Jumaat, 1 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isu RM 1.5 juta pada Zahida Rafik : Shafie Afdal akan dipanggil SPRM

Posted: 01 Feb 2013 03:25 AM PST


(Oleh: Sidiqin Omar) 
AzmanKUALA LUMPUR 1 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyiasat pemberian RM1.5 juta kepada seorang artis terkenal, Zahida Rafik.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, seorang pegawai SPRM memberitahu akan memanggil Shafie selepas mendapat keterangan daripada Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
"Memang sepatutnya amalan neutral mana-mana siasatan, kedua pihak pengadu dan yang diadu dipanggil memberi keterangan.
"Peranan SPRM yang sepatutnya ialah menyiasat mana-mana transaksi yang mencurigakan, tanpa perlu menunggu aduan orang ramai," katanya kepada Keadilandaily.
Tambah Latheefa, beliau difahamkan pelakon berkenaan telah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM, namun sesi tersebut dibuat secara 'diam-diam'. Manakala Zuraida belum dipanggil setakat ini.
Latheefa pagi ini menemani Noor Azman Azemi, 39, bekas pemandu Zahida Rafik yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan aduan yang dibuat Zuraida.
Pada 18 April 2012, Zuraida mendedahkan, transaksi RM1.5 juta itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011  (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)
Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.
Kata Latheefa, siasatan dibuat dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Azman disoal kira-kira 20 soalan oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Timbalan Pegawai Penyiasat selama kira-kira sejam setengah.
Azman ketika ditemui Keadilandaily berkata, beliau mahu Zahida membersihkan namanya yang tercemar kerana reputasi kerjanya yang rosak hingga menyukarkannya mendapat pekerjaan.
Pada 2 Mac 2012 akhbar Harian Metro muka hadapan melaporkan Zahida kehilangan RM200,000 dan kemudiannya menuduh Azman melarikan wang tersebut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44215

Tiada ulasan: