Khamis, 7 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Nasha - Kopiah Saya Basah..

Posted: 06 Feb 2013 07:02 PM PST

Rahsia Kenapa Ustaz Nasa Jarang Pakai Kopiah Terdedah

Kahkahkah..


Jika BN Menang Di P. Pinang, 'Melayu' Ini Akan Jadi Ketua Menteri

Posted: 06 Feb 2013 04:34 PM PST



aduhai..!!

UMNO cakap tak serupa bikin..

Cerdik tak boleh di pakai bodoh pulak tak boleh di ajor ..

Nah !! ambik ko orang semua wahai kaum Melayu Bani Umno...!!

Siang malam melalak dalam media RTM, TV3...... kutuk PAS berkawan Dap,. Pas tali barut DAP , Pas boneka cina .....

Tetapi Allah maha berkuasa ..

Belum apa apa lagi dan belum pun berjaya tawan Penang ,Umno dah jadi barua cina Gerakan dan MCA, belum pun rakyat keluar mengundi Umno dah jadi boneka cina Mca dan Gerakan.

Sia sia saje pengikut Umno naik sasau demo sana demo sini. ha ha ha,

nak tanya sikit dekat pencacai umno, Teng Chang Yeow nii...bangsa banjar ka?

Kesian dekat Melayu Bani Umno kena tipu hidup hidup dengan pemimpin yang cakap plip flop...

Sumber sini


Guru Sokong PR Disaran Letak Jawatan, Sokong Umno Ok.. - Pengarah Bahalol

Posted: 06 Feb 2013 06:59 AM PST

Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.


Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.

"Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya. -TMI-



Khidmat Guaman Percuma Kepada Tentera Dituduh Sertai HKR112

Posted: 06 Feb 2013 04:09 AM PST

PETALING JAYA, 6 FEB: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menyediakan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang dikenakan tindakan atas pertuduhan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112).

Ini ekoran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenalpasti beberapa anggota yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan kini akan disabitkan dalam pertuduhan dibawah Akta ATM.

Pengerusi Pahlawan, Asri Buang berkata, kehadiran mereka adalah atas kapasiti individu tanpa menyertai mana-mana pergerakkan NGO atau parti politik.


Ini disebabkan perasaan ingin tahun tentang perkembangan politik semasa secara langsung.

Tambah Asri, mereka ini akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 87 Akta Memudaratkan Perkhidmatan.

"Pahlawan memandang serius perkara tersebut.

"Ini kerana menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan bebas menyertai mana-mana perhimpunan yang dibenarkan oleh undang- undang Malaysia dengan syarat tidak menyertai mana-mana NGO atau parti politik serta tidak membahayakan keselamatan negara," katanya.

Difahamkan seramai lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang anggota tentera darat bakal berhadapan tindakan berkenaan.

Sementara itu, setakat ini tidak ada aduan dilaporkan mengenai jumlah anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikenakan tindakan.

Beliau menambah, kesemua mereka dikesan menghadiri himpunan berkenaan melalui paparan gambar di laman sosial Facebook dan kemudiannya dimaklumkan oleh keluarga masing-masing berhubung perkara berkenaan.


Tiada ulasan: