Kerabu Bersuara ® |
Pertahan Islam Asas Keberadaan PAS dalam Pakatan Posted: 18 Feb 2013 04:25 PM PST Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden dalam ucapan beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu. Datok Seri Tuan Guru Presiden PAS dipetik berkata "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat" Dewan Ulamak PAS Pusat percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama. Rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini. Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS. Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam pakatan. PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dato' Nik MUhammad Zawawi Salleh |
Malaysia markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir Posted: 18 Feb 2013 04:21 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Transparency International (TI), sebuah badan bebas penilai antarabangsa meletakkan Malaysia di kedudukan 'D' pada skala rasuah pembelian senjata api, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. "Kategori A – negara itu tiada risiko rasuah. Kalau 'F' negara itu paling banyak korupsi dalam proses pembelian senjata. "Negara kita dikategori sebagai 'D' bersama Rwanda, Tanzania dan China. Malu kita," kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu pada 16 Februari lalu. IMG_8136TI yang berpangkalan di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan senarai negara yang terlibat dengan rasuah dalam proses pembelian senjata. Laporan Government Defence Anti Corruption Index itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, dengan mengkaji kementerian pertahanan melibatkan 82 negara. Australia dan Jerman di tangga teratas dengan penarafan 'A' manakala Korea Selatan dan Taiwan tertinggi di kalangan negara Asia dengan memperoleh 'B' sementara Jepun 'C'. Dalam kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas. Malaysia mendapat markah terendah dari sudut kewangan dan operasi dengan hanya memperoleh 25 peratus dan 10 peratus untuk jumlah mata 100 peratus dalam kajian itu. "Kita tahu banyak peruntukan dari wang rakyat dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan hilang dan hanya menguntungkan segolongan kecil. "Sudah masanya kita bertindak dan memilih kerajaan yang amanah dan menumbangkan kerajaan korup ini," kata Ghafir. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan