Blog-list Malaysia |
- Azizan bakal senasib Nasharudin?
- Cabaran Debat Buat Ahmad Maslan.. Kalau Anak Jantan La...
- KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina
Azizan bakal senasib Nasharudin? Posted: 07 Feb 2013 02:46 PM PST ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi. Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu. Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN. Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin. Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat. "Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya. Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah. "Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur," katanya. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008. "Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya. Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan. "Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya. - SinarHarian |
Cabaran Debat Buat Ahmad Maslan.. Kalau Anak Jantan La... Posted: 07 Feb 2013 06:13 AM PST |
KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina Posted: 07 Feb 2013 04:18 AM PST KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio. Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa. "Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia," jelas Tian ketika dihubungi. musa-amanMenurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). "Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius," katanya. Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa'aid boleh memiliki dua kewarganegaraan. "Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut," tambah Tian. Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang. "Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina," kata Ahli Parlimen Subang itu. "Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?" soalnya. "Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar," kata Sivarasa lagi. 31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Amalilio dari pulang ke Filipina. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio. "Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah," kata Anwar kepada akhbar tersebut. http://www.keadilandaily.com/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan