Kelab Greenboc |
- Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU
- Musa Aman Mengaku Lelaki Yang Diburu INTERPOL Itu Saudara Jauhnya
- Samseng UMNO BN Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah
- [VIDEO] TV3 Sebut 100,000 Hadiri Ceramah Ust Azhar Idrus Di Kuantan
- MB S'ngor Bidas Hassan Ali: Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta
- Kes Ibu Beranak Dua Mati Ditembak: Polis Jadi ‘Hakim’ Sebelum Mangsa Dibuktikan Bersalah
Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU Posted: 04 Feb 2013 01:02 AM PST DDalam gambar di atas Tuanku Sultan mencemar duli melawat seorang pemuda OKU yang kudung tangannya. Sebelum meninggalkan rumah ni, Tuanku Sultan telah memeluk pemuda ni, dan selepas itu Tuanku telah menyediakan kepada keluarga ini sebuah rumah yang selesa ... Subhanalah... Sultan yang amat2 menuruti pemerintahan Khilafah Islamiyah zaman kegemilangan Islam dahulu... Sultan yang begitu zuhud, merendah diri, sentiasa berpenampilan sederhana, berjubah & berkopiah adalah pakaian harian baginda . Sultan yang sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat. Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, baginda adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) Subhanallah ... ♥ Sungguh Indah Negeri Kelantan ♥ "ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR" -fb |
Musa Aman Mengaku Lelaki Yang Diburu INTERPOL Itu Saudara Jauhnya Posted: 03 Feb 2013 10:25 PM PST Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya. Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut. "Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa. "Ini adalah soal polis dan Interpol. "Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Tiada orang yang dikecualikan undang-undang," katanya lagi. Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden PKR Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut. Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu. Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya. Musa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya. Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina. Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain). Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan. "Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil," katanya dalam satu kenyataan semalam. "Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik," tambahnya. Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina. Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta). Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan. Tiada perjanjian ekstradisi Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina. Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri). Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti. Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi. Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu. Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina. Media blackout Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio. Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa. "Saya rasa laporan media – terutama di Kota Kinabalu – menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami. "Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut," beliau dipetik sebagai berkata. Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah "tidak baik" untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka. "Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi." |
Samseng UMNO BN Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah Posted: 03 Feb 2013 07:11 PM PST Melaka 4 Feb: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam. Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat. Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan. Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka. "Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan. "Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah? "Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat. "Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain. Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat. "Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya. -KD |
[VIDEO] TV3 Sebut 100,000 Hadiri Ceramah Ust Azhar Idrus Di Kuantan Posted: 03 Feb 2013 04:13 PM PST Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan. Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus. Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN. Saksikan beritanya: |
MB S'ngor Bidas Hassan Ali: Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta Posted: 03 Feb 2013 07:05 AM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya," katanya. Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi. Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu. Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta. "Saya fikir dia tidak belajar 'accounting' (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam," katanya lagi. Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion. Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007. Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia. |
Kes Ibu Beranak Dua Mati Ditembak: Polis Jadi ‘Hakim’ Sebelum Mangsa Dibuktikan Bersalah Posted: 03 Feb 2013 04:10 AM PST Polis tidak sepatutnya menjadi 'hakim' sebelum disabitkan sesuatu kesalahan itu di mahkamah terhadap seseorang dan yang menyedihkan, tiga mangsa mati dalam keadaan tidak sepatutnya dalam tempoh sebulan membabitkan pasukan keselamatan itu. Akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak polis yang melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan sebuah kereta yang dipercayai dicuri menyebabkan seorang ibu beranak dua, Pua Bee Chun, 22, menjadi mangsa. Mangsa dipercaya mati terkena tembakan itu berdasarkan kesan 24 butir peluru pada kereta yang dinaiki dalam kejadian di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 8.30 malam 18 Januari lalu. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau kecewa dan sedih dengan kejadian itu dan menganggap polis tidak sepatutnya melakukan tindakan melulu di kawasan perumahan. "Apabila berlaku begitu, tidak ada siapa yang akan selamat. Ini membuktikan polis tidak menjalankan tugasnya secara profesional iaitu sepatutnya mendakwa penjenayah di mahkamah, bukannya terus betindak sebagai 'hakim'. "Kami pernah desak termasuk di Parlimen agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan tetapi hingga sekarang tidak dilaksanakan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo pula menyifatkan kejadian itu sebagai kes yang hampir sama dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 lalu. "Polis kita bukan tidak terlatih. Banyak cara boleh hentikan kereta dan tidak perlu menggunakan senjata. Mereka sendiri tahu melepaskan tembakan boleh menyebabkan banyak kemungkinan berlaku. "Kita akan bawa kes ini untuk tindakan sivil terhadap pegawai polis bertanggungjawab," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Puchong dan akan menjadi peguam kepada keluarga mangsa. Dalam laporan polis suami mangsa, Foo Voon Kong, 26, mendapat tahu insiden malang yang menimpa isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan. "Saya sampai di tempat kejadian dan ketika itu ramai orang awam dan pihak polis. Mayat isteri saya sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan doktor memberitahu bahawa isteri saya ditembak melalui belakang badannya dan peluru terkena pada paru-paru dan jantung," jelas beliau. Voon Kong yang bekerja sebagai pemandu lori itu berharap satu siasatan penuh dijalankan dan mengheret segera pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Kejadian polis melepaskan tembakan itu hanya untuk menghentikan sebuah kereta yang didakwa sebagai kereta curi. – Roketkini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan