Kelab Greenboc |
- Wasatiyah Ala Najib: Belanja RM2 juta Untuk PSY Gangnam Style
- Bersediakah UMNO BN Beri Nasharuddin Peluang Untuk Bertanding Di dalam PRU13 Nanti?
- Kebenaran Akan Terserlah, Kata Deepak Kepada Dr Mahathir
- Kenalkan Anda Siapa Gerangan "Jejaka Awesome" Ini?
- Kerja Syaitan Dikenali: 200 Bendera PAS Dicabut & Dibuang Ke Dalam Anak Sungai
- Resah Menanti Rebah: Lembu Liar Terlepas Kepanasan
Wasatiyah Ala Najib: Belanja RM2 juta Untuk PSY Gangnam Style Posted: 10 Feb 2013 01:04 AM PST Bayar RM 2 Juta Kepada Psy Bertentangan Usaha Najib Didik Rakyat Berjimat Cermat Tindakan Kerajaan BN mengundang artis popular Korea Selatan, Psy sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang bukan sahaja membazir malah bertentangan dengan usaha kerajaan yang ingin mendidik rakyat hidup berjimat cermat. Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di satu sisi mengesa rakyat hidup berjimat, di satu sisi yang lain kerajaan sendiri berbelanja besar. Menurut Johari, tindakan itu juga jelas mencerminkan percanggahan terhadap cara kerajaan mendidik rakyat. Johari menambah, Pakatan Rakyat tidak berhasrat menghalang BN untuk membuat sebarang program sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ia tidak perlu membazir. "Ia tetap bercanggah dengan seruan kerajaan khususnya Datuk Seri Najib Razak yang mengesa rakyat untuk berjimat cermat dalam menghadapi masa-masa yang sukar, itu sahaja bukannya kita menghalang sekadar memberi pandangan. "Kerajaan menghulurkan bantuan BR1M dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar dengan tujuan menampung kos kehidupan rakyat. "Dalam masa yang sama kerajaan juga belanja RM2 juta untuk persembahan PSY 30 minit, itu jelas satu pembaziran walaupun kerajaan mendakwa itu adalah duit parti, bukannya duit rakyat, tetapi pada saya ia tetap suatu pembaziran,"ujarnya. Johari berkata demikian sebagai mengulas hasrat BN Pulau Pinang menjemput Psy yang terkenal dengan tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau Pinang. Perkara ini turut mendapat reaksi daripada ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng yang menggesa rakyat Pulau Pinang agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah ketika menghadiri majlis sambutan tersebut. Menurut Lim, mengenakan baju kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang. Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 11 Februari di padang Sekolah Han Chiang. Selain Psy, majlis tersebut turut menampilkan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah serta pertunjukan Chingay, badut, nyanyian dan tarian masyarakat Cina. |
Bersediakah UMNO BN Beri Nasharuddin Peluang Untuk Bertanding Di dalam PRU13 Nanti? Posted: 09 Feb 2013 10:01 PM PST Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13 KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi. Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). "Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam. Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat. "Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno. "Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya. Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. -SH Ulasan GB Mahukan UMNO BN menyediakan satu kerusi untuk Nasharuddin bertanding di dalam PRU13 nanti? Jawapannya "gelap masa depan" kerana UMNO BN hanya lebih berminat untuk memperkudakan mereka sebegini. Di dalam UMNO sendiri pemimpin-pemimpinnya bergaduh malah sanggup berbomoh dan berbunuh sesama sendiri semata-mata untuk menjadi calon pilihanraya, inikan pula untuk memberi ruang kepada mereka yang diluar yang hanya diperkudakan ...Lihat saja Nakhaie Hj Ahmad yang sudah berpuluh tahun menyertai UMNO BN... tak pernah lansung diberi ruang dan peluang untuk bertanding di atas tiket UMNO BN. |
Kebenaran Akan Terserlah, Kata Deepak Kepada Dr Mahathir Posted: 09 Feb 2013 07:00 PM PST Deepak Jaikishan berkata beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam respon balas terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa dakwaan-dakwaan Deepak diabaikan. Usahawan karpet kontroversi, yang membuat pelbagai dakwaan, memberikan maklum balas melalui SMS, disebalik pendedahan beliau, pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan. "Bagaimanapun, hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah .... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?" katanya melalui khidmat penan ringkas. Beliau merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit. Awal hari ini, Dr Mahathir menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan. "Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa 'demi Tuhan' apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?" katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia," katanya. Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara. "Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini," kata Deepak. "Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara." Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar, itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu. Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru. Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu. Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh. -TMI |
Kenalkan Anda Siapa Gerangan "Jejaka Awesome" Ini? Posted: 09 Feb 2013 04:27 PM PST |
Kerja Syaitan Dikenali: 200 Bendera PAS Dicabut & Dibuang Ke Dalam Anak Sungai Posted: 09 Feb 2013 07:15 AM PST Kuala Nerus - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran. Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim. Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir. Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah. "pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur), "hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat. Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang. Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu. -BO |
Resah Menanti Rebah: Lembu Liar Terlepas Kepanasan Posted: 09 Feb 2013 04:45 AM PST Peristiwa yg berlaku semalam di Pahang. Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang semalam. Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin. Menurut sumber, hampir 20 ke 30 ekor LEMBU upahan yang dipercayai bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di lokasi masuk ke Felda terbabit. Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk. Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya. P/S : Petanda-petanda jelas UBN semakin tertekan..... RESAH menanti REBAH.... -fb PR Supporter |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan