Sabtu, 9 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Segala persiapan untuk Umno@BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?

Posted: 09 Feb 2013 10:00 PM PST



Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan: 
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. -Sinarharian.   

Kalau perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan telus memang takdak sebab untuk sapa pun mempertikaikan keputusan PRU13 nanti.

Sinarharian juga melaporkan:
"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.

"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi. - Ibid.
Pandai-pandai pulak Najib nak jadi jurucakap kepada PR konon PR jugak yakin dengan kemampuan SPR. Kalau PR yakin dengan SPR apa guna PR bersungguh-sungguh menyokong tuntutua Bersih.

Sampai ke saat ni PR tak pernah berpuashati dengan daftar pemilih yang tak bersih. Macamana PR nak yakin dengan kemampuan SPR kalau daftar pemilih yang merupakan perkara terpenting dalam pilihanraya pun SPR tak mampu untuk sediakan senarai yang bersih dan telus.
Faktor tu saja pun sebenarnya dah cukup untuk PRtak terima keputusan PRU13, tambah-tambah lagi la kalau ditambah dengan berbagai tindakan dan tipu muslihat Umno BN yang dilihat seolah-olah SPR bukan setakat tak buat apa-apa malah turut sama bekerjasama buat kerja-kerja celaka tu menjelang hari pengundian nanti.

Sebenarnya PAS dan DAP tak pernah berpuashati dengan kerja buat SPR. Nak puashati macamana kalau selalu sangat anggota SPR terutama sekali pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR beraksi macam 'si anjing Umno'.

Ramai penchachai mempersoalkan PR kalau dah tak percaya kepada SPR pasai apa masih nak sertai pilihanraya malah calon pembangkang pun banyak menang terutama dalam PRU12 yang lalu.

PR masih sedia untuk sertai pilihanraya pasai percaya walaupun SPR tak telus dan adil tapi tak la seteruk di negara kuku besi yang lain. Masih ada ruang untuk kita tukar pemerintah Malaysia yang korup yang Dr. Mahathir sendiri kata "busuk sampai ke usus" tu melalui proses demokrasi.

Tapi kalau dah jelas sangat sokongan rakyat yang cukup hebat dalam PRU13 nanti tapi keputusan masih tak jugak menyebelahi PR dan ditambah pulak dengan berbagai tipu muslihat dan kerja-kerja celaka yang Umno BN buat, memang tak patut sangat kalau PR masih jugak boleh terima keputusan PRU macam tu.

Tambah-tambah pulak sebelum ni Najib dengan lantang pernah kata "walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi"

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Kenapa hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah?

Posted: 09 Feb 2013 05:53 AM PST

MS : Sebab Raja Ropiah orang UMNO, cuba dari PAS PKR DAP dah lama masuk kedalam kot. 
         Betulla undang2 Rimba

February 09, 2013
KUALA LUMPUR, 9 Feb — Deepak Jaikishan berkata beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam respon balas terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa dakwaan-dakwaan Deepak diabaikan.
Usahawan karpet kontroversi, yang membuat pelbagai dakwaan, memberikan maklum balas melalui SMS, disebalik pendedahan beliau, pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan.
"Bagaimanapun, hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah ... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?" katanya melalui khidmat penan ringkas.
Beliau (gambar) merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit.
Awal hari ini, Dr Mahathir menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan.
"Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa 'demi Tuhan' apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?" katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia," katanya.
Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara.
"Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini," kata Deepak.
"Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara."
Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar, itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu.
Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.
Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu.
Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Keyakinan Najib mencurigakan - Mahfuz

Posted: 09 Feb 2013 12:52 AM PST


Abdul Aziz Mustafa,09 Feb 2013 Harakah Daily
KUALA LUMPUR: Keyakinan terlampau Perdana Menteri bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang pilihan raya menimbulkan pelbagai keraguan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) hari ini mahu kita menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang dan jangan timbulkan huru-hara.

"Apa maksud beliau? Mengapa dia terlampau yakin BN akan menang?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan keyakinan luar biasa Najib itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan yang penuh dengan kecurigaan.

"Adakah gambaran bahawa Najib benar-benar pasti BN akan menang itu didorong oleh lengkapnya perancangan dan persiapan di luar amalan demokrasi yang bersih untuk memastikan kemenangan BN?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.


Mahfuz juga mempersoalkan dakwaan Najib kononnya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

"Najib berbohong kepada rakyat.

"Tak mungkin pilihan raya adil dan bersih dapat diadakan jika daftar pemilih tidak bersih, antaranya seperti yang kian terdedah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu pendatang asing di Sabah," kata beliau.

Mengulas lanjut kenyataan Najib supaya pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu, Mahfuz berkata pembangkang tidak pernah mengadakan huru hara kerana tidak menerima keputusan pilihan raya.

"Yang selalu membuat pakatan jahat kerana tidak dapat menerima keputusan pilihan raya ialah Umno dan Barisan Nasional.

"Siapa rasuah dan beli wakil rakyat supaya melompat parti bila kalah pilihan raya?" katanya.

Dengan apa yang berlaku sejak selepas pilihan raya 1959 di Terengganu dahulu sehinggalah projek besar-besaran merasuah wakil rakyat supaya lompat parti selepas pilihan raya 2008 dahulu, Mahfuz yakin rakyat dapat melihat dengan jelas parti mana yang tidak boleh menerima kekalahan.

"Malah, sehingga kini pun masih tidak berhenti tuduhan bahawa beberapa pemimpin tertinggi Umno yang mahu menggulingkan Tunku Abdul Rahman menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 selepas Perikatan dan Umno hilang banyak kerusi dalam pilihan raya tahun tersebut," katanya.

Tiada ulasan: