Blog-list Malaysia |
- Najib Suntik RM120 Juta Untuk Syabas..
- Kerja Bangang Umno - Banner Ucapan Nurul Izzah Lesap
- Kerajaan Selangor Buat Umno Pening Lagi..
- Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir
- Tindakan Pas lucut Nasha 'makan diri'
- Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail
- DEBAT NOH OMAR VS HASAN ALI.. KAHKAHKAH..
- Najib tidak yakin terus jadi PM sebab itu tidak tetapkan tarikh PRU-13
Najib Suntik RM120 Juta Untuk Syabas.. Posted: 02 Feb 2013 12:20 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor. Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat ibunegara, Najib, yang juga menteri kewangan berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera. Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada SYABAS sebelum ini. "Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada SYABAS yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya. "Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta," katanya. Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat. "Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba. Beliau berkata masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut. Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan. Di majlis itu, perdana menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo. - Bernama |
Kerja Bangang Umno - Banner Ucapan Nurul Izzah Lesap Posted: 01 Feb 2013 10:43 PM PST |
Kerajaan Selangor Buat Umno Pening Lagi.. Posted: 01 Feb 2013 08:20 PM PST Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor KLANG, 2 FEB : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Alias AhmadBeliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini. Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955. Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini. Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah. Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur'janji manis' untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan. "Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini. Saya benar-benar bersyukur," katanya. Noor Aisah ZakariaSeorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu. Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri. "Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka," ujarnya. Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu. Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh. "Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri. "Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama," katanya. |
Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir Posted: 01 Feb 2013 05:30 PM PST Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu. "Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu" kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja. Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan 'stop-gap Prime Minister' kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak boleh kekal kerana mempunyai 'baggage' peribadi yang terlalu besar. Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja. Maka isu yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara 'expedient' ialah isu dan masalah peribadi Najib itu sendiri. Dalam pada itu Dr Mahathir pun tidak mempunyai keyakinan yang penuh tentang kemampuan Muhyiddin itu. Seperti biasa beliau sedaya upaya mahukan Muhyiddin mengambilalih untuk membuat persediaan untuk seorang ahli keluarganya untuk menggantikan Muhyiddin pula. Jika alasan Muhyiddin adalah orang terbaik untuk menggantikan Najib, ia merupakan alasan yang meleset. Waktu akan menentukan yang Muhyiddin akan menghadapi masalah yang sama apabila Mahathir mahu menurunkan beliau (Muhyiddin) untuk memberikan laluan untuk keluarga beliau mengambil alih kepimpinan negara suatu masa yang tidak berapa lama lagi. Pendeknya Mahathir tidak pernah mahukan dan menyayangi sesiapa pun di dalam politik ini. Hanya mereka yang lemah tetapi bercita-cita tinggi dalam UMNO itu mengambil kesempatan untuk menjadi pemimpin sementara Mahathir menunggu orang yang sebenar-benarnya menjadi pucuk pimpinan negara itu menjadi kenyataan. Apabila sampai keadaan itu barulah negara mempunyai kepimpinan yang terbaik dalam sejarah kemerdekaan negara kepada Dr Mahathir. Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir. Semasa beliau mengambilalih kepimpinan kerajaan dengan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan Mahathir merupakan seorang PM yang tidak mempunyai 'grassroot' yang kuat. Mahathir memulakan kepimpinan negara dengan menyisihkan pemimpin sebarisan dengan beliau secara sistematik. Jika dikaji dan dipandang dari apa sudut sekali pun Tengku Razaleigh lah yang sepatutnya menjadi pemimpin selepas beliau. Tetapi beliau tidak mahukan Tengku Razaleigh kerana beliau tidak mahu dibayangi oleh TR yang semasa itu menjadi ikon kepimpinan dalam UMNO. Jika TR menjadi Timbalan beliau niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri berdekad-dekad lamanya itu tidak akan tercapai. Seperti beliau gunakan Muhyiddin sekarang ini semasa itu beliau menggunakan Musa Hitam yang kebetulan juga seorang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat menyaingi kepopularitian TR. Mahathir memilih Musa untuk menyaingi TR dengan menggunakan pengaruh beliau (Mahathir) dengan merancang pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dahulu. Padahal beliau tidak juga menyukai Musa. Musa hanya di perguna untuk melemahkan TR secara sistematik. Akhirnya Musa sendiri terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mahathir meletakkan mereka yang tidak sebulu dengan Musa seperti Daim dan Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO semasa itu. Begitulah cara Mahathir bermain politik. Beliau tidak memberikan tumpuan untuk membentuk kepimpinan, sebaliknya semua pemimpin didikan Tun Razak itu dilaga-lagakannya untuk meletakkan beliau duduk dengan aman dalam jangkamasa yang amat lama. Ghaffar Baba mengambilalih dan selepas itu Ghaffar di jadikannya mangsa dengan merancang Anwar untuk menandingi Ghaffar sehinggakan Ghaffar lari dan meletakkan jawatan sebelum pertandingan parti di adakan pada 4hb November tahun 1993 dahulu. Selepas itu terjadi pula perpecahan beliau dengan Anwar yang membawa kepada UMNO sehingga hari ini dan menggantikan pula dengan Abdullah yang begitu lemah dalam memimpin negara. Abdullah yang sedang mengantuk di sorongkan bantal semata-mata untuk menggantikan Anwar dan semasa itu beliau sudah mentadbir negara selama 22 tahun mengikut sistem beliau yang membawa perpecahan itu. Beliau tahu Abdullah bukannya 'material' sebagai seorang PM tetapi beliau merancang untuk menjadi de facto Perdana Menteri menggunakan Abdullah yang beliau sangkakan boleh dipusing kepala dari luar. Malangnya Abdullah yang lembut itu rupa-rupanya seorang yang degil dan tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau maka Abdullah di hinanya dan bertindak mahu menjatuhkan Abdullah dan beliau sanggup meninggalkan UMNO sebentar sementara Abdullah di buang atau meletakkan jawatan. Beliau tahu Najib juga bukan material sebagai seorang PM yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula kepucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib. Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini. Sementara menunggu niatnya itu terkabul kita semua akan jahanam dan politik negara tidak akan dapat dikenali oleh sesiapa lagi. Itulah sebabnya rakyat perlu melakukan perkara yang sangat penting untuk dilakukan…iaitu kita tolak sahaja UMNO dan BN dalam pilihanraya ini sebelum nasi menjadi bubur untuk negara kita ini. Kita hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk melakukan kerja yang baik untuk masa depan negara. Rakyat harus berpakat-pakat untuk membetulkan kembali landasan perjuangan rakyat dalam negara kita yang sepatutnya sebuah negara demokrasi ini. Jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk melakukannya. Lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh Allah swt. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/02/dari-dulu-sehingga-sekarang-umno.html |
Tindakan Pas lucut Nasha 'makan diri' Posted: 01 Feb 2013 03:18 PM PST BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan tindakan Pas memecat Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'. Beliau berkata selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan. "Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini hari ini. Menyentuh pendirian Pas yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata Pas perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong Pas secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu. "Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya. Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian. "Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap Pas bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya. - Bernama |
Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail Posted: 01 Feb 2013 05:09 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013. Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. "Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu. "Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya," kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi. Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu. Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya. Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut. "Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong pada 26 Disember. Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut. Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah. Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES. Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan. "Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat," katanya. Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan. "Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada," kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya. Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar. Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.-TMI |
DEBAT NOH OMAR VS HASAN ALI.. KAHKAHKAH.. Posted: 01 Feb 2013 02:03 AM PST |
Najib tidak yakin terus jadi PM sebab itu tidak tetapkan tarikh PRU-13 Posted: 01 Feb 2013 01:55 AM PST KUALA LUMPUR, 1 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak mermpunyai keyakinan dan optimis sebab itu masih berdolak-dalik serta ragu untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, reputasi Najib sebagai Perdana Menteri juga berubah-ubah malah lebih teruk berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Abdullah Ahmad pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli), semalam, berpendapat Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO. Katanya, begitu juga dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman yang memberitahu pertubuhan Cina di Kulai, kira-kira tiga minggu lalu bahawa Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU-13 walaupun hanya menang dengan majoriti tipis antara 5% hingga 10% kerusi parlimen iaitu majoriti antara 12 hingga 22 kerusi di Parlimen. "Bagaimanapun manusia paling berkuasa dalam UMNO/BN, Tun Mahathir Mohamad pula kelihatan semakin pesimis mengenai peluang UMNO menawan Putrajaya pada PRU-13, membuatkan dia menyeru pengundi Malaysia menyokong "syaitan yang dikenali bukannya malaikat yang tidak dikenali". "Baru-baru ini Mahathir membuat kenyataan lebih semberono dan terdesak termasuk membuat tuduhan tidak berasas bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka (KL112) yang aman dan berjaya dengan kehadiran 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat adalah cubaan menggulingkan kerajaan UMNO/BN melalui jalan keganasan. "Mahathir juga menuduh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka pada 1957 memberi kewarganegaraan kepada satu juta bukan Melayu yang tidak layak dalam cubaan untuk menjustifikasikan penipuan "kewarganegaraan untuk undi" dalam Projek M di Sabah, malah mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 70 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, walaupun pemimpin UMNO/BN kurang yakin dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU-13, pemimpin dan propagandis UMNO/BN mula berkempen untuk memberi gambaran mereka yakin bukan saja untuk menewaskan Pakatan Rakyat tetapi menang besar dengan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen. "Sama ada Najib akan menjadi perdana menteri terakhir UMNO masih tidak pasti kerana ia akan diputuskan oleh 13 juta pengundi pada PRU-13 nanti. "Jadi sekarang pengundi boleh memilih untuk membebaskan Malaysia daripada penguasaan UMNO selama 55 tahun selepas Merdeka dan menetapkan demokrasi normal yang mana pengundi boleh memilih kerajaan Persekutuan yang mereka mahu melalui peti undi pada PRU-13 nanti," katanya. – Roketkini.com. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan