Isnin, 18 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-Wajib Tonton] TG Dr Haron Din Bersuara...Orang UMNO Dengarlah...Khas Untuk Anda

Posted: 18 Feb 2013 05:32 AM PST



Video ini dirakam pada Jumaat (15 Febuari 2013)
di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu. Kredit kepada empunya video.



Fitnah ini sudah terjawab!

P/s: Terbaik!!!!!

Orang UMNO tolong aminkan doa TG Dr Haron Din!



Dua Orang Remaja 15 Tahun Liwat Kanak-kanak 10 Tahun

Posted: 18 Feb 2013 12:04 AM PST



[HM] Dua pelajar lelaki yang baru berusia 15 tahun bagaikan syaitan apabila meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang tinggal sekampung di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, kelmarin.

Kedua-dua pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumah masing-masing di kampung berkenaan selepas bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama anaknya diliwat.

Sumber berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang bersendirian di rumah, dipelawa seorang suspek ke rumahnya.

"Budak perempuan itu ke rumah seorang suspek yang jaraknya 80 meter dari rumah mangsa. Ketika berada dalam bilik di rumah suspek, dia diliwat.

"Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur sebelum memberitahu kejadian sebenar kepada ibu bapanya yang berusia 40-an," katanya.

Menurutnya, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan anaknya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.


P/s: Gila!

[PANAS] Pengikut Sultan Sulu Enggan Tinggalkan Lahad Datu, Bagaimana Polis Kata Mereka Setuju Beredar? Lagi Panas...

Posted: 17 Feb 2013 06:30 PM PST



Menurut laporan Strait Times (18/2) yang memetik berita AFP, pengikut Sultan Sulu di Filipina yang menceroboh Sabah baru-baru ini tidak akan meninggalkan negeri itu dan mahu menuntut kawasan yang dikatakan milik nenek moyang mereka. Hal ini ditegaskan oleh Sultan Jamalul Kiram.

Menurut baginda, sebanyak 400 orang termasuk 20 pengikut yang bersenjata bertegas untuk berada di kawasan yang diceroboh itu walaupun diminta beredar oleh pihak berkuasa Malaysia. 

"Mengapa kami perlu meninggalkan tanah air kami? Hakikatnya, mereka membayar sewa (kepada kami)?," kata baginda kepada pemberita di Manila. 

"Pengikut kami akan terus berada di Lahad Datu. Tiada sesiapa akan pulang ke Filipina. Sabah ialah tempat tinggal kami." katanya lagi.-DCM/ST/AFP


 Laporan Utusan Malaysia:

Kumpulan Bersenjata Setuju Berundur

[UM] LAHAD DATU 17 Feb. - Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.

Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.

"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.


P/s: Mengapa Sultan Sulu membangkitkan soal sewa (rent)? Adakah Malaysia menyewa Sabah daripada Kesultanan Sulu?

Apabila "pencerobohan" ini berlaku, timbul pula soal "sewa", TM terfikir, adakah Projek IC ada kaitan dengan perjanjian dengan Kesultanan Sulu?

Siapa nak jawab?


Kemas Kini:

Apa sebenarnya yang berlaku?

Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own









[Video] Apa Kata Rais Yatim tentang RTM dan TV3 Semasa dalam Semangat 46?

Posted: 17 Feb 2013 05:00 PM PST




P/s: Sekarang apa kata Rais tentang RTM dan TV3?

100% terbalik!


Penyanyi, Komposer Yasin Jadi Duta Program PKR

Posted: 17 Feb 2013 04:00 PM PST


[KD] KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).


Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.

"Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.

AMK turut melancarkan video klip lagu 'Reformasi' di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

"Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK," kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai 'duta rasmi' AMK dan 'Dokumen Merah' dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah' AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.

Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI.


P/s: Terbaik!




Tiada ulasan: