DIALOG RAKYAT |
- Jawapan penyelewengan selepas PRU 13
- PRU-13 - BN sukar tawan Pulau Pinang
- Ceroboh Lahad Datu: Kerajaan tidak kompromi hak dan keselamatan rakyat Sabah
- Representasi Dr Ling untuk timbang semula pertuduhan ditolak
- Felda tayang filem Tanda Putera pada peneroka
- Tidak mustahil BN menang PRU jika…
- Sah Utusan Memfitnah: Diarah Mohon Maaf, Bayar Pampasan Kepada Azan
- PAS Pahang lancar Kempen Tanah Untuk Rakyat
- Dr M mengamuk kata insiden 'No' palsu
- MB : Dasar Ketelusan Dan Kebertanggungjawaban Tarikan Utama Pelaburan RM 48 Bilion Ke Selangor
- Najib Tidak Berani Tegur Perkasa, Buktikan 1Malaysia Retorik Kosong
- Perjanjian Boustead dan Syarikat Milik Wanita Umno Selangor Disemak
- ROS akui kesilapan, cuma Hishamuddin belum minta maaf
- Tunai segera janji beri 2,000 ekar tanah kepada sekolah Tamil di Perak
- Pengusaha Industri Mahu Jambatan Ke-Tiga Klang Sambung ke Pusat Bandar
- 14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air
- Takut kalah PRU akan datang, BN mahu haramkan DAP?
- Batalkan Demokrasi Jadikan Negara Tentera........
- 'Bau Busuk' Bertiup Dari Projek Padang Sintetik Tok Jiring
- Keluar Pakatan, Dewan Ulamak sokong Hadi
- Mengapa kerajaan wajar biayai pendidikan tinggi
- 'Kenyataan palsu' dakwa PM letak jawatan dipadam
- Xenophon kata lawatan ke Malaysia adalah urusan rasmi
- Keluarga cabar SOSMA, dakwa bertentangan dengan Perlembagaan
- BN halau Senator Australia tapi lindungi penjenayah Filipina
Jawapan penyelewengan selepas PRU 13 Posted: 18 Feb 2013 03:25 PM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin angkatan tentera yakin, semua jawapan kepada penyelewengan yang berlaku dalam Angkatan Tentera akan diketahui selepas Pakatan Rakyat menang di Putrajaya nanti. Sehubungan itu, bekas pemimpin Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (gambar) mengajak rakyat negara ini membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Beliau berkata demikian dalam ceramah bersama para pemimpin bekas tentera di Setiawangsa malam semalam. Turut serta di majlis itu adalah bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Hadi yakin, semua rakyat ingin tahu apakah sebenarnya penyelewengan yang berlaku dalam angkatan tentera. "Terlalu banyak penyelewengan yang berlaku dalam angkatan tentera, jika kita adakan siasatan sekarang pun, kita tidak akan dapat jawapannya. "Kalau nakkan jawapan, PRU 13 kita dapat duduk di Putrajaya. "Selagi tak dapat ke sana tak akan dapat jawapannnya," katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin. (Sebahagian orang ramai yang mengikuti ceramah berhampiran kem tentera ini) Abdul Hadi juga berkata, beliau naik ke pentas Pakatan Rakyat bertujuan untuk meletakkan tentera di tempat yang sepatutnya. "Kita nak letakkan tentera dan bekas tentera di tempat yang betul bukan diperlekehkan sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN hari ini," katanya. Bagi beliau kerja ini perlu dilakukan oleh semua tentera dan bekas tentera sendiri. "Kalau kita tidak dapat lakukan, tidak ada sesiapa lagi yang boleh lakukannya," katanya. Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak samada tentera yang masih bertugas atau sudah bersara untuk memastikan kerja ini berjaya. | ||||
PRU-13 - BN sukar tawan Pulau Pinang Posted: 18 Feb 2013 03:23 PM PST Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin begitu yakin yang BN akan dapat menerajui kembali pentadbirn Negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan diadakan bulan depan Kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu menyatakan keyakinan masing-masing berasaskan maklum balas parti-parti komponen terutama GERAKAN dan MCA serta agensi 'risikan politik' seperti JASA dan Jabatan Penerangan. Yang pasti, maklum balas itu semestinya 'positif' untuk melegakan kedua-dua pemimpin walaupun pada hakikatnya sukar bagi BN untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang. Kehadiran khalayak pada satu-satu majlis tidak semestinya boleh diterjemahkan kepada undi untuk BN. Orang ramai hadir pada sambutan tahun baru Cina di padang Sekolah Tinggi Han Chiang yang dihadiri PM Najib bukan kerana mereka sokong BN, tetapi nak tonton persembahan 'rapper' Korea Selatan PSY yang terkenal dengan Gangnam Stylenya itu. Ramai yang pulang selepas persembahan PSY sementara tindak balas kepada pertanyaan PM Najib sama ada mereka bersedia untuk BN jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar hadirin menolak BN. PM Najib sudah tentu sedar akan kedudukan BN di Pulau Pinang. Kita tahu bahawa pihak Cawangan Khas PDRM dan pihak Risikan Tentera memberi laporan 'sebenar' kepadanya yang tidak sama dengan laporan JASA, umpamanya. Maklum balas yang diberikan adalah negatif - BN tidak dapat menawan semula Pulau Pinang. GERAKAN, MCA dan MIC akan terus berkubur dan hanya UMNO yang mampu menambah kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 11 kepada 14 tetapi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dan ini bermakna PR akan menguasai 26 kerusi. Sekali lagi, parti-parti komponen BN yang mewakili pengundi bukan Melayu gagal meraih sokongan pengundi. Apa yang akan berlaku di Pulau Pinang ialah pengundi bukan Melayu menolak BN manakala pengundi di kawasan majoriti Melayu akan terus memberi sokongan kepada BN melalui calon-calon daripada UMNO. Parti komponen BN itu berkemungkinan besar dapat menawan semula DUN Batu Maung di bahagian pulau yang kini diwakili PKR manakala di Seberang Perai UMNO mampu menang di hampir semua kerusi yang ditandingi. Apa yang mungkin berlaku pada PRU-13 dapat 'dibayangkan' daripada keputusan PRU-12 dimana PR memperolehi 58.9 peratus undi popular berbanding dengan 27.5 peratus oleh BN. Pecahan undi popular bagi parti-parti gabungan PR dan BN adalah seperti berikut:- DAP - 32.2%, PKR - 20.4%, PAS - 6.2%, UMNO - 17.3%, GERAKAN - 13.1%, MCA - 9.2% dan MIC - 0.1%. PR menguasai 29 kerusi DUN iaitu DAP - 19, PKR - 9 dan PAS- 1 manakala BN menang di 11 kerusi DUN, semuanya oleh calon UMNO. Pada PRU-12, BN menguasai 38 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang. Bagi kerusi Dewan Rakyat, BN hanya mampu bertahan di Kepala Batas (Tun Abdullah Ahmad - UMNO) dan Tasek Gelugor (Tan Sri Noor Mohamad Yakcop - UMNO) manakala PR menang di 11 kerusi Parlimen dengan meraih 69.2% undi popular berbanding dengan 15.4% untuk BN. Pada PRU-13 ini, Tun Abdullah telahpun menyatakan yang beliau tidak akan bertanding untuk mempertahan kerusi Kepala Batas dan ini seharusnya diberi perhatian serius oleh pucuk pimpinan BN kerana jika silap memilih calon, kerusi Kepala Batas akan beralih tangan kepada PR. Calon yang hendak dipilih tidak semestinya yang menuduki saf kepimpinan bahagian tetapi seorang yang bukan sahaja kelihatan amanah dan bersih, tetapi yang dapat diterima rakyat dan dia tidak semestinya 'orang Kepala Batas' atau ahli UMNO bahagian berkenaan. Selain itu, BN - melalui GERAKAN, MCA dan MIC - akan mendapati sukar untuk memenangi atau mendapat sokongan pengundi bagi kerusi-kerusi Parlimen yang kini dikuasai DAP, khususnya, seperti Tanjong, Jelutong, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bagan dan Bukit Mertajam tetapi mampu memberi sedikit tentangan bagi kerusi-kerusi Bayan Baru, Balik Pulau, Batu Kawan dan Nibong Tebal. UMNO dijangka ditentang hebat di Kepala Batas, Tasek Gelugor dan sudah tentu Permatang Pauh, kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bukan mustahil untuk menang. Hasil daripada dapatan dan sedikit analisa yang dibuat, saya dapat rumuskan yang PR akan terus mentadbir Pulau Pinang dan menguasai jumlah besar kerusi Parlimen pada PRU-13 ini. Walau apapun, semuanya terletak ditangan pengundi, sama ada menyokong BN atau terus memberi mandat kepada PR. | ||||
Ceroboh Lahad Datu: Kerajaan tidak kompromi hak dan keselamatan rakyat Sabah Posted: 18 Feb 2013 03:16 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KOTA KINABALU — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah. Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi " oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah. "Saya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan. "Yang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini hari ini. Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan. Saya harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian...itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya sambil menambah bahawa beliau akan pergi ke Lahad Datu esok untuk melihat keadaan di sana. Beliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah. Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu. Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan. "Saya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya. "Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita...ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita," katanya. Ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara. "Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban "walau apa jua sebabnya" di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita. "Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kitabergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini," katanya. Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini. Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan. Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di "Youtube", beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yangboleh memudaratkan keselamatan. Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan ataupelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. — Bernama | ||||
Representasi Dr Ling untuk timbang semula pertuduhan ditolak Posted: 18 Feb 2013 03:13 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Representasi yang dikemukakan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) supaya menimbang semula pertuduhan terhadapnya dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) ditolak oleh Peguam Negara. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita bahawa pihaknya menghantar surat penolakan itu kepada peguam Ling, Wong Kian Kheong pada 13 Feb lalu. Katanya pihak pendakwaan mendapati permohonan tersebut tiada merit. Dr Ling mengemukakan representasi tersebut pada 9 Okt tahun lepas selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan akauntan Mok Chew Yin memberi keterangan di peringkat pembelaan. Sementara itu, dalam prosiding hari ini Dr Mahathir yang dipanggil untuk menyambung keterangan sebagai saksi pembelaan keempat berkata jumlah nilaian RM21 dan RM25 sekaki persegi (skp) bagi tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ tidak termasuk faedah. Katanya berikutan itu, jumlah keseluruhan sebanyak RM1.088 bilion juga akan meningkat. Beliau juga berkata kerajaan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ. Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan apabila Kabinet bersetuju untuk membeli tanah itu pada 2001 berkata walaupun kerajaan memutuskan untuk membeli tanah itu melalui Kementerian Kewangan, tetapi ia akan disewakan kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang menguruskan projek itu. Menjawab soalan Tun Abdul Majid sama ada beliau dirujuk sebelum sepucuk surat bertarikh 12 Jun, 2001 dan ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada ketika itu iaitu Tan Sri Shamsuddin Hitam dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan ketika itu Datuk Zaharah Shaari berhubung keputusan kementerian untuk mendapatkan tanah itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenai surat itu. Katanya dalam sesetengah kes, pegawai kanannya sama ada akan merujuk dengan beliau atau sebaliknya. "Tidak semestinya mereka perlu merujuk dengan saya mengenai semua isu. Surat ini, dalam apa pun tidak akan mengikat Kabinet. "Kabinet boleh membuat keputusannya sendiri, di mana kadang kala tidak betul-betul mengikuti nasihat menteri atau pegawai kementerian berkenaan, jelas Dr Mahathir. Beliau juga bersetuju dengan Tun Abdul Majid bahawa Kabinet mengambil masa untuk bersetuju dengan harga pembelian memandangkan PKFZ adalah projek mahal dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) juga berpandangan bahawa harga pembelian RM25 skp tidak berdaya maju. Dr Mahathir juga ditanya Tun Abdul Majid bagaimana harga permulaan RM18 melonjak kepada RM21 dan akhirnya RM25 skp. Dr Mahathir menjelaskan selepas mengambil kira bayaran faedah lebih 10 ke 15 tahun dan penjual hanya bersetuju untuk RM21 skp jika ia melibatkan pembelian tunai. "Ia bukan satu kesilapan apabila Kabinet bersetuju untuk RM25 sekaki persegi, selepas mengambil kira kos tambahan yang perlu dibayar penjual," kata Dr Mahathir. Dr Mahathir berkata RM25 skp hanyalah satu harga kontrak berdasarkan terma pembayaran dan terma itu dikira mengikut tempoh tertentu. Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Dr Ling yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002. Dr Ling dipanggil membela diri pada 9 Mac lalu dan empat saksi telahpun memberi keterangan termasuk Dr Mahathir. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok. — Bernama | ||||
Felda tayang filem Tanda Putera pada peneroka Posted: 18 Feb 2013 07:13 AM PST Felda hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra. Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu. Seorang pemimpin NGO anti-Pakatan, Zahid Mat Arip yang bertindak sebagai pengerusi majlis tayangan berkenaan pula mengumumkan bahawa tayangan itu merupakan program tertutup. Beliau juga meminta para wartawan meninggalkan Dewan Merdeka PWTC sebelum tayangan bermula. Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem. Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi. Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dengan satu bacaan doa. | ||||
Tidak mustahil BN menang PRU jika… Posted: 18 Feb 2013 06:46 AM PST Shahbudin Husin Sementara tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki kepada semua orang, keupayaan BN memenangi pilihanraya akan datang ini juga masih menjdi misteri. Ada yang yakin menang tetapi tidak kurang yang merasakan BN akan kecundang. Segelintir yang lain percaya hanya kemenangan tipis yang mampu dicapai BN dan Najib akan dipaksa berundur berikutan prestasi buruk itu. Namun jika ditanya kepada Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, keyakinannya ialah BN akan menang dua pertiga kali ini. Hujahnya ialah Najib seorang pemimpin super hebat yang sarat dengan pelbagai transformasi telah menyebabkan pengundi akan kembali memberi sokongan padu kepada BN. Woww! Bagi Ahmad Maslan, isu Rosmah, isu Altantuya, isu rasuah dan kekayaan anak isteri Najib serta pelbagai perkara yang dibangkitkan Deepak seolah-olah hanyalah isu kecil yang mampu ditutup oleh perwatakan serta kepimpinan bosnya, Najib yang super hebat itu. Kemenangan dua pertiga sebenarnya begitu sinonim dengan BN. Pemimpin yang gagal berbuat demikian biasanya akan diterajang keluar. Tunku Abdul Rahman pada 1969 dan Pak Lah pada 2008 adalah buktinya. Mahathir pula walaupun begitu buruk kepimpinannya tetapi kerana sentiasa menang dua pertiga, telah menyebabkan kedudukannya tidak tergugat. Jika Mahathir pun gagal mendapat dua pertiga, misalnya dalam pilihanraya getir 1990 atau 1999 yang dilaluinya, tidak mustahil beliau juga tidak mampu kekal selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Najib amat memahami situasi ini. Sebab itu beliau mahu menang dua pertiga. Alasannya ialah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan boleh berkhidmat lebih baik kepada rakyat. Tetapi sebenarnya Najib amat takut beliau juga bakal dihalau keluar dari singgahsana UMNO jika gagal mencapai dua pertiga. Beliau dan Rosmah belum puas lagi menghuni Seri Perdana. Untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat tidak memerlukan dua pertiga. Banyak negara di dunia yang kerajaannya hanya menang tipis dan kerajaan sering bertukar ganti tetapi rakyatnya tetap sejahtara dan dibela dengan baik. Great Britian tiada majoriti dua pertiga, Jepun dan Thailand pula pimpinan kerajaannya selalu bertukar tetapi rakyat mereka lebih maju dan selesa daripada kita. Hanya Malaysia yang menggunakan hujah dua pertiga sebagai sandaran untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat walaupun hakikatnya kerajaan yang terlalu kuat dan autoktarik sebenarnya lebih cenderung menjadi gila kuasa, perasuah dan lupa diri. Dengan pelbagai isu yang timbul telah menyebabkan penolakan rakyat makin ketara di mana-mana. Pengundi Cina nampaknya kekal mahu berubah, begitu juga pengundi muda dan mereka yang celik IT. Pautan UMNO dan BN hanya bergantung kepada golongan tua di luar bandar serta wanita dewasa saja. Salah satu sebab Najib menangguh tarikh pilihanraya ialah kerana beliau masih was-was dengan kemenangan dua pertiga yang dikhabarkan ke telinganya. Selain Ahmad Maslan, JASA dan BTN juga dikhabarkan memberitahu Najib kemenangan dua pertiga itu boleh dicapai kali ini. Tetapi Najib nampaknya antara percaya dengan tidak dengan nyanyian itu. Beliau mungkin ada maklumat lain yang melaporkan sebaliknya. Jika Najib sendiri yakin dengan kemenangan dua pertiga, pasti sudah lama beliau membubarkan Parlimen. Beliau tidak mungkin menunggu sehingga ke tarikh akhir seperti sekarang ini. Selain penolakan rakyat makin ketara terhadap UMNO dan BN yang terpamer di mana-mana, populariti Najib juga makin merosot hasil beberapa kajian yang dilakukan. Barangkali ini yang merisaukan Najib. Tetapi kini terdapat laporan sebagaimana yang tersiar dalam Malaysian Insider bahawa BN boleh menang hingga 145 kerusi, suatu keputusan yang lebih baik daripada 2008 namun masih tidak melepasi garisan dua pertiga. Untuk menang dua pertiga, BN mesti menang sekurang-kurangnya 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Keyakinan memenangi 145 kerusi itu ialah bersandarkan kemampuan memenangi semula beberapa kerusi yang BN tewas dalam 2008 lalu seperti Parit Buntar, Bukit Gantang dan Kuala Selangor. Mungkin ada yang setuju dan ramai pula yang tidak setuju dengan laporan 145 kerusi yang mampu dicapai BN itu. Walaupun penolakan rakyat dilihat makin ketara dan angin perubahan juga bertiup di mana-mana, hakikatnya laporan yang mengatakan BN masih boleh menang sama ada tipis atau sehingga 145, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini mengingatkan saya dengan perbualan dengan seorang bekas menteri UMNO beberapa bulan lalu. Beliau tanpa berselindung merasakan BN masih boleh menang dalam pilihanraya kali ini bersandarkan dua perkara yang masih memihak kepada BN iaitu kuasa menggunakan jentera-jentera kerajaan dan wang ringgit bertimbun yang dimilikinya. Dengan menghadapi pilihanraya sebagai kerajaan, BN memiliki kelebihan kerana jentera kerajaan berada di pihaknya. Selain SPR, polis dan pelbagai jentera kerajaan lain yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya semasa kempen pilihanraya, BN juga memiliki jentera rangkaian media dan propaganda yang turut berpihak kepadanya seperti TV, radio, akhbar, Jabatan Penerangan, Kemas dan sebagainya. Melalui pemilikan semua jentera ini, tidak syak lagi BN mempunyai kelebihan berbanding PR. Kelebihan kedua yang dimiliki oleh BN ialah wang. Sebagai kerajaan yang masih berkuasa, BN lebih mudah mengumpul wang berbanding PR untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini. Pemberian beberapa projek besar dan penswastaan kepada tokoh korporat tertentu seperti Syed Mokhtar Albukhary dipercayai oleh banyak pihak sebagai langkah untuk mengumpul dana pilihanraya bagi kepentingan BN. Tauke-tauke lain yang diberikan projek kerajaan juga pasti bersikap murah hati membalas budi kerajaan dengan turut menyumbang dana untuk BN dalam pilihanraya ini. Dengan pelbagai projek besar yang diumumkan Najib yang melibatkan pelabur dalam dan luar negara, tidak menjadi kemusykilan dana besar mampu dihimpun BN bagi digunakan untuk memenangi pilihanraya. Melalui kelebihan tunai itu, BN bukan saja mempunyai kelebihan mengatur pelbagai program, mempelbagai dan menguatkan jentera parti, malah juga mempunyai kelebihan untuk membeli undi. Walaupun rakyat sudah diberi BRIM RM500 dan RM250 dan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah yang dipaksa ibubapa menerimanya, jika rakyat diberi lagi segumpal tunai menjelang hari pengundian, tidaklah mustahil kecondongan pengundi akan lebih memihak kepada BN. Walapun rasuah dan suapan dibenci serta diharamkan oleh agama tetapi ramai juga yang tidak geli bila duit masuk ke poket. Babi yang sama haram seperti rasuah dianggap geli kerana masuk melalui tekak tetapi duit hasil babi tidak sama gelinya bagi sesetengah orang kerana ia hanya masuk melalui poket dan tidak menjejaskan tekak. Kerana itu duit memang boleh mempengaruhi manusia dalam membuat keputusan walaupun ia rasuah dan haram disisi agama. Bersandarkan dua faktor yang pernah disebutkan oleh bekas menteri itu dan tersebarnya laporan BN mampu menang sehingga 145 kerusi Parlimen, keupayaan BN mencapai kemenangan yang diidamkan itu bagaimanapun akhirnya terletak di tangan Najib sendiri iaitu sama ada beliau seorang yang betul-betul berani menggunakan kuasa atau sebaliknya. Jika Najib berani dan pandai menggunakan kuasa serta memanfaatkan dua kelebihan yang dimilikinya iaitu jentera kerajaan dan wang tunai itu, tidak mustahil beliau mampu mengekalkan kuasa BN lagi dan menahan kemaraan rakyat. Masih ramai rakyat yang miskin dan bergantung kepada kerajaan mungkin memberi kelebihan atas perkara ini. Kemampuan Mahathir bertahan selama 22 tahun ialah kerana beliau pandai dan berani menggunakan kuasa, walau apa sekalipun orang bercakap mengenainya. Dunia menempelaknya pun tidak dihiraukannya. Soalnya ialah sama ada Najib seorang yang berani dan pandai menggunakan kuasa seperti Mahathir? Tidak lama sebelum ini Mahathir pernah mengkritik Najib kerana takut menggunakan kuasa sehingga kerajaan lemah yang diwarisinya menjadi bertambah lemah hari demi hari. Sudahkah Najib menjadi pandai dan berani menggunakan kuasa atau mungkinkah Mahathir akan mengajar beliau cara-cara menjadi berani menggunakan kuasa sepertinya? | ||||
Sah Utusan Memfitnah: Diarah Mohon Maaf, Bayar Pampasan Kepada Azan Posted: 18 Feb 2013 06:30 AM PST KELAB GREENBOC Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysia memohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini. Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini. "Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum," jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan. Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat. "Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu. | ||||
PAS Pahang lancar Kempen Tanah Untuk Rakyat Posted: 18 Feb 2013 06:23 AM PST
KUALA LIPIS: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam melancarkan Kempen Tanah Untuk Rakyat yang digerakkan selama sebulan untuk menangani permasalahan tanah yang tertunggak dan terabai sejak puluhan tahun. Pada majlis yang diadakan di Taman Bakti, Padang Tengku itu, turut diedarkan borang aduan tanah di mana sebanyak 200 borang habis dalam masa yang singkat. Borang tersebut akan diproses dan diambil tindakan oleh Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang yang baru ditubuhkan. Tuan Ibrahim berkata, sekretariat tersebut ditubuhkan susulan tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang yang menyediakan lot-lot kediaman, tanah kebun dan tanah ladang Felda Plantation yang telah diumumkan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau Disember lalu. Sebelum ini rakyat negeri Pahang dikatakan menghadapi masalah birokrasi ketika berurusan memohon tanah yang telah diusahakan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Akibatnya, untuk pelupusan tanah kerajaan difahamkan terpaksa memakan masa antara 10 hingga 20 tahun. Turut menjadi rungutan ialah prosedur pembangunan tanah seperti pindah milik urusniaga hartanah, tukar syarat, pecah sempadan dan pecah lot yang dikatakan setakat ini memakan masa dua hingga tiga tahun. "PR akan selesaikan semua masalah berkaitan tanah dan permudahkan semua urusan sebaik saja diberi mandat memerintah negeri ini," kata Tuan Ibrahim selepas menerima borang aduan daripada yang hadir. Sementara itu, Pengarah Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang Yohanis Ahmad, berkata borang aduan tanah boleh dimuat turun dari blog tanahrakyat.blogspot.com dan kempen tersebut akan berjalan selama sebulan. Selain borang, semua permasalahan juga boleh diemelkan kepada aduantanah@gmail.com | ||||
Dr M mengamuk kata insiden 'No' palsu Posted: 18 Feb 2013 06:21 AM PST
"Di dalam media alternatif, hampir sesiapa sahaja yang boleh meletakkan apa-apa bahan yang mereka suka cakap di internet secara langsung, tanpa pengurus, editor atau sub-editor mengubah isi kandungannya. "Kebebasannya hampir total. Inikah intipati demokrasi?" tanya Mahathir di tulisan terbaru dalam blognya. Mahathir juga mendakwa video popular kini yang menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat jawapan 'No' daripada para hadirin di Pulau Pinang ketika ditanya 'Are you ready for BN?" telah diubahsuai. "Sekarang, ia telah didapati bahawa (video) tersebut telah direka dengan membawa satu kumpulan ke dalam orang ramai, dengan membekalkan mereka dengan video kamera dan mikrofon. "Semasa PM bertanya 'Are you ready for BN?', kumpulan ini menjerit 'No' sebagai jawab balas. Ia membuat seolah-olah seperti semua hadirin menjerit 'No'. "Sebenarnya hanya sebilangan kumpulan saya yang menjerit 'No' ke dalam mikrofon mereka. Jawapan 'Yes' daripada orang ramai tidak dirakam dan tidak dimasukkan di dalam video di YouTube," dakwa Mahathir. Beliau berkata klip video popular di YouTube akhirnya dipercayai para pengamal sosial media sebagai versi yang benar walaupun sebenarnya ia adalah palsu. Mahathir menyalahkan ini pada kebebasan di internet yang sebelum ini beliau sendiri yang memperkenalkan aktanya. "Pembohongan boleh dibuat seolah-olah menjadi kebenaran ... Tetapi kebenaran juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan," katanya. Mahathir kemudiannya menceritakan bahawa beliau dianiaya oleh para pengodam yang memaksa beliau menukar server untuk blog 'Che Det' kepunyaan beliau. "Saya kehilangan kebebasan di media lebih daripada apa yang kerajaan boleh menghalang kebebasan saya. Secara jujur, saya lebih suka jika kerajaan yang menapis saya. "Tapi tiada apa yang saya boleh lakukan untuk menghalang mereka yang ingin mengekang kebebasan saya melalui alternatif media," tambah beliau. | ||||
MB : Dasar Ketelusan Dan Kebertanggungjawaban Tarikan Utama Pelaburan RM 48 Bilion Ke Selangor Posted: 18 Feb 2013 06:19 AM PST SHAH ALAM : Dasar Ketelusan dan Kebertanggungjawaban yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah pemangkin kepada tarikan dan pertumbuhan pelaburan negeri itu. Pencapaian RM 48 bilion dalam lima tahun lepas menunjukkan dasar-dasar tersebut yang menjadi tunjang prinsip pentadbiran PR, berjaya menarik pelaburan sehingga Selangor menerajui semua negeri dalam jumlah pelaburan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dasar ketelusan menunjukkan Kerajaan Negeri terbuka dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan yang sihat. Beliau berkata sejak 2008 Selangor konsisten menduduki tempat pertama atau kedua negeri yang mendapat pelaburan tertinggi Negeri kedua yang mencapai jumlah pelaburan tertinggi di negara ini adalah Sarawak yang memperolehi jumlah pelaburan sebanyak RM 40.72 bilion. "Itulah sebabnya kita mengumumkan bahawa Negeri Selangor sebagai negeri pertama yang mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi sejak 2008," ujar Abdul Khalid. "Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua para pelabur dengan sokongan dan kejayaan anda semua," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penghargaan Pelabur 2012 anjuran Selangor State Investment Center (SSIC) yang diadakan di I-Walk I-City di sini. Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Selangor, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar serta Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim. Di majlis itu, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Shah Alam menerima penghargaaan kerana terpilih sebagai "Kawasan Yang Paling Digemari Para Pelabur Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan." Sementara itu, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Hulu Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Petaling Jaya dan Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Klang menerima anugerah bagi kategori Daerah. Untuk Kategori Pelabur Dalam Negara Dengan Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Asia Pasific Truck And Bus Sdn Bhd dan SKS Building Coach Sdn Bhd. Manakala Kategori Pelabur Luar Negara Yang Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Baker Mansion dan DSG (M) Sdn Bhd | ||||
Najib Tidak Berani Tegur Perkasa, Buktikan 1Malaysia Retorik Kosong Posted: 18 Feb 2013 06:13 AM PST PETALING JAYA : Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bermakna apabila beliau sendiri tidak serius menegur kumpulan Ketuanan Melayu yang membakar semangat perkauman. Najib tidak langsung berdepan dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang baru-baru ini mahu membakar Kitab Injil Bahasa Malaysia. Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Najib tidak berani menegur Perkasa yang merupakan pertubuhan pro-Umno. "Ini abang Anwar yang berani tegur, apa akan jadi sekiranya perkara sama terjadi di Sarawak dan di mana-mana, ia boleh merebak dengan cepat, boleh menjadi 'trend," ujar Anwar. Beliau berkata demikian di dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Selangor yang berlangsung tengahari tadi, di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Beli Belah One Utama. Najib yang juga merupakan Presiden Umno itu turut dilihat sengaja menanamkan kebencian orang Melayu terhadap bangsa lain yang dianggap sebagai pendatang di negara ini. "Di Perhimpunan Umno Najib, Tan Sri Muhyiddin dan paling kuat sekali Datuk Sharizat menangis teresak-esak bila menyanyikan lagi 'Anak Kecil Main Api'. "Tahukan apa maknanya (lirik) 'nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda' dan diakhiri pula dengan 'air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang'. "Siapakah 'orang' yang merampas tanah ini yang dimaksudkan itu?" ujar Anwar di majlis yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta One Utama di sini. Menurut Anwar, lagu yang dinyanyikan di Perhimpunan Agung Umno itu adalah sebuah lagu perkauman. Umno-BN cuba mengekalkan kuasa di Putrajaya dengan menggunakan agenda kononya mempertahankan hak Melayu padahal ia digunakan memperkayakan keluarga dan kroni masing-masing. Beliau turut menyelar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan tindakan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. "Tiada pemimpin lain di dunia selepas Hitler yang mempersoalkan isu kerakyatan seperti itu," kata Anwar | ||||
Perjanjian Boustead dan Syarikat Milik Wanita Umno Selangor Disemak Posted: 18 Feb 2013 06:11 AM PST HULU KELANG : Perjanjian jual beli tanah yang melibatkan Boustead Holdings Berhad (Boustead), dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, akan disemak bagi meneliti jika wujud penyelewengan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau kini merupakan pemegang saham Boustead yang membolehkannya menyemak perjanjian itu jika terdapat bukti penyalahgunaan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Sebelum ini, Boustead yang merupakan unit pelaburan LTAT, telah membeli syarikat kepunyaan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dan syarikat Deepak dengan wang berjumlah RM 160 juta. "Bulan lepas saya dah beli saham Boustead dan sekarang saya dalah pemegang saham rasmi Boustead Holdings. "Hari Rabu ini, Insyallah, kita akan pergi beramai-ramai ke Boustead, kita akan semak setiap helai daripada perjanjian. "Kalau ada sikit penyelewengan pun dan kalau ada sikit kesilapan pun, kita akan bawa ke mahkamah supaya wang RM 160 juta ini kita dapat selamatkan daripada dicuri mana-mana pihak," tegasnya dalam satu siri ceramah di Taman Rekreasi AU3, Keramat Wangsa semalam. Baru-baru ini, Rafizi dan beberapa bekas anggota tentera dihalang oleh pengurusan Boustead daripada menyemak perjanjian itu. Alasan Boustead adalah pencarum LTAT tidak dibenarkan menyemak dokumen jual beli tanah itu. LTAT menyimpan caruman daripada potongan gaji anggota tentera. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Boustead membeli kedua-dua syarikat itu dengan alasan mahu memiliki tanah berkeluasan 200 ekar di Bukit Raja, Klang. | ||||
ROS akui kesilapan, cuma Hishamuddin belum minta maaf Posted: 18 Feb 2013 06:07 AM PST Roketkini.com. KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akhirnya terpaksa mengaku dan memohon maaf terhadap kesilapannya berhubung isu penyerahan laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 12 Disember lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan menimbulkan kekeliruan. "ROS memohon maaf kepada semua pihak berhubung kesilapan itu," katanya dalam kenyataan, semalam. Bagaimanapun, sehingga kini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP kerana gagal menyerahkan laporan pemilihan CEC DAP kepada agensi itu sehingga 15 Februari lalu, masih belum memohon maaf berhubung kenyataannya yang menjatuhkan imej dan kredibiliti DAP. Hishammuddin dilaporkan media berkata, DAP sepatutnya menyerahkan laporan itu dalam tempoh 60 hari pemilihan CEC, pada 12 Disember lalu, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir. Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, Menteri Dalam Negeri itu telah melakukan pembohongan apabila mendakwa parti itu masih gagal menghantar penyata tahunan kepada ROS sedangkan ia sudah dihantar pada 8 Februari lalu. "Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan menyerahkan borang dan laporan yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia sudah dicop terima," katanya. Kenyataan Hishammuddin sebelum ini telah menimbulkan persoalan serius adakah pembohongan itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP. "Kami ada bukti sudah hantar laporan berkenaan. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional (BN) untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya," katanya dalam sidang media, hari ini.- Roketkini.com. | ||||
Tunai segera janji beri 2,000 ekar tanah kepada sekolah Tamil di Perak Posted: 18 Feb 2013 06:04 AM PST Roketkini.com. Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, kerajaan BN negeri membuat janji itu sejak 2009 sebaik merampas pemerintahan Perak, sebaliknya menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak prihatin terhadap sekolah Tamil di negeri itul. Katanya, MIC Perak perlu buktikan dakwaan apabila mengumumkan kerajaan BN Perak sudah memberi 2,000 ekar tanah kepada sekolah Tamil di Perak. Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh berkata, kalau benar MIC Perak perlu membuktikan kebenaran dakwaan itu dengan menunjukkan geran bagi 2,000 ekar tanah itu dengan serta-merta. "Sebenarnya tanah itu tidak pernah diberi kepada sekolah Tamil di Perak, tetapi atas nama Yayasan Perak. Saya tidak tahu apa hubungan Yayasan Perak dengan sekolah Tamil. "Ini adalah muslihat untuk mengkaburi mata masyarakat India. MIC membuat lakonan seolah-olah masalah tanah untuk sekolah Tamil itu sudah diselesaikan apabila kerajaan memberikan tanah itu kepada Yayasan Perak," katanya dalam kenyataan media, semalam. Sivakumar berkata, beliau sudah beberapa membangkitkan isu tanah 2,000 ekar itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, tetapi hanya diberi jawapan yang lumrah iaitu masalah akan diselesaikan dalam tempoh terdekat. Menurutnya, isu tanah itu tidak dipandang serius kerajaan BN, begitu juga pemimpin MIC juga tidak mahu isu ini sering ditimbulkan kerana mungkin mempunyai agenda sendiri untuk 'sapu' tanah terbabit. "Saya difahamkan ada pemimpin politik bercadang untuk mendapatkan tanah itu daripada Yayasan Perak dengan cara menubuhkan syarikat swasta untuk mengurusnya. "Baru-baru ini Ahli Parlimen Tapah, Datuk Saravanan juga membuat saranan kepada kerajaan Perak supaya menyerahkan tanah itu kepada MIC untuk membantu sekolah Tamil. "Ini satu cadangan yang tidak boleh diterima kerana rakyat negara ini khususnya masyarakat India tidak lupa kepada skandal besar yang pernah dilakukan MIC seperti isu saham telekon dan Maika Holdings," katanya. Menurutnya, memberi 2,000 ekar tanah ini kepada MIC seolah-olah menjemput buaya ke tepi sungai dan memberi seekor kambing untuk dimakan. Tambahan pula, katanya, dalam suasana politik sekarang BN tidak mungkin dapat menjadi kerajaan lagi di Perak selepas PRU-13 sebab itu memberi tanah itu kepada MIC adalah satu tindakan yang langsung tidak bermakna. "Saya juga membangkit isu ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak pada 15 Februari lalu dan Pakatan Rakyat Perak berjanji menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu dengan serta merta apabila menjadi kerajaan selepas PRU-13 nanti. "Kami juga memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan BN Perak menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu, jika gagal, kami terpaksa membuat satu himpunan aman di hadapan SUK Perak untuk menuntut hak sekolah Tamil di Perak," ujarnya. -Roketkini.com. | ||||
Pengusaha Industri Mahu Jambatan Ke-Tiga Klang Sambung ke Pusat Bandar Posted: 18 Feb 2013 06:02 AM PST SHAH ALAM: Pelabur dan pengusaha industri menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri membina jambatan ketiga Klang yang diharapkan dapat memudahkan lagi perjalanan ke Pelabuhan Klang. Di dalam satu dialog bersama Kerajaan Negeri hari ini, mereka menyuarakan harapan agar jambatan tersebut yang akan merentasi Sungai Klang, dapat menghubungkan pelabuhan dengan pusat bandar Klang. Walaupun mereka sedia maklum bahawa lalulintas di pekan Klang agak sesak, ia masih diperlukan kerana banyak industri dan syarikat yang menggunakan pelabuhan Klang mempunyai urusan di bandar Klang. Harapan tersebut diutarakan oleh Presiden Dewan Industri dan Perdagangan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI), Tan Sri Datuk Ng Teck Pong. Namun begitu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab permintaan menjelaskan, perkara yang penting dalam pembinaan jambatan tersebut adalah memastikan pengaliran trafik lancar dan lebih baik. "KLSCCCI akan dijemput dalam masa terdekat untuk melihat pelan cadangan pembinaan jambatan. "Kita mengalu-alukan cadangan yang diberikan dan bersedia untuk bekerjasama bagi mencari penyelesaian terbaik," katanya pada sesi dialog Business Luncheon With SMI Companies di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Turut hadir sama, beberapa Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok, Dr Xavier Jeyakumar dan Ronnie Liu. Pada sesi Dewan Negeri Selangor (DNS), Abdul Khalid mengumumkan pembinaan projek jambatan ketiga Klang yang sebelum ini dijanjikan Umno-BN pada tahun 2008. Jambatan sepanjang 500 meter yang bernilai RM 300 juta itu akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri menggunakan rizab simpanan negeri. Ia dijangka siap dalam tempoh 18 sehingga 24 bulan. Proses memilih reka bentuk jambatan baru itu akan dimulakan mulai minggu ini sebelum tender dikeluarkan. Pembinaan jambatan merentasi Sungai Klang ini penting kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk di Klang kerana tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang. Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menegaskan, pembinaan jambatan ini tetap diteruskan meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan dalam masa terdekat. Jelasnya, dalam perancangan sesebuah projek, kewangan yang kukuh adalah lebih penting daripada membuat pengumuman semata-mata. "Ini pengajaran yang diambil pada Mac 2008. Kesilapan mereka (Umno-BN) tidak memberikan jaminan kewangan hanya (majlis) pecah tanah. "Kita punya dana dahulu kemudian baru laksanakannya. Sekarang kita boleh buat (jambatan ketiga Klang," ujarnya dalam satu sidang media selepas menghadiri perjumpaan bulanan kakitangan Kerajaan Negeri. | ||||
14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air Posted: 18 Feb 2013 06:00 AM PST KLANG : Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran pengambilalihan industri air telah tamat hari ini. Pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas majlis mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini. "Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam," katanya dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa di sini hari ini. Dua minggu lepas, Kerajaan Negeri telah menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass). Ketiga-tiga syarikat diatas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat. Walaubagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan. Minggu lepas, Kerajaan Negeri berkata ia akan memohon semakan kehakiman sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut. Hari ini Abdul Khalid berkata, sekiranya tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa. | ||||
Takut kalah PRU akan datang, BN mahu haramkan DAP? Posted: 18 Feb 2013 05:55 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Makin lama makin benar kata-kata "kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya". Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini. Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu. Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS. "Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina. "Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional," katanya. Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP. "Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya? "Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Ini membimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah. Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah. Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015. Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah. "Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP," katanya. Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven. – Roketkini.com | ||||
Batalkan Demokrasi Jadikan Negara Tentera........ Posted: 17 Feb 2013 09:44 PM PST Wartawan BuletinTimbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia YB Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, PAS telah mengalami banyak kekalahan dalam pilihan-pilihan raya yang lalu, tetapi parti itu tidak pernah menimbulkan apa-apa kekaucauan. Menurutnya, sebagai orang politik, Umno harus bersedia untuk kalah dan menjadi pembangkang dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. "kita merayu kepada Umno supaya bersikap 'gentlemen', kita bertanding atau bersaing atas hujjah atas polisi......kalau betul dakwaan mereka (Umno-BN) telah berjaya dan banyak berjasa kepada rakyat, tidak ada sebab untuk rakyat tolak (mereka), "tetapi ada banyak kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan yang cuba ditutup (camouflage) dengan kebajikan kepada rakyat, jadi apabila kita mendedahkan menjadikan mereka resah dan gelisah,"jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Xpresi Muslimat dan Ameerah yang diadakan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong pada Sabtu 16 Februari. Dr. Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan-tindakan Umno-BN kebelakangan ini yang menggunakan taktik samseng serta menakut-naktkan rakyat. Beliau menyifatkan langkah Umno-BN itu adalah merupakan tindakan orang yang terdesak dan telah putus asa, yang telah 'hilang modal' untuk mempengaruhi dan mendapat sokongan dari rakyat. Namun begitu, beliau berkata PAS tidak akan 'menjadi seperti mereka' dan mengambil tindakan menangani 'gejala samseng' Umno-BN dengan menjadi samseng juga, walau pun PAS boleh berbuat begitu sekiranya mahu. "kita tidak akan jadi macam mereka (Umno-BN) kalau kita nak buat samseng dengan (kepada) samseng boleh........... tapi kita tidak (bukan) terdesak, kita tahu rakyat lebih bijak dan kita akan ambil langkah-langkah berjaga, dan kita memberi amaran serta peringatan kepada kepada Umno-BN, "kerana kita tahu tindakan mereka memang cuba melakukan kekacauan seperti (peristiwa) 13 Mei, supaya dilihat, sekiranya mereka tidak memerintah, negara ini tidak aman,"tegasnya. Justeru, kata beliau, Muslimat akan mengambil segala langkah-langkah keselamatan perlu bagi melindungi petugas muslimat dan calon muslimat yang akan turun pada pilihanraya akan datang. | ||||
'Bau Busuk' Bertiup Dari Projek Padang Sintetik Tok Jiring Posted: 17 Feb 2013 09:35 PM PST Wartawan BuletinKUALA TERENGGANU - Belum sampai dua tahun, ratusan ribu ringgit wang rakyat dibelanjakan bagi membaik pulih padang bola Kampung Tok Jiring dibazirkan begitu sahaja apabila tiba-tiba, projek padang rumput sintetik 'melanggar' dan memusnahkan padang bola 'rumput asli' tersebut.Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, alasannya yang diberikan Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, pembinaan padang sintetik itu adalah bagi menggalakkan lagi pembangunan sukan bola sepak dari peringkat akar umbi. Hishamuddin mempersoalkan dakwaan Shaberry yang juga Menteri Belia dan Sukan, kerana kata beliau, adakah selama ini tidak ada anak-anak muda yang bermain bola sepak di padang biasa sehingga kementerian membelanjakan jutaan ringgit membina padang tiruan itu. Beliau juga mempertikaikan, jikalau benar dakwaan Shaberry, mengapa hanya satu padang sahaja dibina dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu, sedang tidak ada padang sintetik yang dibina di tujuh kawasan palimen lain di seluruh negeri Terengganu? "Adakah anak-anak muda di Kampung Tok Jiring sahaja, semuanya bermain bola sepak tetapi anak-anak muda dari tujuh kawasan parlimen lain tidak pandai menendang bola? "ratusan ribu ringgit wang rakyat dihabiskan sebelum ini buat baik pulih padang bola rumput Tok Jiring, tiba-tiba tak sampai dua tahun, mari pula projek padang tiruan 'kambus' padang asal, "ini semata-mata kerana projek, bukan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan anak-anak muda,"ujarnya selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kumpulan kontraktor kecil Melayu di sini baru-baru ini. [Gambar ; masih dalam pembinaan......... tarikh siap yang dipaparkan ata papan tanda (kiri) ia sepatutnya siap pada 2 Dismber 2012] Beliau berkata, banyak maklumat dan fakta yang diutarakan oleh kumpulan kontraktor tersebut, mepertikaikan ketelusan projek-projek oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Antaranya, kata beliau, selain kontrak pembinaan padang rumput sintetik Tok Jiring itu dianugerahkan kepada kontraktor luar bukan anak Terengganu, mereka memberitahu, ada 'bau busuk' yang membabitkan pembinaan padang itu. "saya dimaklumkan, YB ADUN Tepoh dalam pertemuan dan lawatan Shaberry melihat kemajuan projek padang sintetik itu telah dimarahi oleh Shaberry di hadapan orang ramai yang hadir, "antara yang disebut adalah, saiz padang rumput sintetik itu dibina tidak mengikut spesifikasi dengan makna lain, dibina lebih kecil dari saiz yang ditetapkan,"jelasnya. Oleh itu, beliau akan mengadakan kunjungan ke tapak pembinaan tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mengukur saiz padang terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut, mengadu tentang 'bau busuk' projek itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. | ||||
Keluar Pakatan, Dewan Ulamak sokong Hadi Posted: 17 Feb 2013 09:28 PM PST Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain. PETALING JAYA: Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam Pakatan. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain. Pada masa sama Dewan Ulamak PAS menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat jika ia merugikan Islam. "Kami percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan. "PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama," katanya dalam satu kenyataan media. Abdul Hadi memberi jaminan tersebut ketika berucap di himpunan kebangkitan rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Terengganu Sabtu lalu. Presiden PAS dipetik sebagai berkata "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. "Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat" Nik Muhammad Zawawi berkata, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, kata beliau lagi. "PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang," tambah beliau. | ||||
Mengapa kerajaan wajar biayai pendidikan tinggi Posted: 17 Feb 2013 09:27 PM PST Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah. Oleh Anas Alam Faizli Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan; sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan. Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan. Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa "Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua." Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini. Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya. Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif. Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal "terkorban". Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat. Realiti #2: "Terperangkap di tengah-tengah" Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia. Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi. Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam "middle-income trap", di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi Bank Dunia. Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji sebenar yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi. Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersil. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi. Justeru itu, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi. Hasilnya, proses-proses yang bernilai rendah seperti pemasangan dan pembungkusan berlokasi di Malaysia menggunakan khidmat mesin dan teknologi sederhana moden, manakala proses-proses yang bernilai lumayan seperti R&D dan inovasi tidak mampu ditawarkan kerana kurangnya dari segi kemahiran dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengalami kemasukan FDI bersih yang negatif sejak 2007. Hal ini menggagalkan Malaysia menaik taraf menjadi ekonomi perkhidmatan bernilai tinggi dan tetap terus bergantung kepada pengeluaran bahan agrikultur dan minyak. Kita hanya berjaya dalam industri ringan seperti barangan pengguna dan perkakasan elektrik. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir serta berpendidikan tinggi untuk memperkasakan sektor perkhidmatannya. Realiti #4: Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi Kajian yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) melabel Malaysia sebagai ekonomi yang berteraskan kecekapan, meletakkan Malaysia di belakang ekonomi-ekonomi berteraskan inovasi. Kita hanya mampu menambahbaik sistem dan proses yang sedia ada, tetapi ketinggalan dari segi daya inovasi yang membolehkan negara mencapai pendapatan yang jauh lebih lumayan. Malaysia wajar bergerak ke arah ekonomi berteraskan inovasi. Kita tidak lagi berdaya saing tinggi menawarkan tenaga buruh mahupun tanah dan kilang-kilang yang murah lagi seperti dahulu. Kekuatan tenaga penyelidik di Malaysia bagi setiap 1 juta penduduk hanyalah 365 orang berbanding 5,416 orang di Jepun dan 4,231 di Korea Selatan. Berapa banyakkah bakat yang boleh muncul sebagai tenaga penyelidik hebat dari Malaysia tetapi malangnya tidak dapat dicungkil kerana kurang peluang melanjutkan pendidikan tinggi? Realiti #5: Pendidikan merupakan satu pelaburan… Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus. Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM 37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia. Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya lima peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin. Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan. Realiti #6: Pulangan pelaburan bersih yang positif Jika kerajaan menanggung penuh pembiayaan pendidikan tinggi kosnya berjumlah sekitar RM60,000 (kejuruteraan) dan RM160,000 (perubatan). 94 peratus dan 90 daripada kos-kos ini sudahpun dibiayai kerajaan kini. Jika graduan itu mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan mendapat peningkatan sebanyak lima peratus setahun secara purata selama 30 tahun, graduan tersebut akan telah membayar lebih daripada RM290,000 kepada kerajaan hanya dalam bentuk cukai pendapatan. Jika graduan dengan prestasi minimum ini mampu membayar pulangan kepada kerajaan bayangkan graduan berprestasi tinggi dengan kadar peningkatan gaji yang lebih tinggi? Realiti #7: Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan Individu yang berpendidikan tinggi secara puratanya memiliki harta bernilai RM182,000, iaitu 2.2 kali ganda berbanding individu lepasan SPM dengan RM82,000 sahaja. Akan tetapi, kadar kemasukan rakyat Malaysia ke dalam sistem pendidikan tinggi cuma 36.5 peratus. Nombor ini bukan sahaja jauh di belakang berbanding purata negara-negara "very high human development" iaitu 75 peratus, malah juga di belakang negara-negara "high human development", iaitu 50 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kemasukan di negara lain adalah; Amerika 86 peratus, New Zealand 84 peratus Korea 100 peratus, British 99 peratus, Thailand 45 peratus dan Turki 38.4 peratus. Hal ini menyebabkan majoriti pekerja di Malaysia hanya mampu memenuhi keperluan sektor tenaga pekerja kurang mahir. Bagaimanakah Malaysia mampu memacu seluruh rakyatnya ke arah negara berpendapatan tinggi secara sama rata? Perbelanjaan dalam projek-projek mega yang menjadi jalan pintas sebagai satu usaha untuk melonjakkan pendapatan purata rakyat Malaysia sebelum ini bukanlah satu solusi yang mapan dan bersifat jangka panjang. Penyediaan pendidikan tinggi secara percuma kepada seluruh rakyat ialah satu-satunya usaha penggerak Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi secara holistik. Realiti #8: Pendidikan penyelesaian untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin Malaysia menduduki tempat ketiga tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut ukuran GINI 0.4621 (sumber: Bank Dunia). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah) sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai satu peratus terkaya di Malaysia. Tujuh puluh lima peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan! Cuba kita teliti statistik ini; 60 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang menerima pendidikan tinggi manakala 60 peratus daripada isi rumah berpendapatan paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970. Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu negara yang ekonominya lebih adil. Amerika mengganggap bahawa manfaat pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Scandinavia pula percaya bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang semakin melarat di dunia. Negara-negara Scandinavia yang memberikan pendidikan tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar dinafikan. Pendidikan percuma akan memberikan individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah. Satu keluarga, satu graduan Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang merangkumi setiap pelusuk masyarakat, bagi yang cemerlang mahupun yang lemah dalam bidang akademik. Bagi mereka yang lemah akademik, kemahiran vokasional perlu diberi penekanan yang lebih berat. Paling penting, sistem pendidikan itu perlu memastikan pelajar tidak menamatkan pendidikan dengan bebanan hutang di atas bahu mereka, tanpa kemahiran mahupun prospek pekerjaan, meskipun sekadar untuk membayar kembali hutang itu. Malaysia telah menikmati banyak manfaat positif dengan menyediakan pendidikan rendah dan menengah percuma. Seratus peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sekolah rendah dan 68 peratus berjaya tamat tingkatan lima. Tetapi, keadaan sosio-ekonomi Malaysia dewasa ini menuntun kepada semua rakyat Malaysia diwajibkan secara undang-undang untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan lima, serta sebuah sistem pembiayaan pendidikan tinggi oleh pihak kerajaan. Saya dengan rendah diri menyeru kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pembuat dasar, dan kumpulan-kumpulan lobi untuk memastikan pendidikan tinggi yang percuma di semua IPTA. Jika IPTA tidak mampu menampung bilangan pelajar yang layak, adalah dicadangkan jumlah yang sama dibiayai oleh kerajaan melalui IPTS, secara berperingkat. Ini bertujuan memastikan peluang pendidikan tinggi disediakan sebanyak mungkin dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Saya turut mencadangkan sasaran satu keluarga, satu graduan; iaitu setiap satu keluarga mempunyai minimum satu graduan. Tuntasnya sasaran ini bakal menyaksikan mobiliti antara generasi direalisasikan; di mana seorang anak nelayan, mahupun anak pekerja kilang bergaji rendah, bakal menjadi ejen pengubah yang membawa keluarganya keluar dari status ekonomi rendah kepada kehidupan yang lebih selesa. Mekanisme ini seterusnya dijangkakan bercambah kepada generasi-generasi berikutnya, dan memakmurkan keadaan ekonomi bagi kelompok-kelompok rakyat yang asalnya terperangkap dalam kemiskinan. Pendidikan merupakan asas paling penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara. Tiada sebarang salah tadbir atau kesalahan polisi dalam pendidikan yang mampu ditoleransi, sama ada dari sudut pelaksanaan, pengawasan mahupun perbelanjaan. Sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dengan urus tadbir yang cekap bakal menjadi penentu hala tuju Malaysia. Sekiranya baik sistem itu, maka baiklah negara Malaysia. Hanya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, Malaysia mampu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang bersifat inclusive dan untuk semua. Di sini marilah kita muhasabah kata-kata Nelson Mandela: "Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia." * Anas Alam Faizli berkhidmat di industri minyak dan gas dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta merupakan pengarah eksekutif Teach for the Needs (TFTN). ** Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT | ||||
'Kenyataan palsu' dakwa PM letak jawatan dipadam Posted: 17 Feb 2013 09:22 PM PST MALAYSIA KINI Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam. Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut. "Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. "Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia. "Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook. | ||||
Xenophon kata lawatan ke Malaysia adalah urusan rasmi Posted: 17 Feb 2013 09:15 PM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Senator bebas Australia Nick Xenophon mengatakan lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia. Xenophon, yang diusir dari Malaysia Sabtu lalu kerana dikatakan "ancaman keselamatan negara", mengatakan senator dari Parti Nationals John Williams dan ahli parlimen dari Parti Liberal Mal Washer, yang turut bersamanya dalam delegasi bipartisan parlimen, menerima kelulusan dari Menteri Tugas-Tugas Khas Australia Gary Gray untuk lawatan tersebut. "Ia bukan tidak rasmi," kata Xenophon yang dilaporkan oleh radio ABC di Australia. "Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti," katanya lagi. Delegasi Australia, termasuk ahli parlimen Parti Buruh Australia Steve Georganas, membatalkan lawatan tersebut. Beberapa ahli politik Barisan Nasional (BN) mempersoalkan peranan Xenophon dalam memantau proses pilihan raya, dengan berkata senator bebas itu tidak mewakili Canberra. Xenophon juga menyeru Canberra untuk menggandakan usaha memantau sistem pilihan raya Malaysia, dan tidak bersetuju dengan pendirian Menteri Luar Bobb Carr dalam Pilihan Raya 2013. "(Senator Carr) berkata selagi negara tersebut ada pilihan raya, kita tidak akan menghantar pemantau. Tetapi jika proses pilihan raya masih lagi korup, kita perlu melihatnya dengan keadaan berbeza," katanya lagi. Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pengusiran Xenophon menunjukkan "paranoia" Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. SPR bagaimanapun mempertahankan keputusan mengusir Xenophon, mengatakan pihak imigresen menjalankan tugas mereka. Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Sabtu lalu adalah tidak adil mempertikaikan keadilan Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon. Beberapa ahli politik Australia mengkritik pengusiran Xenophon, bersama Carr dan bekas perdana menteri Kevin Rudd. Ahli parlimen Parti Buruh Australia, Michael Danby, yang merupakan pengerusi jawatankuasa bersama parlimen mengenai hubungan luar negara, berkata tindakan Putrajaya hanyalah "berpura-pura untuk menjadi demokratik dalam masyarakat berasaskan undang-undang", menurut akhbar nasional Australia, The Australian. Bekas menteri luar Australia, Alexander Downer, juga berkata pihak berkuasa Malaysia melakukan "kesilapan besar" dalam menghalau Xenophon yang akan memberi persepsi negatif di Australia. Radio Australia ABC Adelaide melaporkan senator Parti Buruh dari South Australia Penny Wong berkata Canberra dengan jelas mengatakan pengusiran Xenophon "tidak sepatutnya berlaku". "Saya fikir isu kedua ialah apa peranan kita terhadap politik dalaman Malaysia. Jarang sekali Australia untuk masuk campur dalam proses demokratik negara lain," kata Wong. Media Australia melaporkan Perdana Menteri Australia Julia Gillard semalam berkata kerajaannya akan terus menekan Malaysia untuk memberi penerangan selepas pihak berkuasa tidak membenarkan Xenophon terus di negara ini. Carr dilaporkan berkata semalam beliau sudah bercakap dengan rakan sejawatnya untuk meluahkan perasaan terperanjat dan kekecewaan ke atas pengusiran Xenophon, dan berharap insiden tersebut tidak mengganggu hubungan dua negara. Xenophon tiba di Kuala Lumpur Sabtu lalu dan akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi ditahan sebelum diusir pada malamnya. Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata Sabtu lalu Xenophon diusir dan dilarang dari memasuki Malaysia di bawah akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang mencemarkan imej Malaysia. Alias menerangkan kenyataan Xenophon terhadap kerajaan Malaysia menjadi "authoritarian" dalam menangani perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bersih dan adil. Dalam pemerhatian Xenophon beliau nampak polis melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta perhimpunan aman. | ||||
Keluarga cabar SOSMA, dakwa bertentangan dengan Perlembagaan Posted: 17 Feb 2013 09:12 PM PST "Permohonan kami adalah kerana SOSMA itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan ... tangkapan dan penahanannya tercalar dengan mala fide," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri kepada pemberita hari ini. Peguam itu menegaskan SOSMA adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia membenarkan bukti yang tidak mengikuti peruntukan dalam Akta Keterangan. "Sesiapa sahaja boleh ditahan," katanya, dan menjelaskan undang-undang itu adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perlindungan sama rata untuk setiap individu. "Jelas mereka mahu menjadikan beliau sebagai saksi bagi melawan Yazid dan Halimah," tegas Fadiah. Selain Hilmi, Yazid Sufaat, 49, dan Halimah Hussein, 52, antara tiga yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan keganasan dan ditahan di bawah akta baru itu pada 8 Febuari lalu. Yazid, bekas tahanan ISA, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang bulan ini kerana disyaki mengakibatkan keganasan terhadap orang awam di Syria, dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid. | ||||
BN halau Senator Australia tapi lindungi penjenayah Filipina Posted: 17 Feb 2013 04:25 PM PST Aedi Asri PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR. "Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?" katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini. Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan. "Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa. "Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia," katanya, sinis. "Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?" katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin. Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang. Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau. Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan