Isnin, 4 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Melaka Upah Samseng Maki Hamun Anwar

Posted: 03 Feb 2013 05:59 PM PST

Gambar Hiasan
MELAKA 4 FEBRUARI: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.

Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.


Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.

Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka. "Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.

"Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah? "Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.

"Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.

Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat. "Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya.

~keadilandaily


Penyanyi Psy ditaja oleh syarikat swasta, kata BN Pulau Pinang

Posted: 03 Feb 2013 05:30 PM PST

GEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.

Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.


Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

"Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider.

"Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

"DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

"Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat."

Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.

Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.

"Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau.

Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini," kata Oh.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau telah menggalakkan orang ramai di Pulau Pinang untuk menyertai sambutan anjuran BN negeri tersebut dan bergembira.

Ketua Menteri tersebut menyarankan kepada pengunjung untuk memakai pakaian berwarna merah, kuning dan hijau sebagai tanda sokongan kepada beberapa perjuangan yang dibawa parti tersebut bersama-sama dengan parti komponen lain dalam PR iaitu PAS dan PKR.

Lim menerangkan warna merah sebagai simbol kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya; kuning kepada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan hijau melambangkan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau. - TMI


RM2 Juta Umno Bayar Untuk 'Psy Gangnam Style'

Posted: 03 Feb 2013 08:41 AM PST

Perayaan Tahun Baru Cina kian menjelang. Pelbagai program diatur kerajaan untuk menarik hati rakyat.

Salah satu program yang akan diadakan nanti adalah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari anjuran BN Penang.

Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri itu bakal diserikan lagi dengan persembahan artis luar negara.


Penduduk Pulau Pinang pastinya bertuah kerana BN Penang telah menjemput seorang penyanyi dari Korea yang telah menggegarkan dunia dengan lagunya, Gangnam Style. Penyanyi tersebut adalah Psy.

Apa yang difahamkan adalah penyanyi Psy yang akan membuat persembahan pada hari itu (dengan hanya SATU lagu) bakal menerima bayaran sebanyak RM2 juta (mungkin termasuk ataupun tidak termasuk jet peribadi, suite hotel, pengawal peribadi, kereta limousine 24 jam).

Dari mana datangnya wang RM2juta untuk dibayar BN Penang kepada Psy nanti? Bukankah daripada wang rakyat?

Rakyat Malaysia yang kini sedang rancak menerima bantuan BR1M 2.0 hanya mendapat RM500 sahaja sedangkan artis luar negara yang hanya datang untuk buat persembahan lebih kurang sejam mendapat RM2 juta (RM2,000,000).

Jika beginilah kerajaan hari ini membelanjakan wang rakyat, tidak hairanlah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengatakan pada 28 Mei 2010 lalu bahawa negara Malaysia bakal bankrap.

Rakyat diberi RM500 untuk sedikit rasa terhibur tetapi pemimpin negara membelanjakan RM2 juta untuk mereka berhibur.

http://ajijoi.blogspot.com/2013/02/rm500-untuk-rakyat-malaysia-rm2000000.html#


18 Kerusi Parlimen Di Sabah Dalam Genggaman Pakatan Rakyat

Posted: 03 Feb 2013 06:44 AM PST

AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti. Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.

Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.


Beliau adalah penyokong kepada Tun Datuk Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali.

Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

"Saya berkeyakinan penuh pada pilihanraya kali ini Sabah akan menyumbangkan 18 kerusi parlimen dari kawasan KDMC.


(Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini)

"Di Sabah kita telah kena pasti majoriti pengundi Cina sudah menolak Barisan Nasional dan mereka memberi sepenuhnya sokongan kepada kita (Pakatan)," jelas beliau.

Menurutnya lagi, rakyat Sabah kecewa apabila tidak bersama-sama negeri di semenanjung pada 2008 membentuk kerajaan yang baru.

"2008 kita sepatutnya telah bersama-sama membentuk kerajaan baru di peringkat negeri.

"Kali ini pada PRU13 saya yakin perubahan besar akan berlaku dan menjamin perubahan kerajaan akan berlaku," tambah beliau lagi.

Yahya yang menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang telah berjaya mengabungkan semua kaum untuk duduk bersama.

Tindakan inilah yang telah menyebabkan rakyat Sabah semakin berani untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan, jelas beliau di Hotel De Palma hari ini.

http://www.kl-today.com/2013/02/yahya-yakin-pakatan-dapat-18-kerusi/


Hasan Ali Tak Belajar Akaun, Buat Tuduhan Bodoh..

Posted: 03 Feb 2013 05:08 AM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya," katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.

Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.

"Saya fikir dia tidak belajar 'accounting' (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam," katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.

Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.

Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.


Hadi bidas Dr M, dakwa Umno punca penganut agama keliru

Posted: 03 Feb 2013 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tuduhan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti tersebut menggunakan agama dan kalimah "Allah" untuk memancing undi, sebaliknya mendakwa Umno yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia.

Dalam laporan akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir menekankan Malaysia berbeza dengan negara lain yang mempunyai dua kefahaman Islam kerana negara ini hanya mengamalkan mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikalangan penganut Muslim.


"Isu agama ini dipermainkan oleh Umno sejak dahulu lagi," kata Abdul Hadi dalam ucapannya di Ampang pagi ini sempena Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.

"Malahan mereka juga sanggup mempermainkan kalimah Allah dan memutar-belitkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura bulan lalu.

"Kalimah Allah ini bukan hanya untuk penganut Muslim sahaja, malahan dinegara arab penganut agama selain Islam juga menggunakan kalimah suci tersebut.

"Cuma yang tidak boleh ialah menterjemahkan ia sebagai rujukan kepada tuhan lain dan disalahguna untuk tujuan tidak baik," tambah beliau lagi.

Menurut pemimpin utama PAS itu lagi, sikap Umno yang mempolitikkan isu penggunaan kalimah "Allah" tersebut hanya bertujuan untuk memancing pengundi dan mereka telah melakukannya sejak dahulu lagi sehinggakan ia mengelirukan penganut agama Islam di Malaysia.

"Umno yang menyebabkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia ini," tegas Abdul Hadi lagi.

Abdul Hadi berucap kepada mereka yang hadir di Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.
Dalam ucapannya lagi, Abdul Hadi juga menegaskan PAS tidak akan berkompromi dengan cadangan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno memandangkan pernah ditipu pada suatu ketika dahulu dan ahli-ahli parti Islam tersebut diingatkan untuk mengambil sejarah lalu sebagai iktibar.

Dalam artikel Dr Mahathir hari ini, beliau menuduh PAS mempolitikkan agama dan menggunakan kalimah "Allah" sebagai umpan mendapatkan undi dalam pilihan raya tahun ini serta memberi amaran ketegangan antara agama walaupun penganut Islam di Malaysia majoritinya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mantan perdana menteri itu berkata tidak seperti penganut Islam lain di dunia yang terpecah kepada dua mahzab, umat Islam di Malaysia hanya mengikut doktrin Sunnai, pada masa sama menekankan terdapat parti-parti politik tertentu mengeksploitasi agama demi kepentingan sekular.

"Kalimah 'Allah' sudah digunakan untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja," tulis Dr Mahathir dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

"Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut," kata beliau lagi.

Baru-baru ini, isu perebutan penggunaan kalimah "Allah" kembali mendapat perhatian umat Islam di Malaysia apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusan Hari Natalnya menyeru Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Lanjutan perdebatan isu tersebut, presiden badan bukan kerajaan (NGO) Perkasa Datuk Ibrahim Ali mencetuskan lagi bahang ketegangan dengan menggugut untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu semasa berucap pada satu himpunan NGO tersebut di Pulau Pinang.

Selain itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini juga menimbulkan ketakpuashatian banyak pihak memandangkan ia menwujudkan kebencian agama bagi umat Islam dengan menggelar bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka sebagai "musuh Islam".

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah "Allah" jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube. - TMI


Tiada ulasan: