Rabu, 20 Februari 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR DIMANA YA?

Posted: 20 Feb 2013 08:54 PM PST

Semenjak cerita projek Ku Li terdedah, puak2 PERPADUANG dalam PAS telah membalas balik dengan beberapa serangan kepada orang2 macam Tulang Besi.

Antara lain serangan mereka adalah:


Orang seperti Tulang Besi ini telah mendedahkan rahsia parti dan kandungan mesyuarat AJK PAS Pusat serta mesyuarat Syura

Hakikatnya projek "Ku Li" ni tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi PAS di mana-mana peringkat pun baik di Syura Ulama mahupun di AJK PAS Pusat.

Hatta, kita pun hairan atas otoriti apa Ustaz Harun Din berjumpa dgn Anwar meminta Anwar mundur dari menjadi calon PM dan memberi laluan kepada Ku Li?

Kalau pun berlaku perbincangan isu ini adalah tidak sengaja kerana telah dinaikkan dalam mesyuarat AJK sehingga berlaku perbahasan yang begitu hangat yang akhirnya membawa kepada keputusan supaya projek ini digugurkan sama sekali.

Itupun perbincangan itu bukan dalam agenda mesyuarat rasmi tetapi berbentuk soalan dari salah seorang AJK PAS Pusat.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menafikan wujud perbincangan Majlis Syura berkaitan dengan projek perlantikan Ku Li sebagai calon PM inikan pula ada keputusan Syura.

Ia sama macam masa kontroversi berjumpa dalam gelap dengan UMNO yg didedahkan oleh Pak Lah.

Pak Lah kata telah berlaku perjumpaan dalam gelap sebanyak tiga kali yang Pak LAh hadzir sendiri. Padahal sebelum itu Presiden serta Ustaz Nasha telah menafikan pertemuan berlaku secara terbuka.

Apabila tertekan dengan pendedahan PAk Lah itu, maka alasan yg diberikan kebenaran diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

PAdahal tiada satu dokumen rasmi hatta minit mesyuarat yang merekodkan wujudnya kebenaran sebegitu. Mereka berbohong dua kali:

1.0 Berbohong mereka tidak bertemu Pak Lah dan UMNO dalam gelap
2.0 Berbohong mereka diberi kebenaran oleh Majlis Syura Ulama PAS

Pembohongan yang sama yang cuba digunakan oleh puak2 ini dalam projek PERPADUANG atau UGII ini. Kononnya ia adalah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum kerana rahsia parti.

Nah, Tok Guru Nik Aziz telah mendedahkan bahawa ini adalah satu PEMBOHONGAN yang nyata. Projek lantik Ku Li jadi PM BUKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA dan BUKAN KEPUTUSAN PAS.

Ia adalah konspirasi beberapa ahli Majlis Syura yang pro UMNO.

Yang hairan tu sampai boleh pergi jumpa Anwar Ibrahim untuk bagitau Anwar tak boleh jadi PM dan mesti beri laluan pada Ku Li.

Boleh pulak Harun Din bertindak atas nama parti tanpa keputusan AJK PAS puia dan Majlis Syura pulak ye?

Yang jelasnya sekiranya AJK PAS PUsat dan Majlis Syura Ulama buat keputusan sebegini, maka keputusan itu tidak sah kerana melanggar usul di dua Muktamar yang mahukan Pakatan Rakyat diperkasakan.




TULANGBESI

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Posted: 20 Feb 2013 08:40 PM PST

 

INGAT SEMUA KAKITANGAN AWAM: APA YANG KERAJAAN Umno DAN Bn  BAGI , AMBIK, HAK KITA UNTUK NAK BAYAR SEMUA KOS HIDUP.NAMUN IDEA INI SEBENARNYA DATANG DARI PERANCANGAN PAKATAN RAKYAT .

BAGAIMANA PULA DENGAN PENURUNAN HARGA MINYAK,KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN PENURUNAN HARGA BARANGAN,LETRIK DAN PENGHAPUSAN 


PTPTN?? ADA BERANI KERAJAAN NAJIB??

 

 

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….

PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

HALANG PAKATAN KE SABAH? ISU TENTERA ASING BELUM SELESAI?

Posted: 20 Feb 2013 08:23 PM PST

 1. Isu ini jika dipandang dari sudut yang lain akan membawa makna kempen pilihanraya di Sabah akan terganggu

2. Sabah yang bakal dikatakan jatuh ke tangan pakatan rakyat dijangka akan mengalami masaalah untuk pilihanraya jika keadaan masih belum diselesaikan.

3. Saiapakah personaliti yang di katakan untuk berunding?

4. Kenapa ianya berlaku diketika sabah dikatakan akan tumbang

5 Bermakna usaha kempen pilihanraya ini akan juga tergendla atas faktor keselamatan.

6. Akhirnya psikologi rakyat sabah akan kembali menyokong Bn.

 

 

Ceroboh Lahad Datu- suku Dayak ancam penggal kepala tentera Sulu

Suku Dayak Kalimantan telah mula berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sabah. Mereka menyatakan pendirian keras mengkritik tentera Malaysia yang gagal menangani isu kehadiran waris Sultan Sulu dan pengawal bersenjatanya.

Mereka juga melaungkan azam membantu Dayak Sarawak dan leluhur mereka Dayak Sabah iaitu 'pengait' jika diperlukan disamping memberi amaran akan memengal kepala setiap bangsa Sulu yang ditemui sekiranya kerajaan Malaysia gagal menghalau pulang Askar Kesultanan Sulu ke Filipina.


Sumber berita dan gambar : plbgaimacam.blogspot.com

Tamin taja Umi Felda kempen untuk BN (LM)

Posted: 20 Feb 2013 03:24 AM PST

Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini. 

Tiada ulasan: