Isnin, 4 Februari 2013

Biaqpila

Biaqpila


MAMAT NI PANAS PUNGKOQ KA?

Posted: 03 Feb 2013 11:00 PM PST

Ini rupanya bila Rais Yatim dah panas punggung...

Ini bahasanya bila Rais Yatim sudah NAZAK...



Habis segala kebaikan lalu pun diungkit kembali...!!

"rakyat Selangor perlu kenang segala jasa dan budi kjn BN bangunkan negeri itu."



2:17 PM - 9 Sep 12



Apa...??

9 Sep tahun lepas...?? Rupanya dah lama anak Yatim neh rasa gelombang penolakan rakyat Selangor terhadap BN rupanya... Woiittt..!! Kat amah Indon tak nak ungkit sama ka...??



Kahkahkah...


Tangan kanan yang memberi seeloknya biarlah tangan kiri pun tidak mengetahuinya. Bukankah Islam mengajar kita bahawa kebaikan yang diberikan akan hilang pahalanya jika diungkit atau diceritakan pada orang lain...???



Tapi...!! Ada anak Yatim kisah...!!


shalehudin


UMNO MALUKAN RAKYAT MELAKA : GANGGU CERAMAH ANWAR DI JASIN

Posted: 03 Feb 2013 08:00 PM PST


Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.

"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat.

mutaligat

Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1j

Posted: 03 Feb 2013 04:36 PM PST



BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.
Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

MK


Tiada ulasan: