang menjadikan kamu daripada tanah, kemudian Dia pulalah yang menentukan ajal-Nya dan satu ajal yang lain lagipun Dia pulalah yang menentukannya, tetapi kamu tetap ragu-ragu." Sudah jelas bagi kita sebagai manusia bahawa ajal dan maut ditentukan oleh Allah; saban hari kita melihat manusia dilahirkan dan menemui kematian, namun begitu masih ada manusia yang ragu, masih kabur tentang isu kematian; masih ragu dengan apa dan bagaimanakah keadaan selepas mati. Ragu-ragu dan tetap meragukan walaupun sudah beratus Nabi dan Rasul, ribuan Ustaz dan Ulama telah menerangkannya, mereka tetap berada dalam keraguan akan hidup sesudah mati dan juga tentang kehidupan di Akhirat kelak. Di manakah sumber datang keraguan itu? Sedangkan buktinya begitu besar dan banyak. Bukanlah kerana kurangnya bukti-bukti dan dan alasan tetapi disebabkan hidup mereka yang sudah terlalu tebal dan bergelumang dengan dosa noda. Keingkaran itu bukan disebabkan akal mahupun bukti tetapi adalah disebabkan soal dosa. Mereka yang hidupnya diliputi dosa maka tidak akan sanggup melihat kebenaran. Kebenaran bagi seorang pendosa akan menutupinya (hati) setebal-tebalnya. Ayat Al-Quran ada menyebutkan bahawa Allah mengunci jiwa manusia yang membelakangi Allah SWT. Bukan dari aspek pendek mahupun panjangnya umur manusia yang harus kita renungkan tetapi semua aspek petandaakan peningkatan umur kita merupakan sebesar-besar isu yang mampu menebalkan iman di dada kita Umur manusia yang pendek itu dapat kita bahagikan kepada beberapa fasa iaitu fasa (1) Kanak-kanak, (2) Fasa Dewasa, dan (3) Fasa Tua. Namun demikian, daripada 3 fasa ini, dapat pula kita bahagikan kepada menjadi 4,5 atau 6 fasa ataupun lebih supaya dapat memberi kesan terhadap tujuan pembahagian kita. Ada sesetengahnya membahagikan kepada10 fasa seperti senarai di bawah berikut: 1. Fasa Kanak-kanak Iaitu sejak hari kelahiran sampailah kita berusia hampir 7 Tahun. Setelah berumur lebih 40 hari. di samping mempunyai kepandaian untuk menangis , bayi mulai pandai melihat dan senyum mesra. Kemudia setelah umur mula mencecah 6 bulan , bayi tersebut seudah mula dapat memberikan isyarat – isyarat yang membayangkan kemahuannya .Dari umur tujuh bulan sehingga ke setahun pula berlakunya proses pertumbuhan gigi yang pesat. Dalam pertengahan tahun kedua, si dia mula berlatih untuk berdiri dan merangkak lalu lama-kelamaan mampu berjalan. Dalam usia tiga tahun ke atas, mulalah timbul keinginan dan kehendak manakala dalam tahun keempat pula si dia mula memiliki memori ingatan . Pada tahun kelima dan ke atas, pancaindera si dia mulai memberikan respons yang jelas. Ada yang dia sukai dan ada yang dia benci. Ada yang dia suka dekat ada ada pula yang dia takut untuk dekati. Pada tahun keenam dan ketujuh, si dia mula lebih maju dalam segala hal, baik dari aspek akal mahupun pertumbuhan jasmani yang semakin menampakkan kegagahannya. Pada akhir masa yang pertama ini , giginya pula mula mengalami proses guguran satu persatu dan mula bersilih ganti dengan gigi yang tetap . Di samping itu perkembangan akal dan pemikirannya mulai memperlihatkan corak-corak tertentu. Setiap pertumbuhan dan perkembangan jasmaniyah dan rohaniah pada masa kanak- kanak itu segalanya menurut sunnahtullah atau proses kejadian yang ditentukan oleh Allah SWT dan tidak ada seorang manusia atau sesiapa pun yang dapat mengubah, menghalang atau mempercepatkannya.Semuanya ini membuktikan bahawa Allah SWT yang menciptakan Maha Halus lagi Maha Bijaksana. "Wahai anakku , kata (Luqman kepada anaknya ), apa-apa punyang seberat biji sawi di dalam perut bumi atau di angkasa , Allahlah yang menciptakannya. Sungguh Allah itu Maha halus dan Maha Bijaksana." 2. Masa Remaja Iaitu antara 8 sehingga 14 tahun, inilah masa di mana mereka tidak pernah untuk duduk diam dan selalu aktif; selalu bergerak, berdiri, berjalan dan berlari. Mereka menghabiskan masa dengan bermain dengan pelbagai macam permainan: melompat , berteriak, memanjat, kadang -kadang berkelahi dan bertengkaran dengan tak putus-putusnya. Pada tahap ini berlakulah pertumbuhan jasmani dan rohani yang luar biasa. Timbul semangat berlumba-lumba dan berdaya saing dalam segala hal , semangat ingin menang dan semangat ingin sentiasa lebih daripada orang lain. Pada tahap ini, jika seseorang individu itu dipimpin dengan penuh baik oleh kedua ibu bapa ataupun guru, maka akan baiklah individu ini. Namun, jika sebaliknya yang berlaku maka akan musnahlah masa depannya. 3. Masa akil Baligh Iaitu dalam lingkungan umur 15 sehingga 21 tahun (berbeza-beza ikut jantina dan persekitaran). Akil baligh merupakan fasa di mana sempurnya proses pertumbuhan jasmani dan rohani seseorang individu itu. Pada masa ini, ianya merupakan masa yang penuh angan-angan, fantasi, dan cita-cita; masa yang penuh khayalan dan tipu daya. Pada masa ini juga mampu merosakkan rohani seseorang itu; mudah mementingkan diri sendiri, malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam setiap perkara, suka bermain-main, malas untuk berfikir, suka pergaulan bebas dan segala-galanya menjadi sukar diatur. Pada masa ini, seseorang individu itu mudah tertarik kepada yang baik, dan mudah juga untuk tertarik kepada hal-hal yang tidak baik. Hal ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan model dalam meniru perwatakan yang sesuai. Maka, pada masa inilah sepatutnya kedua ibu bapa mahupun guru memberikan fokus mendalam dalam gerak geri mereka. Mereka perlu diberi nasihat yang berterusan dan janganlah sesekali ibu bapa mahpun guru-guru menjadi malas dan bosan dalam memberikan nasihat yang berguna agar mereka tidak terpengaruh dengan 'role model' yang salah dan agar mereka terhindar daripada terjebak dengan dorongan nafsu syahwat yang seringkali membawa manusia jatuh ke lembah kehinaan dalam hidup ataupun kerosakan terhadap sistem tubuh badan dan jiwa mereka. Apa yang paling penting dalam fasa ini ialah perlu tertanamnya keyakinan yang benar-benar mantap terhadap urusan agama, nasihat yang bermanfaat berdasarkan nas-nas Alquran dan Hadis nabi Muhammad SAW. 4. Masa Dewasa Iaitu dalam lingkungan 21 sehingga 26 tahun. Pada masa ini merupakan masa yang penuh dengan cacat celatnya; pada saat jiwa mnusia mula terumbang ambing dengan nafsu syahwat yang sedang bergelora kuat. Pada masa ini, ramai yang sedang dirundung cinta asmara, saling rindu-merindui antara satu sama lain. Dan juga, pada masa ini, semangat para pemuda dan pemudi berkobar-kobar dan menyala-nyala. Pada saat inilah sempurnanya hakikat sistem tubuh badan manusia sama ada jasmani mahupun rohani. Namun, di sebalik nafsu syahwat yang terumbang-ambing, ada segelintir golongan pemuda yang masih mampu memelihara diri mereka daripada kerosakan, menjaga nama baik keluarga, kesihatan dan pemikiran mereka. Dan pada fasa inilah seseorang itu dianjurkan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan perkahwinan agar segara desas-desus nafsu syahwat itu dapat disalurkan ke tempat yang baik dan tidak menghancurkan maruah diri dan juga kesihatan. Dan juga, mampu memberikan rasa bertanggungjawab dalam menggalas peranannya terhadap isteri dan memelihara kestabilan keluarganya. Melambatkan perkahwinan ataupun nikah pada masa ini akan mengakibatkan berlakunya kemudaratan terhadap sistem tubuh badan dan rohani para pemuda dan pemudi. Tidak kurang juga ada yang bakal melemahkan sistem urat saraf manusia, melembapkan aspek pemikiran dan lain-lain kajian yang telah terbukti secara saintifik. Perlu diigatkan bahawa bahaya terbesar yang menanti bagi mereka yang menidakkan perkahwinan adalah kes penzinaan yang merosakkan akhlak, kesihatan dan juga pemikiran manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Jauhilah zina, sebab ia menimbulkan empat bahaya:perzinaan itu melenyapkan kecantikan diri,menimbulkan kemelaratan menyebabkan kemarahan Allah, SWT dan mengekalkan seorang dalam api neraka." Sungguh besat nikmat Allah SWT yang telah memberikan rasa nikmat berahi kepada lelaki dan wanita dan besar peranannya perasaan itu dalam memberikan kepuasan dan kegembiraan hidup manusia. Namun sekiranya ia tidak diletakkan pada tempat yang betul, maka berlakulah kerosakan. Azab Allah SWT seringkali muncul di bumi ini disebabkan 2 perkara iaitu, kerana perzinaan dan riba. Sabda Rasulullah saw.: "Bila jelas perzinaan dan riba menguasai satu negeri, maka bererti mereka sudah meghalalkan diri untuk menerima siksaan Allah" 5. Masa Sempurna Dewasa Iaitu di antara umur 27 sehingga 35 tahun. Pada masa pertumbuhan jasmani dan pemikiran mula mencapai tahap yang tertinggi. Akan fikiran sudah mula terbuka dan matang dan senang untuk membuat sesuatu keputusan mahupun pendapat. Dan dia terus merencanakan hidup diri, keluarga, begitu juga bangsa serta tanah airnya. Bagi orang-orang yang rajin membawa dan suka akan ilmu pengetahuan, mereka pasti akan meneruskan perjuangan tersebut untuk menambahkan lagi ilmu yang mereka miliki. 6.Masa Pertengahan Umur Iaitu dalam lingkungan umur 36 sehingga 40 tahun. Pada masa inilah manusia mula stabil. Pada ini jugalah kebanyakan para nabi dan rasul-rasul diangkat dan dilantik oleh Allah SWT. Pada masa inilah ramai orang menjadi pakar dan mampu mengeluarkan pendapat-pendapat baru. Pada saat ini, manusia mula melihat bagaimana mahu menjadi terkemuka, menjadi orang yang penuh berjasa kepada masyarakat dan negara. Pada masa ini ramai yang akan mula berkorban untuk manusia, bangsa, negara dan tanah air; mereka mula tidak mementingkan diri lagi. 7. Masa Setengah Tua Iaitu dalam lingkungan umur 41 sehingga 50 tahun, di mana pada masa ini kebiasaanya mereka tidak mahu lagi menyebut diri mereka sebagai pemuda mahupun pemudi walhal segan pula disebut sebagai orang tua. Tetapi purata umur manusia hanyalah sekitar 60 sehingga 70 tahun, maka bolehlah kita klasifikasikan umur ini sebagai umur yang sudah tua memandangkan sudah menjangkau separuh jangka hayat manusia normal. Pada masa ini, seseorang individu itu mula merasa rasa bosan dan tidak berminat lagi kepada kebendaan. Ramai juga yang sudah tidak mula kisah akan perihal makanan mahpun minuman yang biasanya diminatinya dahulu kala. Mereka juga tidak akan mula suka menonton hiburan yang sebelumnya disukai oleh mereka. Dengan pengalaman hidup hampir lebih 40 tahun yang mereka miliki, menjadikan mereka menjadi orang yang mula mengalihkan pemikiran dan jiwa mereka kepada luar daripada dunia kebendaan. Fokus mereka adalah lebih kepada soal kematian, hidup sesudah mati, mengenal Allah dan agama mula timbul di benak hati mereka. Kalau zaman dewasa dahulu, ramai yang berubah daripada orang baik kepada tidak baik, tapi pada masa ini ramai yang akan berubah daripada tidak baik kepada baik ataupun yang baik kepada yang lebih baik. Jika dahulunya dia tidak percayakan Allah dan agama, sekarang pasti dia mula percaya akan Allah dan agama. Dan beruntunglah mereka yang sudah mengenali Allah dan agama sejak seusia muda lagi. Jika pada usia 40 tahun masih menjadi manusia yang alpa, lalai, selalu berkecimpung dengan maksiat dan dosa, itu tanda-tandanya mereka kemungkinan bakal terjerumus sebahagai ahli neraka (Nauzubillah). Kerna hal ini pernah disebut oleh Imam Al-Ghazali R. A., Inilah masa di mana manusia mula menjadi tenang, sabar dan tabah. Orang-orang yang tidak ada dasar ilmu agama yang kuat, banyak di antara mereka sudah terporosok kepada aliran syirik. Inilah masa keinsafan dan kesedaran. Mereka mula menyedari kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Dan ramai yang akan mula menyesali perbuatan jahat mereka yang lalu. Ramai yang akan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT dari segala dosa yang telah mereka lakukan. Pada saat ini, mereka mula mendekati diri kepada Allah dan cuba menjalani hidup suci semula. Dan ianya teraplikasi dalam setiap aliran agama, bagi yang sudah islam akan cuba merapat carai islam sebenar dan agama lain cuba mengikut kefahaman agama masing-masing. 8. Masa Lemah Iaitu umurnya antara 51 sehingga 65. Pada masa ini segala kekuatan khudrat sudah mulai menurun dan lemah. Rambut sudah mula menjadi putih, gigi mula berguguran satu persatu, tulang belulang juga mulai rapuh, pernafasan mulai semakin sesat dan peredaran darah dan jantung seringkali terganggu. Mereka yang berada dalam fasa ini mula merasai bahawa mereka sudah mula hampir dengan liang kubur. Fikiran mereka mula menerawang ke arah persiapan selepas mati. Orang yang kosong jiwa mereka daripada kepercayaan agama dalam hidupnya pasti akan mengalami kegeilsah yang teramat hebat. Mereka gelisah dalam menghadapi kematian kerana tidak langsung mengetahui apa yang bakal dilalui mereka sesudah mati. Tetapi mereka yang mempunyai kepercayaan agama yang kuat dalam hidupnya, mereka akan kelihatan tenang sahaja dalam menghadapi kematian itu kerana mereka yakin akan adanya hidup sesudah mati. Bagi orang yang benar-benar beriman, bahkan mereka tidak takut menghadapi mati itu kerana bagi mereka mati itu hanya perpisahan sementara dengan anak-anak dan ister dan semua orang yang mereka kasihi. Kecuali yang paling layak berasa sedih sekiranya mereka itu masih banyak membawa dosa-dosa dalam menghadapi kematian. Benar, beruntunglah manusia yang mencapai pada umur ini dalam keadaan dia benar-benar sedar dan bertaubat. Dan yang paling teruk ialah manusia yang apabila sudah mencapai umur ini masin lagi tidak sedar dan bertaubat bahkan mereka masih hidup sepert zaman muda remaja mereka. Sabda Rasulullah.saw.: "Sebaik-baik manusia , ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya , seburuk-buruk manusia ialah orang panjang umurnya tetapi buruk amalannya." 9. Masa Tua Iaitu umur 65 sehinga 75 tahun, iaitu umur yang penuh dengan penderitaan dan keluh kesan disebabkan segala tubuh badan sudah lemah dan selalu berasa sakit. Orang-orang yang kurang tabah pasti akan menderita batin pada tahap ini. Dan yang paling beruntung pada umur ini sekiranya masih mempunyai anak-anak mahupun cucu-cucu yang mampu memberi pertolongan dalam urusan harian dan sentiasa beramal kebajikan. 10. Masa Tua Bangka Iaitu umurnya antara 75 tahun keatas. Pada tahap ini penderitaannya adalah tahap terhebat, bukan sahaja anggota tubuh badannya lemah bahkan terlalu sakit. Sukar sekali untuk membuka kelopak mata, dan susah jua untuk mendengar. Badan hanya mampu terdampat di atas katil menunggu belas kasihan anak-anak dan cucu untuk membantu. Sukar untuk kita bayangkan penderitaan setelah mencapai tahap umur ini bagi mereka yang tidak mempunyai anak-anak mahupun cucu untuk menguruskan hal harian mereka. Rasulullah SAW seringkali berdoa agar baginda tidak mencapai tahap umur tua bangka sedemikian rupa. Di sini, untunglah sekirannya perasaan dan pemikiran dia dapat lagi mampu berfungsi seperti biasa kerana dapat menghargai nilai nikmat hidup di dunia. Dan beruntung jugalah bagi mereka yang sentiasa bersedia menghadapi saat-saat sakaratul maut kerana kesedaran mereka sejak dahulu lagi. Sebagai penutup digabungkan beberapa Hadis Rasulullah saw dan nas-nas Al-quran. Telah bersabda Rasulullah saw: "Barang siap yang kami panjangkan umurnya dapat mencapai 40 tahun di dalam agama islam,akan dijauhkan Allah daripada berbagai-bagai bala, iaitu gila,kusta dan sopak. Dan apabila dia mencapai umur 50 tahun, Allah akan mempermudahkan perhisaban baginya, dan apabila dia mencapai 60 tahun, Allah akan memberi rezeki yang berupakan pendekatan diri kepada Allah, dan apabila dia mencapai 70 tahun,diampuni Allah dosanya yang dahulu dan yang sekarang, dan diberi gelaran "ASIRULLAH" iaitu,"TAWANAN ALLAH",dan akan dicintanya oleh seluruh penduduk langit (Malaikat)". " Allah jualah yang telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yang dipanjangkan umurnya sampai tua bangka, sehingga menjadi tak tahu apa-apa sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Kuasa." Firman Allah Surah Yassin ayat 68: "Dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya , Kami kembalikan kejadiannnya ( sebagai anak kecil kembali), apakah kamu tidak fikirkan?" Begitulah kekuasaan Allah, kerana Allah jualah yang mampu memendek mahupun memanjangkan umur seseorang itu. Manusia tidak mampu mencapur tangan dalam urusan ini sekalipun menggunakan teknologi yang tinggi. Cubalah kita fikirkan, apabila seseorang yang sehebat manapun ilmu pengetahuannya, apabila Allah panjangkan umurnya sehingga tua bangka, orang itu tetap akan memiliki peranai seakan-akan kanak-kanak kecil dan tidak tahu apa-apa (nyanyuk dan pelupa) Semua ini haruslah kita renungkan untuk melihat kebesaran Alllah dan juga kelemahan diri kita sebagai manusia. Agar moga-moga kita mampu kembali untuk menyembah Allah lantas insaf tidak mendabik dada terhadap Allah kerana Allah jualah yang menciptakan kita dan seluruh alam. Sejahat-jahat manusia ialah yang sombong dalam hidupnya , sombong terhadap sesama manusia, dan sombong terhadap Allah. Wallohu' alam bis sowab. [Dipetik dan diadaptasikan daripada Karya Bey Ariffin, Hidup Sesudah Mati] |
Reen Rahim Mohon Maaf Kontroversi Wataknya Dalam Drama Sahara Posted: 04 Feb 2013 04:15 AM PST Untuk anda yang tidak tahu, Reen Rahim adalah pemegang watak Sahara yang berpurdah di dalam drama Sahara yang dihimpit kontroversi baru-baru ini. Abang Nara respek kepada Reen kerana tampil memohon maaf atas kontroversi yang melanda wataknya itu. Bercakap kepada Pancaindera semalam, Reen Rahim memberitahu yang dirinya tiada niat untuk mempersendakan agama dan golongan wanita berpurdah. Kata Reen:- Reen betul-betul minta maaf kepada semua kerana tidak sensitif sewaktu melakonkan watak Sahara. Masa berlakon drama itu pada Disember tahun lalu, Reen hanya fikirkan tentang lakonan pertama yang membawa watak baik. Bagaimanapun beberapa hari sebelum drama Sahara berakhir, Reen dicaci di Facebook dan blog hiburan. Ramai yang marah dengan lakonan Reen, berpurdah tapi bersentuhan dengan lelaki, bercanda di sekolah pondok dan tidak konsisten dalam berpurdah. Kata Reen Rahim lagi:- Pada mulanya Reen menjangkakan watak Sahara dapat menyuntik semangat kepada golongan remaja yang bersekolah agama tapi apabila berlaku sebaliknya, Reen rasa ralat sangat. Reen tanya pada diri sendiri kenapa tidak berfikir lebih jauh sebelum melakonkan Sahara? Mungkin sebab terlalu memikirkan kesempurnaan fizikal Sahara yang bermata cantik dan berpurdah, Reen lupa nak hiaskan watak itu dengan tingkah laku dan nilai tertinggi pada wanita berpurdah untuk Sahara Bukan senang untuk mengakui kesilapan diri sendiri. Setiap manusia sememangnya sering membuat salah. Yang penting, Reen sudah sedar dan tidak akan mengulanginya lagi. Semoga selepas ini jika mendapat tawaran drama atau filem, Reen bacalah dulu skrip betul-betul sebelum menerima tawaran tersebut. Sumber |
Konvoi Anak Muda Umno Teramai! Posted: 04 Feb 2013 02:52 AM PST kahkahkah.. kahkahkahkah.. kahkahkahkahkahkaha... kesian umno selangor. guna budak-budak jimat sikit kan? lepas duit minum makan je.. hahahahahahah.... |
Perletakan Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang Posted: 03 Feb 2013 09:24 PM PST DR NUNGSARI AHMAD RADHI 1999-A Sg Batu, 11920 Bayan Lepas, P. Pinang 4hb Oktober 1998 YB Dato' Mohd Shariff Haji Omar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Yang Berhormat, Perletakan Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang Seperti yang telah maklum, jawatan Ketua Penerangan adalah satu lantikan yang dibuat berasaskan kepercayaan orang yang melantik. Saya telah dilantik oleh bekas Pengerusi Perhubungan pada tahun 1996. Untuk memberi ruang kepada Pengerusi Perhubungan yang baru melantik Ketua Penerangannya sendiri, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BPUN Pulau Pinang mulai hari ini. Saya juga sedar bahawa saya tidak dapat memenuhi tuntutan jawatan seperti yang dikehendaki pada masa sekarang. Mungkin ada baiknya saya mengambil kesempatan ini untuk memperkatakan beberapa perkara demi kebaikan parti. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan, falsafah saya untuk memelihara kepentingan politik UMNO ialah dengan membentuk imej UMNO sebagai parti yang memertabatkan orang Melayu, mengangkat maruah mereka, menyemai serta memupuk nilai dan sifat yang membolehkan satu tamaddun Melayu dibentuk untuk generasi akan datang. Saya berpendapat jika UMNO dan ahli-ahli UMNO mempamerkan budaya yang baik barulah ia boleh berjaya mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan yang berterusan. Walau bagaimanapun saya amat khuatir tentang rungutan yang sering terdengar mengenai kelemahan parti dari segi amalannya sendiri dan dari segi tanggapan orang ramai terhadap parti. Masyarakat melihat politik UMNO bukan sebagai politik perjuangan tetapi sebagai politik kepentingan diri. Pada tanggapan mereka : UMNO itu adalah mesyuarat agong setahun sekali. UMNO itu adalah pertandingan merebut jawatan. UMNO itu adalah rombongan dan lawatan. UMNO itu adalah acara sukan dan majlis keramaian dan bersuka- suka. UMNO itu platform mencari kedudukan dan kekayaan. Politik dalaman UMNO tidak dikaitkan dengan usaha-usaha yang serius. Masyarakat tidak nampak usaha di peringkat bahagian mahu pun di peringkat negeri yang membincangkan soal-soal dasar dan perundangan yang digubal dan dilaksana oleh kerajaan. UMNO nampaknya juga tidak berbincang mengenai isu bahasa, budaya mahupun politik dalam ertikata yang lebih luas. Ahli-ahli UMNO dilihat sebagai tidak berilmu. Sebab itu mereka mudah dipengaruhi oleh yang mahu jadi pemimpin. Sebab itu gejala politik wang menjadi-jadi. Mereka yang berwang akan berjaya. Maka muncullah satu tanggapan bahawa fitnah dan penipuan menjadi teras budaya politk UMNO. Tanggapan umum yang disebut di atas terhadap UMNO adalah tidak menghairankan memandangkan terdapat kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang merasakan : UMNO itu tidak boleh ilmiah sangat. UMNO itu tidak boleh Islam sangat. UMNO itu tidak boleh serius sangat. Akibatnya walaupun kita berbangga dengan bilangan keahlian kita, nyata sekali kita tidak dapat menarik kelompok-kelompok tertentu ke dalam UMNO. UMNO lemah di kalangan remaja, UMNO lemah di kampus. UMNO lemah di kalangan golongan menengah Melayu. UMNO lemah di kalangan mereka yang menekankan kedudukan agama Islam. Pendeknya, masa depan UMNO, samada dari segi keahlian atau sokongan boleh terjejas jika perkara-perkara ini tidak diatasi kerana sebahagian besar daripada orang Melayu datang daripada golongan ini. Oleh itu usaha penerangan saya ialah untuk membenteras imej UMNO yang negatif, membentuk suatu imej budaya politik yang berteraskan nilai-nilai positif seperti keilmuan dan keterbukaan. Saya telah mendekatkan parti dengan usaha-usaha pendidikan anak Melayu di Pulau Pinang, dengan usaha peningkatan kemahiran golongan remaja, dengan usaha pembentukan sahsiah, dengan perbincangan dasar dan proses perundangan. Kita tentunya mahu mengubah dari politik mengeksploitasikan kelemahan ahli kepada politik mengangkat martabat ahli. Dengan ilmu pengetahuan, ahli akan mengetahui hak dan sempadan hak mereka. UMNO perlu melengkapkan ahlinya dengan sifat, nilai dan budaya yang membolehkan orang Melayu bersaing di kurun yang bakal mendatang. Di Pulau Pinang khususnya kekuatan politik Melayu yang berteraskan kualiti harus diwujudkan. Seperti yang disebutkan tadi, tanggapan umum mengenai betapa fitnah itu berleluasa dalam politik UMNO diperkayakan pula dengan episod Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia bermula dengan surat-surat layang pada pertengahan tahun lepas dan masih berterusan sekarang ini. Mungkin untuk kebanyakan ahli UMNO isu ini ialah isu antara personaliti. Namun begitu kecurigaan di mata hati orang ramai mengenai hal ini adalah berkaitan cara. Cara episod ini berlaku menimbulkan banyak persoalan di kalangan orang ramai. Bagaimana surat-surat layang menjadi buku yang kemudiannya menjadi asas dakwaan. Orang ramai juga tidak terlepas daripada membuat perhatian betapa luar biasanya cara-cara tindakan yang telah diambil dari mula sehinggalah sekarang. Nampaknya tanah lembang dan kayu pun sudah patah. Orang ramai tidak melihat episod ini semata-mata sebagai satu krisis dalaman parti. Mereka sudah lali dengan gelagat ahli-ahli UMNO semasa pertandingan di semua peringkat. Mereka juga termaklum dengan cara yang diguna terhadap satu sama lain Bagi orang ramai keadaan sebenarnya adalah lebih daripada ini semua. Oleh itu adalah sangat penting bagi UMNO untuk mencegah penghakisan keyakinan orang ramai terhadap institusi-institusi di dalam masyarakat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Untuk mencapai matlamat di atas, saya berpendapat pendekatan penerangan berkaitan dengan kes ini yang menjatuhkan maruah seseorang itu adalah satu cara yang tidak sesuai. Kita tidak membunuh saudara kita yang cedera dan memakan dagingnya. Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli UMNO saya menerima dan menghormati keputusan Majlis Tertinggi untuk memecat keahlian Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, cara keseluruhan episod itu berlalu dan masih sedang dilalui adalah sungguh menyedihkan. Krisis ini sekali lagi memperlihatkan gelagat UMNO yang sudahpun menjadi tontonan orang ramai. Gelagat inilah yang mahu kita ubah - mencegah fitnah sebagai senjata dalam pertandingan dalaman UMNO. Rata-rata orang Melayu dan orang Islam berasa tersangat malu dengan imej UMNO, Melayu dan Islam yang terdedah di mata umum ekoran daripada episod ini. Saya sendiri berasa malu dengan segala aspek perkara ini. Saya rasa penerangan seperti yang dijalankan sekarang akan memburukkan lagi keadaan. Dengan hal demikian, saya percaya Dato' dapat memahami mengapa saya tidak dapat menjalankan tugas-tugas Ketua Penerangan secara yang diharapkan. Saya doakan semoga Allah SubhanaWaTa'ala memberi kita semua petunjuk dan kekuatan untuk kita sama-sama mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih. Ikhlas, Dr Nungsari Ahmad Radhi s.k. - YB Haji Azhar Ibrahim Setiausaha BPUN Pulau Pinang http://harundin.tripod.com/nungsari.htm |
Sidang Dun Kelantan vs TV3. Adun BN Hulu Kelantan Kurang Cerdik! Posted: 03 Feb 2013 09:00 PM PST Isu penyerahan geran tanah rakyat di Kesedar Lebir Gua Musang yang disiarkan TV3 kononnya rakyat tidak berpuas hati dan memprotes kepada kerajaan negeri di atas penyerahan geran tanah tersebut. Ikuti pula sedutan Sidang DUN yang lepas (17 Oktober) yang menunjukkan siapa sebenarnya yang tidak mahu geran diserahkan kepada rakyat. TV Wau : Terajui Informasi Like page kami : http://www.facebook.com/tvwau |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan