Jumaat, 8 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ketua Cawangan Ketua Pemuda serta 40 ahli tinggalkan UMNO sertai Keadilan

Posted: 07 Feb 2013 10:17 PM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak). Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
"Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.
"Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi.
Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.
"Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya.
"Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi.
"Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44616

"Mamak Tanjung" buat kalut di Komtar - pasai beg plastik 2 kupang saja .... hahaha

Posted: 07 Feb 2013 02:46 AM PST

RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon
Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) 


SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009.

"Sesiapa yang hendak menggunakan bag plastik dikehendaki untuk membayar sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik. Ini hanya dikenakan di pusat membeli-belah sahaja," ujar beliau sambil meminta kerja sama daripada semua pihak untuk menjayakan kempen kehijauan alam itu.

Bermula pada 1 Januari 2010, Boon Poh berkata, polisi kemampanan alam itu dilanjutkan selama tiga hari, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

"Selain dari pasar awam, perniagaan kedai, kecil dan penjaja, dikehendaki mengutip bayaran sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik yang dikeluarkan," ujarnya.

Sebagai langkah integriti, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua kutipan oleh kumpulan yang disyaratkan dikehendaki dibayar melalui cek di atas nama Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang.

Malah, katanya, resit rasmi darii Jabatan Kewangan Negeri akan dikeluarkan bagi tujuan itu.

Selepas itu, katanya lagi, semua kutipan itu akan dipindahkan ke Akaun Amanah 57019 untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar.

"Semua data kutipan dan perbelanjaan diaudit oleh Audit Dalaman, Audit Kerajaan Negeri dan Audit Negara.

"Kalau Kerajaan Negeri menipu duit kutipan ini, sila kemukakan bukti untuk menolak data-data yang saya bawa dari auditor ini.

"Mereka kata mereka sokong (undi) Pakatan Rakyat. Tetapi, sebelum pilihan raya (umum) 2008, Pakatan Rakyat pun tak ada lagi. Kalau Pakatan Rakyat pun masih tak wujud, bagaimana mereka sokong Pakatan Rakyat," tegas Boon Poh.

Sumber Kerajaan Negeri mendedahkan, RM182,980.20 berjaya dikutip pada tahun 2009 sempena kempen itu, diikuti, RM298,056.00 (2010), RM894,716.60 (2010), RM894,716.60 (2011) dan RM1,230, 493.40 (2012).

Manakala, jumlah pembayaran untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar bagi tahun 2009 berjumlah RM1,881,770, diikuti RM2,310,887 (2010), RM2,262,035 (2011) dan RM2,518,180 (2012).

"Keseluruhan kutipan dari bulan Julai 2009 hingga (tahun) 2012 berjumlah RM2,606,246.20. Jumlah pembayaran untuk program basmi miskin tegar pula berjumlah RM8,972,872.

"Dia ('Yaacob Bebas') kata Kerajaan Negeri ada buat penipuan duit rakyat, apabila saya minta kemukakan bukti, dia tak mahu jawab," ujar Boon Poh.

Tiga wakil kumpulan tersebut sehingga akhir pertemuan dengan Exco dilihat tidak membawa apa-apa data bagi membuktikan tuduhan mereka kononnya Kerajaan Negeri menyeleweng duit dana tersebut.

Sebelum pada itu, kumpulan pemuda terbabir melancarkan demontrasi haram di perkarangan Komtar, George Town yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Mereka mengangkat beberapa sepanduk seperti, "Balik Melaka La Apek", "Guan Eng Jawab Lani", "Guan Eng penipu" dan "Mana duit plastik". -END


Ni la cara pemimpin UMNO bahagi kekayaan sesama mereka ... rakyat dapat apa?

Posted: 07 Feb 2013 12:58 AM PST


Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 01
SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).
Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009).
Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 03Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang merupakan bekas Adun Seri Setia pada 2004.
"Ia perkara yang amat mendukacitakan ketika mana rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.
"Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi 'jutawan segera' dengan mendapat kelebihan seperti ini," kata Nik Nazmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung Skandal Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M) yang diadakan di USJ 3 di sini.
Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pemberian tanah itu tidak munasabah kerana mereka memperolehinya pada harga RM2 sekaki sedangkan nilai pasaran hartanah ketika ini berharga sekitar kira-kira RM175 sekaki.
Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 02"Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot tanah banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun di mana diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001," kata Hannah.
Ujarnya dalam pemberian tanah itu terdapat tiga nama ahli politik MCA Kelana Jaya, Lee You Hin, Yap Yun Fatt dan Lim Kok Sai.
"Kita mahu pemimpin BN memberikan respon berkenaan isu ini apabila mereka berkempen di Subang Jaya nanti kenapa mereka memperolehi tanah pada harga yang murah," kata Hannah.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pendedahan skandal pemberian tanah itu membuktikan pimpinan Umno-BN lebih mementingkan kroni parti mereka sendiri.
"Kita menyeru rakyat Selangor membuat penilaian yang tepat dalam PRU ini," tegas Ng.
Turut hadir dalam sidang media pendedahan skandal tanah itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Pesawat terhempas di Melaka

Posted: 07 Feb 2013 12:39 AM PST


Pesawat ringan terhempas dekat kondominium di Melaka
Pesawat ringan jenis Piper PA-28 milik Malaysian Flying Academy terhempas di tebing dekat kondominium Cheng Height Melaka hari ini.- Foto Bernama
MELAKA - Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini.
Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu.
"Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi.
Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri.
"Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari.
Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran.
Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran. - Bernama

Tiada ulasan: