Selasa, 26 Februari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Video Nabil Dan Saleh Hentam Pakatan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 08:21 PM PST

Video Ucapan Pemimpin Tertinggi Pakatan Pilihan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 05:33 PM PST



Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM

Posted: 25 Feb 2013 05:31 PM PST

Eksklusif oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

imran"Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

"Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

"Fikir punya fikir, macam sandiwara," katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

"Kita ada 'Operasi Pasir Laut' antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?" katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

sulu lahad datuAntara peralatan canggih ditempatkan sepanjang 'laluan panas' ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

"Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana," katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Jangan Ingat PAS Lupa Perkara Ini

Posted: 25 Feb 2013 05:28 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/487331_510708345635100_1442451072_n.jpg

jangan ingat kami lupa

Majlis Tertinggi BN. Berapa Orang Muslim?

Posted: 25 Feb 2013 05:06 PM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/420301_555654531125016_151007405_n.jpg

Awang Adek: Wang ihsan tidak dibelanja untuk politik

Posted: 25 Feb 2013 04:31 PM PST


BACHOK - Peruntukan wang ihsan berjumlah antara RM20 juta dan RM30 juta setahun yang disediakan kerajaan persekutuan untuk Kelantan, tidak pernah dibelanjakan bagi kepentingan politik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata wang itu sebaliknya dibelanjakan untuk membantu rakyat termasuk membaik pulih rumah, kecemerlangan pelajar, mangsa banjir dan ribut.

"Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan mempunyai rekod mengenainya dan ia boleh disemak jika perlu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 217 pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD) di sini, hari ini.

Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM32,550 untuk bantuan kepada pelajar terbabit bagi meringankan beban keluarga.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan konvoi bermotosikal badan bukan kerajaan (NGO) pro Pas yang menjelajah ke kampung-kampung menuntut wang itu diberi menerusi kerajaan negeri bukan melalui JPP.

Awang Adek berkata pengagihan wang itu dilakukan secara telus dan adil tanpa amalan diskriminasi serta fahaman politik seseorang, ia berasaskan kepada siapa yang layak.

Sebaliknya, jika ia disalurkan kepada kerajaan negeri, tiada jaminan pengagihan wang itu dapat dilakukan secara adil sebagaimana yang dilakukan terhadap peserta projek Ladang Rakyat di bawah kerajaan negeri yang mementingkan kroni Pas, katanya.

Beliau berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, bekerja keras untuk membangunkan negeri ini, termasuk Kelantan menerima peruntukan RM7 bilion bagi projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). - Bernama

Ketua Pemuda Umno fail cerai

Posted: 25 Feb 2013 04:30 PM PST


Wartawan Sinar Harian

SEPANG - Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal, memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinan dengan isteri pertamanya, Zuraida Zainal Abidin, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Semasa prosiding sebutan kes itu semalam, Ungku Mohd Salleh memberitahu mahkamah, beliau mengambil keputusan memfailkan permohonan tersebut kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka.

Mohd Salleh memaklumkan, beliau dan isterinya sudah tinggal berasingan selepas Zuraida memaksanya melafazkan taklik, antara Ogos hingga September pada 2010.

Beliau turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau pernah melafazkan taklik terhadap Zuraida selepas dipaksa bersumpah dan menjunjung al-Quran oleh isterinya itu.

Menurutnya, Zuraida memaksanya melakukan demikian bagi membuktikan beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, yang mana ketika itu isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak mereka yang kelapan.

Ungku Mohd Salleh seterusnya memaklumkan mahkamah, beliau melafazkan taklik antara Ogos dan September 201 dengan menyebut sekiranya dia curang atau mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, maka jatuh talak tiga terhadap isterinya itu.

Sementara itu, Ungku Mohd Salleh secara bersumpah berkata, beliau tidak pernah berlaku curang atau mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di luar rumah.

Zuraida pula mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung selepas perselisihan faham kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Zuraida tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat oleh Ungku Mohd Salleh semalam, sebaliknya meminta mahkamah mengkaji taklik yang pernah dilafazkan plaintif.

Berikutan itu, Hakim Syarie Rosdi Hanapi, menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan: