ALHUSSEYN |
- Akibat keguguran, tiada siapa yang sudi....
- Kisah Mamak al Kutty
- Kisah Mak Nyonya dengan kucing merempat
- Sultan Johor tentu terkejut jika tahu....
Akibat keguguran, tiada siapa yang sudi.... Posted: 02 Feb 2013 08:43 AM PST Ini bukan kes keguguran dari Majlis Syura Ulama, tapi keguguran bulu yang sepatutnya menutupi batang tubuhnya. Tidak diketahui apa puncanya yang menyebabkan keguguran ini hingga menakutkan beruk-beruk lain datang menghampirinya. Yang pastinya, keguguran ini berlaku bukan kerana dia ikut Najib ke Gaza….Ha! ha! ha! Beruk baboon yang malang ini akan terus mengekalkan identitinya sebagai beruk biasa walaupun kesemua bulunya sudah rontok dan hanya tinggal kulit yang menampakkan dirinya persis seekor anjing… |
Posted: 02 Feb 2013 02:45 AM PST Gara-gara mulut cabulnya mempersoalkan pemberian kewarganegaraan kepada kaum India dan Cina sebelum merdeka, maka nenek moyangnya mesti disiasat juga. Demikian desakan sekumpulan 60 orang dari pelbagai NGO dan parti-parti politik mengadakan bantahan hari ini selama 30-minit pada pancutan gajah di Brickfields terhadap Dr Mahathir. Mereka mendesak , kewarganegaraan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad disiasat oleh pihak berkuasa, jika difikirkannya bahawa pemberian kerakyatan kepada Cina dan India sebelum kemerdekaan adalah salah, kata R. Suresh Kumar, seorang pemimpin PKR. Ini adalah kerana Mahathir juga separuh India yang nenek moyangnya diberi kerakyatan untuk menjadi warganegara pada masa itu. "Nama penuh Mahathir ialah Mahathir Mohd Iskandar Kutty. Kutty adalah perkataan mencadangkan bahawa ayahnya adalah seorang India Muslim (Mamak) . Bulan lepas, bekas Perdana Menteri berkata pemberian kewarganegaraan kepada pendatang Sabah semasa tempoh beliau boleh disamakan dengan dasar yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman kepada pendatang India dan Cina sebelum kemerdekaan. Beliau mendakwa bahawa Tunku telah menganugerahkan kewarganegaraan tersebut walaupun ia tidak diperuntukkan dalam undang-undang pada masa itu. Satu perhimpunan besar akan diadakan pada Feb 23 pada pukul 6 petang di KL dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk menekan Mahathir untuk menarik balik kenyataan beliau dan memohon SUMBER |
Kisah Mak Nyonya dengan kucing merempat Posted: 01 Feb 2013 11:30 PM PST Biasalah banyak kucing buangan di setiap pasar.Manusia jadikan pasar tempat untuk membuang kucing yang mereka tak mahu pelihara.Mungkin mereka rasa di pasar banyak ikan, maka kucing-kucing tu mudah mendapat makanan di situ. Tetapi rasa tidak begitu.Anak saya menulis dalam facebook melalui pengamatannya seperti berikut : Pertemuan berlaku di Pasar Gunung Rapat.. Sewaktu saya menunggu ejen yang uruskan tentang ambil lesen, terdapat beberapa ekor kucing.. Comel sangat.. Geram sangat, tapi saya cuma ambil gambar kucing-kucing tu saja.. Saya tak belai, tak apa, sebab saya pernah alah dengan bulu kucing dulu.. Tiba-tiba, datang seorang makcik cina.. Naik motor dan bawa bakul pasar.. Dia berhenti depan saya dan cuba panggil semua kucing pasar.. Saya pelik.. Selepas itu, dia keluarkan nasi goreng dalam bakul dia dan dia beri pada kucing-kucing tersebut.. Saya tersenyum, berusaha menahan tangisan.. Tangisan sayu kerana mengenang nasib kucing tersebut dan tangisan malu.. Malu, sangat malu.. Islam menyuruh kita melayan semua makhluk Allah dengan baik.. Tapi saya tidak mampu lakukan.. Tanpa perlu saya mulakan perbualan, makcik tu bercerita.. Setiap hari, dia akan datang 2 kali sehari untuk bagi semua kucing tu makan.. Dan dia beritahu saya untuk boikot beberapa gerai kat situ sebab mereka kejam kepada kucing.. Dia juga beritahu dia pernah nak tolong seekor anjing,tetapi ada seorang lelaki melayu( sedang memandu) marah dan memandu kereta sampai nak langgar anjing tu.. Dia tak bagi makcik ni tolong anjing tu, tengking.. Rasanya hanya orang yang tak berperasaan yang tak malu waktu tahu tentang perkara ini.. Jadi, saya pun terangkan bagaimana sebenarnya Allah menyuruh kita melayan haiwan.. Hmm.. Malu sangat.. Sampai saat ni saya masih malu.. sumber |
Sultan Johor tentu terkejut jika tahu.... Posted: 01 Feb 2013 09:26 PM PST Seorang pembaca menulis : Johor government mana ada budget..kalau ada pun untuk beli plate number kereta Sultannya yang antara termahal di dunia...orang melayunya pun antara termiskin di Malaysia Itu pun org melayu masih bangga dengan kebodohannya... Pembaca tersebut memberi komen mengenai kondisi pemuliharaan haiwan di Zoo Johor yang amat menyedihkan. Masalah kewangan tidak patut dijadikan alasan pengurusan menjaga beruang dalam keadaan sedemikian menyedihkan… mungkin Sultan Johor tidak dimaklumkan tentang keadaan tersebut di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan