Sabtu, 2 Februari 2013

Biaqpila

Biaqpila


VIDEO: PM Serbia Tergamam, Ditemuramah ‘Pengacara’ Tidak Berseluar Dalam!

Posted: 02 Feb 2013 05:15 AM PST





SERBIA- Memalukan!
Itu saja yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri republik tersebut 'dikenakan' krew produksi sebuah stesen televisyen di negaranya.
Ivica Dacic pada mulanya dijemput untuk satu temubual eksklusif yang dihostkan seorang pengacara wanita.
Tanpa disedarinya, stesen tersebut sebenarnya ingin 'mengenakannya'.
Lalu seorang model Playboy telah diminta untuk menyamar sebagai pengacara dan menemuramah Dacic secara langsung.
Sebelum rakaman bermula, model tersebut terlebih dahulu menanggalkan seluar dalamnya di belakang set.




Kemudian semasa temubual sedang dijalankan, wanita itu tiba-tiba telah mengalihkan kakinya hingga menampakkan alat sulitnya.
Ternyata tindakan wanita itu telah mengundang Ivica untuk 'merenung' alat sulit wanita berkenaan!
147341385
Mengulas mengenai isu tersebut, jurucakap kerajaan Serbia memaklumkan, bukan sahaja Perdana Menterinya dipersenda malah seluruh rakyat Serbia turut mengalami nasib sama.
Jelasnya kes memalukan itu kini disiasat dan pihak yang terbabit dengan perkara itu tidak akan terlepas.
Tindakan wanita itu melakukan aksi berkenaan dikatakan sama seperti lakonan Sharon Stone dalam filem Basic Instinct.
Klip rakaman tersebut sehingga kini telah ditonton hampir 2.7 juta orang!

sumber: mynewshub


Panas!!! Perhimpunan Anak Muda BN Kedah..2 juta Yang Hadir..?

Posted: 01 Feb 2013 08:00 PM PST





Himpunan syok sendiri BN untuk 'menipu diri sendiri'

Oleh: Sudin Ishak

BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.

Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini. Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.

Tidak ada perkara besar dalam ucapan Najib... mungkin kerana sudah terlalau banyak berjanji tapi jarang tertunai, kali ini Najib menjanjikan sebuah litar lumba untuk mat rempit apabila mendapati ramai yang hadir terdiri dari mat rempit. Biasalah tu cara Najib tagih sokongan... kalau yang datang tu ramai peminat rock mungkin Najib akan janjikan pentas rock percuma di setiap daerah. Beliau akan buat apa saja untuk membeli undi... di saat nazaknya BN.

BN semakin gelabah dengan kebangkitan anak-anak muda menolak BN. Ia adalah fenomena biasa bagi golongan muda di seluruh dunia.. iatu menolak sebuah kerajaan yang terlalu tua, tidak pernah bertukar sejak merdeka.




(Bosan menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba)

(Ramai yang hadir ialah bakal anak muda dan bekas anak muda)

(Para peniaga tiada mendapat manfaat)

(Ramai peniaga mengeluh.. pelanggan kurang)

(Suasana macam dilanggar geruda)


(Waktu PM sampai agak ramai sedikit... itupun tak sampai 1000 yang berada bawah khemah, yang lain berlegar di luar khemah mungkin bosan menatap wajah PM)

Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail

Posted: 01 Feb 2013 05:00 PM PST


Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.
"Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.
"Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya," kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.
Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.
"Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong pada 26 Disember.
Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.
Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.
"Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat," katanya.
Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.
"Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada," kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.

TMI


Tiada ulasan: