Isnin, 18 Februari 2013

Biaqpila

Biaqpila


GAMBAR BANJIR KILAT DI IOI MALL PUCHONG

Posted: 18 Feb 2013 07:49 AM PST


PUCHONG 18/2/13: Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan banjir kilat di sekitar Puchong mengakibatkan kenderaan terperangkap di Lebuhraya Damansara Puchong berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall.

Menurut peniaga di pusat membeli-belah terbabit, hujan lebat menyebabkan paras air naik hingga memasuki bahagian bawah IOI Mall.

"Air naik sekitar satu inci didalam Mall, tetapi keadaan kini semakin pulih dan pekerja sedang membersihkan lantai," katanya ketika dihubungi ABN news.

Foto yang dirakam beberapa pengunjung di pusat membeli-belah terbabit turut menunjukkan air naik di kawasan parkir menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam.

Selain itu, beberapa kenderaan turut dirakam tenggelam di LDP.

Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.

                                                                           






















BANJIR KILAT DEPAN IOI MALL PUCHONG

Posted: 18 Feb 2013 03:25 AM PST

Mesej dari Twitter "@astrotraffic: #kltu 1817 LDP: FLASH FLOODS KM 21.4 & KM 23.2 in front IOI Mall & Setiawalk - Bdr Puteri causing delays fr SPRINT & Bdr Utama, also KESAS"


Di Tangkap Ketika Cuba Rogol Lembu

Posted: 17 Feb 2013 08:00 PM PST


Gambar Hiasan

Batu Pahat: Tindakan seorang warga asing yang cuba melampiaskan nafsu luar tabiinya terhadap seekor lembu di sebuah ladang di Sri Sulong, Parit Sulong di sini, membawa padah apabila niatnya disedari penternak lembu berkenaan sebelum ditahan.
Lelaki berusia 30-an itu dikatakan pernah 'menyetubuhi' lembu betina lain hingga mati dengan mengikat dua kaki belakang lembu betina bagi mengelak dia ditendang haiwan berkenaan ketika asyik 'berasmara'.
Penternak lembu Sukiman Ab Majid, 54, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi 11 Februari lalu.

Menurutnya, ketika itu, dia meninjau keadaan haiwan ternakannya di kawasan benteng banjir di Ladang Sri Sulong, Pasir Sulong di sini.

Katanya, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an berdiri berhampiran lembu betinanya.

malaysia-instinct


Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong

Posted: 17 Feb 2013 05:23 PM PST


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.



Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.

Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.

Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.

"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.

Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.

Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.

Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.

"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.

Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.

Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.

Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.

Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.

Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.



MK


Tiada ulasan: