dollah yankee |
1 tahun selepas di-'brain-wash' Mat Sabu Posted: 17 Feb 2013 07:09 AM PST Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat). Bukan lah satu perkara yang mudah nak cuci 'kepala otak' bekas-bekas anggota tentera kita. Tahu kah anda semua yang kerja-kerja mencuci 'kepala otak' mereka ini telah di pertanggungjawabkan kepada abang Mat Sabu kita? Dan tahu kah juga anda bahawa selepas satu tahun lebih sahaja baru lah mereka-mereka telah menetapkan fikiran untuk menyokong Anwar dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka malam tadi, Mohamad berkata perkara itu akan diumumkan "tidak lama lagi." "Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya. Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini. "Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong. "Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth. dollah yankee - Mat Sabu jauh lebih hebat dari Dr.Fazilah Kamsah | ||
Pendatang haram saja dibenarkan masuk ! Posted: 16 Feb 2013 10:09 PM PST "Arahan pengusiran saya datang dari peringkat paling tinggi kerajaan Malaysia kerana saya aktif dalam mendesak dan mem-promosi pilihanraya yang adil dan bebas untuk negara-negara Asia Tenggara". "Saya ditahan dan tidak di-benarkan masuk ke Malaysia sebaik pesawat mendarat di KLIA dan telah dibawa ke kawasan siasatan khas dan telah diberitahu bahawa saya adalah risiko keselamatan untuk negara Malaysia, dan nama saya ada tercatat dalam senarai orang-orang yang tidak dibenarkan masuk". "Ada lah sangat jelas yang saya diusir keluar kerana peranan saya yang memberi nasihat kepada pergerakan pro-demokerasi Bersih dalam perkara pilihanraya yang adil dan bebas". "Peguam ada memberitahu kemungkinan arahan ini datang nya dari peringkat paling tinggi dalam kerajaan Malaysia. Peringkat paling tinggi dalam kerajaan Malaysia tentulah dari pejabat perdana menteri. Itu terpulang lah kepada pejabat perdana menteri sama ada mahu menafikan atau mengiyakan nya". dollah yankee - Kerajaan kita ni memang dah sakit teruk nampak gaya. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan