DIALOG RAKYAT |
- Najib umum tambahan RM120j pada SYABAS
- CABARAN untuk Najib & BN: S'gor bubar Dewan Undangan Negeri selepas CNY!
- Liyana, Fathuddin selamat diijab kabul
- Zaik: Isma sah tanding PRU13
- Ambli alih Syabas: MB cabar pusat keluar surat kebenaran
- MB Selangor: 'Pecat CEO keputusan lembaga KSSB, bukan saya'
- Umno terkena sumpahan Rosmah: Adakah dia akan bertanggungjawab jika kalah dalam PRU13
- Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor
- Peserta protes bina 'Tembok Besar' di tapak stesen MRT
- Aznil dikurnia Datuk sempena Hari Wilayah
- PKR mahu Musa jawab dakwaan pegawai Filipina
- Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC
Najib umum tambahan RM120j pada SYABAS Posted: 02 Feb 2013 04:58 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor. Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat ibunegara, Najib, yang juga menteri kewangan berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera. Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada SYABAS sebelum ini. "Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada SYABAS yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya. "Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta," katanya. Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat. "Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba. Beliau berkata masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut. Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan. Di majlis itu, perdana menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo.- Bernama |
CABARAN untuk Najib & BN: S'gor bubar Dewan Undangan Negeri selepas CNY! Posted: 02 Feb 2013 04:56 AM PST Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Dalam cabaran berani ke atas kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bermasalah, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mungkin akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Tahun Baru Cina, para pemimpin PKR memberitahu pada hari Rabu. "Ini adalah satu langkah proaktif Saya rasa kita semua bosan dengan ketidaktentuan. Rakyat dan para pelabur sudah mula merungut dan kami percaya ini adalah jalan yang terbaik. Jika Najib tidak berani membubarkan Parlimen persekutuan, Selangor mungkin mempunyai akan memulakannya. Malah, kita menggalakkan semua negeri-negeri Pakatan menyusul, "ketua PKR Wanita Zuraida Kamaruddin memberitahu Malaysia Chronicle. "Ia telah mencapai satu peringkat di mana ia mula memberi kesan kepada ekonomi dan pasaran saham. Rakyat biasa mahu membuat keputusan. Kita tidak boleh menunda perkara begitu lama hanya kerana Najib tidak boleh membuat keputusan atau bacul (takut) untuk mengadakan pilihan raya, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Butir-butir sedang dimuktamadkan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi 5 daripada 13 negeri di Malaysia dalam pilihan raya umum 2008. Disebabkan perebutan kuasa di Perak pada tahun 2009, PR kini menguasai Pulau Pinang, Kedah, Kelantan di samping Selangor. Ia tidak jelas lagi jika Khalid, yang juga ahli parlimen PKR Bandar Tun Razak dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk Ijok, telah memuktamadkan bila tarikh pembubaran dewan perundangan negeri Selangor. Tahun Baru Cina jatuh pada 10 dan 11 Februari, dan Khalid dijangka untuk membincangkan butir-butir itu dengan seluruh majlis eksekutif negeri. "MB Selangor berkata beliau akan mempertimbangkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor selepas Tahun Baru Cina jika PM gagal untuk membubarkan Parlimen pada masa itu. Apa pendapat anda?" Speaker bagi Selangor Teng Chang Khim berkata dalam Twitter beliau. Teruja Berita ini bakal menjadikan rakyat di seluruh Negara merasa teruja, yang bersedia untuk menghadapi perubahan rejim di Malaysia buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13. Menurut sumber-sumber politik, risikan peringkat kerajaan dalam kaji selidiknya mendapati PR boleh menang 124 kerusi dan BN 98 kerusi. Menurut kaji selidik itu, PR akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan jumlah 25 kerusi di Sabah dan Sarawak. "Anda boleh katakan kita menjolok sarang tebuan. Walaupun keputusan kaji selidik itu tidak memihak kepada kita, kita akan melakukan sesuatu untuk mempercepatkan pilihanraya. Sekurang-kurangnya, tetapkan tarikh pilihan raya. Mengapa membahayakan diri dan negara kita dengan berdolak-dalih tentang sesuatu yang begitu mudah dan kebiasaan seperti tarikh PRU?," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang. Najib yang bergelumang dengan skandal takut mengadakan pilihanraya? Malah, Najib yang sering dicemari skandal telah menunjukkan tanda-tanda dia akan sekali lagi melengahkan pilihanraya di seluruh negara selepas lawatannya ke luar negara ke Gaza menemui kegagalan apabila dia dimarahi secara terbuka oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas. Najib dituduh cuba campur tangan dalam politik Palestinan selepas membuat komen yang dilihat sebagai memihak kepada Hamas, saingan parti politik Mahmoud, Fatah. Umno-BN yang sering dikaitkan dengan rasuah telah memerintah Malaysia sejak 1957, juga sudah jauh tenggelam dalam publisiti negatif akibat pendedahan terkini dari RCI Sabah bahawa bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah diberikan kerakyatan kepada ratusan ribu pekerja haram di Malaysia Timur dengan syarat mereka mengundi BN. Najib dan isterinya Rosmah Mansor juga menghadapi beberapa tuduhan berat iaitu terlibat dalam rasuah peringkat tinggi termasuk menerima sogokan haram berjumlah R570 juta dalam pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Sebagai perdana menteri, Najib mempunyai tanggungjawab untuk memutuskan bila parlimen akan dibubarkan. Dia juga boleh membenarkan Parlimen terbubar secara automatik pada 28 April, selepas Suruhanjaya Pilihanraya diberi 2 bulan untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13. "Kemungkinan penantian yang lama tidak boleh dipandang ringan. Malah jika Selangor dibubarkan hari ini, SPR boleh menetapkan-tarikh pengundian pada 1 Mei. Mereka boleh memberikan pelbagai penjelasan. Jadi Pakatan akan mencari jalan untuk menghentikan keadaan ketidak tentuan ini dari mematahkan semangat seluruh negara. Malah jika Najib dan BN tidak bersedia, untuk menettetapkan saja tarikh. Biar rakyat dan pelabur tahu, "kata Tian.Malaysia Chronicle |
Liyana, Fathuddin selamat diijab kabul Posted: 02 Feb 2013 04:52 AM PST PELAKON 3 Janji, Liyana Jasmay selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah. Liyana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dengan wang hantaran RM28,388. Pelakon berusia 24 tahun ini mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Fathuddin, 28, Mac lalu. Majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pagi ini. Liyana dan Fathuddin akan bersanding malam ini. |
Posted: 02 Feb 2013 04:49 AM PST SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengambil pendirian muktamad untuk melibatkan diri dalam politik dengan menurunkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman. Menurutnya, setelah perbincangan yang meluas dan mendalam oleh Majlis Syura Isma, yang mana telah sebulat suara bersetuju bahawa pertubuhan bukan kerajaan ini perlu terlibat dalam PRU13 dengan menghantar calon ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti berpotensi dan selari dengan dasarnya. "Kita berhasrat untuk menyelamatkan undi masyarakat Islam, hanya untuk calon-calon beragama Islam yang berwibawa dan tidak mahu undi tersebut menjadi peluru sesat yang akan membunuh masa depan umat Islam kelak," kata beliau hari ini. Beliau menambah, penglibatan Isma dalam politik ekoran Isma melihat dan mengkaji bahawa negara dijangka mengalami ketidakstabilan politik bahkan kini kedudukan politik orang Melayu dan umat Islam yang semakin goyah dan tercabar akibat perpecahan, menyebabkan kuasa menentukan arah masa depan negara berada di tangan orang lain. "Lebih dari itu, ketiadaan penglibatan yang aktif di pihak NGO Islam yang perihatin akan menyebabkan kepentingan umat Islam dan Islam itu sendiri akan terpinggir. "Ini kerana politik adalah percaturan antara kuasa dan pengaruh dari pelbagai latar belakang yang berkepentingan," katanya. Justeru, beliau berhasrat agar masyarakat Islam dapat memberi sokongan yang padu dalam usaha murni Isma serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan kelak. Katanya, tujuan penglibatan Isma dalam PRU13 antara lain adalah untuk memastikan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum berteraskan lunas perlembagaan yang saling menghormati hak satu sama lain berterusan. Tujuan-tujuan lain ialah: - untuk memastikan teras kenegaraan yang berpaksikan Islam, Melayu dan Raja terus dihormati - Terlibat sama dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak terjejas walau apapun keputusan PRU13 - memberi sumbangan dalam memastikan masa depan politik Malaysia yang lebih Islamik - membantu mengukuhkan kedudukan politik orang Islam demi masa depan agama bangsa dan negara. "Bagi memastikan penglibatan lebih bermakna, Isma telah mengarahkan semua ahli supaya berada dalam keadaan siap siaga dan bilik-bilik gerakan pilihan raya dibuka di semua kawasan-kawasan yang akan ditandingi. "Umat Islam diharap dapat memberi sokongan yang padu kepada usaha yang murni ini dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan," katanya lagi. |
Ambli alih Syabas: MB cabar pusat keluar surat kebenaran Posted: 02 Feb 2013 04:46 AM PST PETALING JAYA - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar kerajaan persekutuan supaya mengeluarkan surat kebenaran kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih industri perkhidmatan air negeri itu sekiranya mereka benar-benar ikhlas, bukannya berdolak-dalih. Kata Khalid, persetujuan tidak mungkin dicapai sekiranya Kementerian Kewangan selaku pemegang saham terbesar dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) enggan menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor selepas banyak rundingan telah dilakukan. "Jika kerajaan pusat enggan berbincang, usaha pengambilalihan air ini akan terbantut kerana tiada persetujuan. "... bila kita jumpa Syabas tawar ambil alih, Syabas beri alasan Kementerian Kewangan tak bagi kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asrama Anak Pekerja Ladang di sini, hari ini. Khalid bagaimanapun mempertahankan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih industri perkhidmatan air negeri itu sambil menegaskan ia demi kepentingan rakyat bukannya mengaut keuntungan. "Kita bukan nak naikkan harga air tetapi kita nak urus air dengan baik. "... kita nak elak tarif harga air dinaikkan yang akan bebankan rakyat," katanya. Abdul Khalid mengulas mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui Khamis lalu yang menafikan kerajaan pusat enggan memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih industri perkhidmatan air negeri itu dalam tempoh 14 hari. Chin juga berkata pihaknya tidak menerima surat tersebut yang didakwa telah dihantar minggu lepas. |
MB Selangor: 'Pecat CEO keputusan lembaga KSSB, bukan saya' Posted: 02 Feb 2013 04:45 AM PST PETALING JAYA - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan isu pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Wan Ab. Halim Wan Ismail tiada kena-mengena dengan beliau kerana ia diputuskan oleh lembaga pengarah syarikat pengurusan pasir itu. Kata Khalid, keputusan penyingkiran Wan Ab. Halim dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam KSSB. "Perkara ini (pemecatan) dilakukan oleh Lembaga Pengarah. "... saya tidak boleh halang ataupun campur tangan apa yang dilakukan mereka asalkan demi keadilan ia mesti dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asrama Anak Pekerja Selangor di Bangunan Peladang di sini hari ini. Bagaimanapun beliau enggan mengulas sebab-sebab Wan Ab Halim dipecat sambil menyifatkan ia di luar pengetahuannya. Malah Abdul Khalid mempertahankan tindakan lembaga pengarah KSSB itu yang dibuat mengikut prosedur yang betul. Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu menjadi perhatian ekoran krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat. Pelantikan Wan Ab. Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi. Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Julai lalu. Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan. Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas. Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri. KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor. |
Umno terkena sumpahan Rosmah: Adakah dia akan bertanggungjawab jika kalah dalam PRU13 Posted: 02 Feb 2013 04:37 AM PST Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle Apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti yang setelah sekian lama dipegangya di Parlimen, ramai menyalahkan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi bapa mertuanya, yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti yang dominan dalam parti pemerintah. Tiada seorang pun pemimpin UMNO-BN dan penyokongnya akan mengakui bahawa prestasi mereka hambar dan telah menjadi semakin teruk akibat rasuah, dan perbalahan dalaman. Tidak, ahli-ahli UMNO sudah biasa mejadi 'raja penyamun' sudah terpaksa mencari seorang untuk dijadikan kambing hitam. Tiada seorang pun yang bermuhasabah diri dalam mencari jawapan. Ketua UMNO dari cawangan ke bahagian kepada pusat, berteriakan mahu membalas dendam - ia bukan salah mereka dan seseorang akan menjadi mangsa dipersalahkan. Orang semestinya Badawi, yang telah melakukan sedikit kerja, tidur di mesyuarat manakala menantunya menguruskan pentadbiran dan didakwa telah mampu meraih banyak keuntungan pada masa itu. Tetapi yang pentingnya disini adalah permainan siapa yang patut dipersalahkan – inilah caraUMNO membersihkan dirinya. Ia hanya tahu bagaimana untuk menyapu kotoran ke bawah karpet dan itulah sebabnya ia terus kekal kotor dan semakin parah. Jadi, apabila krisis seterusnya datang, rakyat Malaysia tidak perlu terkejut jika UMNO mengheret si 'kambing hitam' yang lain, tidak kira setinggi mana status orang itu pada masa ini. 'Budak suruhan' Deepak jadi berpaling tadah: Apa dah jadi? Malangnya, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Badawi, harapan ahli UMNO untuk memulakan lembaran baru bagaikan jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja Najib dibelenggu skandal, dia juga memikul iaitu isterinya, yang terbukti telah mengeruhkan lagi keadaan. Pada usia 61, Wanita Pertama Malaysia ini sering menjadi ejekan yang berbisa. Nama jolokan FLOM yang diberi kepadanya dikatakan singkatan untuk Fat Lady of Malaysia (Wanita tergemuk di Malaysia). Ya, Rosmah yang sukakan muzik dan tarian tidak menunjukkan bentuk tubuh yang sepadan dengan minatnya itu. Walaupun dia nampak sedekad lebih muda daripada umur sebenarnya, namanya sudah cukup menggerunkan hati pembantu rumahnya, teman-temannya dan juga suaminya serta rakan sekerja suaminya dalam pentadbiran kerajaan dan juga di arena politik. Tiada siapa yang berani menganggap Rosmah bodoh walaupun dia gemar menunjuk-nunjuk, berbelanja di gedung-gedung mewah. Dia merupakan autoriti di sebalik takhta Najib dan pembuat keputusan dalam situasi yang sukar atau rumit yang menimpa mereka. Baru-baru ini telah didedahkan oleh bekas budak suruhannya Jaikishan Deepak, seorang peniaga permaidani yang memberitahu bahawa dia telah 'meminta bantuan' darinya untuk mendapatkan bantuan selepas akuan berkanun yang kontroversi telah disebarkan yang membabitkan dirinya serta Najib dalam kes pembunuhan seorang warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu . Dari kawan rapat, Deepak tiba-tiba bertukar menjadi penyangak 'wisel-blower' selepas dikatakan berpatah arang dengannya. Mereka yang rapat dengan Rosmah tahu ini adalah sesuatu yang amat mencurigakan. Walau bagaimanapun, Deepak kini sedang mengambil peluang untuk menjaja cerita-cerita yang kurang enak mengenai Rosmah, yang juga dituduhnya mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk membekukan pinjaman perniagaannya dan juga akaun-akaun monetary yang lain. Begitu angkuh Tanpa mengira sama ada Deepak bersandiwara untuk Rosmah atau musuhnya, Perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah menjadi isteri yang membantu menaikkan imej suaminya. Perkara itulah yang paling penting dan bukan menyeretnya lagi ke dalam longkang. Dimata mereka yang alim, dia tidak menunjukkan imej solehah manakala bagi mereka yang liberal, dia tidak memainkan peranan yang sepatutnya tetapi telah terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai isteri seorang perdana menteri. Ramai pengkritik telah membandingkannya dengan isteri perdana menteri sebelumnya dan sedih sekali, kesimpulan mereka adalah dia tidak mencapai 'standard' itu. Namun, dia merupakan seorang yang berpendidikan, tinggi dengan ijazah Sarjana dalam Sosiologi dan Pertanian dari Negeri Amerika. Dia juga pernah bekerja sebagai seorang ahli perbankan dan pengurus pembangunan perniagaan sehinggalah dia berkahwin dengan Najib pada tahun 1987. Jadi, apa yang tidak kena pada Rosmah, dan mengapa rakyat Malaysia begitu benci padanya? Di mata rakyat, dosa pertama Rosmah adalah terlalu banggakan dirinya. Ya, dia telah menjadi begitu angkuh. Mungkin, dikaburi oleh kuasa yang diperolehinya melalui kedudukan suaminya, Rosmah telah menjadi sombong. Dia tidak memahami rakyat dan mereka tidak akan memaafkan dirinya kerana keangkuhannya itu. Ini adalah sebab kenapa apabila sesuatu berlaku, seluruh negara begitu gembira menuduhnya bersalah. Perempuan ini adalah contoh klasik bagi seorang wanita yang dibenci ramai. Kerana menonjol dia jadi sasaran Sebenarnya, dia layak menerima herdikan masyarakat yang tidak mempercayainya. Tidak dinafikan ada dia sering menarik perhatian awam dengan isu yang tidak kena. Oleh itu, mereka cenderung untuk mempercayai bahawa bukanlah seorang yang baik seperti yang sering digembar gemburkan. Malah saudara-maranya sendiri dan orang-orang kampungnya juga membuka pekungnya di Youtube bahkan dirinya dikatakan ibarat ahli sihir. Dia sendiri sering menunjukkan bahawa dirinya seorang yang luhur seperti bergegas terbang ke London untuk memberi semangat kepada wira badminton negara Lee Chong Wei di sukan Olimpik baru-baru ini. Rakyat Malaysia menjadi jengkel pada apa yang mereka anggap sebagai cara untuk menampakkan dirinya ikhlas dengan cuba mengambil hati semua dengan berpura-pura memberi sokongan kepada ahli sukan, kerana itu, rakyat terus menyalahkannya sebagai pembawa malang. Ya, Chong Wei telah tewas pada permainan itu. Tabiat membeli belahnya yang lagenda termasuk pembelian cincin berlian bernilai US $ 24 juta memalukan Imelda Marcos umpama pembelanja amatur di 'pasar-malam'. Koleksi beg tangan Birkin Rosmah yang terkenal, kontroversi anugerah kedoktoran kehormat yang diperolehinya, pangsapuri mewah di New York ditambah lagi dengan besan popularnya, Maira Nazarbayev, seorang wanita sosialit Kazakh yang dituduh sebagai penipu antarabangsa, hanya manambah kepada reputasinya yang sudah tercalar sebagai FLOM. Perlu diingatkan bahawa lanjutan daripada itu, Najib juga akan disifatkan 'tidak sesuai sebagai PM' dan ini sedang berlaku. Semakin ramai dalam parti UMNO mahu dia mengundur diri dan khabar angin bertiup kencang mengatakan sesuatu sedang dirancang untuk menjadikan Rosmah sebagai mangsa. Dia tidak mungkin akan terlepas kerana beberapa orang musuh sinisnya sedang mendesak. Walau bagaimanapun, kisah Rosmah Mansor masih boleh berakhir dengan sesuatu yang berbeza – mungkin juga dia akan menemui kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Sila baca lagi... Mahukan jawatan presiden tanpa memburukkan UMNO Mereka yang terdiri dari orang atasan UMNO yang mahu untuk menggantikan Najib dengan orang lain sudah pasti mahu mengetengahkan, kesilapan Najib, masalah dan sebagainya. Tetapi jika mereka mula memburukkan namanya sekarang - PM yang juga Presiden UMNO - rakyat pasti tidak akan mengundi UMNO-BN pada pilihan raya umum yang akan datang, yang mesti diadakan selewat-lewatnya menjelang pertengahan 2013. Jadi mereka perlu mencari cara lain yang kurang nyata. Mereka mesti menggunakan muslihat. Dan di sinilah masalah mereka akan bermula. Bagi panglima UMNO yang terkenal dengan sikap tidak sabar, tangkas dan kedalaman fikiran. Sementara itu, Najib telah cuba untuk melindungi dirinya dengan cuba memastikan bahawa UMNO-BN bergantung kepadanya. Sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009, dia telah membelanjakan beratus-ratus juta untuk membina imejnya. Malah kini, pakar perancangnya terus cuba untuk menegakkan kenyataan bahawa walaupun UMNO-BN bukanlah jenama yang boleh menang, Najib masih pemimpin yang paling popular tanpa ada pengganti yang sesuai. Sedih untuknya juga, rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai kenyataan itu. Tiada yang bersimpati dengannya mahupun Najib atau UMNO Cara di mana Deepak dengan kejam telah menyerang sahabatnya yang pernah berjasa padanya tanpa memberi mempedulikan kedudukan si suami sebagai PM Malaysia, sungguh menakutkan. Ada sesuatu yang sedang berlaku. Khabar angin menyatakan UMNO dipenuhi dengan cakap-cakap termasuk kebarangkalian bahawa Najib mungkin berundur sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi membolehkan UMNO-BN bertanding tanpa ditenggelami skandal. Namun, masalah yang menghantui UMNO-BN lebih rumit daripada Najib dan Rosmah. Respons kepada buku Rosmah yang dilancarkan baru-baru ini bukti bahawa dakwaan skandal yang dibangkitkan terhadap dirinya adalah bukti. Walaupun buku cepat dikeluarkan, ia tidak membuat sebarang impak seperti yang diharapkan. Tiada sedikit pun rasa bersalah di kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan mungkin mereka telah tersalah sangka Rosmah - lambang kebobrokan UMNO. Ketiadaan perasaan bersalah pada Rosmah, Najib dan UMNO satu lagi peluang untuk memerintah negara menampakkan potensi kesudahan yang buruk bagi BN di peti undi. Pada masa ini, sudah jelas bagi panglima UMNO yng berpecah belah bahawa mereka mesti meneruskan dengan rancangan sandaran mereka. Dengan tenggelamnya kapal lanun UMNO secara perlahan-lahan, sudah pasti, Rosmah akan dicampak ke dalam laut untuk mengurangkan beban. UMNO, malah Najib sendiri, boleh menuding jari mereka pada Rosmah. Dia dan cincin berlian AS $ 24 juta yakni 'cincin berapi'nya akan menjadi kambing hitam mega seterusnya dalam UMNO selepas Badawi. Rosmah, HEROIN KITA! Tetapi Rosmah bukan 'ayam kampung' atau Bimbo (wanita bodoh), sikapnya akan memastikan dia tidak akan menerima kekalahan tanpa sebarang pertarungan ganas. Dan ini adalah berbahaya bagi UMNO dan juga Najib. Rosmah mengetahui rahsia suaminya lebih baik daripada sesiapa pun dan jika dia pasrah pada permintaan kepimpinan jahat UMNO, termasuk bekas pemimpin Mahathir Mohamad, Rosmah tidak akan memaafkannya. Daripada menjadi orang yang jatuh dalam usaha untuk membebaskan Najib untuk membenarkan Najib terus naik di arena politik tanpa dirinya disisi, Rosmah mungkin lebih rela memusnahkannya! Ya, Rosmah menyimpan terlalu banyak rahsia dimana broker kuasa UMNO yang kejam seperti Mahathir boleh mengambil kesempatan. Tetapi bukannya pendek akal. Jangan tersilap perhitungan, Rosmah menyimpan rahsia hitam musuhnya dalam diary sendiri 'rahsia kotor' orang UMNO terhadapnya, mungkin dia tahu dua bahkan lebih dari itu tentang mereka! Dengan bertarung dan memperjudikan segalanya termasuk mendedahkan suaminya sendiri - Rosmah juga mungkin akan menjadi entiti yang akan memusnahkan UMNO untuk rakyat. Apabila ini berlaku, Rosmah akan melakukan satu pencapaian yang besar kepada rakyat dan Negara. Ini akan menjadi penebusan dosa bagi semua perbuatan yang telah dilakukannya selama ini. Bagi panglima UMNO yang gila kuasa, Rosmah akan menjadi sumpahan mereka. Kepada suaminya - sedih untuk diakui, keliru dari awal hingga akhir - ia boleh menjadi satu rahmat dan juga satu permulaan baru. Tanpa Rosmah mendesak Najib, dia mungkin lebih gembira bermain golf dan menjalani kehidupan bebas dengan wng berbilion-bilion yang didakwa telah dikumpul mereka bersama. Bagi rakyat Malaysia, mungkin dia akhirnya diiktiraf sebagai penyelamat mereka - penghormatan dan kekaguman yang sudah lama didambakan olehnya. Akhirnya, tiada lagi Rosmah malang yang jahat atau si boros 'Bik Mama'. Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya! Malaysia Chronicle |
Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor Posted: 01 Feb 2013 04:08 PM PST KLANG : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Beliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini. Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955. Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini. Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah. Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur'janji manis' untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan. "Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini. Saya benar-benar bersyukur," katanya. Seorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu. Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri. "Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka," ujarnya. Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu. Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh. "Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri. "Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama," katanya. |
Peserta protes bina 'Tembok Besar' di tapak stesen MRT Posted: 01 Feb 2013 04:00 PM PST Sekumpulan peserta protes mendirikan 'Tembok Besar' sepanjang 150 meter di sekitar tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni sebagai langkah simbolik menentang kehadiran projek itu di sekitar kawasan Jalan Sultan. 'Tembok' itu diperbuat daripada kain rentang panjang warna kuning dengan lukisan batu-bata, lengkap dengan 'graffiti' anti-MRT, seperti 'Anda padam kami dari peta','Pertahankan warisan kita', dan lukisan mengejek MRT sebagai' Mari Rampas Tanah '. Ketika berucap kepada kira-kira 300 peserta protes itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan (PJSC) Stanley Yong berkata mereka - seperti Tembok Besar China - berada di situ untuk menunjukkan keazaman mereka memelihara Jalan Sultan. Selain membantah pembinaan MRT di kawasan warisan itu, kumpulan tersebut juga menggesa supaya pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat dekat situ dibatalkan dan adakan semula pilihan raya tempatan apabila memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur. Selepas beberapa ucapan, Yong (kanan) dan pemimpin lain mengetuai kumpulan tersebut berarak dari Gospel Hall Church ke tapak pembinaan stesen bawah tanah pada kira-kira jam 10.15 pagi, ketika mengambil lencongan melalui Chinatown. Mereka berarak dengan kain rentang dibuka sepenuhnya, dengan didahului oleh kumpulan perkusi Cina. Ia menarik perhatian pelancong manakala pemandu membunyikan hon tanda sokongan. Sementara itu, sekumpulan kira-kira 30 anggota polis dan RELA membantu mengawal lalulintas. Antara mereka yang mengetuai kumpulan itu bersama dengan Yong ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Presiden Gabungan Pertahankan Taman Merdeka Negara, Ishak Surin, Jimmy Chok dari Gospel Hall Church, dan Presiden Persatuan Penjaja KL, Ang Say Tee (kiri). Kumpulan itu tiba di luar tapak pembinaan pada kira-kira jam 10.30 pagi dan kemudian mula mengelilinginya. Bagaimanapun, kain rentang itu hanya cukup lama untuk menutup separuh daripada tapak tersebut. |
Aznil dikurnia Datuk sempena Hari Wilayah Posted: 01 Feb 2013 03:56 PM PST KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal tanah air, Aznil Nawawi menjadi antara individu yang menarik perhatian daripada 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini. Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk. Selain beliau, antara yang turut menerima darjah sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Noriah Hashim; Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaini Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah (Bahagian Saraan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Raja Noor Zaedah Raja Ahmad. Sementara itu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mendahului senarai 283 penerima apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Turut menerima darjah sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dikurniakan SUMW tahun lepas, tetapi tidak dapat hadir, turut menerima anugerah itu kali ini. Lapan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri pula ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hasan. Penerima lain ialah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Ir Azman Mohd, Pengarah Eksekutif Weststar Group of Companies Datuk Seri Syed Azlan Syed Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Seramai 28 penerima dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 45 penerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 73 penerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 85 penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). |
PKR mahu Musa jawab dakwaan pegawai Filipina Posted: 01 Feb 2013 03:54 PM PST MALAYSIA KINI Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu.Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya. Musa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya. Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina. Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain). Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan. "Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil," katanya dalam satu kenyataan semalam. "Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik," tambahnya. Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina. Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta). Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan. Tiada perjanjian ekstradisi Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina. Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri). Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti. Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi. Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu. Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina. Media blackout Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio. Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa. "Saya rasa laporan media - terutama di Kota Kinabalu - menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami. "Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut," beliau dipetik sebagai berkata. Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah "tidak baik" untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka. "Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi." |
Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC Posted: 01 Feb 2013 03:52 PM PST Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet, ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya. Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga. Anwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu). Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu. Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian. "Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. "Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid "Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya. Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir". |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan