MIMPI SENJA |
- hahaha TERBAIK : MPSP Majlis Perbandaran Seberang Perai turunkan banner muka Najib lepas tu dipijak2 pula ... hahahahahaha
- Musa Aman akui dakwaan DSAI - Bersaudara dengan warga Filipina yang menipu jutaan peso
- PAS tidak mahu 'dipatuk UMNO' sekali lagi - TGHA
- Lebih RM1 juta untuk bawa 'Psy Gangnam' untuk acara Najib ... duit sapa? bukan duit kita ka?
Posted: 03 Feb 2013 10:16 PM PST
| ||
Musa Aman akui dakwaan DSAI - Bersaudara dengan warga Filipina yang menipu jutaan peso Posted: 03 Feb 2013 05:15 AM PST February 03, 2013 KUALA LUMPUR, 3 Feb — Datuk Musa Aman hari ini mengakui mempunyai talian persaudaraan dengan warga Filipina Manuel Amalilio yang dikehendaki penguatkuasa negara tersebut kerana terlibat dalam kes penipuan bernilai jutaan peso tetapi Ketua Menteri Sabah itu menafikan dakwaan beliau menyekat penghantaran pulang saudaranya itu ke Manila. Akhbar berpangkalan di Manila, The Star Filipina (PhilStar), melaporkan dua hari lalu Amalilio merupakan anak saudara kepada Musa dengan memetik pendedahan dari Malaysia oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa," kata Anwar kepada akhbar Filipina itu sambil menambah "nama sebenar Amalilio ialah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah". Bekas timbalan perdana menteri itu melakar gambar hubungan keluarga Musa dengan penjenayah Filipina tersebut dan menamakan nama ibu Amalilio sebagai "Zubaidah Omar, sepupu kepada Ketua Menteri Sabah. Haji Aman (bapa Musa) dan Haji Omar (bapa Zubaidah) adalah adik-beradik." Walaubagaimanapun, Musa berkata dia hanya baru mengetahui tentang hubungan keluarganya dengan Amalilio dan disifatkan beliau sebagai "saudara jauh". "Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar dan hanya baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa individu itu adalah saudara jauh," kata beliau dalam satu kenyataan media ringkas hari ini. "Sama ada benar atau tidak Amalilio adalah saudara, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang perlu." Musa juga berkata beliau menyedari penangkapan Amalilio hanya melalui laporan berita, serta baru sahaja sedar diheret bersama dakwaan yang mengatakan beliau telah menghalang penjenayah tersebut daripada dihantar dari Sabah ke Manila. "Izinkan saya membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri Sabah tidak akan campur tangan dalam perkara ini," kata Musa. "Ini adalah urusan antara pihak polis dan Interpol." Beliau menegaskan bahawa tiada siapa yang dapat membatasi undang-undang dan mengalu-alukan tindakan undang-undang diambil keatas mereka yang bersalah. Beliau berharap kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cepat. Sebelum ini, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Manuel Karingal Amalilio pulang ke Filipina. Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan sebagai anak saudara Musa, tetapi dinafikan oleh polis Malaysia. Menurut laporan tersebut, Amalilio yang memiliki Futures Group dilaporkan mengaku sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid. Amalilio ditangkap oleh imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu. | ||
PAS tidak mahu 'dipatuk UMNO' sekali lagi - TGHA Posted: 03 Feb 2013 04:50 AM PST 3 Februari 2013 KUALA LUMPUR - Dilihat teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat adalah perikatan yang kukuh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, Pas sama sekali tidak akan mengulangi jalinan kerjasama politiknya dengan Umno. "Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno. "Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," tegas pemimpin utama parti itu ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dekat sini hari ini. Jelas Hadi, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati janjinya kepada rakyat walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Umno untuk memporak-perandakan Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat. "Bukan kita tak boleh bekerjasama. Dalam isu Palestin, kita boleh bekerjasama... Dalam isu politik tak boleh kerjasama," tegas Hadi lagi. Bahkan ujarnya Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa penggabungannya bersama-sama PKR dan DAP adalah satu perikatan utuh untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang diimpikan rakyat. "Mesej Pas, kita tidak akan berganjak. Kerjasama Pakatan Rakyat, Pas menerima dengan syarat apa yang ada dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan, agama lain dilayan dengan adil, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak adil kepada semua kaum, ini suruhan Islam. "Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda ada hak, bahasa asing boleh belajar, Raja mesti ikut Perlembagaan, ini kita terima," kata Hadi. Pada majlis pada hari ini kira-kira 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang berkongsi impian dan harapan mereka dalam Pas khususnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam menghadapi pilihan raya paling genting ini seterusnya membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Turut serta dalam majlis ini ialah ahli baru Pas daripada golongan akademik, profesional, agamawan, mahasiswa, artis dan ramai lagi. | ||
Lebih RM1 juta untuk bawa 'Psy Gangnam' untuk acara Najib ... duit sapa? bukan duit kita ka? Posted: 03 Feb 2013 04:36 AM PST BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan. Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang. Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beberapa orang penganjur konsert memberitahuMalaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit. Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan