WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Malaysia Truly Asia Edisi PRU13 马来西亚亚洲魅力所在 2013
- Iwan Fals dan perjuangan cinta
- SOSIAL;Video pembantu rumah Indon lambung anak majikan di Kuantan
- VIDEO..ANWAR: Anwar Ibrahim: Senator Tak Boleh Masuk, Jenayah Curi 900 Juta Di Filipina Bagi Protection
- LAGU BARU REFORMASI : YASSIN DUTA AMK
- Fazilah Kamsah: Allah bayar 'cash'? (LM)
- ANWAR DISAMBUT MERIAH
Malaysia Truly Asia Edisi PRU13 马来西亚亚洲魅力所在 2013 Posted: 17 Feb 2013 03:19 PM PST |
Iwan Fals dan perjuangan cinta Posted: 17 Feb 2013 03:02 PM PST Iwan Fals dan perjuangan cinta Oleh Muhammad Nazreen 17 February 2013 "Bila cinta sudah dibuang, jangan harap keadilan akan datang, kesedihan hanya tontonan, dari mereka yang dipergunakan jawatan…" (Bongkar, Iwan Fals) Ada yang membawa bidalan, sekiranya Iwan Fals tak menulis dan menyanyi, rakyat Indonesia mungkin tidak bangkit melawan daulah pemerintah. Malah, ada yang menjangkakan lebih jauh daripada itu, yakni tanpa seorang Iwan Fals, mungkin Reformasi 1998 menjatuhkan Orde Baru gagal untuk berhasil. Mengutip kata pemikir terkemuka dari Jerman, Herbert Marcuse –'The truth of art lies in its power to break the monopoly of established reality to define what is real.' Mungkin, pada pengamatan longgar saya melihat Iwan Fals memanfaatkan sepenuhnya kata-kata Marcuse itu. Manakala, majalah Times pada tahun 2002, mengangkat wajah Iwan Fals sebagai 'The Living Asian Hero'. Iwan Fals merupakan antara ribuan tokoh merangkap pemuzik yang sangat dihormati di Indonesia. Sekiranya, dia ditakdirkan melawan Mas Jokowi dan Ohok untuk merebut kerusi gubernur residensi Jakarta – pasti Jokowi menghadapi tentangan sengit. Malah, mungkin lebih susah daripada bertarung hayat politik dengan Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia ketika ini. Bergerak sebagai seorang pemuzik atau pengamen jalanan, Iwan tidak pernah menyangka bahawa lembaran pengaruhnya begitu besar pada hari ini. Lagu-lagu nyanyian beliau masih belum putus dimainkan di stesen radio tempatan, apatah lagi, konsert-konsert beliau tak pernah lekang daripada rusuhan akibat kerumunan peminat seluruh kota yang berebut-rebut mendapatkan peluang menyaksikan acara Iwan secara 'live'! Tahun 1994, beliau juga pernah menghasilkan sebuah filem bertajuk 'Kantata Takwa', lakonan bersama seorang lagi pujangga besar Indonesia, W.S Rendra. Namun, belum sempat disiarkan di panggung wayang, pemerintah Orde Baru bertindak mengharamkan filem terbabit atas alasan 'mengkritik' keras penguasa dan membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia. Kritik sosial Tak dapat dinafikan juga, Iwan Fals merupakan seniman yang banyak mengundang kontroversi, terutama di dalam penghasilan karya-karya musik beliau yang tegar dengan kritik sosial, kekerasan mengkritik dasar pemerintahan dan membela rakyat-rakyat miskin. Beliau begitu disenangi masyarakat marhaen, lirik-lirik lagunya sahaja menjadi siulan anak-anak miskin yang muak dan bosan dengan birokrasi orde baru, ditambah pula dengan gejala rasuah dan kronisme semakin melarat. Seawal 1970an, Iwan mengemas bakat beliau menulis lirik. Dia menerbitkan beberapa koleksi album hit. Antaranya termasuk Canda dalam Nada (1979), Perjalanan (1979), Sarjana Muda (1981), Opini (1982), Sugali (1984), Sore Tugu Pancoran (1985), Ethiopia (1986), Belum ada Judul (1992) dan banyak lagi album yang sempat dirakamkan. Mutu lirik dan ketegasan nada Iwan sering ditanggapi bermotifkan perjuangan. Malah, lewat kenaikan namanya di dalam industri muzik Indonesia, sejumlah dozen lagu-lagunya diharamkan dan dihalang untuk diputarkan. Beberapa lagu beliau juga dinafikan hak royalti kerana lagu-lagunya dikatakan membawa 'sial' kepada pemerintahan. Demokrasi Nasi (1978), merupakan single pertama yang menjadi respon beliau mengkritik kondisi masyarakat miskin kota akibat ketirisan rejim Pak Harto. Rakyat miskin melata kesusahan untuk mengenyangkan perut orang-orang besar kerajaan. Terpanggil dengan seruan membela hak bersuara, Iwan muncul dengan beberapa judul lagu yang garang seperti 'Siang Seberang Istana' dan 'Lontekku'. Selain itu, lagu-lagu Iwan memotret realiti kesusahan golongan terpinggir seperti 'Doa Pengobral Dosa' – dimana lagu mengupas aktiviti hidup mereka yang terjebak dengan sarang pelacuran untuk mencari sesuap nasi. Banyak juga judul album dan kandungan lagu-lagu Iwan Fals yang mengangkat jasa kepimpinan negarawan ulung Indonesia. Samada terang-terang mahupun selindung-selindung, Iwan mencoret lagu-lagu yang menceritakan kepintaran negarawan seperti lagu 'Bung Hatta', sempena memperingati jasa mantan orang nombor dua Republik Indonesia itu. Lagu 'Oemar Bakri' pula memperihalkan kesusahan dan pengorbanan golongan pendidik untuk memanfaatkan anak bangsa. Album-album yang diterbitkan Iwan Fals juga tidak lekang daripada album yang bercorak politikal. Nada sinis Iwan yang bencikan pemusatan kekuasaan politik juga penyakit politikus pemalas mendorong dia menerbitkan album khusus, 'Wakil Rakyat' (1987) sebagai peringatan kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih supaya bekerja dengan lebih rajin. Kutipan lirik di dalam album (Wakil Rakyat) berbunyi, "wakil rakyat, seharusnya merakyat, jangan tidur waktu sidang rakyat…." dengan sinisnya berkias di telinga 'wakil rakyat' tidur semasa sidang Dewan Rakyat sedang berjalan. Suasana begini pastinya perkara yang biasa jika dilihat di Malaysia. Kepada enchek-enchek YB yang suka tidur, mohon ambil perhatian!! Tahun 1989, Iwan bergabung dengan kelompok pemuzik yang bernama SWAMI. Dianggotai pemuzik ternama yang dibarisi Sawung Jabo, Jockie Suryoprayogo dan Toto Tewel, mereka bersama Iwan selaku frontman menerbitkan sebuah album ulung yang menjadi hits besar di Indonesia. Album 'SWAMI' (1989) dilancarkan pada tahun yang sama atas usaha seorang pengusaha bernama Setiawan Jodi. Masa berganjak, Iwan terus menempa nama sebagai seorang pemuzik merangkap aktivis sosial yang menyuarakan kehendak rakyat di dalam lagu-lagunya. Lagu hits seperti Bento dan Bongkar menjadi fenomena di seluruh Indonesia ketika itu. Derita dan kematangan seni April 1997, merupakan detik kehilangan besar buat Iwan Fals. Putera sulungnya, Galang Rambu Anarki pulang menghadap illahi. Keperitan yang ditanggung Iwan akan kehilangan anaknya menyebabkan beliau berehat panjang dari menghasilkan lagu. Sempat juga Iwan menulis sebuah lagu yang diambil sempena nama anaknya, bertajuk 'Galang Rambu Anarki' yang dimuatkan di dalam album Opini (1991). Mungkin tajuk lagunya sama. Tetapi lagu ini menceritakan kesengsaraan orang-orang tua yang bingung dengan kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) pada tahun 1982. Lagu ini didedikasi sempena kelahiran cahaya sulungnya itu pada tanggal kelahiran beliau di tahun yang sama. Setelah panjang berehat kerana kesedihan Iwan mengenang pemergian Galang pada usia seawal remaja, bimbingan isteri kesayanganya, Mbak Yos tak putus asa mendorong dan memberikan motivasi kepada Iwan. Tahun 2002, Iwan kembali menulis lagu-lagu baru dan berkesempatan menerbitkan beberapa buah album antaranya: Suara Hati (2002),Manusia Setengah Dewa (2004), 50:50 (2007) dan banyak lagi. Namun, kebanyakan pengamat setia lagu-lagu Iwan Fals, kebangkitan Iwan setelah kematian Galang tidak lagi menampakkan sosok Iwan seperti dahulu. Lagu-lagunya kini lebih dewasa dan puitis. Mungkin, sepanjang cuti panjang Iwan daripada bidang muzik telah sedikit sebanyak menjinakkan kegarangan Iwan yang sebelumnya terkenal dengan kelantangan suaranya. Iwan Fals adalah lagenda muzik. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagunya pasti terpanggil menyalin semangat jiwa mudanya Bung Iwan. Keberanian dan kegagahan Iwan yang tak jemu menyebarkan kebenaran dan kejujuran menjadi iltizam kepada pemuzik-pemuzik rakyat yang lain. Sepanjang saya menulis catitan ini, saya menghirup semangat yang dikibarkan Iwan. Iwan mengajar saya tentang kecintaan pada kejujuran dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Barangkali, tiada yang lebih indah untuk diputarkan apabila hati terasa sayu melainkan lagu cinta Iwan kepada Mbak Yos, kekasih hatinya bertajuk 'Ikrar!' – Roketkini.com |
SOSIAL;Video pembantu rumah Indon lambung anak majikan di Kuantan Posted: 17 Feb 2013 08:48 AM PST Video pembantu rumah Indon lambung anak majikan di KuantanPerbuatan ganas pembantu rumah Indonesia terhadap bayi berusia 4 bulan anak majikannya terbongkar apabila perbuatan tersebut berjaya dirakam melalui CCTV yang terpasang di rumah majikannya di Bukit Setongkol, Kuantan. Wanita Indonesia tersebut telah ditahan. Video keganasan wanita tersebut kini boleh dilihat apabila ia dimuat naik di Youtube. |
Posted: 17 Feb 2013 07:56 AM PST BN halau Senator Australia tapi lindungi penjenayah Filipina(Aedi Asri)PETALING JAYA 17 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. "Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR. "Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?" katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini. Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan. "Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa. "Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia," katanya, sinis. "Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?" katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin. Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang. Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau. Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45289 |
LAGU BARU REFORMASI : YASSIN DUTA AMK Posted: 17 Feb 2013 07:32 AM PST Penyanyi Yasin Sulaiman dilantik sebagai duta rasmi kempen pilihanraya PKRKUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda. "Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. AMK turut melancarkan video klip lagu 'Reformasi' di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. "Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK," kata Rozan. Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai 'duta rasmi' AMK dan 'Dokumen Merah' dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat. Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah' AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman. Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI. |
Fazilah Kamsah: Allah bayar 'cash'? (LM) Posted: 17 Feb 2013 05:35 AM PST Ulang-siar kpd yang tidak sempat membacanya sebelum ini: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya! Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. |
Posted: 17 Feb 2013 04:26 AM PST Hadirin sambut hebat pimpinan Pakatan di majlis Dong Zong, buat tak kisah dengan Najib 17 February 2013 KAJANG, 17 FEB – Buat kali pertama sejak Merdeka, seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong, dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan hati pengundi berketurunan Cina yang sebelum ini tidak begitu dipedulikan. Datuk Seri Najib Razak menghadirkan diri di selama kira-kira setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini. Beliau menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan. Namun, Najib meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman peruntukan berjuta-juta ringgit seperti yang sering dilakukan sekarang dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi UMNO-BN. Sebaik saja Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka. Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran presiden PAS Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang bersama-sama Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal 'I Love PM' (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi 'I Love new PM Anwar' (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar). Reaksi tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum KEADILAN itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Minggu lalu Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang apabila tiga kali mendapat jawapan negatif "no" (tidak) ketika bertanya sama ada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN dalam PRU akan datang, sewaktu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Negeri. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan