DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO] Nabil & Saleh Yakob Bakal Diboikot Kerana Hina Pemimpin PR
- Rafizi desak menteri besar jawab isu skandal balak Terengganu
- JAMBATAN GANTUNG KG TAMBULIAN TIDAK SELAMAT
- PENCEROBOH IKRAR TERUS BERJUANG DAN MATI!
- Khianat' Kain Rentang Seolah-olah Mencabar Kesabaran Pemuda PAS
- Insiden Lahad Datu: Hentikan Sandiwara Segera
- Merdeka Center: Sokongan kepada Najib turun, masyarakat Cina masih kuat menolak
- DAP buat laporan polis ke atas PM atas tuduhan anti-Islam
- Yang merosakkan tidak boleh membaikinya kembali
- Kes Annuar Musa saman FAM akan diputuskan 5 April
- BN akan letak Tee Keat sebagai calon Pandan
- Pakatan Rakyat dedah rasuah balak di Terengganu
- Himpunan Kebangkitan Wanita simbolik Pakatan iktiraf wanita
- Akhirnya Zahid saman Rafizi: Pengurusan kes di mahkamah esok
- Pakatan tumpu agenda Manifesto Rakyat, siapa PM bukan isu – Anwar
- Intipati utama 'Pakatan Harapan Rakyat'
- 20 penduduk Pasir Puteh dipindahkan akibat banjir
- Isu bendera: Pemimpin BN P Pinang disenarai hitam
- Bekir diperintah bayar RM902,000 pada Shahnaz
- Aktivis OKU rasa kesal, terhina dengan manifesto Pakatan
- Manifesto PR (Pakatan Rakyat PRU) ke 13. Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!
- Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?
- Altantuya: Bala tampil buat pendedahan di forum esok
- Bukan Saja Ramai Ke Penjara, Ramai Juga Bakal Ke Hospital Bahagia...
- Suhaizan sifatkan MB Johor 'tertinggal keretapi'
[VIDEO] Nabil & Saleh Yakob Bakal Diboikot Kerana Hina Pemimpin PR Posted: 26 Feb 2013 03:04 AM PST KELAB GREENBOC Artis lawak popular Malaysia telah dikecam di facebook kerana melakonkan aksi lawak versi mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat. Nabil dan Saleh Yaakob menjadi bahan kritikan hebat facebooker kerana lakonan mereka itu. Seruan memboikot kedua-dua artis ini dilaung hebat penyokong pakatan rakyat. Kemarahan yang tidak dapat dikawal membuatkan ada antara mereka yang menggelar mereka bedua sebagai 'artis lembu umno' Saksikan video lakonan mereka yang menyebabkan kemaraha penyokong pakatan rakyat. -waksukalu LIHAT VIDEO DI SINI | |||||||
Rafizi desak menteri besar jawab isu skandal balak Terengganu Posted: 26 Feb 2013 02:56 AM PST TERKINI PETALING JAYA — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2. "Satu perjanjian ditandatangani pada 28 Disember 2011, agar syarikat-syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd yang mempunyai saham berbayar RM2 sahaja," kata Rafizi menerangkan isu tersebut di ibu pejabat parti hari ini. Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan. "Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak," kata Rafizi lagi. Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap beserta dengan bukti. Turut bersama Rafizi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang mula-mula membongkarkan skandal balak di negeri tersebut. "Apa yang berlaku di Terengganu ialah 'daylight robbery', hasil kekayaan negeri Terengganu dikaut oleh kroni-kroni," kata Dr Syed Azman dalam sidang media tersebut. "12 syarikat terpaksa membeli syarikat RM2 dengan harga RM2.5 juta. Cuba bayangkan RM2.5 juta didarabkan dengan 12?" Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu. "Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri Datuk Seri Ahmad Said," katanya lagi. Pihaknya juga berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan negeri Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi. "Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya umum ke-13, sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional," kata Rafizi lagi. Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti. | |||||||
JAMBATAN GANTUNG KG TAMBULIAN TIDAK SELAMAT Posted: 26 Feb 2013 02:54 AM PST
| |||||||
PENCEROBOH IKRAR TERUS BERJUANG DAN MATI! Posted: 26 Feb 2013 02:50 AM PST
| |||||||
Khianat' Kain Rentang Seolah-olah Mencabar Kesabaran Pemuda PAS Posted: 26 Feb 2013 02:46 AM PST Skuad BOMenurut Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Berang Mohd Zainol Abidin Ahmad [gambar kiri], ia seolah-olah sengaja ingin mencabar kesabaran para pemuda PAS. Beliau berkata, perbuatan mengoyakkan kain rentang PAS, sebuah parti politik yang sah dan berdaftar, menunjukkan individu yang melakukannya tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi berparlimen. "Kejadian yang boleh cetuskan provokasi ini bukan sahaja berlaku di sekitar Bandar Kuala Berang sahaja tetapi turut melibatkan cawangan-cawangan dalam Dun Kuala Berang termasuk di Kampung Tapu serta Kampung Butut. Malah, perbuatan ini bukannya perkara baru berlaku. "Bagaimanapun, akhir-akhir ini kejadian kain rentang dipotong dua ini semakin menjadi-jadi. Kami bimbang ia akan menegangkan keadaan menjelang Pilihanraya Umum(PRU) ke-13 yang kini semakin hampir hingga cetuskan tindakan luar kawalan. "Sehubungan itu diharapkan, perbuatan merosakkan kain rentang dilakukan secara terancang ini dihentikan segera. Kami masih lagi berpegang kepada prinsip tidak akan 'menyentuh' kain rentang pihak lawan yang tidak bersifat memfitnah sekiranya kain rentang kami tidak disentuh. "Melihat kain rentang digantung dipotong dua, ia bagaikan mencabar kesabaran. Malah, rasa sakit itu lebih teruk daripada didapati kain rentang 'hilang'. Kami kesal dengan tindakan kurang bijak dilakukan individu terlibat," katanya ketika ditemui pada Ahad 24 Februari . Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang, petang Sabtu 23 Februari dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil perhatian serius bagi menjamin suasana politik dalam berlangsung dengan aman dan secara matang. Katanya, kejadian terbaru melibatkan kain rentang Program Sepetang Bersama Abby Abadi digantung mereka pada Jumaat lalu di simpang berhampiran Markaz Pemuda Pas Kuala Berang sebelum didapati telah dipotong dua pada pagi kelmarin. "Sekitar jam 2 pagi, Ahad lalu sewaktu melalui Jalan Besar Kuala Berang untuk pulang ke rumah didapati kain rentang tersebut masih elok. Namun, lebih kurang jam 7.15 pagi, saya dapati kain rentang ini telahpun dipotong dua dipercayai menggunakan benda tajam. "Malah, lebih kurang jam 3 pagi malam tersebut saya turut terima maklumat melalui sistem pesanan ringkas yang memaklumkan tiga kain rentang di Kampung Butut berkaitan slogan-slogan parti telah rosak. "Manakala jam 7.30 pagi pula, Pemuda Pas Cawangan Kampung Tapu juga memaklumkan kain rentang digantung di kampung berkenaan termasuk berhampiran Pasti telah dirosakkan. Saya tidak menolak kemungkinan, ia dilakukan oleh individu sama di semua lokas terlibat ini," ujarnya. | |||||||
Insiden Lahad Datu: Hentikan Sandiwara Segera Posted: 26 Feb 2013 02:42 AM PST Editor BULETINJika kedua-dua bekas pemimpin tertinggi angkatan tentera Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam ketenteraan boleh berbicara demikian, ia menandakan bahawa sememangnya insiden di Lahad Datu adalah suatu perancangan. Ia boleh dilihat dengan jelas bagaimana cara kerajaan menangani isu ini. Dalam keadaan pihak luar menceroboh masuk ke negara dengan membawa senjata dan membuat ugutan serta ancaman, kerajaan Malaysia masih mahu membiarkan mereka terus menetap di negara ini malah sanggup pula berunding dengan mereka. Bayangkan kerajaan boleh bersikap lunak dengan pengganas yang sebelum ini mereka begitu garang menangkap dan menyumbatkan mereka ke dalam ISA! Isu ini sebenarnya perkara serius kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. Soal keselamatan negara bukan suatu yang boleh dipolitikkan dan boleh di kompromi. Rakyat perlu melihat kegagalan utama pasukan keselamatan mengawal perairan negara dari dicerobohi. Begitu mudahnya sempadan negara dimasuki oleh pihak luar dengan bersenjata. Apakah Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri boleh berdiam diri melihat sahaja episod ini berlaku di depan mata? Apakah mereka menanti korban terhadap rakyat Malaysia untuk diambil tindakan susulan? Jika benarlah pandangan kedua-dua tokoh tertinggi Angkatan Tentera Malaysia bahawa ia hanya suatu sandiwara politik semata-mata, ia bermakna komplot ini telah menemui kegagalan. Walau apapun motifnya, ia telah menjadi back fire pula kepada kerajaan sehingga rakyat menganggap kerajaan terlalu lemah dalam menangani masalah pertahanan negara. Justeru, pakar saraf, strategik dan think tank kerajaan perlu memikirkan sesuatu bagaimana insiden ini boleh diselesaikan dengan segera. Damage control perlu dilakukan supaya pemimpin negara tidak lagi boleh dipersalahkan, sebaliknya mencari dalih dan alasan lain supaya rakyat mempercayainya. RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | |||||||
Merdeka Center: Sokongan kepada Najib turun, masyarakat Cina masih kuat menolak Posted: 26 Feb 2013 02:38 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR, — Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini. Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus, petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal. Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan keatas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013, manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama. Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi. "Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini. Daripada responden yang dipilih oleh Merdeka Centre, para pengundi memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus. Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu persepsi yang bakal memberikan kesan menjelang pilihan raya tidak lama lagi. Kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan kepada responden antaranya seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu, laporan media semasa Suruhanjaya Diraja Sabah mengenai kad pengenalan, isu yang didedahkan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan, kenyataan kontroversi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga perbalahan dalam perebutan kalimah "Allah" kebelakangan ini yang ditiimbulkan semula oleh ahli politik. Kajian tersebut melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India. Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah. Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. | |||||||
DAP buat laporan polis ke atas PM atas tuduhan anti-Islam Posted: 26 Feb 2013 02:36 AM PST GEORGE TOWN, — Pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membuat laporan polis serentak ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan beliau bahawa menyokong DAP akan menyebabkan Islam akan ditindas. Pembantu kepada setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari membuat laporan polis terhadap Najib di ibu pejabat polis di George Town jam 10:30 pagi tadi. "Semakin kita menghampiri pilihan raya, hampir setiap minggu pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengkritik DAP dan Pakatan Rakyat menggunakan sentimen kaum atau agama yang sangat bahaya," katanya di sidang media selepas membuat laporan tersebut. "Tuduhan yang menggambarkan DAP sebagai parti anti-Islam adalah tidak benar," katanya lagi. Zairil merujuk kepada kenyataan Najib apabila melancarkan Jelajah Janji Ditepati di Terengganu baru-baru ini. Perdana menteri (gambar) yang dipetik kenyataannya dari The Star berkata: "Undi untuk PKR akan menghancurkan akidah, manakala undi PAS akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam, dan undi untuk DAP akan melihat Islam akan ditindas." Zairil mengatakan kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, menunjukkan DAP bukan anti-Islam tetapi menambahkan lagi perbelanjaan untuk jabatan agama Islam peringkat negeri. "Kerajaan negeri kini membelanjakan RM60 juta untuk jabatan agama Islam negeri setiap tahun," katanya lagi. Zairil berkata naib pengerusi DAP Senator Dr Ariffin Omar turut membuat laporan polis ke atas Najib di Kuala Lumpur. "Kita harapkan polis akan mengambil tindakan ke atas tuduhan tersebut tetapi jika tidak, kita akan ambil tindakan undang-undang ke atas Najib," katanya lagi. Beliau menambah laporan polis yang diadu oleh DAP "tidak diselesaikan" kerana pihak polis enggan membuat sebarang tindakan ke atas pencetus masalah. "Setiap kali kita ambil tindakan undang-undang, seperti kebanyakan pemimpin PR menyaman Utusan Malaysia dan menang kes RM1 juta setiap tahun tetapi mereka seolah tidak peduli," katanya lagi. | |||||||
Yang merosakkan tidak boleh membaikinya kembali Posted: 26 Feb 2013 02:34 AM PST ASPAN ALIASPI Balasubramaniam telah kembali ke tanah air petang semalam. Beliau di sambut oleh lebih kurang 50 orang di lapangan terbang KLIA. Beliau dikatakan telah kembali dari India di mana beliau dan keluarga telah menetap semasa menghilangkan diri dari negara ini. Di antara yang datang menyambut beliau kembali itu ialah Seevarasa, seorang Ahli Parlimen PKR serta Cik Gu Bad dan beberapa wakil NGO. Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu. Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam. Tetapi tidak ada pula liputan besar-besaran dari pihak media massa perdana seperti TV3 dan lain-lain. Dulu TV3 membuat liputan tentang akuan bersumpah kedua Bala ini secara besar-besaran tetapi kali ini apabila kembali menyatakan yang akuan bersumpahnya yang pertama yang betul dan benar, tidak pula di liputi oleh TV3 dan media perdana yang lain. Bala telah bersumpah dengan kitab sucinya Bhagavad Gita yang akuan bersumpahnya yang pertama adalah yang benar dan akuan bersumpah kedua itu adalah yang tidak benar. Akuan bersumpah kedua itu adalah di desak oleh keadaan semasa itu kerana tekanan dan sebagainya yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah. Bala berkata apa yang telah diperkatakan oleh Deepak itu semuanya benar dan betul belaka. Tetapi Bala akan mengadakan 'road show' nya tetapi tidak akan bersama Deepak kerana beliau akan melakukannya sendiri tanpa Deepak. Bala akan melakukan 'road show' nya tidak lama lagi dan akan membongkar segala-galanya berhubung dengan isu Altantuya dan berbagai-bagai lagi yang melibatkan Najib serta Rosmah. Apabila di tanya oleh pemberita samada beliau tidak takut untuk melakukan pembongkaran isu ini, beliau berkata beliau tidak takut kerana beliau percaya yang tidak mungkin pihak itu membunuh lagi. Kepulangan Bala ini akan mengundang banyak lagi berita yang hangat di negara kita ini. Isu yang terlalu banyak sekarang ini akan bertambah-tambah banyak lagi dalam masa kita menghadapi pilihanraya ini. Apa pun yang akan berlaku, yang pasti ia akan memberikan impak yang besar terhadap kewibawaan Najib dan keluarga tetapi ia juga membawa padah kepada pihak-pihak yang menyokong Najib dan pimpinan beliau. Sesungguhnya aura Najib tetap merudum dan aura buruk yang melekat kepada Najib itu akan membawa kejatuhan kepada parti dan kerajaan yang di pimpin beliau. Itu sebab nya saya tidak dapat menidakkan hakikat yang UMNO sedang menghadapi isu yang tidak dapat di uruskan oleh mereka lagi. Tidak ada ruang yang tidak bermasalah dan tentunya keadaan ini akan menjejaskan segala urusan kerajaan dan imej negara. Bagaimana kerajaan hendak menumpukan usaha untuk membina negara sedangkan mereka sendiri sedang menghadapi masalah mereka sendiri. Tidak mungkin mana-mana pentadbiran itu akan menjadi pentadbiran yang baik jika yang mentadbir itu sendiri mempunyai masalah sendiri yang terlalu besar. Selalu kita berfikir bagaimana kah UMNO hendak memperbaiki diri kerana pimpinannya tidak tahu dan mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang tidak baik. Mereka di tekan oleh budaya buruk yang telah terbina begitu lama oleh pimpinan UMNO sejak hampir tiga puluh tahun dahulu. Dr Mahathir telah menanamkan budaya dan kepercayaan yang membina negara ini ialah pembinaan bangunan yang tinggi-tinggi, jambatan yang terpanjang di dunia atau pun tiang bendera yang tertinggi dalam dunia dan sebagainya. Dr Mahathir telah membina pemikiran rakyat yang negara maju itu adalah negara yang rakyatnya yang kaya raya dan pembangunan fisikal yang boleh di jadikan tempat pelancungan. Dr Mahathir sendiri tidak tahu yang pembangunan negara (nation building) bukan setakat pembangunan fisikal yang hebat dan besar tetapi juga membina mentaliti yang mempunyai kelas yang baik secocok dengan keadaan waktu dan zamannya. Sikap dan mentaliti orang ramai sudah punah ranah kerana isu ini tidak di bina oleh Mahathir yang memerintah kita selama 22 tahun. Malahan sikap dan mentaliti yang baik dahulu sudah terhapus dan nilai budaya kita telah terhakis dengan begitu teruk sekali. Tidak ada salahnya untuk sesiapa membina 'empire' perniagaan yang besar-besar tetapi apa yang salahnya rakyat telah terbina satu persepsi yang kekayaan itu hanya boleh di perolehi dengan melakukan peniagaan yang bersifat 'monopolistic' seperti yang di bina oleh Dr Mahathir dan semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau sehingga ke hari ini. Kita boleh saksikan yang Syed Mokhtar itu tidak ada apa yang boleh di banggakan kerana beliau mendapat sokongan dari pihak kerajaan melalui pengaruh Dr Mahathir untuk mendapatkan segala-galanya tanpa bersusah payah seperti 'corporate captains' yang lain. Segala kepunyaan rakyat yang ada di laut dan di darat di berikan kepada Syed Mokhtar dan sekarang sedang mengintai untuk mengambil alih Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pula. Tidak ada perniagaan yang beliau bina sendiri dan di perbesarkan. Syed ini hanya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan apa yang sudah sedia terbina. Budaya ini sudah tertanam dalam benak rakyat kita dengan begitu dalam sekali. Apabila seseorang itu mendapat memiliki harta dan kepunyaan rakyat, orang sebegini di anggap sebagai orang yang berjaya. Itulah sebabnya untuk memperbetulkan keadaan ini tidak mungkin boleh dilakukan oleh kumpulan yang membinanya. Oleh yang demikian adalah wajib dan penting sekali untuk merubah pimpinan negara secara 'total' dan menyeluruh. Ada seorang rakan saya mempunyai pandangan yang 'conclusive' terhadap UMNO sekarang ini. Beliau berkata, "If you want to break anything, give it to UMNO, and if you want to make it worst give it to UMNO to fix it back". Sampai ke hari ini saya teringat dengan kata-katanya itu. | |||||||
Kes Annuar Musa saman FAM akan diputuskan 5 April Posted: 26 Feb 2013 02:30 AM PST Hakim Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya. Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran kes itu tetapi pihak defendan memohon penangguhan atas alasan belum memfailkan hujahan bertulis. Beliau berkata defendan juga memohon penangguhan kerana telah memfailkan permohonan di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mahkamah memutuskan persoalan undang-undang. "Pihak kami membantah penangguhan itu kerana arahan mahkamah untuk mengemukakan hujahan bertulis sudah lama tetapi mereka tidak berbuat demikian dan mereka sepatutnya memfailkannya Jumaat lepas. "Kami juga membantah kerana mahkamah telah menetapkan hari ini untuk pendengaran kes tetapi mereka failkan permohonan terlalu lewat iaitu semalam," katanya. Yusfarizal berkata Hadhariah membenarkan kes ditangguhkan sehingga 26 Mac ini dan pada tarikh sama mahkamah akan mendengar permohonan yang difailkan oleh pihak defendan itu. Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan defendan memfailkan hujahan bertulis dalam masa tiga minggu dan menetapkan 5 April ini untuk keputusan. Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua. Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhi terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide (berniat jahat). Beliau berkata Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau. Sedangkan, katanya, Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan. Sehubungan itu Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya ialah pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal. Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi. Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah. Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan jawatan lain serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak. Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Feb 2012. Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. — Bernama | |||||||
BN akan letak Tee Keat sebagai calon Pandan Posted: 26 Feb 2013 02:27 AM PST Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut. "Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider. Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini. "Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi. Ong (gambar) telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010. Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal. Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013. BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut. Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak. Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi. Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40. | |||||||
Pakatan Rakyat dedah rasuah balak di Terengganu Posted: 26 Feb 2013 02:25 AM PST Syarikat ditawarkan kawasan pembalakan dikehendaki memeterai satu perjanjian dengan seorang penama atau proksi supaya membeli saham syarikat dormant pada harga tinggi. PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan mengenai modus operandi yang didakwa mengutip wang rasuah yang berlaku dalam pengurusan balak di Terengganu. Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa, syarikat ditawarkan kawasan pembalakan dikehendaki memeterai satu perjanjian seorang penama atau proksi supaya membeli saham syarikat dormant pada harga tinggi. Syarikat yang dipunyai penama atau proksi yang dijual ini selalunya dengan harga RM2 sahaja, dakwanya. Sedangkan syarikat ini dijual pada harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan. Syed Azman mendakwa, syarikat-syarikat yang terpaksa membeli saham syarikat dormant pada harga tinggi ini dianugerahkan hak membalak di kawasan yang ditentukan kerajaan Terengganu. Beliau mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut. `Orang tertentu yang berpengaruh' "Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak. "Satu perjanjian telah ditandatangani pada 28 Disember 2011 (iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan kerajaan Terengganu) agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant yang mempunyai saham berbayar RM2 sahaja. "Kami berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terlibat dalam satu urusniaga pembelian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Ujar beliau, 12 syarikat terlibat dan dipaksa untuk membeli saham berharga RM2 tersebut. Katanya, bukti-bukti penyelewengan ini akan terus dikeluarkan dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya umum ke 13 dan menunggu jawapan rasmi dari Ahmad. Pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu. Keputusan ini diluluskan oleh mesyuarat lembaga mengambil hasil hutan yang dipercayai dipengerusikan oleh Ahmad. | |||||||
Himpunan Kebangkitan Wanita simbolik Pakatan iktiraf wanita Posted: 25 Feb 2013 10:17 PM PST Oleh Ruqayya Rahman) KUALA LUMPUR : Hampir 4,000 wanita di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri Himpunan Kebangkitan Wanita yang julung kali diadakan di Kompleks Beli Belah Spectrum, Bandar Baru Ampang, Ahad lalu. Hadir pada majlis itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zalilah Mohd Yusoff; Timbalan Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail; Naib Ketua, Haniza Talha; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail dan barisan pimpinan wanita Pakatan. Dalam ucapannya, Zuraida berkata, himpunan itu merupakan simbolik pengiktirafan Pakatan Rakyat terhadap peranan wanita. "Walaupun sekadar suri rumah yang tidak bekerja, mereka juga sebahagian individu yang berperanan dalam melahirkan kepimpinan negara," katanya menyeru wanita bersama Pakatan Rakyat memperjuangkan hak mereka. "Undi wanita sangat penting, kerana penentu siapa layak jadi kerajaan Malaysia. Jadi kita perlu kerja sama-sama kerana satu undi anda, sama dengan satu langkah ke Putrajaya," tambah Ahli Parlimen Ampang itu disambut tepukan hadirin. Dalam himpunan itu, pimpinan wanita KEADILAN dilihat memakai apron "Pakatan Lindungi Keluarga Anda" sebagai simbolik menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara. Zuraida berkata, menerusi Skim Caruman Wanita Nasional, golongan wanita akan memperoleh bayaran minimum RM50 sebulan dari kerajaan pakatan rakyat. Selain itu, katanya, wanita KEADILAN turut melancarkan insentif untuk wanita bekerjaya bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang keilmuan dan profesional. Pakatan juga katanya, dalam rangka melancarkan pusat asuhan bayi untuk ibu-ibu bekerja dan menjamin semua skim tersebut dilancar sebaik pakatan rakyat memerintah. Majlis yang diacarakan penyanyi Dayangku Intan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan kebudayaan pelbagai kaum disamping cabutan bertuah. Terdahulu, mereka memeriahkan acara menggaul 'Yee Sang', sempena sambutan Perayaan Chap Goh Mei. | |||||||
Akhirnya Zahid saman Rafizi: Pengurusan kes di mahkamah esok Posted: 25 Feb 2013 10:15 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Setelah hampir sebulan menunggu saman daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya surat saman Menteri Pertahanan itu diterima Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.Saman itu berkaitan pendedahan mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad. Sebelum ini, Rafizi hanya diberi surat tuntutan oleh Zahid. Rafizi minggu lalu menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah walaupun masih menanti surat saman daripada Zahid. Katanya, beliau lebih bersedia selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead. "Saya tak sabar nak tunggu Zahid mempertahankan dirinya di mahkamah kelak," kata Rafizi sambil menegaskan Zahid gagal menjaga kebajikan anggota tentera. "Hari ini (semalam) juga saya terima writ saman dari Zahid Hamidi, case management hari Rabu," kata Rafizi di twitternya. "Yeah jumpa di court," tulis Rafizi lagi kepada Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, selaku peguamnya. Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit, bagi membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. | |||||||
Pakatan tumpu agenda Manifesto Rakyat, siapa PM bukan isu – Anwar Posted: 25 Feb 2013 10:11 PM PST KEADILAN DAILYPETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan khusus kepada agenda bersama menerusi Manifesto Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyen ke-4 semalam.Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). "Saya tak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini," kata Anwar ketika ditanya media hari ini. Ditanya lagi mengapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, ini jawab Anwar: "Adakah BN mengumumkan nama bakal PM ketika membentangkan manifestonya? "Adakah Tan Sri Khalid (Ibrahim) diumumkan sebagai bakal MB Selangor masa PRU 2008?" soal Anwar lagi. Dalam konvensyen Pakatan Rakyat semalam menyaksikan penyataan untuk menobatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri apabila menang PRU 13. Hasrat itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucaptamanya. Terdahulu, dalam konvesyen itu, Pakatan melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat. Pelbagai kebajikan dan penurunan kos hidup untuk segenap lapisan rakyat terutama orang miskin dan anak muda ditawar menerusi manifesto itu. Melalui tawaran ini, Pakatan mahu manifesto tersebut sampai terus kepada rakyat sementara pemilihan PM Pakatan bukan agenda, kata Anwar. | |||||||
Intipati utama 'Pakatan Harapan Rakyat' Posted: 25 Feb 2013 10:08 PM PST MALAYSIA KINI Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini. Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat. Tonggak Rakyat Bersaudara
Tonggak Ekonomi Rakyat
Tonggak Kesejahteraan Rakyat
Tonggak Kerajaan Rakyat
| |||||||
20 penduduk Pasir Puteh dipindahkan akibat banjir Posted: 25 Feb 2013 10:05 PM PST Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di Pasir Puteh, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Puteh. "Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini. Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di Pasir Puteh mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat. Sementara itu di Kota Bharu, penduduk terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi ini ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter. Bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter). Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga. Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman.- Bernama | |||||||
Isu bendera: Pemimpin BN P Pinang disenarai hitam Posted: 25 Feb 2013 10:02 PM PST MALAYSIA KINI Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan tujuh notis kompaun – masing-masing berjumlah RM250 – ke atas BN Pulau Pinang kerana memasang bendera 1Malaysia di Georgetown tanpa kebenaran. Jumlah berkenaan melibatkan bayaran upah dan kos pengangkutan lori bagi membuang sejumlah besar bendera yang muncul sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sambutan Tahun Baru Cina. Ahli majlis MPPP Ong Ah Teong berkata BN diberikan notis berkenaan pada 20 Februari untuk mengutip 9,500 bendera yang dirampas pekerja majlis perbandaran kerana dipasang secara "haram dan membahayakan kenderaan di jalan raya". "BN akan disama RM10 untuk setiap bendera apabila ia dikutip. Jika mereka tidak pungut bendera, kita akan munsahkannya dalam masa 14 hari sejak tarikh notis," katanya kepada Malaysiakini. Katanya, MPPP juga menyenarai hitam Ng Say Kheng – naib ketua pemuda Gerakan yang memohon permit bendera tersebut. Jelasnya undang-undang kecil pengiklanan MPPP memperuntukkan bahawa individu yang tidak mematuhi peraturan akan disenarai hitam. | |||||||
Bekir diperintah bayar RM902,000 pada Shahnaz Posted: 25 Feb 2013 09:58 PM PST Peguam yang mewakili Shahnaz A Majid hari ini memperolehi perintah interim yang mengarahkan anak ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib supaya membayar fi berjumlah lebih RM902,000. Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan ex-parte daripada Shahnaz, agar Mahmud membayar untuk pengajian pra-universiti anak mereka yang kini menuntut di United Kingdom. Hakim Mohd Amran Mat Zain memerintahkan Mahmud membayar jumlah berkenaan dalam tempoh 12 hari bermula hari ini. Pasangan berkenaan bercerai secara sah pada 11 Mac 2011. | |||||||
Aktivis OKU rasa kesal, terhina dengan manifesto Pakatan Posted: 25 Feb 2013 09:56 PM PST Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut. Kekecewaan itu antaranya disuarakan pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto itu sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut. "Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh. "Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik. "Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit. Sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU. OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. "Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya menggariskan pusat latihan percuma untuk golongan OKU. Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya. "Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata. "Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya. Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac. "Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi. | |||||||
Posted: 25 Feb 2013 09:54 PM PST Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada Manifesto PR Pakatan Rakyat 2013 bahagian I (DI SINI). Untuk laporan berita kali ini dikhususnya kepada pembentangan Manifesto PR Pakatan Rakyat (PRU 13) yang memfokuskan usaha mereka untuk membendung lonjakan kos sara hidup yang dihadapi kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Bagaimana mekanisme dan langkah yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat? Antaranya…. Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTNPendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu MilikHarga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah. Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga
Lagi Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : Kesihatan, Pengangkutan Awam, FELDA, Polis :Sila KLIK KANAN di setiap paparan di bawah untuk melihat dnegan lebih jelas lagi :Apa pula reaksi anda dengan mekanisme dan langkah yang cuba diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membantu meringankan beban sara hidup anda sekarang yang tergolong dalam golongan berpendapatan serdahana dan rendah di Malaysia? P/S : Adakah dengan pelaksanaan semua janji manifesto PR (Pakatan Rakyat) sempena PRU 13 ( Pilihanraya Umum ke 13), Malaysia bakal bankrap seperti yang pernah diungkap kalangan menteri sebelum ini? | |||||||
Posted: 25 Feb 2013 09:50 PM PST Manifesto Pakatan Rakyat : Baru sebentar tadi Pakatan Rakyat telah pun melancarkan manifestonya "Manifesto Pakatan Rakyat" sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013) bagi memberikan tawaran yang mereka bakal lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia termasuklah kepada anda yang tergolong kalangan 13 juta pengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Adakah anda layak mengundi kali ini? Ramai pemerhati politik mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah Pilihanraya paling getir dan panas dalam sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini. Masing-masing ada peluang. Tidakkira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat Atas sebab itulah kita akan melihatkan pelbagai usaha dan langkah yang akan diambil oleh kedua-kedua kumpulan politik terbesar dan dominan di Malaysia memberikan tawaran bagi menawan hati rakyat Malaysia, termasuklah Manifesto Pakatan Rakyat ini…. Manisfesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Butirannya?
Manifesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Senarai Tawaran Untuk Rakyat & Pengundi?1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) : 2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) : 3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) : 4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) : 5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai) 6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) : 8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) : 9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) : 10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) : Apa pandangan anda dengan Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini? | |||||||
Altantuya: Bala tampil buat pendedahan di forum esok Posted: 25 Feb 2013 08:55 PM PST
KUALA LUMPUR: Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum 'Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya' esok, 27 Februari bertempat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH). PI Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India. Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar. "SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa. "PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan. Justeru SAMM menjemput orang ramai menghadairi forum yang akan bermula jam 8.30 malam. | |||||||
Bukan Saja Ramai Ke Penjara, Ramai Juga Bakal Ke Hospital Bahagia... Posted: 25 Feb 2013 08:53 PM PST KELAB GREENBOC Umno BN dilihat di dalam keadaan yang cukup tersedak di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini. Ini dipaparkan melalui perwatakan melampau dengan caci maki yang kesat diluahkan oleh gerombolan "syaitan dikenali" sehinggakan seperti sudah tidak ada iman lagi di dalam hati mereka. Hal ini juga berlaku bukan saja di peringkat bawahan tetapi, Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, pernah memaki peneroka FELDA dengan "haramjadah" kerana tidak mempersetujui langkahnya untuk menyenaraikan FGVH. Dari sudut psikologis, mereka yang sedemikian sebenarnya menggambarkan jiwa yang kacau bilau apabila minda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan sudah tiada lagi rasa malu, lantas mengeluarkan perkataan lucah, mencarut serta melakukan tindakan abnormal sebagai satu escapism. Justeru itu, kita akan melihat nanti bahawa bukan sahaja ramai menteri dan ahli UMNO BN yang akan ke penjara kerana rasuah, salahgunakuasa, kronisme dan lain-lain selepas "kebenaran dan keadilan" dapat ditegakkan, tetapi tidak kurang juga ramai yang akan dihantar ke hospital bahagia untuk mendapat rawatan mental kerana perlakuan-perlakuan yang melampaui batas mereka itu. Termasuklah golongan blogger pencacai UMNO yang menjadikan perkara fitnah, lucah dan mencarut sebagai cara untuk melepaskan geram mereka. Ruang dan dunia syaitan dikenali semakin sempit di ruang dan dunia yang memertabatkan kebenaran dan keadilan. Kita camkanlah perkataan dan tindakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti syaitan yang dikenali ini..... Gambar-gambar ini menyaksikan pesakit-pesakit mental berkenaan. | |||||||
Suhaizan sifatkan MB Johor 'tertinggal keretapi' Posted: 25 Feb 2013 08:47 PM PST
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa 'orang Melayu Johor takutkan PAS' sebagai ketinggalan keretapi. Katanya, kenyataan itu mungkin sesuai untuk 20 tahun dahulu kerana waktu itu rakyat Johor didoktrin dengan propaganda jahat media dan pemimpin Umno. Ianya termasuk dakwaan kononnya PAS menolak pembangunan, jika PAS memerintah tiada jalan raya dan tiada bekalan elektrik, beras akan kehabisan stok dan susah dicari dan rakyat Malaysia akan kembali ke zaman Jepun makan ubi kayu. "Kalau dikenang perkara ini memang menggelikan dan menyakitkan hati. Tapi itulah hakikatnya propaganda yang dimasukkan dalam minda rakyat waktu itu sehingga menakutkan orang Johor," katanya. Dengan pendekatan yang digunakan oleh PAS termasuk turun ketengah-tengah masyarakat memberi perkhidmatan kepada mereka, rakyat Johor kini mula berubah dan tidak lagi menelan bulat-bulat propaganda Umno tersebut. Selain itu katanya, perubahan politik di Kelantan dan Terengganu tahun 1990 dan 1999 telah banyak membantu membuka minda rakyat Johor bahawa PAS memiliki kekuatan sehingga boleh memerintah dua buah negeri. Rata-rata rakyat Johor ujarnya telah berubah selepas tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor apabila melihat Selangor lebih maju daripada Johor sekarang walaupun diperintah oleh PKR, PAS dan DAP. "Hanya Pengerusi Perhubungan Umno Johor yang tertinggal keretapi menyatakan orang Johor takut PAS. Yang takut pada PAS bukanlah rakyat Johor tetapi pemimpin Umno Johor sendiri. "Mungkin Datuk Abdul Ghani Othman boleh merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP) pada 19 Februari 2013 yang menjelaskan berkenaan perubahan dalam PAS. Janggal benar bila ketua sebuah kerajaan tertinggal keretapi," kata Suhaizan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan