Selasa, 19 Februari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


LGE gesa Hisham letak jawatan jika gagal selesai isu Lahad Datu

Posted: 19 Feb 2013 03:00 AM PST



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengkritik Kementerian Dalam Negeri kerana kelewatan dalam menyelesaikan "pencerobohan" di Lahad Datu, Sabah, oleh sekumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Sultan Sulu.

NONEKatanya, kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein bahawa penceroboh itu bukan militan atau pengganas, tidak boleh diterima.

"Jika begitu, maka mengapa mereka di (sebuah kampung yang berhampiran) Lahad Datu (dan) bersenjata berat?," katanya.

Lim berkata, sekiranya ia berlaku di Pulau Pinang, beliau - sebagai ketua menteri - akan meminta bantuan keselamatan daripada kerajaan persekutuan untuk membawa mereka keluar dari negara ini atau menangkap kumpulan bersenjata itu.

Kumpulan itu didakwa terdiri daripada kira-kira 100 pengikut seorang sultan di Filipina, yang mendakwa bahawa Sabah "dipajak" kepada kerajaan Malaysia.

NONESultan Jamalul Kiram (kiri) yang dipetik dalam laporan AFP sebagai
berkata bahawa orang-orangnya akan terus berada di Sabah kerana ia adalah "negeri" mereka.

Walaupun para pegawai Malaysia mendakwa bahawa kumpulan tersebut bersenjata, tetapi Jamalul bertegas sebaliknya.

Walaupun mereka enggan beredar sejak tiba pada 9 Februari lalu, Malaysia tidak tegas dalam mengendalikan situasi tersebut, kata Lim.

"Jika Hishammuddin tidak boleh mengendalikan keadaan itu dengan segera dan menghantar kumpulan bersenjata itu keluar dari negara ini, maka beliau harus meletak jawatan," katanya.

"Kerajaan mengusir Senator Australia Nick Xenophon yang tidak bersenjata. Di sini kita ada sebuah kumpulan bersenjata dan tiada apa yang telah dilakukan setakat ini."

Hishammuddin, yang kini berada di Sabah, telah dilaporkan berkata bahawa Malaysia melakukan segala yang mungkin untuk memastikan situasi itu diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

'Pakatan perlu tunjuk kerjasama untuk menang'

Posted: 19 Feb 2013 02:57 AM PST

 


 
Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.

NONEKatanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi "senjata magis" BN sebelum ini.

Beliau menjelaskan, persempadanan semula merupakan salah satu faktor kejayaan BN, seperti mana yang menyumbang kepada kejatuhan PAS di Terengganu pada 2004, dan kemenangan tipis parti itu di Kelantan pada tahun sama.

"Tanpa senjata magis ini, saya yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah, tetapi dengan syarat pemimpin PAS, PKR dan DAP dapat meyakinkan rakyat mereka boleh bekerjasama.

"Ini satu-satunya syarat yang diberikan rakyat kepada saya, iaitu kerjasama. Mereka tidak mahu memperjudikan nasib mereka, kepada pemimpin yang bercakaran antara satu sama lain," katanya.

NONEMenurutnya lagi BN kini perlu "berlawan dengan apa yang ada" kerana tidak mampu melakukan persempadanan semula, ekoran kegagalan mendapatkan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.

"Kemenangan besar boleh berlaku, dalam pilihan raya umum, tetapi setakat mana ia bergantung kepada apakah kesalahan yang dibuat pada masa kecederaan (saat akhir menjelang pilihan raya)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk "Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13" anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan hari ini.

'Kenapa Deepak mohon imuniti jika BN akan menang?'

Posted: 19 Feb 2013 02:56 AM PST


 


 
Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berkata, tiga orang tokoh yang sebelum ini rapat dengan BN menunjukkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau merujuk kepada pandangan bekas pengerusi konglomerat media MRCB Datuk Abdul Rahman Maidin, bekas timbalan menteri Datuk Yahya Lampong, serta ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

NONEBeliau menjelaskan tiga pandangan individu tersebut diamatinya dari sudut kaca mata seorang wartawan.

Zulkifli berkata, beliau menilai tahap keyakinan personaliti berkenaan ke atas situasi politik yang berlaku dan usaha yang ditunjukkan individu tersebut dalam mendekati Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Jelasnya, Yahya menyatakan keyakinan bahawa Sabah bakal menyumbangkan 18 daripada 24 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat berdasarkan sokongan kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Cina.

"Berdasarkan pengalaman saya menyampaikan maklumat dan pengalaman orang, Datuk Yahya berkata 18 daripada 24 kerusi di Sabah akan jatuh dalam pilihan raya. 

"Itu angka pertama yang saya temui menjelang pilihan raya umum," katanya dalam satu forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan hari ini.

Abdul Rahman - yang menyertai PAS akhir tahun lalu - pula katanya sanggup menyertai PAS dan membantu usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh di Johor secara sembunyi-sembunyi .

NONEKata Zulkifli, ahli perniagaan itu dilihat sangat rapat dan sentiasa bersama dengan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta memberi cadangan dan pandangan kepadanya semata-mata mahu memecahkan kubu Umno di Johor.

"Saya nak cakap (bahawa) kesungguhan Datuk Rahman. (Beliau berkata) kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat kali ini.

Katanya, Abdul Rahman juga amat bimbang sekiranya usaha tersebut tidak membuahkan hasil dan memberitahunya: "Jika kalah, lunyai aku dikerjakan Umno".

"Beliau yakin, jika PAS dan Pakatan tidak menang kali ini, habis dia. Dia akan hancur dari segi bisnes dan sebagainya," katanya yang pernah bekerjasama dengan Rahman dalam pelbagai program.

Beliau juga menilai tindakan Deepak yang kini berusaha mendapatkan perlindungan daripada tindakan undang-undang bagi membuat pendedahan yang menjejaskan BN, kata Zulkifli.

Katanya, usaha Deepak untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi itu menimbulkan emua orang tertanya-tanya kenapa beliau memohon imuniti atau dilindungi sebagai saksi kepada saksi kepada Pakatan Rakyat, sedangkan BN yang menang.

"Bagi Deepak, Pakatan Rakyat adalah kerajaan masa depan dan selepas pilihan raya ini bagi berdasarkan hubungan dengan koridor kuasa, beliau yakin kepada Pakatan Rakyat. 

"Itu adalah tiga padangan yang saya temui ketika bertugas sebagai wartawan," katanya yang pernah menuntut Universiti Malaya.

Pengerusi DAP, PKR Johor diarah tutup mulut

Posted: 19 Feb 2013 02:53 AM PST


MALAYSIA KINI


Ekoran perang mulut antara pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng semalam, satu arahan dikeluar meminta mereka 'tutup mulut' dan tidak meneruskan lagi pertikaian mereka secara terbuka.

NONE"Saya telah bercakap dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim dan kami bersetuju supaya Chua dan Boo berhenti daripada terus membuat komen terbuka mengenai hubungan antara kepimpinan DAP dan PKR Johor, terutama mengenai isu agihan kerusi," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kedua-dua pemimpin negeri itu juga hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai peruntukan kerusi antara kedua-dua parti bagi pilihan raya umum akan datang."

Lim menegaskan bahawa pertelagahan antara kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat Johor itu telah dieksploitasi oleh media arus perdana yang dikawal oleh BN.

"Publisiti negatif sedemikian tidak wajar menjelang pilihan raya umum dan hanya akan menggembirakan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat, yang berharap untuk mencipta kejayaan memecah kubu BN ini (Johor)."

Lim berkata kepimpinan DAP pusat menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan.

Beliau menggesa semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan supaya meluahkan pandangan mereka melalui saluran dalaman agar tidak membuka peluang kepada musuh politik mereka.

azlanKepimpinan DAP pusat, katanya, akan menyampaikan sentimen dan
justifikasi DAP Johor dalam rundingan akhir agihan kerusi, yang akan dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan.

Lim juga mendedahkan bahawa rundingan agihan di kalangan parti komponen Pakatan masih berterusan.

DAP diwakili pasukan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan raya, Tan Kok Wai.

Semalam Boo mengeluarkan kenyataan keras menggesa Anwar atau Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya mengambil alih kepimpinan PKR Johor.

Beliau mendakwa keangkuhan Chua telah merosakkan kerjasama yang kuat yang dibina antara DAP Johor DAP dan PKR sebelummya dan sehingga 2010.

Kelantan labur RM1 juta ambil 3 pemain baru

Posted: 19 Feb 2013 02:51 AM PST

SINAR HARIAN

Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa

KELANTAN membayangkan bakal menggunakan tiga khidmat pemain baharu apabila jendela pendaftaran pemain dibuka pada awal April nanti, dan dengan itu tiga pemain yang sedang beraksi bersama pasukan  tersebut bakal digugurkan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa hanya berkata 'tiga pemain baru tersebut pernah wakili negara masing-masing'.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut pemain mana yang bakal digugurkan dan yang akan terus bersama pasukan tersebut pada musim ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana persatuan itu memandang serius prestasi semasa The Red Warriors yang ketika ini menduduki tangga kelapan saingan Liga, yang sekali gus mengundang persepsi negatif peminat sukan negeri ini terhadap pasukan tersebut.

"Kita tak akan berpeluk tubuh dengan situasi semasa pasukan yang sedikit merudum pada awal saingan Liga Super musim ini walaupun jurulatih telah cuba beberapa perkara untuk meningkatkan prestasi pasukan," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan kereta oleh syarikat Secretleaf kepada Kada di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim.

Pada majlis itu Secretleaf dengan kerjasama Kafa turut melancarkan peraduan 'Beli dan Bola' di mana dua pemenang bertuah bakal menyaksikan perlawanan bola sepak kejohanan Piala Konfederasi Asia (AFC) antara Kelantan dan Shb Da Nang di Stadium Chi Lang, Danang, Vietnam pada 10 April depan.

"Ini bermaksud kami perlu menukar pemain atau membuat pelaburan untuk mengambil pemain baharu, dan kita perlu sekurang-kurangnya RM1 juta untuk mengubati perkara ini," katanya.

Annuar berkata, penukaran tiga pemain untuk diserap pemain baharu itu bukan kerana prestasi mereka tidak berada di tahap yang sepatutnya, tapi untuk kepentingan pasukan.

"Kita ada kira-kira 10 perlawanan lagi, iaitu lima perlawanan dalam saingan Liga Super, tiga perlawanan Piala FA serta dua perlawanan dalam AFC. Kita akui pasukan kita sekarang adalah pasukan OKU (orang kurang upaya).

"Bagaimanapun Kafa masih memberi peluang kepada pemain sedia ada untuk memberi persembahan terbaik kerana ia masih hak mereka sebelum jendela pendaftaran dibuka pada April depan," katanya.

Juara treble, Kelantan berdepan krisis getir pada awal musim ini selepas kehilangan tiga tonggak utamanya di bahagian serangan dan sayap, iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan Mohammad Ghaddar nyata memberi tekanan hebat kepada The Red Warriors untuk melahirkan pemain berbakat di bahagian tersebut. - Bernama

Sekat MP Pakatan jadi panel di UM tunjuk akademik PM lemah – Nik Nazmi

Posted: 19 Feb 2013 02:48 AM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Sekatan terhadap beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada seminar politik Universiti Malaya (UM) hari ini, simbol betapa lemahnya akademik Perdana Menteri, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Izzah 1

Pembatalan itu didedahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel), Prof Dr Mohammad Redzuan Othman pada Seminar Politik Menjelang Pilihan Raya Umum 13 di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, pagi tadi.

Menurutnya, arahan itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Forum anjuran Umcedel itu pada mulanya membariskan ahli panel Pakatan terdiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

BN pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Tempat mereka yang dijadual membentangkan forum pada 2.30 petang tadi dibatalkan dan diganti oleh ahli akademik lain.

Nurul Izzah tetap hadir sebagai penonton, sekalipun menerima sekatan Umno BN.

Nik Nazmi berkata, pembatalan itu bertentangan suasana sekarang ketika masyarakat dan mahasiswa terbuka dan cenderung kepada pelbagai wacana ilmiah termasuk isu politik.

"Isu politik Malaysia sekarang sudah berubah menjadi tajuk wacana ilmiah melalui pendedahan kajian dan laporan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi dan badan pemikir, selain pendapat ahli politik dan ahli akademi yang dikemukakan.

"Di luar, pelbagai badan politik, NGO dan media mengadakan wacana ilmiah. Malangnya kampus terus hilang peranannya ekoran pelbagai sekatan Umno BN.

"Pembatalan forum itu bukan sahaja bertentangan dengan kecenderungan masyarakat untuk berdiskusi tetapi bercanggah dengan agenda transformasi Perdana Menteri," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu kepada Keadilan Daily.

Nik Nazmi

Menyifatkan tindakan itu mundur, Nik Nazmi mempertikai pembatalan forum kerana bukan sahaja wakil rakyat Pakatan dijemput tetapi turut diwakili Umno BN.
"Sekali lagi menunjukkan kelesuan tahap kebebasan akademi dan retorik kosong Umno BN kononnya mahu memulihkan imej IPT tempatan.

"Sepatutnya kerajaan menyokong dan menggalakkan forum ilmiah seperti ini kerana boleh mencambah idea baru dan membantu mahasiswa dan masyarakat berfikir dan bertindak secara ilmiah," katanya.
Justeru, beliau menggesa Datuk Seri Najib Razak segera menyatakan pendirian tegas mengenai insiden memalukan ini.

Sekali lagi Najib dimalukan pengundi Cina

Posted: 19 Feb 2013 02:43 AM PST

Shahbudin Husin
 
 

Hasrat Najib menghadirkan diri di majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Dong Ziong sekurang-kurangnya mampu membawa hasil yang positif dan menggembirakan nampaknya tidak kesampaian. Meskipun beliau dilayan dengan baik dan dihidang dengan makanan yang menyelerakan, kunjungan itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada politik BN. Beliau pasti menyimpan kecewa dalam diam.

Najib yang hadir sejam lebih awal daripada kehadiran Anwar di majlis itu dilaporkan hanya dilayan biasa-biasa saja berbanding Anwar yang disambut lebih meriah dengan teriakan reformasi dan poster yang bertulis "Saya Sayang PM Baru Anwar". Poster itu diubahsuai daripada poster "Saya Sayang PM" yang banyak ditabur di pelbagai majlis yang dihadiri Najib sebelum ini.

Mesej dan keberanian ramai pengunjung mengangkat poster yang telah diubahsuai itu ketika menyambut kedatangan Anwar jelas membuktikan bahawa pengundi Cina kekal dengan pendirian mereka selama ini iaitu menolak BN dan mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang ini.

Najib menjadi Perdana Menteri yang pertama menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Dong Ziong sejak persatuan itu ditubuhkan. Sejak ditubuhkan ia terkenal dengan sikap kritikalnya terhadap kerajaan dan tidak bersetuju dengan beberapa dasar kerajaan dalam bidang pendidikan yang melibatkan sekolah-sekolah Cina.

Selama bertahun-tahun persatuan itu dicop mirip pembangkang. Tetapi Najib cuba bersikap budiman dengan sudi hadir di majlis anjurannya sambil mengharapkan ada bekalan positif yang dapat dibawanya balik daripada majlis itu.

Harapan Najib melalui kunjungan itu berjaya menghasilkan kenangan yang manis dan menzahirkan reaksi positif daripada pengundi Cina tidak berhasil sama-sekali. Malah dengan sambutan yang lebih meriah diberikan ketika ketibaan Anwar bersama rombongannya jelas menggambarkan Anwar bersama janji perubahannya lebih melekat dihati pengundi Cina berbanding Najib.

Apa yang berlaku di majlis Dong Ziong itu sebenarnya mengesahkan lagi apa yang berlaku di majlis sambutan Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang beberapa hari sebelum itu di mana Najib dimalukan dengan jawapan "No" apabila beliau bertanya "Are You Ready For BN?", adalah sesuatu yang sahih dan benar. Jika ada yang meragui teriakan "No" sebanyak tiga kali di Pulau Pinang itu sebagai tidak benar-benar tulen dan mungkin ciptaan belaka, keberanian menaikkan poster "Saya Sayang PM Baru Anwar" di Kajang itu memang sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya.

Berbanding peristiwa di Pulau Pinang di mana cybertrooper UMNO sibuk mempertahankan Najib disebalik insiden teriakan "No" itu sehingga sanggup mengubahsuai klip video yang sama dengan jawapan "Yes" pula dan kemudian disebarkan dua hari kemudiannya tetapi dalam peristiwa di Kajang ini, tidak ada di kalangan mereka yang menafikannya. Maknanya, mereka mengakui memang berlaku penolakan terhadap Najib di kalangan pengundi Cina di majlis itu.

Hakikat bahawa Anwar disambut lebih meriah berbanding Najib juga tidak dinafikan oleh sesiapa.

Melihat kepada apa yang berlaku itu dan bagaimana kesan penyebaran insiden itu telah mempengaruhi ramai pengundi terutama mereka yang mempunyai akses internet, Mahathir sampai berkata perlunya penapisan dilakukan terhadap berita-berita yang disiarkan di alam maya kerana kononnya kebenarannya diragui. Mahathir sebenarnya bukan bimbang berita yang tidak benar tersebar melalui internet tetapi yang membimbangkannya ialah kerana dengan adanya internet, kepalsuan tidak lagi mempunyai tempatnya.

Selama ini media tradisional seperti akhbar dan tv dilihat begitu memonopoli kerja memesongkan pemikiran rakyat melalui propaganda tidak benar dan separuh benar untuk diterima oleh rakyat. Oleh kerana rakyat tiada sumber maklumat lain, maka semua yang disajikan melalui media tradisional itu selama bertahun-tahun dianggap sebagai wahyu kebenaran walaupun sebenarnya ia mungkin berupa teriakan syaitan.


Itulah yang berlaku selama ini. Dengan adanya internet, kepalsuan tidak lagi mampu bertahan lama. Kadang-kadang sebelum kepalsuan didendangkan, kebenaran sudah pun muncul terlebih dahulu.

Melalui apa yang berlaku kepada Najib di dua majlis sambutan Tahun Baru Cina itu, tidak syak lagi bahawa pengundi Cina kekal tidak mahu bersama Najib dan BN biar bagaimana pun propaganda lain turut dihebohkan. Bukti nyata yang diperolehi melalui dunia internet bukan saja mampu menyerlahkan kebenaran, malah menjadikan kebenaran itu juga mudah disebarluaskan.

Dengan sikap konsisten pengundi Cina yang ditunjukkan itu, nasib dan masa depan MCA serta Gerakan, rakan kongsi UMNO dalam BN sudah boleh dinilai gelap atau kelabunya. Dalam masa yang sama, nasib Najib, UMNO dan BN juga sudah boleh dibaca penyudahnya.

Maut sebab lif tentera tidak diservis

Posted: 19 Feb 2013 01:51 AM PST


 

KL TODAY
"Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.

Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

"Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.

"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.


Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Seorang jiran di pangsapuri itu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terdengar jeritan wanita itu sebelum dentuman kuat berlaku di tingkat paling bawah pangsapuri itu.

Menurutnya, dia yakin bunyi itu berpunca daripada lif berkenaan sebelum menghubungi bomba dan penyelamat, selain polis daerah Manjung, bagi mendapatkan bantuan.

"Saya percaya tragedi ini berlaku akibat kabel lif itu yang uzur berikutan sebelum ini ada kesan kebocoran air hujan yang menyebabkan berlaku kesan karat.

"Rata-rata penduduk sebelum ini sering ketakutan ketika menggunakan lif ini berikutan ia bergegar selain mengeluarkan bunyi pelik. Bagaimanapun, kebanyakkan penghuni tiada pilihan dan terpaksa menggadai nyawa menggunakan lif itu.

"Apa yang berlaku kepada Zamelia seharusnya menjadi iktibar kepada pihak berkaitan supaya segera membaik pulih semua lif di kawasan kediaman kami ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komissioner Jaafar Baba ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian berkenaan dan ketika ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, Jaafar berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung insiden kecuaian itu.

"Kini, terpulang kepada ahli keluarga mangsa untuk membawa kes berkenaan kepada pengetahuan pihak pengurusan TLDM," katanya.

Insiden Memilukan

IPOH: "Ia insiden yang menyedihkan dan memulikan. Saya mewakili seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, malah bersimpati dengan kejadian itu," kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau mengulas mengenai insiden menyayat hati menimpa Zamelia, yang maut apabila lif yang dinaiki terhempas dari tingkat lima pangsapuri berkenaan, jam 5 petang Jumaat lalu.

Berikutan insiden itu, Abdul Aziz berkata, beliau turut mengarahkan satu pemeriksaan segara dilakukan di seluruh bangunan pangsapuri serta kediaman anggota TLDM di seluruh Malaysia bagi mengelak kejadian sama berulang.

Malah, katanya, pihaknya sudah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat insiden itu termasuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan bomba dan penyelamat.

"Kami akan mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat daripada bomba dan penyelamat bagi menyiasat punca sebenar insiden itu.

"Berdasarkan siasatan awal, lif yang digunakan di pangsapuri berkenaan sentiasa diselenggara dengan baik, malah ia kali terakhir diperiksa dan diselenggara pada Ogos tahun lalu," katanya.

Umum BR1M RM1,000, Muhyiddin cuba rampas tugas Najib

Posted: 19 Feb 2013 01:48 AM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,000 jika Umno BN memerintah lepas PRU 13 menunjukkan Timbalan Presiden Umno itu cuba mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Amir

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kapasiti Muhyiddin mengumumkan bantuan tersebut baru-baru ini.

"Muhyiddin pegang portfolio Kementerian Pelajaran, langsung tiada kaitan dengan pemberian BR1M, kenapa dia sibuk umumkan?" katanya.

Beliau berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu usaha mengukuhkan sokongan dalam Umno BN terhadap dirinya.

"Saya nampak Umno BN juga makin terdesak menarik sokongan menjelang PRU 13 yang nampaknya kurang berpihak kepada mereka.

Najib Muhyiddin

"Sekarang Muhyiddin berlagak seolah-olah dia Perdana Menteri ketika Najib berhadapan pelbagai isu menjejaskan reputasinya," kata Amiruddin kepada .
Keadilan Daily.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu berkata, pada dasarnya, BR1M tidak menyelesaikan masalah harian rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.

Katanya, ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat menumpu untuk selesaikan masalah asas rakyat.
"Pakatan berjaya buktikan kemampuan mentadbir di Selangor tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak seperti bekalan air percuma dan peruntukan skim untuk pelbagai lapisan umur.

"Selepas Pakatan menguasai Putrajaya, perkara utama yang akan dibuat ialah mengurangkan minyak yang menjadi punca kenaikan harga barang keperluan lain.

"Melalui beberapa kaedah penjimatan dan pembasmian penyelewengan, Pakatan mampu memastikan ekonomi isi rumah memiliki tabungan sehingga RM500 sebulan," jelas Amiruddin.

Beliau turut menolak kenyataan Najib kononnya pemberian BR1M bukti ekonomi negara kukuh kerana sejak beberapa tahun, Malaysia mengalami bajet defisit.

"BR1M bukan cerminan kemakmuran ekonomi Malaysia tetapi perlu diteliti dari mana sumber peruntukan.

"Antara sumber terbaru tentulah dari saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). Tidak mustahil jika Umno BN terus memerintah, pelbagai kenaikan harga dan bil akan berlaku termasuk tarif elektrik," katanya.

Pembantu rumah dera bayi dipenjara

Posted: 19 Feb 2013 01:42 AM PST


 

KL TODAY

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

R disabotaj lagi, billboard disimbah cat

Posted: 19 Feb 2013 01:39 AM PST

 

KL TODAY

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka. Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah.

Menurut aktivis R, Mohd Zulhazmi Hassan atau lebih dikenali dengan nama Jeming Hassan, kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam.

"Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah.

"Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu.

Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah.

Seminggu selpas itu pula, cermin kereta milik Setiausaha R, Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

Tambah Jeming, walaupun beberapa laporan polis dibuat, namun kejadian sabotaj sebegini masih berlaku.

"Kejadian sabotaj begini tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk terus memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan," katanya.

K’jaan tak serius atasi aliran wang haram sebab pemimpin BN terlibat

Posted: 19 Feb 2013 01:37 AM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Laporan Institut Kewangan Global (GFI) relevan untuk menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar ekonomi Malaysia hasil pentadbiran Umno BN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi

Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), maklumat penting seperti ini mesti disampaikan kepada rakyat untuk mereka mengambil tindakan betul ketika mengundi calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Umno BN kelihatan tidak berminat menyelesaikan masalah ini kerana terdapat pimpinan Umno BN secara langsung terlibat dengan jenayah ini seperti membawa wang rasuah ke luar negara," katanya kepada Keadilan Daily.

Rafizi berkata, GFI pernah meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010.

"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan laporan GFI, namun sehingga sekarang beliau masih belum respon," jelas Rafizi.

Menurutnya, Kerajaan Selangor pernah menawarkan tempat untuk mengadakan rundingan meja bulat pada pertengahan Januari lalu dengan menjemput GFI bagi mendapatkan penjelasan dan jalan penyelesaian bagi memulihkan masalah ini, malangnya tidak berjaya.

RASUAH-POLITIK

"Ini kerana, pada awalnya GFI memberi respon positif tetapi selepas Bank Negara menolak jemputan meja bulat itu, GFI membatalkan hasrat awal untuk menjaga hubungan baik dengan Bank Negara," katanya.

Rafizi berkata, laporan GFI tidak boleh diketepikan kerana itu satu-satunya institusi yang khusus dalam mengkaji dan mengeluarkan laporan mengenai wang haram dengan tumpuan kepada negara membangun seluruh dunia.

Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, GFI, Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.

5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda

Posted: 19 Feb 2013 01:35 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda sempena PRU 13.

amk

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian.

Senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:

1. Pemerdayaan Pendidikan

- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya

2. Kualiti Hidup

- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program 'Teksi Motor Pelancongan' untuk anak muda menganggur

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi

- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun

4. Perumahan Strategik

- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun

5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan

- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia

BN hilang kelebihan untuk menang PRU 13 – Umcedel

Posted: 19 Feb 2013 01:32 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

pilihan raya

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU 13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya dipetik Malaysiakini pada Seminar Politik dan Pilihan Raya Menjelang PRU 13 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.

Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya

Posted: 19 Feb 2013 01:27 AM PST

Oleh Norutul Ilham

PETALING JAYA : Manifesto Pakatan Rakyat yang bakal dilancar pada Konvensyen Pakatan 25 Februari ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat merupakan kempen awal menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno BN yang masih belum memperincikan manifesto untuk menghadapi pilihan raya.

Rafizi 1

"Pelancaran Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

"Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat.

"Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Konvensyen keempat Pakatan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menurut Rafizi, manifesto yang bakal dibentang pada konvensyen itu kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan termasuk tawaran baru.

"Manifesto kita lebih mudah untuk rakyat faham, tidak seperti BN. Kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku kepada Pakatan. Manifesto ini mengambil kira penyelidikan bukan sahaja kepada Umno BN, tetapi di seluruh negara," jelas Rafizi.

"Manifesto adalah janji kita kepada rakyat. Kita yakin kandungan manifesto akan kita laksanakan.
Termasuk perincian mengikut tahun kita tadbir seperti lima tahun pertama, 10 tahun dan seterusnya," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan turut menyeru rakyat memilih Pakatan pada PRU 13 kerana tawaran Pakatan memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat.

"Jika dulu, kenapa rakyat pilih Pakatan kerana tidak suka Umno BN…Tapi kali ini kita mahu pastikan rakyat pilih kerana tawaran menarik yang ditawarkan kepada mereka.

"Ia meliputi semua perincian bagi kesenangan mereka. Dasar Pakatan untuk membela rakyat," katanya.
Hadir sama, Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera

Posted: 19 Feb 2013 01:25 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Filem Tanda Putera berpontensi memecah belah kaum kerana mengandungi unsur rasisme, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Beliau mempersoal tujuan tayangan filem itu oleh Felda kepada 3,000 peneroka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanda Putera

Filem itu mengisahkan usaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan tanah air selepas tragedi 13 Mei 1969.

"Difahamkan terdapat beberapa babak dalam filem itu yang berpotensi menggugat keharmonian antara kaum di Malaysia kerana berunsurkan rasisme.

"Adakah Umno bertujuan mendapatkan kembali sokongan peneroka dengan memainkan isu-isu perkauman dan agama?" soalnya.

Beliau berkata, rakyat patut diberi ruang demokratik yang baik untuk memilih pemimpin melalui penganjuran debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kaedah sebegini.

Pada tayangan tertutup itu, peneroka menyaksikan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di PWTC.

Dilaporkan, acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!

Posted: 18 Feb 2013 10:26 PM PST

Staff Berita Semasa
Senarai Orang Paling Kaya 2013 Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!

Orang terkaya di Malaysia 2013

Kami sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi kaya atau orang terkaya di Malaysia. Sesiapa berhak untuk menjadi jika seseorang itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan.

Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013

  1. Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
  2. T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
  4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
  10. Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
  11. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
  12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
  14. Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
  15. Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
  16. Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
  17. Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
  19. Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
  20. Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Terus terang kami tidak  cemburu sekalipun dengan mereka-mereka di atas. Tiada sebab untuk kami bertindak begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini

Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu "atas nama persahabatan". Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan "silver plate" untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.

Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.

Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
  1. Hak ekslusif perjudian
  2. Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
  3. Hak milik tanah dilanjutkan.
  4. Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
  5. Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
  6. Perjanjian berat sebelah
  7. Jaminan bailout, jaminan untung
  8. Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
  9. Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan  juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
  10. Ada lagi anda mahu tambah?
Jikalau rakyat diberikan subsidi dianggap "jelek" oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan tetapi peranan & faedahnya masih sama.

Individu Kaya Malaysia Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!
Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)

Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang "terdekat" & "terpilih". Mana satu lebih baik?
  1. mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
  2. atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
Apatah lagi melihatkan beban hutang terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang diajmin kerajaan? (KLIK SINI).

Mahukah kita melihat senario yang disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara berulang lagi (SUMBER? KLIK SINI)?

Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2013 kali ini?

Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk

Posted: 18 Feb 2013 10:05 PM PST

 
MALAYSIA KINI


 
Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk kepentingan politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini.

KDN tapis babak 'sensitif' filem Vishwaroopam

Posted: 18 Feb 2013 10:01 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan semula penayangan filem kontroversi 'Vishwaroopam' selepas menjalankan tapisan lanjut ke atas babak yang didakwa sensitif dan menghina masyarakat Islam.

Pengerusi lembaga penapis filem kementerian itu, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut berpuas hati dengan tapisan baru itu.

"Berasaskan kepada ulasan dan pandangan semua pihak, kementerian ini bersetuju supaya filem Vishwaroopam dibenarkan untuk tayangan di pawagam negara ini.

"Kebenaran ini dibuat dengan syarat pihak pengedar mematuhi sepenuhnya keputusanyang ditetapkan oleh LPF iaitu mengenai potongan tambahan yang perlu dibuat ke atas filem tersebut.

"Penarikan semula arahan penangguhan tayangan ini adalah berkuat kuasa pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Raja Azahar berkata KDN mengadakan pertemuan sebanyak dua kali bersama Jakim untuk menilai semula kandungan filem tersebut.

Vishwaroopam, yang merupakan sebuah filem Tamil lakonan Kamal  Hassan mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina komuniti Islam.
  
Filem itu ditayangkan pada 24 Januari lepas di negara ini tetapi ditarik balik pada hari berikutnya ekoran satu arahan daripada pihak KDN setelah menerima aduan daripada NGO, termasuk yang didakwa mewakili masyarakat India Muslim.

Insiden Felda Sg Tengi: ANAK hantar bantahan pada IGP

Posted: 18 Feb 2013 09:58 PM PST

 


 
Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam berhubung insiden serangan untuk menimbulkan "huru-hara" sewaktu program NGO itu di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu.

NONENota bantahan tersebut diserahkan oleh Presidennya, Mazlan Aliman sewaktu pertemuan dengan beberapa pegawai teringgi polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi.

Turut mengiringinya peguam Haris Abdullah, Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad dan beberapa pegawai NGO itu dalam pertemuan yang berakhir selama satu jam kemudian.

Nota bantahan yang disediakan oleh Muhammad Idris dan diserahkan ekoran PAS kawasan itu mendakwa tidak nampak tindakan susulan yang konkrit pihak polis untuk melakukan penyiasatan, tangkapan, soal siasat dan mengumumkan keputusan penyiasatan kepada awam berhubung insiden itu.

Sedangkan, katanya, penganjur menanggung kerugian hampir mencecah tiga hingga empat ribu ringgit ekoran insiden tersebut dua minggu lalu.

NONEDalam nota tersebut juga, Muhammad Idris turut mendesak polis memberi surat tunjuk sebab terhadap pegawai polis daerah Kuala Kubu Bharu yang didakwa dikaitkan dalam klip video Youtube mengenai dakwaan satu mesyuarat untuk mengganggu program ceramah NGO itu.

Sehubungan itu, beliau mendakwa, umum beranggapan polis terlibat memberi nasihat untuk melakukan "huru-hara" ekoran wujudnya dakwaan dalam klip video itu.
["Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising"]. 

"Sekiranya mengaitkan nama pegawai polis daerah Kuala Kubu Bharu terlibat dalam memberikan arahan bagaimana hendak membuat kacau terhadap sesuatu program adalah fitnah, maka pengurus Felda Sungai Tengi hendaklah didakwa ke mahkamah kerana memfitnah dan mencemar imej polis di peringkat daerah khususnya dan di peringkat nasionalamnya," nota bantahan itu petik.

Rakaman klip video dalam bentuk CD dan transkrip penuh mesyuarat itu turut diserahkan kepada pegawai polis.

Bagaimanapun OCPD Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi dilapor menolak dakwaan ANAK bahawa pihak NONEkeselamatan itu "tidak berbuat apa-apa" sewaktu berlaku kekecohan semasa ceramah itu.

Manakala Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang didakwa mempengerusikan mesyuarat itu enggan mengulas lanjut berkenaan kandungan mesyuarat yang dirakam dan dimuatnaik ke Youtube.

Nota bantahan itu juga, antara lain mendesak pengurus Felda dan pihak yang didakwa terlibat dalam insiden itu dikenakan tindakan kerana ekoran dakwaan menghalang kebebasan, bergerak, berkumpul dan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Ia turut menggesa polis membanteras budaya samseng oleh individu yang didakwa mengambil undang-undang di tangan sendiri termasuk menyekat jalan masuk ke Felda, melakukan provokasi, mengugut dan membawa senjata hingga mencederakan orang ramai.

1. Polis Hulu Selangor nafi dakwaan ANAK
2. Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah
3. ANAK dakwa video tunjuk konspirasi sekat ceramah

Umcedel: Pembangkang sedia hadapi p'raya

Posted: 18 Feb 2013 09:56 PM PST



 
BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.

KPDNKK temui Jakim bincang isu air jampi

Posted: 18 Feb 2013 09:54 PM PST

SINAR HARIAN


Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.

"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.

"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.

Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.

Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.

"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.

Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing. - Bernama

Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat

Posted: 18 Feb 2013 09:52 PM PST

NUR FARHANA ABDUL MANAN
Choong
Choong
 
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan kejadian banjir semalam.
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan kejadian banjir semalam.
 
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Keadaan dalam pusat beli-belah turut dinaiki air semalam.
 
banjir p
Lebih 30 kenderaan tenggelam akibat kejadian banjir kilat, petang semalam
 
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Beberapa kenderaan ditenggelami air dalam kejadian petang semalam. Foto : oriental daily
 
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Sebahagian Bandar Puchong Jaya tenggelam dalam kejadian banjir kilat petang semalam
 
PUCHONG – "Memang rasa terkejut apabila paras air naik tiba-tiba di tengah laluan lebuhraya menyebabkan kereta saya tenggelam sekelip mata,"kata, Dr Choong, salah seorang pemilik kenderaan yang tenggelam dalam kejadian banjir kilat di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), petang semalam.

Dakwanya, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang Jaya selepas menghadiri mesyuarat di sebuah kolej swasta di sini.

Katanya, sebaik membelok keluar dari Bandar Puchong Jaya menghala ke Bandar Puteri, air tiba-tiba melimpah penuh di atas jalan menyebabkan keretanya dan tiga lagi kereta berdekatan tidak dapat bergerak.

Dalam keadaan cemas itu, Choong berkata, dia mengambil keputusan berdiam diri dalam kereta dan tidak membuka pintu kerana khuatir air melimpah masuk dalam kenderaan.

Menurutnya, apa yang difikirkan ketika itu, kereta yang seolah-olah menjadi sampan bergerak di atas jalan itu berlanggar dengan kereta lain yang turut terkandas di atas jalan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika hujan lebat, memang saya tidak sangka menjadi mangsa dan terperangkap  sebelum kereta saya ditarik oleh orang ramai menggunakan tali.

"Saya tidak pandai berenang, memang takut hendak buka pintu dan keluar dari kereta apabila melihat  paras air di luar sudah melebihi pinggang,"katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kejadian semalam, lebih 30 buah kereta ditenggelami air termasuk yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di sini.

Sinar Harian difahamkan, ruang kedai tingkat bawah pusat beli-belah itu turut dinaiki air malah kawasan sekitar Bandar Puchong Jaya tenggelam dan kesemua laluan LDP ke Bandar Puteri terpaksa ditutup kepada pengguna selama beberapa jam.

Kejadian semalam turut menyebabkan kesesakan berlaku hampir tiga kilometer dari arah Sunway ke Puchong Perdana.
Artikel Berkaitan

PKR, DAP sentiasa bersama Pas

Posted: 18 Feb 2013 09:47 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Teresa Kok - Shuhaimi Shafiei
Teresa Kok, Shuhaimi Shafiei
 
SHAH ALAM – Kenyataan Pas akan keluar Pakatan Rakyat (PR) jika kerjasama merugikan parti itu menjawab segala propaganda Barisan Nasional (BN) kononnya PR tidak meletakkan perlembagaan sebagai perjuangan utama.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut.

Menurutnya, beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya Pas keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR.

Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang Pas, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN.

"Kefahaman kami dalam PR, jauh lebih baik dan kami bersama menjaga hak yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara yang sudah diputuskan dalam Buku Jingga," katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR di Selangor.

Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi.

"Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik.

"Kalau dahulu DAP jarang berpeluang mendekati orang Melayu dan masuk kampung merayakan perayaan dan program orang Islam. Tetapi selepas bersama, ada banyak peluang untuk bersama mereka tanpa ada jurang," katanya.

Isu boikot kempen kerusi Parlimen Pasir Gudang tamat

Posted: 18 Feb 2013 09:43 PM PST


Wartawan Sinar Harian

���������������������������������������������������������������� ��������������������������������������������������������������������������������
Keratan akhbar Sinar Harian 24 Januari lalu.
 
SENAI – Jawatankuasa Umno Cawangan di beberapa perkampungan setinggan di kawasan Parlimen Pasir Gudang menarik semula keputusan menutup bilik gerakan di kawasan mereka setelah berpuas hati dengan penyelesaian kerajaan negeri berhubung isu geran hak milik tanah di kawasan masing-masing.

Pengerusi Tetap Umno Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, tindakan menutup bilik gerakan di kawasan itu tidak akan diteruskan selepas penduduk menerima jaminan rasmi dari kerajaan negeri.

Abu Bakar berkata, satu majlis penyerahan surat akur janji di antara kerajaan negeri dan penduduk akan diadakan minggu depan sebagai penyelesaian sementara bagi menjernihkan kemelut isu tanah di kawasan itu.

"Beberapa hari lalu sebahagian penduduk perkampungan setinggan Sri Makmur sudah pun menerima borang Notis 5A.

"Manakala bagi beberapa perkampungan setinggan lain, penduduk hanya akan menandatangani surat akur janji kerana masalah tanah yang dihadapi berlainan dengan Kampung Sri Makmur.

"Tetapi kita tetap berpuashati kerana ada jaminan rasmi dari kerajaan, jadi tidak akan timbul isu tutup bilik gerakan selepas ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, penduduk perkampungan setinggan yang terbabit akan terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) selagi keperluan dan hak mereka ditunaikan seperti yang dijanjikan.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Sri Makmur, Nordin Kasri berkata, penduduk Kampung Sri Makmur berbesar hati atas keprihatinan kerajaan negeri menawarkan borang Notis 5A.

"Kami amat berterima kasih kerajaan negeri mengambil kira penantian kami selama lebih sepuluh tahun untuk mendapatkan geran tanah hak milik.

"Penduduk Kampung Sri Makmur akan terus menyokong kerajaan sekali gus menolak keputusan untuk menutup bilik gerakan di kawasan ini," katanya.

Sinar Harian pada 24 Januari lalu melaporkan keputusan beberapa jawatankuasa Umno Cawangan dari beberapa sembilan perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji menyerahkan geran hak milik tanah sejak sepuluh tahun lalu.

Tiada ulasan: