Rabu, 20 Februari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal

Posted: 20 Feb 2013 08:00 AM PST

M Faqih,


KOTA BHARU: Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang (gambar) dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan "makan, minum, muzik dan mabuk" bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

"Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

"Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno," katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Perhimpuunan tersebut dianjurkan sebagai menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Pandek yang beragama Islam juga berkata, kalau betul orang Melayu berjuang untuk membela Islam, mereka perlulah bersama-sama mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

"Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri tidak pernah usik pun. Mereka yang keluar televisyen mendakwa tanah Orang Asal dirampas sengaja hendak buat riuh rendah," ujarnya.

Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop.

Fitnah: Mazlan saman Presiden MBFM

Posted: 20 Feb 2013 07:59 AM PST

Khairil Abdul Rahim,




TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

 Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.

Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

"Mazlan selaku plaintif, melalui notis peguam pada 7 Februari lalu telah menuntut permintaan maaf umum daripada kedua-dua defendan namun sehingga kini masih belum mematuhi permintaan tersebut.

"Selepas prosedur mahkamah, dalam tempoh dua minggu lagi saya jangka tindakan akan akan diambil iaitu menyampaikan writ saman ini ke tangan defendan," katanya.

Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Januari 2008 telah memerintahkan anak syarikat Felda itu membayar ganti rugi am sebanyak RM7.1 juta dan ganti rugi teladan sebanyak 10 peratus daripada jumlah itu iaitu RM710,000 serta kos, berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, beliau telah lama mendengar fitnah tersebut seperti yang yang dikutip oleh bloger-bloger Umno daripada pemimpin tertentu.

Namun, katanya, beliau mengambil pendirian awal untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu lebarkan pertelingkahan sesama warga Felda kerana kita sedang berhadapan dengan petualang penghisap darah.

"Tetapi apabila saya diamkan diri mereka terus buat fitnah. Semasa Himpunan Oren isu ini dibangkitkan oleh kedua-duanya sehingga telah dispin oleh bloger-bloger Umno.

"Maka setelah berbincang dengan peguam, saya merasa bukan saja perlu bersihkan nama saya tetapi juga NGO yang saya pimpin.

"Bagi saya kalau nak kritik, kalau nak hentam saya tak kisah tapi apabila buat fitnah sehingga menjatuhkan maruah dan perjuangan, itu tidak boleh dibiarkan," katanya.

Mazlan berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan bukti-bukti bersama peguam Wan Rohimi bagi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Md Jusoh Darus serta para penyokong.

[Gambar] Dulu Kain Batik, Kain Pelikat, Sekarang....Terdesak Sungguh

Posted: 20 Feb 2013 07:56 AM PST

(Gambar) Dulu kain batik, kain pelikat, sekarang...

http://duniacacamarba.blogspot.com,

https://m.ak.fbcdn.net/sphotos-c.ak/hphotos-ak-snc7/307365_349140805201618_316454694_n.jpg
 
Siapa dapat angkat tangan? Orang bagi, ambil, apabila mengundi pangkah lain!

Siapa yang sanggup undi BN hanya kerana kicap dan sos di atas?


 
P/s:  Patutnya, poster di atas kena ada pernyataan "...Kerana Anda Kuat Kami Dapat Macam-macam..."

Pakatan Harapan Rakyat jadi tema PR

Posted: 20 Feb 2013 07:52 AM PST



Harakahdaily,



(Gambar konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini.

Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini.

Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut.

Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.

Berikut adalah jadual penuh konvensyen ini.


MASA
AKTIVITI
9.00 – 10.00 pagi
Pendaftaran peserta dan minum pagi
10.00 – 10.30 pagi
Peserta dan VIP mengambil tempat
10.30 – 10.45 pagi
Aluan pengerusi & nyanyian Negaraku
10.45 – 10.50 pagi
Bacaan doa
10.50 – 11.20 pagi
Amanat Ketua Jentera Pilihanraya
11.20 – 11.50 pagi
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13
11.50 – 11.55 pagi
Persembahan akustik
11.55 – 12.15 petang
Ucaptama Pimpinan DAP
12.15 – 12.35 petang
Ucaptama Pimpinan PAS
12.35 – 12.40 petang
Persembahan gimik
12.40 – 1.00 petang
Ucaptama Pimpinan PKR
1.00 – 1.05 petang
Bacaan ikrar
1.05 – 1.10 petang
Nyanyian Negaraku


Rafizi tunggu saman Zahid untuk heret penyelewengan dana LTAT

Posted: 20 Feb 2013 07:50 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

"Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman," kata Rafizi.

Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.

"Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada 'orang lain' yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.

"Saya rasa Raja Ropiah (Abdullah) adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.

"Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi," kata Rafizi.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ribuan kaum India ke ceramah Pakatan tanda sokongan meningkat

Posted: 20 Feb 2013 07:49 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey
BANTING : Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

Banting

"Terima banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri," kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

"Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

ponggal 1

"Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

"Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa," katanya lagi.

"Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan," kata Anwar  disambut tepukan gemuruh hadirin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?

Posted: 20 Feb 2013 07:39 AM PST

MSO


Iya bukannya apa hanya sekeping gambar biasa saja yang tidak perlu pun menjadi kontroversi. Foto sebegini tidak lebih dari rakaman detik kenangan untuk disimpan dalam album peribadi. Tetapi ia menjadi salah kerana ia melibat individu penting dan orang ada jawatan penting dalam politik.  Pulak tu masa gambar ini di publishkan di saat orang semua panas kepala.

Kalau Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bukan setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS yang dianggap sebagai badan tertinggi di dalam PAS tidak ada dalam gambar ini, ia dilupakan begitu saja. Saya juga tidak 'hingin' melayan gambar ini yang dikirimkan kepada saya berkeping-keping ada yang kelabu asap sehingga sukar untuk mengesahkan ia tulen atau tidak.

Begitu juga kalau dalam gambar ini tidak ada bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan presiden MCA Chua Soi Lek yang mengaku bermukah dan merakam adigen mukahan, tidak menjadi masalah. Kalau setakat seorang lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang Cina, ia tidak perlu dikisah.

Tetapi kerana ada watak-watak itu yang dianggap tidak relevan untuk digambari dan disusuli pula membuat isyarat syahadat 1Malaysia itulah menjadi masalahnya. Kalau pihak PAS boleh mengeksplotasikan perbuatan dan karektor orang Umno yang seolah cenderong kepada PAS begitu jugalah sebaliknya.

1 Malaysia adalah isyarat shadat Najib Razak. Apa lagi ketika ini ulamak dalam PAS dituduh cuba menjolok kawan seniri ia boleh menyebabkan isyarat dilakukan Zawawi itu untuki menjolok rakan sendiri.

Kita tahu dunia politik itu rencam dengan segala macam. Setiap aksi, kata, hatta batuk dalam politik sensitif dan akan diterjemah dengan berbagai tafsiran mengikut kehendak orang yang menterjemahkannya. Justeru hal-hal sebegini (foto) ini bukan perkara enteng boleh diabaikan begitu saja. Nik Zawawi perlu memberi penjelasan tuntas mengenai.

Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah. Iktibar ke atas kejadian sebgini perlulah diambil kira.

Semalam saya telah menghantar satu SMS kepada beliau menerusi PM dalam Faxebook memita beliau jelaskan mengenai foto berkenaan. Tetapi masih belum menerima apa-apa perkhabaran hingga kini.  Mungkin beliau belum membacanya atau menganggap ia sebagai spam saja, kerana tidak penting. SMS saya itu tidak lebih sebagai tahi ayam kering saja.

Percayalah cerita gambar ini tidak akan berakhir disini saja. Ia akan terus dicakap dan diungkitkan. Apa lagi kalau kebetulan dalam pilihan raya nanti ulamak muda PAS ini turut sama bertanding dalam pilihan raya. Kalau Fatul Bari Mat Jahya boleh memberi penjelasan berhubung perkahwinan 'lari'nya di Siam saya tidak merasa Zawawi merasa begitu kelas untuk tidak menjawab dan memberi penjelasan mengenai gambar ini.

Entahlah kalau dia ini yang sekali imblas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu.

Sokong siapa sahaja calon yang dipilih pimpinan parti, kata Abdullah Ahmad Badawi

Posted: 20 Feb 2013 07:35 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

TASEK GELUGOR — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta semua anggota Barisan Nasional (BN) supaya menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Siapa juga calon, tidak kiralah muda, tua atau ulama yang bertanding nanti perlu disokong kerana itu adalah calon boleh menang yang telah dipilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucer buku 1Malaysia RM250 setiap seorang kepada 645 pelajar tingkatan enam dari sembilan sekolah di Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Sambil melahirkan keyakinan atas kebijaksanaan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memilih calon boleh menang untuk bertanding, Abdullah berkata BN terutama Umno mempunyai calon berkaliber dan mampu menang pada PRU-13.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata beliau yakin Perdana Menteri akan memilih calon yang boleh menang dan disenangi pengundi supaya BN boleh menang dua pertiga dalam PRU-13.

Sementara itu, Abdullah berkata gabungan calon muka baru dan lama untuk bertanding pada PRU-13 di Pulau Pinang adalah sesuatu yang baik kerana ia akan memberikan kelainan kepada pengundi.

Perdana Menteri yang akan buat keputusan (siapa yang akan jadi calon), tidak kisahlah muka baru atau lama tetapi saya percaya gabungan itu akan beri sesuatu kepada pengundi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai berkata kira-kira 50 peratus muka baru dijangka dicalonkan Umno Pulau Pinang dalam PRU-13 nanti. — Bernama

Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM

Posted: 20 Feb 2013 07:31 AM PST


KELAB GREENBOC

Universiti Malaya dalam Sejarah.

Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi.

Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13"

Sempat beliau beritahu hadirin:

"Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" 


Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! 

Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.

Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita, Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain.

Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan. -kachipemas

Kumpulan Darul Ehsan dibenar ambil alih syarikat konsesi air

Posted: 20 Feb 2013 07:27 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor hari ini membuat keputusan membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air Selangor.

Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) dikeluarkan secara rasmi hari ini.

"Pengambilalihan itu merupakan sebahagian usaha untuk memulangkan hak air kepada penduduk Selangor," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin negeri itu, patut bertanggungjawab mengurus industri air.

Pengambilalihan ini akan memberi impak penting ke atas kehidupan rakyat, dengan penduduk Selangor akan terus menerima 20 meter padu air percuma sebulan dan tidak terperangkap dengan kenaikan tarif air yang tidak adil dan membebankan, katanya.

"Kerajaan negeri yakin pengambilalihan ini akan berjalan lancar berdasarkan penawaran ini merupakan kaedah terbaik bagi penduduk Selangor mempertahankan hak mereka kepada air berkadar rendah.

"Kerajaan negeri menjangkakan harga tawaran yang tinggi itu akan menyelesaikan masalah penswastaan air yang jelas gagal menawarkan tahap perkhidmatan yang boleh diterima rakyat dan berharap semua yang terlibat, termasuk Tan Sri Rozali Ismail, tidak prejudis terhadap usaha ini," kata Khalid.

Beliau juga berkata penawaran ini tidak akan menyebabkan kerugian ke atas mana-mana syarikat terlibat memandangkan jumlah itu merupakan pulangan 12 peratus setahun ke atas ekuiti berbanding purata pulangan untuk industri air sebanyak enam peratus.

"Selain itu, semua liabiliti juga akan diambil alih," katanya. Khalid berkata pendirian kerajaan negeri Selangor mengenai hak untuk memperoleh air diberikan kepada penduduk Selangor adalah konsisten dan ia akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air. — Bernama

Masih ada pemilih keliru penggunaan dakwat kekal

Posted: 20 Feb 2013 07:22 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Dalam bahang pilihan raya umum ke-13, yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, masih ramai rakyat Malaysia keliru dengan maksud penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan buat pertama kali. Pemilih berdaftar yang ditemui penulis secara rambang umumnya menyangka dakwat kekal adalah suatu alat yang akan digunakan bagi menanda kertas undi pada hari pengundian nanti.

Antaranya seorang penjawat awam, Khairunila Khalid, 50, berkata beliau berpendapat penggunaan dakwat kekal itu merujuk dakwat pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini.

Berkongsi pandangan sama, seorang eksekutif perhubungan pelanggan, Noor Ain Isaak, 26, yang akan mengundi buat pertama kali: "Saya ingat dakwat kekal ini digunakan untuk menanda kertas undi supaya undi itu tidak boleh diubah."

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan penggunaan dakwat kekal merujuk calitan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi, yang tanpa calitan dakwat berkenaan kertas undi tidak dikeluarkan kepadanya.

Beliau menegaskan pengunaan dakwat kekal adalah satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak, bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses pengundian.

"Sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah terhadap SPR mendakwa ada pengundi Malaysia mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak pernah dibuktikan.

"Bagaimanapun, SPR ambil tindakan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) untuk gunakan dakwat kekal ini dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi dikeluarkan," katanya.

Penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.

Abdul Aziz menegaskan setiap pengundi berdaftar yang mahu mengundi mesti dicalit dakwat kekal sebelum kertas undi diberikan kepada mereka termasuk pengundi awal tetapi tidak melibatkan pengundi pos. 
 
"Kalau tiada jari telunjuk, ada cara lain. Yang penting ada tanda dakwat kekal. Bila dah calit barulah namanya diteriak dan kertas undi diberikan. Kalau kata tak mahu calit, beri macam-macam hujah pun kita tak akan beri kertas undi," katanya.

Mengulas perkara itu, beliau berkata seseorang pengundi yang masuk ke pusat mengundi mestilah menunjukkan jari-jari tangan yang bersih kepada kerani pengundian bertugas terlebih dahulu sebelum menyerahkan kad pengenalan, dan namanya disebut untuk membolehkan kertas undi dikeluarkan.

"Inilah kali pertama penggunaan dakwat kekal. Kita harap tiada masalah. Kita dah buat latihan dan ia tak makan masa lama kerana dakwat kekal ini cepat kering," katanya.

Menurut poster SPR, tatacara mencalit dakwat kekal adalah seperti berikut:

* Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi, atau
* Mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri
* Jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri
* Mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan, atau
* Dicalit pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

Memandangkan terdapat dua jenis pengundi iaitu pengundi awal dan pengundi biasa, Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua jenis dakwat yang berbeza daripada aspek ketahanannya.

"Bagi pengundi awal, dakwat akan tahan lebih lama. Kita tak mahu tuduhan kata orang yang sama ini akan mengundi lagi sebagai pengundi biasa. Untuk undi biasa, kita ada dakwat kekal berlainan warna.

"Dakwat kekal ini tidak boleh ditiru. SPR akan edarkan ke pusat-pusat pengundian sekali dengan peralatannya seperti berus dan pelapik jari berserta kertas undi dan kotak kertas undi pada petang hari sebelum mengundi," jelasnya.

Abdul Aziz berkata penggunaan dakwat itu bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan 2012 memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

Penggunaan dakwat kekal pernah dicadang untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 tetapi dibatalkan atas nasihat perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam. — Bernama

Pakatan bersaing dengan Putrajaya, tawarkan keretapi laju antara bandar

Posted: 20 Feb 2013 07:16 AM PST

TERKINI


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. — Gambar oleh Choo Choo May
PETALING JAYA — Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan hari ini keretapi laju antara bandar akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pilihan Raya 2013 mereka, dengan mengatakan ia lebih diperlukan berbanding keretapi laju Kuala Lumpur - Singapura. 
Ini datang di tengah-tengah usahasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melengkapkan jaringan keretapi laju di antara kedua-dua bandar raya menjelang 2020, yang diramalkan memakan kos sehingga RM13 bilion.

"Walaupun manifesto PR hanya akan dilancarkan Isnin depan... Saya boleh beri penjelasan awal ianya akan memberikan komitmen khusus untuk membina sistem keretapi laju antara bandar," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada pemberita di sini.

"Ia adalah pembangunan dalam tempoh jangka panjang dan dilaksanakan secara berperingkat."

Sistem ini menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru, serta menghubungkan Pantai Timur dari Kelantan ke Pantai Barat, Rafizi menawarkan.

"Projek ini mendahulukan rakyat ini terus menjadi perbezaan utama di antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional BN).

Rafizi mempersoalkan keputusan untuk mempunyai hanya dua tempat berhenti selepas meletakkan infrastruktur kereta api diperlukan di sepanjang laluan, yang katanya sudah mengambil kira-kira 70 peratus daripada jumlah kos pembinaan. 
"Kami tidak menentang projek tersebut, negara memerlukan tulang belakang, keretapi yang efisyen dan laju, tetapi yang lebih penting adalah untuk menyambungkan antara bandar," tegas Rafizi.

Beliau juga mengkritik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan projek mega di saat akhir sebelum negara menghadapi pilihan raya, dimana menurutnya pentadbiran Najib tidak seharusnya membuat komitmen kewangan yang tinggi dikala mandat semakin hampir untuk tamat.

Pengumuman berikut selepas tawaran konsesi lebuh raya utama dalam tempoh dua bulan lepas: West Coast Expressway berjumlah RM5.2 bilion pada bulan Januari, dan East Klang Valley Expressway berjumlah RM1.55 bilion awal bulan ini.

Rafizi menyamakan tindakan Najib seperti Tun Abdullah Badawi yang menandatangani beberapa perjanjian dan komitmen dengan Brunei di penghujung pentadbiran beliau dalam keadaan yang tergesa-gesa, termasuk menyerahkan Blok L dan M yang pulangan hasil minyaknya mencecah berbilion ringgit.

Ahli politik PKR itu juga melahirkan kebimbangan terhadap pemberian projek keretapi laju Kuala Lumpur - Singapura kepada konglomerat YTL Corporation Berhad, diketuai oleh Tan Sri Francis Yeoh yang beliau dakwa mempunyai hubungan rapat dengan gabungan pemerintah itu.

Menurut Rafizi, beberapa tahun lalu YTL menganggarkan kos projek keretapi laju ini mencecah RM8 bilion tetapi baru-baru ini mengatakan kos meningkat kepada RM13 bilion.

Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan projek tersebut semalam, yang mana mereka mendakwa akan menguntungkan kedua-dua negara.

Keretapi tersebut akan mengurangkan masa perjalanan diantara kedua bandaraya tersebut ke 90 minit dengan Kastam, Imigresen dan kelengkapan quarantin baru di Puteri Harbour, Iskandar Malaysia yang akan disiapkan tahun ini.

[EDISI TERDESAK] Bendera PAS Dikoyak & Dibakar Oleh Samseng Parti "Syaitan Dikenali"

Posted: 20 Feb 2013 07:10 AM PST


KELAB GREENBOC

Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.

Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.

Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.



Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.

"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud.

Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia."

"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.

KEADILAN terima aduan Puteri Umno didaftar pemilih tanpa pengetahuan

Posted: 20 Feb 2013 12:59 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Penipuan isu daftar pemilih yang selama ini diketengah Pakatan Rakyat banyak melibatkan orang awam, kini terdedah pula mangsa di kalangan orang Umno BN.

Perkara ini diketahui menerusi aduan Puteri Umno kepada KEADILAN apabila mendapati mereka didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan.

Naib Presiden, Fuziah Salleh berkata, KEADILAN juga menerima aduan sama dari pelbagai lapisan pemilih.

Golongan itu turut membabitkan pelajar luar negara, pemilih cukup umur dan orang dewasa yang tidak pernah mendaftar.

Fuziah

"Aduan itu melibatkan 100 kes di seluruh negara dan kira-kira 10 kes melibatkan Puteri Umno," kata Fuziah.

Fuziah berkata, KEADILAN bertegas akan mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penolong pendaftar ke mahkamah jika didapati sah kedua-dua ejen pilihan raya itu bersekongkol dalam isu penipuan daftar pemilih.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, pihak yang mendaftar pihak-pihak tersebut melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya Seksyen 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah.

"Aduan diterima KEADILAN setakat ini cukup bukti untuk mengheret penolong pendaftar dan SPR ke mahkamah, sekiranya sah mereka bersekongkol," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti semalam.

Tambahnya, jumlah yang tinggi di kalangan pengundi baru juga menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti termaktub di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR juga harus perjelaskan bagaiman hal ini boleh berlaku. KEADILAN turut menggesa semua yang terlibat termasuk dalam kategori di atas segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR," tegas Fuziah.

Menurut beliau, jika terdapat individu yang mendapati nama mereka didaftarkan tanpa pengetahuan, individu tersebut perlu ke pejabat SPR dan buat cabutan borang permohonan mereka.

"Sekiranya tidak mendapat kerjasama SPR, laporkan kepada kami. Setelah mendapat borang cabutan tersebut, sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut," katanya.

"Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. KEADILAN akan lantik satu majlis peguam untuk membawa kes ini," jelas Fuziah.

Polis Digesa Tangkap Dalang Sabotaj Billboard Pelancongan Sekinchan

Posted: 20 Feb 2013 12:13 AM PST


Suee Lim Billboard 03

SEKINCHAN  : Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, sebelum ini berlakunya demonstrasi yang didakwa didalangi oleh Umno Sungai Besar yang mengancam untuk mengecat billboard yang ada memaparkan gambar Suee Lim.

"Saya kesal dengan cara politik yang dimainkan oleh mereka yang memainkan sentimen perkauman.

"Sedangkan niat saya ikhlas untuk mempromosikan produk hasil laut Mentarang yang dijual di sekitar Sekinchan ini," kata Suee Lim dalam sidang media yang diadakan di sini.

Suee Lim Billboard 01

Jelas Suee Lim, kejadian sabotaj papan tanda billboard itu tidak wajar kerana papan tanda itu adalah bertujuan mempromosikan kawasan Sekinchan sebagai kawasan tarikan pelancongan dalam dan luar negara yang kini sedang giat dipromosikan.

"Promosi saya ini adalah untuk mempromosikan Mentarang kepada pengguna jalan raya di sini agar mereka mengetahui kewujudan hasil laut itu dan ini secara tidak langsung menaikkan pendapatan peniaga dan mendapat keuntungan yang lebih," katanya.

Tambah Suee Lim, tiga laporan kepada polis  dilakukan berhubung kejadian sabotaj itu yang memerlukan tindakan segera polis mengambil tindakan.

"Kita sedang menunggu apa tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis untuk melakukan sesuatu," kata Suee Lim.

Tambah Ketua Kampung Parit 7 Baroh, Rojikin Sarbini berkata, hanya pihak Majlis yang boleh menjalankan tugas jika ada kesalahan dalam peraturan memasang papan tanda billboard itu.

Suee Lim Billboard 04

Program SPIES Bantu Pembangunan Negeri Selangor

Posted: 20 Feb 2013 12:09 AM PST


Konvensyen Spies 02

SHAH ALAM : Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Konvensyen Spies 01

Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

"Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

"SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita," katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Konvensyen Spies 03

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

"Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal," katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.

Kalau Nick Xenophon Berat Sebelah........Kerajaan BN Adilkah?

Posted: 20 Feb 2013 12:07 AM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/tuntutan%20Bersih2_0.jpgKUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan kerajaan Malaysia menahan dan menghantar pulang senator bebas Australia Nick Xenophon, boleh dipandang pada dua perspektif.

Menurut Ketua Penerangannya Ustaz Riduan Mohd Nor, ia wajar kerana menghalang campur tangan orag asing dan sebaliknya tindakan itu tidak wajar kerana bersikap keras tterhadap pemimpin asing, seolah-olah seorang pengganas.

"Pertama, langkah Malaysia dianggap berpatutan kerana menghalang warga asing dari mencampuri urusan negara ini. Kerajaan dalam apa juga harus bertegas tidak membenarkan urusan pentadbiran negara diganggu oleh elemen asing. Tidak ada pihak luar yang layak mencampuri urusan dalaman negara ini selagi rakyat mampu selesaikannya secara diplomasi.

"Namun demikian, tindakan kerajaan Malaysia boleh dianggap tidak wajar kerana bersikap keras terhadap pemimpin Australia itu. Beliau bukannya seorang pengganas, penjenayah mahupun penceroboh yang sewenang-wenangnya masuk ke negara ini. Nick Xenophon bukannya pengganas bersenjata yang masuk secara haram ke perairan Sabah di Lahad Datu. Beliau masuk secara sah dan mempunyai kedudukan sebagai pemimpin (Senator) di Australia,"ujarya melalui satu kenyataan media hari ini, Rabu 20 Februari.

Beiau berkata, sebaiknya kerajaan melayani beliau dengan baik dan berhemah kerana selagi tiada bukti kesalahan, beliau sepatutnya dibenarkan bebas masuk ke negara in dan menjadi pemerhati pilihanraya.

Katanya, dalam hal tersebut, ia memberikan imej yang kurang baik masyarakat dunia terhadap Malaysia dengan anggapan negara kita bersikap tidak terbuka, tiada toleransi, serta tidak demokratik.

Malah beliau menambah, masyarakat dunia juga memandang serong bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam ruang demokrasi khususnya sistem pilihanraya di negara ini.

"Apa salahnya kerajaan menerima teguran dan kritikan Senator ini dengan hati terbuka. Tiada salahnya juga kerajaan membenarkan beliau hadir dan berbincang dengan mana-mana pihak, tanda kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi yang matang dan terbuka.

"Jika ada kebenarannya kerajaan perbetulkan, sebaliknya jika tidak kerajaan tidak perlu melayannya,"jelasnya.

Memburukkan keadaan, kata Ustaz Riduan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyalahkan Nick Xenophon sebagai tidak layak menjadi pemerhati pilihanraya kerana beliau seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja.

Sedang persoalan sekarang, katanya, rakyat bertanya, apakah Tan Sri Abdul Aziz tidak memandang kepada institusi yang dipimpinnya sekarang, iaitu SPR?

"Pernahkah beliau bertanya, jujur dan adilkah SPR dalam mengendalikan sistem pilihanraya di negara ini? Jika siri Himpunan Bersih 1,2,3 dan 4 telah diadakan dengan kehadiran ratusan ribu rakyat, ia menandakan rakyat bersetuju bahawa ada masalah dalam sistem pilihanraya di negara ini. Tuntutan Bersih 2.0, adakah ia terlaksana keseluruhannya?,"soal Riduan

Beliau menegaskan, SPR juga perlu melihat kepada semua parti politik yang bertanding dan meletakkan neraca keadilan terhadap layanan kepada semua parti politik.

"Apakah kerajaan BN melayan secara adil parti politik dari Pakatan Rakyat? Bagaimana dengan akses media, penggunaan jentera kerajaan ketika waktu berkempen, rasuah dan habuan projek segera ketika musim pilihanraya, memindahkan pengundi, mendaftarkan pengundi warga asing dan lain-lain seperti yang didakwa oleh ramai pihak,

"Paling penting, kenapa Perdana Menteri masih merahsiakan tarikh pilihanraya dari pengetahuan umum sedangkan rakyat secara langsung terlibat dengan pilihanraya?,"ujanya lagi.

Justeru, beliau menyimpulkan, kehadiran Nick Xenophon adalah suatu tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia dan SPR sebagai pengendali sistem pilihanraya di negara ini.

Katanya, adalah sesuatu yang memalukan negara apabila kerajaan terus menafikan kelemahan dan kepincangan dalam sistem pilihanraya di negara sedangkan seluruh dunia sudah mengetahuinya dan berbicara mengenainya.

Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah tuduhan keganasan

Posted: 19 Feb 2013 11:52 PM PST


Koh Jun Lin


 
Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat dan seorang guru agama Halimah Hussein hari ini tidak mengaku salah apabila tuduhan ke atas mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Yazid dituduh mempromosi kegiatan keganasan di Syria manakala Halimah dituduh bersubahat atas kesalahan tersebut.

Perbicaraan ke atas kedua-duanya akan dimulakan pada 20 Mei.

Kedua-dua individu berkenaan sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Permohonan habeas corpus oleh seorang lagi yang turut ditahan mengikut akta tersebut akan didengar pada 25 Februari.

7 Mac sama ada wartawan perlu dedah sumber

Posted: 19 Feb 2013 11:47 PM PST



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 7 Mac ini sama ada wartawan Joseph Sipalan akan dikehendaki mendedahkan sumbernya berkaitan pertikaian sivil di antara Presiden Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berhubung Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

azlanPeguam Tiong dan Ong serta peguam Joseph Bhag Singh, telah bertemu Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam kamar berhubung perkara itu.

Joseph, 32, yang telah menulis artikel bertajuk 'Chua and Tiong in cahoots?' semasa beliau berkhidmat dengan akhbar New Straits Times, kini bertugas dengan The Star.

Artikel tersebut diterbitkan pada 6 September 2009, selepas beliau menemubual tujuh hingga lapan anggota jawatankuasa pusat MCA dan ahli jawatankuasa negeri yang tidak mahu nama mereka disebut.

Tiong diwakili peguam Prem Ramachandran, manakala Chan Tze Yuen mewakili Ong, yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Hakim Lau menetapkan tarikh itu selepas bersetuju untuk menetapkan tujuh hari mulai hari ini untuk Joseph memfailkan jawapan bertulis terhadap permohonan yang dibuat oleh peguam Tiong untuk memaksa wartawan itu untuk mendedahkan sumbernya.

Peguam Tiong telah membuat permohonan rasmi pada 15 Februari untuk Joseph mendedahkannya di mahkamah.

Ini mungkin kali pertama dalam sejarah perundangan Malaysia di mana wartawan dikehendaki oleh seorang peguam dalam kes mahkamah sivil untuk mendedahkan nama sumber.

AirAsia X tawar tiket murah rakyat M'sia balik mengundi

Posted: 19 Feb 2013 11:45 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Syarikat penerbangan AirAsia X menawarkan tiket harga murah untuk rakyat Malaysia di luar negeri balik mengundi.

Azran-Osman-RaniWalaupun tarikh pilihan raya masih tidak diketahui, tetapi AirAsia X berkata rakyat Malaysia yang tinggal di luar negeri yang berdaftar sebagai pengundi masih ditawarkan harga promosi itu walaupun mereka menempah pada saat-saat akhir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman-Rani mengesahkan perkara itu.

"Kami akan membuat pengumuman rasmi serta butirannya apabila pilihan raya dipanggil," kata Azran ketika dihubungi.

Azran membayangkan akan ada had kepada bilangan tiket yang ditawarkan walaupun ini dan tambang promosi itu masih dibincangkan.

Beliau berkata, pihaknya membuat tawaran tersebut kerana "kami merasakan mengundi adalah satu tugas penting untuk semua orang".

Pihak AirAsia X masih berbincang mengenai mekanisme tempahan, katanya, tetapi ia mungkin disediakan secara berasingan daripada lamanweb sedia ada.

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Posted: 19 Feb 2013 11:44 PM PST

Staff Berita Semasa
 
Gaji Naik 2013 Najib BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). 

Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….

PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

Ramai calon Pas digugurkan

Posted: 19 Feb 2013 11:38 PM PST

NOOR AZURA SHAHRIL

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
 
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

"Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej  parti.

"Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.

MB: S'gor umum bila benar-benar akan bubar DUN

Posted: 19 Feb 2013 11:37 PM PST



 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor memperkenan bahawa pengumuman mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri akan hanya dibuat apabila pembubaran itu benar-benar akan dijalankan.

Katanya, beliau berjanji dengan Sultan Selangor yang menitahkan agar beliau tidak mengumumkan pembubaran tersebut sehingga diputuskan.

"Saya dah beritahu tuanku, saya tak ada halangan kalau pilihan raya ini dillakukan sama dengan pilihan raya parlimen."

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri benar-benar akan mengumumkan pembubaran DUN selepas sambutan Chap Goh Meh pada hari Ahad.

Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa

Posted: 19 Feb 2013 11:27 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.

Polis tahan peniaga dipercayai terlibat meracun haiwan di Zoo Melaka

Posted: 19 Feb 2013 11:25 PM PST

SINAR HARIAN

MELAKA - Polis Melaka percaya telah menyelesaikan kes meracun Beruang Matahari dan kuda lumba spesies 'Thoroughbred' di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini berikutan penangkapan seorang lelaki berusia 65 tahun awal hari ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pasukan khas polis yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu menahan lelaki terbabit yang merupakan seorang peniaga kira-kira 1 pagi ini di sebuah taman perumahan di Kulai Besar, Johor.
  
Beliau berkata polis turut merampas sebuah kenderaan dan beberapa barangan berkaitan dengan perbuatan jenayah itu.
  
"Dalam siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu, namun terlalu awal untuk mendedahkan motif perbuatannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Raja Shahrom berkata lelaki terbabit bukan pekerja zoo dan dipercayai datang ke tempat pelancongan itu bagi melakukan jenayah berkenaan.

Beliau berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan zoo itu menunjukkan lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan sebelum polis bertindak mengesannya.
  
Lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, katanya.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh atau mencederakan haiwan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Beruang betina berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun itu ditemui mati 5 petang Ahad lepas manakala kuda lumba berumur 17 tahun yang diberi nama 'Basket' pula ditemui mati 7 pagi keesokannya disyaki diracun melalui makanan. - Bernama

Tiada ulasan: