Rabu, 6 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 - GM13 [Gerakan Mahasiswa PRU13] umum tanding lawan Najib di Pekan

Posted: 06 Feb 2013 09:50 PM PST


(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 7 Feb: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan bertanding di Parlimen Pekan, melawan Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN.
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, keputusan ini selepas melihat tindakan Umno BN yang 'membunuh' kredibiliti dan idealisme mahasiswa dan memastikan fungsi universiti dan ahli akademi.
GM"Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melaporkan pada 2011 aktivis mahasiswa paling ramai ditindas seperti ditangkap, diugut, dibelasah, digantung, dibuang universiti malah dipenjara dan tindakan ini dimulai dengan akta rimba.
"Kami juga kecewa kegagalan kerajaan mendengar tuntutan mahasiswa walaupun banyak desakan dan tindakan diambil melalui memorandum, referendum, forum, debat dan rapat umum," katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Bukhairy Sufian menggesa penukaran Umno BN sebagai medan demokrasi terbaik untuk rakyat Malaysia menghentikan liabiliti kerajaan sedia ada.
"Selepas 55 tahun memerintah, pelbagai penyelewengan, rasuah dan polisi yang tidak mengutamakan rakyat dilaksanakan Umno BN manakala di peringkat universiti, kerajaan tidak serius memartabatkan universiti sebagai pusat pelapis kepimpinan negara," ujarnya.
Menurut GM13, nama calon akan diumumkan apabila tarikh PRU diketahui.
Kempen Mahasiswa Turun Pekan akan dilancarkan pada 11 hingga 17 Februari ini sebagai medium mahasiswa mendekati dan memahami kepayahan rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44565

Cakap berbelit2, Haramjadah sungguh la dia ni ...

Posted: 06 Feb 2013 06:06 AM PST


Dr M dakwa tidak terlibat dalam pemberian kerakyatan haram

February 06, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang berlaku berkaitan 'Projek IC' di Sabah. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membebaskan dirinya dari bertanggungjawab terhadap dakwaan pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing di Sabah pada masa lalu, menegaskan "perintah" adalah semata-mata untuk mereka yang layak.
Bekas perdana menteri yang sering dipersalahkan kerana "Projek IC", inisiatif tahun 1980am dimana kerakyatan Malaysia didakwa diberikan sebagai tukar ganti kepada undi untuk Barisan Nasional (BN), mengulangi pra-syarat untuk apa-apa anugerah kerakyatan adalah seseorang individu perlu tinggal di Malaysia untuk tempoh masa tertentu, selain dari syarat-syarat lain.
"Saya bersetuju kita boleh beri kerakyatan kepada mereka yang telah menetap di sini bagi satu tempoh masa dan layak untuk menjadi warganegara," kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan buku di Universiti Malaya.
Tetapi Dr Mahathir (gambar) kemudian menambah jika benar dakwaan selama ini, beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang telah dilaksanakan di bawah sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri.
"Apa yang berlaku di bawah, saya tidak boleh bertanggungjawab," katanya. "Tetapi perintah itu diberikan kepada mereka untuk memberi kerakyatan kepada yang layak."

Dr Mahathir merespon tuduhan musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dalam pemerian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing di Sabah.
Bulan lepas, Dr Mahathir menuduh Anwar, mengatakan bekas timbalannya mungkin bertanggungjawab terhadap aktiviti haram itu dan mungkin ianya berlaku diluar pengetahuannya.
"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan," kata beliau. Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau sebelum ini.
Dr Mahathir juga menegaskan beliau hanya mendengar tentang perkara ini sekarang tentang kesalahan dalam pemberian warganegara di Sabah.
Anwar berkata tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali serta menegaskan tiada bukti bagi mengaitkan dirinya secara langsung dengan Projek IC tersebut.
Pada minggu pertama pendengaran RCI, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi keterangan tentang kewujudan "Projek IC" dan tujuannya untuk meningkatkan populasi orang Islam di Sabah.
Telah didedahkan lebih kurang 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah pada tahun 1993 dan mereka-mereka ini dibenarkan mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.
Minggu lepas, polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa seorang bekas pegawai JPN telah menjual 16,000 resit JPN dan mendapat RM1 juta, mengesahkan pendatang haram untuk mengundi.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.
Sabah mempunyai hampir satu juta pengundi — atau lebih tepat lagi 926,638, menurut laporan akhbar The Star pada Jun.
Dr Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang pendedahan dalam RCI membuktikan apa yang mereka katakan sebelum ini BN memberikan kerakyatan sebagai ganti kepada undi.
Beliau menegaskan bukan semua yang diberikan kerakyatan menyokong BN.
"Mereka hanyalah rakyat Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan kita tidak pernah memaksa mereka untuk hanya mengundi BN, mereka mengundi sesiapa sahaja yang mereka suka," kata beliau sambil menegaskan kerajaan di Sabah pernah bertukar sebelum ini. - TMI

MS : Betul la macam kata Tamrin Ghafar > MAHATHIR SEORANG PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

Al Fatihah .... Pelakon/Pelawak Yahya Sulong meninggal dunia

Posted: 06 Feb 2013 04:03 AM PST



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
PELAKON veteran Datuk Yahya Sulong meninggal dunia, hari ini.

Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman mikro Twitter sekitar jam 6.40 petang tadi.

"Datuk Yahya Sulung meninggal dunia. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Al-Fatihah," tulis beliau.

Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.

"Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua. Jenazah dimandikan di sini juga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Jenazah Yahya akan dibawa ke Perak untuk dikebumikan.

"Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini, jenazah akan dibawa ke Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian," katanya.

Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar.

Allahyarham pernah berlakon dalam filem Da Di Du, Abu Nawas dan Prebet Lapok.

Yahya meninggalkan balu, Datin Alisah Ali, 68.

Ini semua arahan Najib Razak

Posted: 06 Feb 2013 12:22 AM PST


Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya
 
Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menarik semula saman ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berhubung urusniaga tanah berkenaan.

"Saya berharap Datuk Seri Zahid dapat menarik balik tindakan (mahkamah) terhadap Rafizi. Beliau tak tahu apa pun.

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) dikenakan terhadap Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.

Tiada ulasan: