Kelab Greenboc |
- Noh Omar vs Hassan Ali: Debatkah Atau Berbalas Pantun?
- Ustaz Azhar Idrus Pula Difitnah
- Institut OEKO Eropah Lapor Operasi Lynas Tidak Selamat
- [EDISI MENGEJUTKAN] Najib Dipakaikan Pakaian Cina Mati(?)
- Pengundi Luar: Singapura Perbetulkan Kenyataan Wan Ahmad, Terbukti SPR Penipu!
- KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan
Noh Omar vs Hassan Ali: Debatkah Atau Berbalas Pantun? Posted: 01 Feb 2013 11:55 PM PST Debat adalah tempat dimana dua pihak berhujah secara ilmiah untuk memperkenalkan integriti hujah masing-masing dan solusi yang memberi manfaat untuk semua. Tapi apa yang terjadi di program Jom Tolak Pakatan, menyaksikan kesemua pendebat menghentam pihak ketiga yang langsung tidak ada dalam program ini. Bagaimana namanya debat sekiranya pihak berkenaan tidak dipanggil sekali berhujah untuk membela dirinya? -fb Ulasan GB Format sebegini pernah digunakan oleh Mahathir di dalam debat olok-olok isu kafir mengkafir dimana kita dipaparkan bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat tersebut... Najib apabila diajak berdebat dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim lansung tidak memberi respons, sebaliknya membuat helah... debat bukan budaya kita... Oleh itu Najib perlu nasihatkan Noh Omar dan Hassan Ali... jangan berdebat lagi... itu bukan budaya kita! Dan apa yang nyata debat No Omar vs Hassan Ali itu lebih layak untuk dikenali sebagai Majli Berbalas Pantun... bukan Majlis Debat.. |
Ustaz Azhar Idrus Pula Difitnah Posted: 01 Feb 2013 11:50 PM PST Pendakwah bebas yang cukup famous kini, Ustaz Azhar Idrus menjadi mangsa fitnah dari pihak tertentu bagi menjatuhkan imej dan pengaruhnya dengan membuat satu akaun twitter bertweet menyokong McD Malaysia atas alasan dimiliki 100% warga Malaysia. Duit keuntungan tidak disumbangkan kepada Israel. Hakikatnya UAI tidak pun mempunyai akaun TWITTER. -omakkau |
Institut OEKO Eropah Lapor Operasi Lynas Tidak Selamat Posted: 01 Feb 2013 06:35 PM PST Memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Institut OEKO Eropah yang berpengkalan di Jerman pada 28hb Januari 2013, kilang LAMP milik Lynas di Gebeng, Kuantan dikatakan mempunyai beberapa kelemahan dari aspek operasinya termasuk kesan daripada operasi kilang itu kepada alam sekitar. Laporan kajian setebal 114 mukasurat yang disediakan oleh Gerhard Schmidt, seorang pengkaji senior yang mempunyai 23 tahun pengalaman dalam pengurusan dan pelupusan sisa nuklear, pembersihan dan pemulihan lokasi tercemar khususnya yang berkaitrapat dengan lokasi perlombongan uranium dan lokasi simpanan sisa, perlindungan radiasi, isu keselamatan kemudahan infrastruktur termasuklah berpengalaman luas di dalam kajian impak alam sekitar dan kajian sisa merbahaya merumuskan hasil penemuan ini. Selaku wakil kepada badan bebas yang terlibat secara langsung dalam projek yang melibatkan penggubal undang-undang negeri dan persekutuan di negara itu, beliau menyenaraikan beberapa hasil dari kajian saintifik beliau di dalam laporan tersebut, diantaranya ialah: ● Kawasan sekitar telah dicemari bahan asid pada kepekatan yang tinggi yang tersebar melalui udara dalam bentuk zarah habuk. ● Pusat simpanan sisa radioaktif dan sisa toksik tidak dapat mencegah pengaliran keluar sisa-sisa itu daripada mencemari tanah dan air bawah tanah. ● Cadangan pelupusan sisa buangan jangka panjang yang berkaitrapat dengan keselamatan radiasi pada situasi atau keadaan yang diterimapakai masih tidak kelihatan. ● Harapan bahawa sisa buangan boleh digunasemula oleh pihak awam adalah mengarut/merepek dari aspek saintifik dan teknikal. Tindakan ini akan membahayakan orang awam dan tidak seharusnya diteruskan. ● Anggaran kasar 1.2 juta tan sisa WLP yang dihasilkan dari Kilang LYNAS haruslah dilupuskan dengan segera di Pusat Pelupusan Kekal atau "Permanent Disposal Facility (PDF)" yang masih tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Operasi kilang Lynas tidak seharusnya diluluskan tanpa Pusat Pelupusan Kekal atau PDF itu. ● Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Lynas, AELB dan MOSTI tidak bertanggungjawab apabila tidak mengenalpasti, mengambilkira malah menghormati kriteria dos. ● Kemudahan Simpanan Residu atau "Residue Storage Facilities (RSF)" yang dibina di kilang Lynas di Gebeng, Kuantan untuk menyimpan residu/sisa dengan menggunakan hanya 1mm lapisan HDPE dan satu lapisan 30cm tanah liat tidak akan diluluskan di Negara Jerman malah untuk sisa toksik yang paling rendah kategorinya sekalipun. Isu kelembapan lapisan RSF ketika waktu hujan dan ketika musim tengkujuh termasuklah keperluan pengeringan untuk simpanan sisa WLP di atas RSF yang tidak diambil kira oleh LYNAS, Kemudahan Simpanan Residu atau RSF itu tidak seharusnya diluluskan oleh agensi yang berkaitan (AELB). ● Peralatan Penapisan yang kini digunapakai kilang Lynas untuk mengurangkan pelepasan gas ketika operasi tidak mencukupi/memadai. Malah berdasarkan teknologi terkini di Eropah, penggunaan peralatan yang sedia ada tidak akan diluluskan. ● Sisa air yang dihasilkan dari kilang Lynas mengandungi kandungan garam yang tinggi yang hampir sama dengan air laut. Kandungan bahan ini tidak pernah disebut malah tidak pernah dikaji di dalam Kajian Impak Alam Sekitar (PEIA) yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada tahun 2008. ● Lokasi pengaliran air sisa yang terbuka sejauh beberapa kilometer boleh dimasuki manusia dan binatang. ● Kandungan garam malah nadir bumi dari sisa air itu tidak dihadkan malah tidak diawasi. Sesuatu yang sukar difahami kenapa isu alam sekitar yang amat serius seperti ini tidak dikesan malah diperiksa oleh pihak yang berkenaan ketika Kajian Impak Alam Sekitar ini dilakukan pada tahun 2007 lagi. ● Kajian dan kawalan ancaman ketika proses pengeluaran/operasi tidak dilakukan sepenuhnya khususnya yang berkaitrapat dengan langkah kawalan kebocoran tangki simpanan, pelepasan wap asid sulfurik ke udara dan kebakaran akibat penggunaan bahan mudah bakar dari penggunaan bahan kimia (asid sulfurik dan asid hidroklorik) pada kuantiti yang banyak. Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Pengerusi Stop Lynas Coalition (SLC), Andansura Rabu ketika dihubungi selepas pendedahan laporan kajian saintifik ini mengakui wujudnya kepincangan perancangan rekabentuk dan operasi kilang Lynas semenjak awal lagi malah sebahagian hasil kajian yang dilakukan Institut OEKO dari Jerman itu mirip beberapa isu yang pernah dibangkitkan PAS dan Kumpulan Anti-Lynas sebelum ini. "Saya ingin mencabar semua pihak yang berkenaan khususnya AELB, Menteri Besar Pahang, Mustapa, Maximus Ongkili dan Najib untuk menjelaskan setiap butiran kajian itu dengan terperinci kerana jelas semua isu yang dibangkitkan Gerhard Schmidt yang mewakili Institut OEKO Eropah itu mempunyai asas saintifik dan fakta teknikal yang kukuh. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Lesen Sementara Operasi(TOL) perlulah dibatalkan dan operasi kilang LAMP milik Lynas haruslah dihentikan serta-merta demi keselamatan dan kesihatan penduduk setempat termasuklah ancaman kepada Alam Sekitar", ujar beliau yang kecewa dengan sikap AELB, MITI dan MOSTI yang tidak mengendahkan tuntutan mereka untuk membatalkan Lesen Sementara Operasi (TOL) semenjak penyerahan memorandum ke MITI akhir tahun yang lalu. -Huzir Sulaiman * Huzir Sulaiman adalah setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang.
|
[EDISI MENGEJUTKAN] Najib Dipakaikan Pakaian Cina Mati(?) Posted: 01 Feb 2013 04:40 PM PST RRata-rata penduduk di bandaraya Ipoh terkejut apabila gambar Perdana Menteri, DS Najib tersilap memakai pakaian kebudayaan Cina mati. Gambar yang memaparkan baju yang dipakai DS Najib sama seperti pakaian yg dijual menerusi satu laman web yng menjual alat kelengkapan kematian di sini : http://www.yingruixiang.com/ |
Pengundi Luar: Singapura Perbetulkan Kenyataan Wan Ahmad, Terbukti SPR Penipu! Posted: 01 Feb 2013 06:38 AM PST Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu. Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu. Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat. SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13. Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama
|
KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan Posted: 01 Feb 2013 03:40 AM PST Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi. Tindakan tersebut jelas menunjukkan Umno-BN menjadikan KTMB sebagai alat kepentingan politik apabila permintaan DAP Selangor untuk menyewa ruang iklan yang sama bagi DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak mendapat layanan sama. Menurut Bendahari DAP Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang medianya hari ini, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat menyatakan minat DAP dan PR untuk menyewa ruang iklan pada koc komuter KTMB. "Pada 8 Januari lalu, kami ada hantar surat kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir melalui tangan dan surat itu sudah diterima dengan terdapat akuan penerimaan pada salinan surat itu sebagai bukti penerimaan. "Tujuannya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai bertugas untuk mendapatkan sebut harga tapak iklan dan sebagainya seperti mana BN. "Tetapi malangnya tiada sebarang jawapan dari KTMB," ujar Hannah yang juga merupakan Adun Subang Jaya. Hannah turut mempertikaikan keengganan KTMB menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini, iaitu samada KTMB mengenakan sebarang bayaran kepada Umno-BN untuk iklan mereka. Dalam isu sama Hannah turut menempelak Datuk Seri Mohd Zin Mohamed agar lebih bijak membezakan antara jawatan Kordinator BN Selangor dengan Pengerusi KTMB yang kedua-duanya disandang beliau. Dilaporkan sebelum ini bahawa Umno-BN menjalankan propaganda politik mereka menerusi iklan 'Sayangi Selangor' di stesen dan gerabak KTMB. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan