ALHUSSEYN |
- Lawatan Menteri Pelajaran Malaysia ke Perak dimalukan oleh PPD Kinta Utara
- Tanda-tanda Hamidah Adun Tengin akan hanyut di Sungai Rapat!
- Ngapa Musang Berjanggut senyap sahaja?
Lawatan Menteri Pelajaran Malaysia ke Perak dimalukan oleh PPD Kinta Utara Posted: 19 Feb 2013 08:30 AM PST Hari ini, Menteri Pelajaran Malaysia datang ke Ipohk, tapi beliau telah dimalukan dengan berita mengenai kecuaian dan sikap bongkak seorang Penyelia Kanan Rendah 1, di Jabatan Pelajaran Daerah Kinta Utara, Perak. Pegawai tersebut sepatutnya perlu merujuk kes terserbut kepada pegawai yang lebih atas darinya. Lantaran bertindak membuta tuli, tiga kanak-kanak sekolah telah dihalang daripada menghadiri kelas , semata-mata kerana bapa mereka tidak memiliki MyKad biru. Kanak-kanak tu semua mempunyai ceritificates kelahiran Malaysia yang sah.Malahan anak sulung, Nithiya Rubhini, mempunyai MyKad biru. Bapa mereka, Ragu, 38, seorang pekerja buruh, berkata bahawa pengalaman pahit beliau bermula apabila beliau mahu untuk memindahkan anak-anaknya dari Tambun ke sekolah-sekolah di Bertam, Perak kerana mereka telah beralih ke tempat baru. "Pegawai pelajaran daerah Ulu Kinta, Abdul Rahim Abdul Samad, enggan untuk membenarkan anak-anak saya untuk menghadiri sekolah," katanya di sini Aku tak sampai hati nak kata 'bengong' pada pegawai tersebut. Aku semak nama sebenarnya ialah Hj Abdul Rahim Abdul Samat ~ Penyelia Kanan Rendah 1, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (itu yg sebenarnya) .Tapi Nampak sangat beliau bertindak gelojoh dan terburu-buru.Lihatlah memo yang dah lama di edarkan berikut : Memo Antara Jabatan/Bahagian Penasihat Undang-Undang Bil. KP(PUU)10074/02/9/Jld.3 (70) bertarikh 22 Ogos 2002 bertajuk 'Pendaftaran Murid Yang Tiada Surat Lahir'. Antara lain, perkara 5.2. dan 5.5. ada menyatakan bahawa:
|
Tanda-tanda Hamidah Adun Tengin akan hanyut di Sungai Rapat! Posted: 19 Feb 2013 02:00 AM PST Korang tengoklah sendiri . Ini yang berlaku ditempat aku, Sungai Rokam, Ipoh. Kalau korang lalu kat depan Medan Gopeng tu, korang akan nampak betapa meriahnya kitaorang nak nyambut hari kejatuhan Najib! Tak kiralah samada SPR akan umumkan pada 22 Februari ini atau tidak, bak kata orang-orang tua, buah dah masak ranum, tak dijolok pun ia akan luruh dgn sendirinya bila-bila masa…. Ha! ha! ha! Kitaorang di Dun Sungai Rapat memang lama dah sedia nak humban Hamidah adun tengin tu ke dalam Sungai Rapat yang beralun lesu kat Medan Gopeng nih!Siap-siaplah ko Midah Oi! Kibaran panji-panji melambangkan Hisbullah begitu megah menerjah udara… sebaliknya panji-panji Hisbusyaitan tidak dapat menyainginya dan hanya mampu berada jauh di bawahnya. Lihatlah tanda-tanda Hamidah Tengin akan hanyut dalam PRU-13 ni nanti, insya'Allah. Panji-panji separuh tiang dipasang adalah petanda yang amat jelas mengenainya.Aku berasa simpati dengan Adun Umno paling tengin ini. Maka amat benarlah kata-kata Rasulullah SAW yang pernah diungkapkannya : ISLAM YU'LA WALAM YU'LA ALAIHI ~ Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi selainnya ... Aku ucapkan terimakasih kepada rakan-rakan seperti Zaki, Sukri, Pahrol, Zulpoli dan lain-lain yang telah menaikan panji-panji Islam ini. Bagaimana pula dgn tempat korang? |
Ngapa Musang Berjanggut senyap sahaja? Posted: 18 Feb 2013 10:17 PM PST Hamidah, Adun tengin Sungai Rapat , kini bersama-sama Kazim Alias nampaknya benar-benar menghanjingkan Datok Mufti Perak, Harussani. Bukankah Tok Mufti dah bilang banyak kali, jangan bawa parti ke dalam masjid? Tapi itulah yang dua orang ni buat! Ceramah Ugama konon! Apasal siap ada logo keris bogel umno dan dacing pada banner mereka? Kesian kat DS Nizar , depa tak penah benarkan dia berceramah di mana-mana masjid dalam negeri Perak nih! Tapi apasal la ni Kazim Elias pula dibenarkan? Aku tak tahu samada Hamidah, Adun Tengin Sungai Rapat tu akan turut berucap sama atau tidak. Tapi gambar lama Adun Tengin (10 tahun lalu) tu ada bersama gambar ala~Kazam dalam baner kat atas tuh! Apakah larangan tersebut sudah ditarik balik oleh Harusani? Eh! Mana pula Musang Berjanggut ni nyorok? Ngapa senyap! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan