Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Skandal Tanah S'ngor: 2 Lagi Pemimpin UMNO Beli Tanah RM2 Sekaki Persegi
- Konsert PSY: BN Khianati Artis Tempatan, Lebih Mahal Dari Peruntukan YA1M
- Deepak Bom Najib Lagi: Yakin 90% Pegawai Najib Ada Semasa Altantuya Dibunuh
- [Gambar Bukan Photoshop] Pandai Yek Lembu Ini Cari Kawan...
- Gejala Seks & Rogol Di Kalangan Remaja Sekolah Semakin Parah
- Ceramah JOM TOLAK PAKATAN Dapat Sambutan Luar Jangkaan
[VIDEO] Skandal Tanah S'ngor: 2 Lagi Pemimpin UMNO Beli Tanah RM2 Sekaki Persegi Posted: 07 Feb 2013 12:12 AM PST Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995). Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009). Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang merupakan bekas Adun Seri Setia pada 2004. "Ia perkara yang amat mendukacitakan ketika mana rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya. "Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi 'jutawan segera' dengan mendapat kelebihan seperti ini," kata Nik Nazmi. Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung Skandal Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M) yang diadakan di USJ 3 di sini. Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pemberian tanah itu tidak munasabah kerana mereka memperolehinya pada harga RM2 sekaki sedangkan nilai pasaran hartanah ketika ini berharga sekitar kira-kira RM175 sekaki. "Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot tanah banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun di mana diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001," kata Hannah. Ujarnya dalam pemberian tanah itu terdapat tiga nama ahli politik MCA Kelana Jaya, Lee You Hin, Yap Yun Fatt dan Lim Kok Sai. "Kita mahu pemimpin BN memberikan respon berkenaan isu ini apabila mereka berkempen di Subang Jaya nanti kenapa mereka memperolehi tanah pada harga yang murah," kata Hannah. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pendedahan skandal pemberian tanah itu membuktikan pimpinan Umno-BN lebih mementingkan kroni parti mereka sendiri. "Kita menyeru rakyat Selangor membuat penilaian yang tepat dalam PRU ini," tegas Ng. Turut hadir dalam sidang media pendedahan skandal tanah itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. |
Konsert PSY: BN Khianati Artis Tempatan, Lebih Mahal Dari Peruntukan YA1M Posted: 06 Feb 2013 10:23 PM PST Di saat kelembapan industri muzik Malaysia sejak lebih sedekad, langkah mengundang penyanyi luar, Park Jae-sang atau dikenali sebagai "Psy" untuk membuat persembahan percuma di Pulau Pinang sempena majlis rumah terbuka Gong Xi Fa Chai dengan bayaran lebih RM1 juta tak lain adalah satu bentuk pengkhianatan kepada industri muzik, penyanyi dan artis tempatan. Biar apapun alasan atau pihak mana sekalipun yang dikononnya membayar, mengundang artis sepopular Psy untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina kali ini yang akan pula melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tak lain diyakini sebagai usaha memancing sokongan undi khususnya golongan muda menjelang Pilihanraya Umum. Hal ini cukup mendukacitakan terutama ketika artis veteran tempatan hanya dihulur RM2 ribu seorang baru-baru ini melalui Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Kalau bayaran kepada Psy berjumlah RM2 juta, ia bersamaan dengan peruntukan keseluruhan kepada YA1M untuk tahun ini. Sekiranya persembahan Psy di Pulau Pinang itu kelak tidak mengenakan bayaran tiket kepada penonton, maka tentulah tidak akan ada apa-apa duti atau cukai langsung boleh dipungut oleh kerajaan. Dalam kata lain, jemputan berbayar itu semata-mata akan merugikan dana rakyat. Perkara ini boleh disemak di bawah Akta Duti Hiburan 1953 dengan syarat-syarat untuk kerajaan mengutip duti atau cukai hiburan. Isu ini berbeza dengan artis warga asing yang bekerja dan bekarya dalam Malaysia apabila mereka perlu membayar tarif cukai sebagaimana pekerja asing profesional lainnya. Perihal artis luar menetap di Malaysia sebenarnya lebih mendatangkan keuntungan kepada industri berkaitan seni hiburan di samping memberikan hasil pungutan cukai kepada negara. Pemerintah mungkin juga tak menyedari bagaimana ada ribuan penyanyi tempatan yang menerima bayaran persembahan sangat rendah atau mungkin sahaja secara percuma untuk mempromosikan bakat mereka. Langkah mengundang Psy sekaligus membuktikan bahawa dasar kebudayaan nasional sekian lama telah gagal melahirkan artis Malaysia yang mampu popular dan setanding di peringkat antarabangsa.
|
Deepak Bom Najib Lagi: Yakin 90% Pegawai Najib Ada Semasa Altantuya Dibunuh Posted: 06 Feb 2013 07:03 PM PST Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh. "Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi. Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak. "Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat," kata Deepak. Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya. "Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus," katanya. Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh. "Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka," kata Deepak. Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka. Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu. Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara. Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT). Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri. "Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran," tegas usahawan permaidani itu. Menurutnya, selepas siri pendedahan 'top-secret' olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara. Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam. Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam. Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi. -KD |
[Gambar Bukan Photoshop] Pandai Yek Lembu Ini Cari Kawan... Posted: 06 Feb 2013 04:08 PM PST Biar gambar di atas berbicara sendiri... Ia seperti mengiyakan kata-kata bekas Presiden UMNNO, Tun Mahathir yang pernah menyatakan: "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno" yang membawa makna bahawa yang ada dalam UMNO kini hanyalah yang bodoh-bodoh Maka hukum kebenaran dan keadilan yang sifatnya alamiah dan universal pun berjalan. Ditunjukkan oleh hukum alamiah itu, lembu itu pandai memilih kawannya... GB pernah ulas kata-kata Mahathir ini satu ketika dulu di SINI. Petikan: Tersenyum juga GB membaca kenyataan TDM di atas. |
Gejala Seks & Rogol Di Kalangan Remaja Sekolah Semakin Parah Posted: 06 Feb 2013 06:55 AM PST Remaja hilang dipercayai dirogol KLANG - Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai. "Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga. "Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam. Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan. Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini. Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu. "Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan," katanya. Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah. Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan. Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin. Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. -SH
|
Ceramah JOM TOLAK PAKATAN Dapat Sambutan Luar Jangkaan Posted: 06 Feb 2013 03:43 AM PST CCeramah umum 'jom tolak pakatan' anjuran Perkasa Barisan Nasional di Klang telah mengejutkan dengan jumlah sambutan di luar jangkaan dengan melebihi 20 ribu orang, bercakap kepada media antarabangsa @tiewnama di sini malam tadi, pengunjung yang datang kerana sangat pasti yang PR selangor akan kalah besar pru13 ini! sekian di maklumkan. MAK AI PENUH, NI SIAPA NAK TOLAK SIAPA NI...? KAHKAHKAH..... Kalau dah macamtu jawapannya.. JOM TOLAK UMNO/BN! -fb |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan