Kelab Greenboc |
- [EDISI BINATANG] Bapa Saudara, 52 Thn Rogol Perempuan 12 Tahun Selama 2 Bulan
- [EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap
- NFC & Skandal RM30 juta Bukti Raja Nong Chik Perlu Ditolak
- [BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...
- NST Disaman Kerana Siarkan Artikel Memfitnah BERSIH
- Sebenarnya Mahathir Resah Gelisah Kekuatan Pakatan Rakyat
- SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion
[EDISI BINATANG] Bapa Saudara, 52 Thn Rogol Perempuan 12 Tahun Selama 2 Bulan Posted: 08 Feb 2013 12:07 AM PST Batu Gajah - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka rahsia kepada ibunya. Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, perbuatan keji suspek terbongkar apabila ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) akibat barah usus menceritakan perkara tersebut kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, selepas mendengar cerita tersebut, Pegawai JKM terbabit bertindak membuat laporan di Balai Polis Tronoh mengenai kejadian itu. "Kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibunya dan lima adik-beradik lain serta suspek di Rumah Murah, Tronoh, di sini. "Suspek berusia 52 tahun itu tinggal di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka. Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi, Januari lalu ketika mangsa mengadu sakit perut dan suspek tidak membenarkannya ke sekolah. Menurutnya, suspek kemudiannya membeli makanan untuk mangsa, namun mangsa tiba-tiba pening serta tidak sedarkan diri selepas menjamahnya. "Apabila mangsa sedar, dia melihat suspek sedang memakai seluar dalam, manakala bajunya terangkat sehingga ke dada dan seluarnya pula diturunkan sehingga paras lutut. "Mangsa berasa sakit pada bahagian alat sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya. Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam (kelmarin)," katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa turut mendakwa dirogol lebih kurang tiga kali sejak dua bulan lalu dan berikutan itu, percakapan saksi dirakam, manakala suspek ditahan pada jam 5 petang kelmarin di rumah sama. "Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan," katanya. |
[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap Posted: 07 Feb 2013 10:10 PM PST Jerantut: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak. "Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta. "Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya. Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu. Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit. "Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami. "Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya. Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar. Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. -HD |
NFC & Skandal RM30 juta Bukti Raja Nong Chik Perlu Ditolak Posted: 07 Feb 2013 06:42 PM PST NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. "Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu. 17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat. "Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah. "Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya. "Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi. Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. |
[BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya... Posted: 07 Feb 2013 04:00 PM PST Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi. Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya. Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya. |
NST Disaman Kerana Siarkan Artikel Memfitnah BERSIH Posted: 07 Feb 2013 07:31 AM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memfailkan saman ke atas News Straits Times Press (Malaysia) Berhad kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah tahun lalu. Andrew Khoo, ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, hari ini berkata saman tersebut difailkan ke atas artikel yang ditulis dalam akhbar berbahasa Inggeris News Straits Times pada 21 September, 2012, bertajuk "Plot to destabilise government" (Plot untuk menjatuhkan kerajaan). "Kita mengkaji artikel tersebut dan kita dapati artikel tersebut banyak melakukan tuduhan palsu ke atas Bersih dan aktivitinya," katanya apabila bertemu wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Jadi kita perlu betulkan fakta, dan supaya tidak berlaku lagi laporan palsu, kita tidak ada pilihan selain memfailkan saman," katanya lagi. "Saya ingin jelaskan di sini kita juga menuntut maaf dan menarik semula laporan tersebut tetapi tidak ada sebarang tindakan dari NST," kata Khoo. Peguam Bersih Daniel J. Albert berkata surat mengenai perkara tersebut ditulis pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu. Plaintif dalam kes ini ialah 15 orang ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, manakala NSTP (M) Berhad dan penulis artikel tersebut sebagai defendan. Bersih berkata mereka mencari ganti rugi berdasarkan amaun yang ditentukan mahkamah serta injuksi untuk menghalang defendan dari, antaranya menerbitkan artikel atau fitnah. |
Sebenarnya Mahathir Resah Gelisah Kekuatan Pakatan Rakyat Posted: 07 Feb 2013 06:04 AM PST Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan lebih untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mencemuh Pas kerana takut dan tidak berani untuk keluar daripada ikatan itu tidak timbul. Sebaliknya kata beliau, kerjasama politik itu perlu diteruskan malah telah disepakati sejak 2008 lagi. "Kenapa Tun Dr Mahathir nak peduli hal rumah tangga orang lain, Pas tiada niat untuk tinggalkan PR, kita sudah sepakat dengan ikatan itu dengan dasar bersama sejak 2008 lagi. "... apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu hanyalah khayalan beliau sendiri, iltizam kita hanyalah untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Salahuddin juga menyifatkan hubungan Pas, DAP dan PKR pada masa ini sangat baik dan tiada keperluan bagi Pas untuk meninggalkan gagasan itu. "Kita bina hubungan (tahaluf siyasi) ini dengan baik dan kami yakin tidak ada yang perlu ditakutkan tentang kerjasama ini," ulasnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencemuh Pas sebagai tidak berani keluar daripada PR kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP. Dr Mahathir berkata, Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam PRU13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu. -SH Ulasan GB Mahathir sebenarnya telah menghidu kekalahan UMNO BN di dalam PRU13 akan datang ini. Maka ditonjolkan dan diwujudkan isu yang bukan-bukan yang sebenarnya hanyalah mendedahkan keresahannya yang amat sangat tentang kelemahan UMNO BN kini. Keakraban hubungan PAS-DAP menjadi igauan ngeri untuknya kerana ia merupakan satu pukulan maut buat UMNO BN. Latahnya semakin menjadi-jadi apabila mengetahui Karpal Singh dan Nik Aziz bersahabat baik. Cemburunya membuak-buak. Akhirnya, beliau memainkan isu perkauman, memainkan isu keagamaan, tiba-tiba menjadi pembela kepada Ustaz Nasharuddin sedangkan sebelum ini pernah Mahathir ambil pusing mengenai bekas Timbalan presiden PAS itu? PAS adalah milik ahli PAS dan ahli-ahli PAS, melalui muktamar yang berhak menentukan halatuju dan masa depan PAS sendiri. Siapa Mahathir dan yang lain-lain yang bermuka tembok nak tentukan halatuju PAS? Tak malukan? |
SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion Posted: 07 Feb 2013 03:05 AM PST Putrajaya: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung Engineering& Construction. Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini semalam. Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan. Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan. Dalam laporannya, Badrol Hisham mempersoalkan nilai kontrak yang diberikan kepada Samsung dengan harga yang amat tinggi, RM2.47 bilion sekaligus mengenepikan syarikat tempatan lain yang mempunyai pengalaman sama. Beliau mendakwa, Prai Power Plant yang berkapasiti 100 megawatt sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun kosnya tidak keterlaluan seperti Prai. Beliau turut mendakwa, Samsung sama sekali tidak ada dalam sembilan syarikat pembida yang disenarai pendek dalam jawatankuasa tender. `Pengkhianatan ekonomi' Antara pembida tersenarai adalah Sime Darby Power Sdn Bhd, Gentinf Sanyen Power Sdn Bhd, usaha sama Malakoff Corp Bhd dengan Petronas Power serta Mitsubishi Group dan usaha sama YTL Power International Bhd dengan Marubeni Corp of Japan. "Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara. "Semua ini merupakan persoalan yang perlu dileraikan dan memerlukan respon daripada pihak terbabit. "SPRM perlu ambil tindakan tegas sama ada mengheret pesalah yang membazirkan wang rakyat atau membersihkan pihak terbabit dengan menyatakan tiada salah guna kuasa berlaku," katanya. Samsung Engineering & Construction pernah terlibat dalam beberapa projek mega di Malaysia, antaranya pembinaan menara kedua KLCC. Namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir sepenuhnya menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih sendiri, malah langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan