ANAK SENGAT |
Posted: 09 Feb 2013 04:47 AM PST Rakyat sudah jemu menanti bila pilihanraya ke 13. Ditunggu pun datang, tak ditunggu pun datang. Mahu pun kena buat, tak mahu pun kena buat. Najib tiada pilihan. Ia dilihat sangat terdesak. Tarikh yang dicari belum ditemui. Ramalan sudah tak diperlukan lagi. Apa yang difikirkan Najib barangkali bagaimana nak pastikan PRU 13 ini milik umNO. Ia ujian pertama Najib memimpin BN. Namun skandal demi skandal membuat Najib semakin pening. Isu yang didedah sudah tak mampu di jawab. Tindakbalas Bn ialah dengan membangkitkan sentimen agama dan kaum. Isu melayu mungkin sudah kurang diterima oleh rakyat, apatah lagi Najib tersepit dengan slogan satu Malaysianya. Isu kaum hanya mampu dijaja oleh Muhyidin itupun secara tertutup kerana MCA juga terdesak untuk mendapatkan undi Cina yang turut diperlukan umNO. Kemunculan isu kalimah Allah memberi nafas kepada umNO untuk mendapatkan undi melayu. Isu itu sedikit menyegarkan umNO apabila ia dimainkan dengan begitu berkesan oleh media umNO. Lim Guan Eng yang tersedak mengangkat isu tersebut ketika ucapan Krismas juga turut memberi sumbangan dan menyusahkan PAS yang berjuang atas nama Islam. Janda janda PAS turut berkokok untuk membenarkan kesalahan mereka yang terpinggir dari arus kebangkitan PAS. Mereka dijulang atas alasan PAS tersasar dari perjuangan Islam. Mereka kononnya cuba muncul sebagai penyelamat PAS. Hakikatnya mereka adalah baghal tunggangan umNO yang kian nazak. Walaupun isu kalimah Allah mungkin dilihat memberi sedikit kelebihan kepada umNO, Namun nampaknya Najib belum berani untuk membubarkan Parlimen. Sudah pasti ada rancangan besar yang dibuat oleh Najib dan menanti ianya diledakkan. Jika tidak melebihi C4, ia perlu setara dengannya. Jika boleh lebih hebat dari C4. Saya menjangkakan tempoh berkempen akan disingkatkan sesingkatnya untuk mempastikan perancangan mereka benar benar berkesan. BN sedar, isu dan helah mereka tidak akan bertahan lama di zaman maklumat serba pantas ini. Pusingan ini Najib dikatakan sedang menjaja permohonan maaf atas kesilapan lampau BN. Beliau berjanji akan membetulkan kesilapan jika diberi peluang kedua. Najib yang dikenali sangat angkuh kini sedang merayu rakyat untuk memberi undi kepada BN. Beliau tahu, rakyat Malaysia sangat mudah dimainkan sentimen mereka. Dalam masa yang sama Najib juga memberi amaran huru hara yang bakal berlaku jika pembangkang mengambil alih kerajaan. Ia dilihat menyokong idea sasau Mahathir. Paling pelik, idea sama turut dikongsi oleh Pengerusi SPR , badan pengendali pilihanraya yang didakwa bebas! Apakah ada perancangan itu yang turut disertai SPR ? Namun kuasa rakyat mampu membetulkannya... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan