DIALOG RAKYAT |
- PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno
- Deepak saman Najib Rosmah RM3 bilion
- Pemuda PAS kerah ahlinya bantu mahasiswa
- Dakwaan ancaman nyawa: Guan Eng minta BN tunjuk bukti
- Samseng Umno conteng lambang salib pada bendera KEADILAN, PAS
- Mahathir kayakan kroni punca rizab negara terhakis, hutang bertimbun
- Bukti rakaman Adun Pulau Manis maki hamun mahasiswa
- 100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan
- Najib nafi halang Pornthip bedah siasat Sugumaran
- Konvensyen Pakatan: Agenda nama calon PM masih teka-teki
- PRU13: Kerusi PKR di Terengganu ditambah
- BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion
- Mahathir disaran tanding di Permatang Pauh
- Ejen, pengusaha umrah perlu faham peraturan semasa Saudi
- Insurans Kereta (Kenderaan) di Malaysia Naik Lagi Hari Ini 15 Februari 2013! Apa Kata Anda?
- Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah
- Umno tidak tipu: PAS nafi penjelasan Tun M
- 'Pakatan laksana tuntutan Hindraf dalam masa 100 hari di Putrajaya'
- MPS tiada kuasa buka tiang, kamera AES
- Tiada rancangan sabotaj PM: Guan Eng
- Antara Fenomena PSY dan Loman Penjual Ubat
- Undi UMNO lah Sebenarnya Boleh Jatuh Syirik dan Kufur (Haram)
- Komuter tergelincir di Stesen Shah Alam
- Standard PM di bawah artis Korea?
- Sah, PM hadir majlis CNY Dong Zong Ahad ini
PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno Posted: 15 Feb 2013 05:01 AM PST
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13. "Umno hanya bergantung kepada undi Melayu. "Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan," ujarnya kepada Harakahdaily. Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud. "Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam," katanya. Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang. Katanya lagi, Presiden MCA itu juga yang mengatakan Datuk Ayub, Adun Kemelah Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud. Tetapi, ujarnya ustaz Umno membisu dan kaku ketika Islam dihina oleh rakan sekutu Umno dan juga penghinaan hukum Islam oleh pemimpin Umno. "Apakah ustaz ini kurang vitamin sehingga rabun mata sehingga tidak nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sejawat Umno?" tanya beliau. Andaian kedua, ujarnya mereka itu golongan yang telah memalingkan diri daripada Allah sehingga Allah memalingkan hati mereka. Menurutnya, walaupun mereka ada ilmu tetapi ilmu yang tidak menyuluh kebenaran hidup sehingga mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada disiplin ilmu. "Mereka sanggup membeli dunia dengan menjual agama dan maruah untuk keuntungan sementara," katanya. | ||||
Deepak saman Najib Rosmah RM3 bilion Posted: 15 Feb 2013 05:00 AM PST
"Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah," kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini. Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka. Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk 'The Black Magic Woman' akan dilancarkan. Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini. Menurut Deepak dalam wawancara itu, Rosmah bukan saja menggunakan bomoh ke atas suaminya bahkan juga ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin. Hanya Tun Dr Mahathir saja yang terselamat, dakwa Deepak. | ||||
Pemuda PAS kerah ahlinya bantu mahasiswa Posted: 15 Feb 2013 04:53 AM PST
(Kekecohan berlaku apabila 30 mahasiswa sedang dikepung) KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang sedang dikepung samseng. Ia berikutan sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) dikepung samseng di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS. Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung. "Pemuda dah dikerah ke lokasi. Semalam mereka dah diserang, pemuda kita ada di sana dan petang kena lagi sewaktu mereka di pejabat PAS kawasan Pekan. "Insyaallah kita kerah orang kampung dan petang ini juga Ketua Pemuda Kawasan akan pergi ke sana," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily. Beliau juga menasihatkan mahasiswa agar bersabar menghadapi ujian dan tidak gentar meneruskan perjuangan. (Sebahagian dari mahasiswa yang dikepung dalam madrasah Darul Husna) "Sebelum ini ANAK diserang kini Mahasiswa, apa nak jadi dengan politik negara kita? "Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," katanya. Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa. "Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya. Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4. Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan. Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis. | ||||
Dakwaan ancaman nyawa: Guan Eng minta BN tunjuk bukti Posted: 15 Feb 2013 03:35 AM PST GEORGETOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan kononnya terdapat ancaman nyawa ke atas penyanyi K-Pop terkenal dari Korea Selatan, Psy pada Majlis Rumah Terbuka di sini, Isnin lalu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Chang Yeow yang dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut menyebut terdapat ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menakutkan rakyat Pulau Pinang, bahkan menjejaskan imej negeri ini di mata dunia. Menurutnya, walaupun kenyataan Chang Yeow itu disahkan oleh polis, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai ancaman itu. "Kita tahu keselamatan Perdana Menteri adalah penting tetapi saya ingin bertanya kepada dia (Chang Yeow), siapa yang mahu mengancam nyawa Perdana Menteri? "Siapa yang mahu mengancam nyawa Psy? Psy buat persembahan di serata dunia, namun tidak pernah kita dengar nyawa bintang terkenal ini diancam. "Tapi bila di Pulau Pinang, Chang Yeow dakwa nyawa penyanyi terkenal ini terancam sehingga menyebabkan majlis rumah terbuka mereka menjadi tunggang-langgang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau turut mempersoalkan mengapa persembahan Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang tetap diteruskan walaupun dikatakan berlaku ancaman terhadapnya. Menurutnya, kenyataan Chang Yeow itu mungkin untuk menutup malu BN apabila penyanyi yang terkenal dengan Gangnam Style tidak muncul apabila dijemput untuk menggaul yee sang bersama Perdana Menteri dan pimpinan BN lain. Dalam sidang media itu, Guan Eng turut menayangkan video kejadian 'memalukan' apabila Perdana Menteri dilihat menunggu kehadiran Psy untuk menggaul yee sang namun penyanyi itu tidak muncul walaupun dijemput berulang kali oleh pengacara majlis. Guan Eng berkata, dalam video berkenaan juga jelas menunjukkan Perdana Menteri sempat mengambil gambar orang ramai dan menunggu beberapa minit sebelum penyanyi itu muncul di pentas. "Kalau diamati video berkenaan, Perdana Menteri dalam keadaan ceria menantikan Psy dan dakwaan terdapat ancaman nyawa Perdana Menteri dan Psy juga mencurigakan kerana tidak kelihatan langsung anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan pentas. "Mereka (BN) mahu menutup malu dengan membuat cerita bahawa Perdana Menteri dan Psy diancam tetapi ia bakal menjejaskan nama Pulau Pinang. "Ia turut mencalarkan usaha polis yang selama ini giat menurunkan kadar jenayah di negeri ini. Kenyataan Chang Yeow itu menggambarkan Pulau Pinang tidak selamat," katanya. | ||||
Samseng Umno conteng lambang salib pada bendera KEADILAN, PAS Posted: 15 Feb 2013 03:33 AM PST KEADILAN DAILY MUAR Satu lagi perbuatan khianat samseng Umno berlaku apabila bendera KEADILAN dan PAS di Muar dicalitkan dengan lambang salib, dipercayai malam tadi selepas kejadian sama juga berlaku di Johor 25 Januari lalu. Setiausaha Cabang Muar, Hazli A Rahman berkata, kejadian itu disedari pagi tadi oleh aktivis parti apabila mendapati dua bendera yang digantung di tepi jalan Parit Sakai, Jalan Temenggong Ahmad, di sini diconteng lambang salib. Dipercayai tindakan ini ekoran kemarahan Umno yang tidak boleh menerima sambutan rakyat terhadap kemaraan Pakatan Rakyat di daerah tersebut. "Ini menunjukkan ketakutan dan betapa terdesaknya Umno BN Muar terhadap asakan bertali arus Pakatan Muar dan juga kebimbangan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. "Setelah gagal meyakinkan rakyat Muar dengan idea dan tawaran politik segar serta melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan semakin kukuh, Umno BN terpaksa menekan 'butang panik' melakukan tindakan desperado membuat provokasi hina sebegini," katanya pada kenyataan. Hazli berkata, sikap tidak matang Umno BN itu amat memalukan sekaligus pamer politik murahan bertujuan untuk memainkan sentimen agama. "KEADILAN Cabang Muar tegas mengutuk tindakan politik sebegini. Kami desak Umno BN Muar hentikan politik tidak matang. Berlawanlah di atas pentas hujah," katanya. Beliau juga menggesa rakyat tidak termakan ideologi 'longkang' yang cuba diserap Umno BN. "Kita tidak perlu terperangkap dengan propaganda picisan ini. Banyak lagi isu rakyat yang perlu difokus. "Hentikan segala taktik kotor. Hormati hak demokrasi dan partisipasi dalam berpolitik. Rakyat Muar makin bijak menilai tindak tanduk Umno BN yang curang dalam menjalankan amanah," katanya. Sebelum ini, insiden khianat tersebut berlaku di Batu Pahat apabila bendera KEADILAN dan PAS turut dicalitkan dengan lambang salib. Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti. | ||||
Mahathir kayakan kroni punca rizab negara terhakis, hutang bertimbun Posted: 15 Feb 2013 03:30 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. "Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur," katanya ketika dihubungi. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik. Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece. Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion. "Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang," kata Azan mengulas kenyataan itu. Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis. "Ia berdasarkan anggaran belanjawan negara selama 20 tahun dan semua orang boleh rujuk. Kerajaan mengakui aliran wang keluar yang terlalu banyak tidak dapat dicegah. Bahkan Bank Negara sedang menyiasat perkara ini," katanya. "Kadar SDR (Hak Pengeluaran Khas) bertujuan untuk mengawal kadar pengeluaran matawang juga menurun kerana diguna pakai untuk pembangunan dan pelaburan, ekoran keadaan ekonomi negara yang mengalami defisit selama 15 tahun. Dengan hasil negara yang banyak, rizab sepatutnya tak perlu digunakan," jelas Azan. Kata Azan lagi, idea penggunaan rizab negara untuk pembangunan dan pelaburan juga diilhamkan oleh Mahathir, dan ditentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Tanyalah Anwar, Tengku Razaleigh (Hamzah) atau mana-mana menteri kewangan di rantau ini, pastinya jawapan mereka bahawa rizab simpanan negara patut lebih tinggi dari sekarang," katanya. "Mahathir juga merendahkan ekonomi negara dengan menyamakan dengan Greece. Kenapa tidak bandingkan dengan negara setaraf seperti Singapura yang kini ada rizab sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tinggi dari Malaysia," soal Azan. | ||||
Bukti rakaman Adun Pulau Manis maki hamun mahasiswa Posted: 15 Feb 2013 03:28 AM PST KEADILAN DAILYPEKAN : Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube.Video (lihat sini) yang dirakam secara rahsia oleh salah seorang mahasiswa yang dimaki itu kini menjadi kegilaan ramai di youtube. Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka. Cikgu Din kelihatan dengan kasar memarahi para mahasiswa itu termasuk membangkitkan soal cincin yang dipakai oleh Rosmah. Selain insiden serangan oleh wakil rakyat Umno ini, mahasiswa yang turun ke Pekan juga ada yang dibelasah dan ada siswa yang dikejar dengan parang oleh mereka yang tidak dikenali. Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan. "Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau dipetik Harakah Daily. | ||||
100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan Posted: 15 Feb 2013 03:26 AM PST Oleh Norutul Ilham PEKAN : Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang. Bercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' di sekitar kawasan itu. "Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku. "Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar. Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi. "Samseng-samseng itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok," kata Ekhsan. Sebelum ini, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan. Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu. Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4. Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu. | ||||
Najib nafi halang Pornthip bedah siasat Sugumaran Posted: 15 Feb 2013 03:22 AM PST SINAR HARIAN IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C Sugumaran. Perdana menteri berkata, dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali. "Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini. Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu. Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara. Dalam kejadian pada 23 Januari lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi. Menurut laporan media sebelum ini, Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama | ||||
Konvensyen Pakatan: Agenda nama calon PM masih teka-teki Posted: 15 Feb 2013 03:15 AM PST Beberapa pemimpin PR yang dihubungi Sinar Harian Online mengambil pendirian tidak mahu berkongsi hasil perbincangan kecuali berkata pihaknnya memfokus soal manifesto. Sinar Harian Online juga difahamkan bahawa mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden semalam masih mahu menyimpannya sebagai 'rahsia' atas alasan pembentangan manifesto lebih penting dan perlu diutamakan apabila berhimpun 25 Februari ini. Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, mesyuarat yang berlangsung masih belum membuat keputusan berkenaan dengan soal menamakan calon perdana menteri bulan ini. Sehubungan itu tegas beliau, sekiranya ada yang melaporkan bahawa PR telah memutuskan calon, itu hanya spekulasi. "Kita belum putuskan siapa calon perdana menteri pada mesyuarat hari ini (semalam). Uuntuk konvensyen nanti pun saya belum tahu agendanya," katanya kepada Sinar Harian Online. Sinar Harian Online membawa laporan memetik seorang pemimpin kanan pembangkang telah menyatakan keputusan muktamad calon perdana menteri pada mesyuarat yang diadakan semalam. "Memang ada perbincangan bahawa agenda ini (calon perdana menteri) akan diumumkan bersama pengumuman manifesto PR. "Tetapi oleh kerana lazimnya agenda konvensyen PR tertumpu pada soal-soal dasar seperti disaksikan sebelum ini, kami bincang semula perkara ini dan beberapa agenda lain," katanya. Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut menafikan soal menamakan calon telah dimuktamadkan dan akan diumumkan pada konvesyen akan datang. "Perkara itu, tidak ada dalam pengetahuan saya," katanya. Sebaliknya kata beliau, pihaknya hanya memfokus agensi manifesto pada pertemuan semalam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali turut menyatakan bahawa beliau belum ada sebarang maklumat mengenai perkara tersebut. "Saya tak dapat maklumat lagi," katanya. | ||||
PRU13: Kerusi PKR di Terengganu ditambah Posted: 15 Feb 2013 03:08 AM PST KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu dijangka bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding tujuh kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Pertambahan satu kerusi itu dikatakan berlaku di peringkat Dun apabila lima kerusi yang dipertandingkan sebelum ini bertambah kepada enam kerusi, manakala Parlimen masih dikekalkan kepada dua kerusi. Walaupun keputusan tersebut belum muktamad, Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat turut mendedahkan melalui sumber yang boleh dipercayai, bahawa pertambahan kerusi terbabit melibatkan Dun Bukit Besi. "Kita difahamkan pertambahan satu kerusi itu adalah di Bukit Besi tetapi kita tidak dapat pastikan maklumat itu sudah melalui perbincangan muktamad atau sebaliknya. "Manakala di peringkat Parlimen, PKR mungkin diberikan kerusi Parlimen Dungun dan Kuala Nerus," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Pada PRU 2008, calon PKR di Terengganu bertanding dua kerusi Parlimen iaitu di Dungun dan Kemaman serta lima kerusi Dun iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Permaisuri dan Kota Putera, namun kesemua calon parti itu tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN). Sementara itu, ditanya samada PKR mempunyai kekuatan mencukupi untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin dengan keupayaan parti itu. "Pertambahan dibuat atas kapasiti politik dan PKR sememangnya boleh membantu Pas mengisi kemenangan. Kita bukan mahu 'demand' tetapi mahu melihat hasrat untuk ke Putrajaya tercapai," katanya. Dalam masa sama, beliau turut berharap jika pertambahan kerusi benar-benar berlaku, kesemua pihak dapat menerimanya dengan terbuka tanpa sebarang bantahan. Terengganu pada Mac tahun lalu turut menyuarakan hasrat untuk bertanding di 14 kerusi melibatkan tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun pada PRU13. Hasrat tersebut bagaimanapun dikritik hebat beberapa pimpinan Pas di peringkat negeri antaranya meminta PKR mengukur baju di badan sendiri dan mengatakan parti itu tidak layak mendapatkan jumlah kerusi sebanyak itu di negeri ini | ||||
BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion Posted: 15 Feb 2013 03:07 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR, : Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan "menemui ajalnya" pada pilihan raya umum akan datang. "Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil," demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua. Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah. "Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka," jelas beliau. Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini. "Tempoh konsesi ialah selama 50 tahun dan merupakan lebuhraya kedua terpanjang dalam sejarah Malaysia. Apa yang menjadi persoalan lain, bagaimana kontrak kerajaan itu boleh membabitkan pemberian pinjaman mudah sebanyak RM635 juta kepada AZRB? "Lagi pun, kerajaan telah mengeluarkan pinjaman hampir separuh daripada jumlah modal untuk membina lebuhraya itu, kenapa mahu diswastakan pula?" tanya Pua. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kebimbangan paling besar ialah tawaran kontrak itu dikeluarkan sendiri oleh JPM. "Empat minggu lalu pula, satu lagi rekod tercipta. Sebanyak RM5.2 bilion dimuktamadkan bagi projek konsesi dengan tempoh 60 tahun untuk pembinaan Lebuhraya Pantai Barat oleh Kumpulan Europlus. "Selain mendapat pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion, kerajaan juga menanggung kos pengambilalihan tanah sebanyak RM980 juta," jelas Pua. Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan pada awal tahun lalu, kerajaan BN juga menganugerahkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang juga bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. "Pada November tahun lalu, kerajaan BN juga memberi anugerah kontrak bernilai RM19.8 bilion kepada MRT Corp dan hanya minggu lalu sebelum cuti Tahun Baru Cina, lagi RM322 juta kontrak diberi," kata beliau. Tidak terhenti di situ, kerakusan kerajaan BN menganugerahkan projek kepada kroni mereka bukan lagi satu rahsia. Menurut Pua, pada Ogos tahun lalu, kontroversi timbul apabila Najib menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2 bilion untuk projek sambungan LRT Ampang kepada sebuah syarikat pembuatan meter air, George Kent Bhd. "Sebulan kemudian, satu lagi kontrak bernilai RM1.33 bilion dianugerah kepada MRCB bagi kerja lain pada landasan LRT yang sama," kata beliau. Menyimpulkan keadaan yang berlaku, Pua berkata, tindakan menganugerahkan projek itu secara besar-besaran di antara tempoh 12 bulan ini menandakan BN sudah menghidu kekalahan yang mungkin dialami mereka. "Perkara keduanya, ini menunjukkan BN amat terdesak untuk mendapatkan dana dari kroni mereka sendiri demi menentukan "hidup mati" survival politik mereka. "Kali ini semua pihak menjangkakan Malaysia akan berhadapan dengan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah. BN akan lakukan apa saja untuk "membeli" kemenangan buat mereka," jelas beliau.-Roketkini.com | ||||
Mahathir disaran tanding di Permatang Pauh Posted: 15 Feb 2013 03:02 AM PST KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Rasional cadangan ini dikemukakan, saya melihat serangan Dr Mahathir semakin kuat terhadap Anwar walaupun sudah bersara dari politik," katanya pada sidang media, hari ini. Nordin mendakwa beliau telah mengesyorkan perkara itu kepada Anwar tiga hari lalu. "Saya telah menghubungi beliau (Anwar) mengenai cadangan ini dan beliau menerimanya. Sebab itulah saya berani umumkan perkara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau yang juga ahli PKR Cabang Teluk Intan menambah, kedua-dua tokoh itu turut dicadangkan supaya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu kuat Anwar. Katanya, untuk memastikan sama ada Dr Mahathir seorang yang banyak berjasa kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan negara, negawaran itu disarakan menerima cabaran ini. "Melalui pertandingan ini, kita dapat menguji kekuatan dan populariti kedua-dua tokoh tersebut," katanya. | ||||
Ejen, pengusaha umrah perlu faham peraturan semasa Saudi Posted: 15 Feb 2013 02:58 AM PST SINAR HARIAN NILAI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta syarikat pengusaha dan agen pakej umrah agar memahami peraturan dan keperluan semasa kerajaan Arab Saudi dalam urusan pengeluaran visa umrah. Katanya langkah ini penting bagi mengelak berlaku masalah jemaah terkandas berikutan masalah visa. "Oleh itu, saya menasihatkan jangan kita (agen) keluarkan tiket dan sebagainya, atau pun jangan kita menguar-uarkan tarikh pemergian seseorang itu sehingga visa dapat dikeluarkan dengan pasti oleh pihak Kedutaan Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kekecewaan 130 orang peneroka dari Johor yang ingin menunaikan umrah ke Tanah Suci 'terkandas' di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Kulaijaya semalam, setelah dimaklumkan penerbangan mereka dibatalkan, sebelum berlepas. "Untuk itu, Tabung Haji telah diminta membantu supaya mereka yang menguruskan umrah ini mematuhi peraturan tersebut," katanya menambah meskipun tarikh umrah dan tempahan kapal terbang telah dibuat, namun disebabkan masalah urusan pengeluaran visa, ia terpaksa dibatalkan. Katanya beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi kini sedang menjalankan proses pembaikan di peringkat dalaman Masjidil Haram. "Jadi saya fikir mungkin ada kaitan dengan visa yang diperkemas dan diperketatkan. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan betul," katanya. Jelas beliau kerajaan Arab Saudi mengenakan peratuhan khusus dalam urusan pengeluaran visa umrah kepada mereka yang ingin mengerjakannya. "Visa adalah daripada pihak kerajaan Arab Saudi dan tidak melibatkan kerajaan Malaysia. Untuk visa umrah pula, ia dikeluarkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi dan melalui agensi-agensi yang menganjurkan aktiviti umrah. Jadi, agensi yang menganjurkan aktiviti umrah ini, ia melibatkan lesen daripada Kementerian Pelancongan. "Bermakna kalau nak pergi melawat ke negara-negara yang memerlukan visa, ia perlu diproses dan agensi itu yang bertanggungjawab," katanya. Menurut beliau ramai yang keliru dengan perkara itu dan sering merujuk kepada Tabung Haji setiap kali berlaku masalah jemaah terkandas yang diuruskan syarikat umrah. "Sebenarnya Tabung Haji dalam perkara umrah, tidak ada kaitan untuk visa tersebut, sebab visa dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi dan penganjur umrah merupakan penganjur yang telah diberikan kebenaran melalui lesen di bawah Kementerian Pelancongan," tambahnya. - Bernama | ||||
Insurans Kereta (Kenderaan) di Malaysia Naik Lagi Hari Ini 15 Februari 2013! Apa Kata Anda? Posted: 14 Feb 2013 08:58 PM PST Tiada yang mengejutkan. Jikalau sebelum kita sudah pun mendengar berita kenaikan insurans kereta (kenderaan lain) di Malaysia DI SINI, tahun ini insuarans kereta & kenderaan lain terus dinaikan selepas mendapat "perkenaan" Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dilaksanakan untuk seluruh rakyat Malaysia secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011. Pekeliling telah pun diedarkan kepada semua pengendali & agen-agen Insurans sejak minggu lepas lagi. Ini kerana bermula hari ini, insurans kereta, dan kenderaan lain akan dinaikkan bermula hari ini (15 Februari 2013) Butiran Kenaikan Insurans Kereta & Kenderaan Lain di Malaysia 2013?
Agak-agaknya apa lagi yang bakal kedengaran berita kenaikan selepas ini terutamanya setelah Pilihanraya Umum ke 13 amnya? P/S : Walaubagaimanapun, bak kata menteri sekitar buan Oktber 2012 (SEPERTI DI SINI) kos pembayaran insuran di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ASEAN PP/S : Mungkin dengan pemberian BR1M RM500 dan RM250 yang diberikan kerajaan setakat ini sedikit sebanyak dapat menampung kenaikan insurans kereta & kenderaan lain di Malaysia. Apa kata anda pula? | ||||
Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah Posted: 14 Feb 2013 08:54 PM PST Pegawai Felda yang didakwa mempengerusikan mesyuarat untuk menyekat NGO ANAK daripada memasuki Felda Sungai Tengi enggan mengulas lanjut berkenaan kandungan mesyuarat itu yang dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube. Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja. Beliau sebaliknya menjemput Malaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut. Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda sebelum memberikan ulasan seterusnya. "Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepada Malaysiakini. Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi. Tambahnya, mesyuarat tersebut antara lain turut dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda. Dakwanya lagi, mesyuarat itu turut membincangkan cubaan untuk menggagalkan program ANAK di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut. "Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising". | ||||
Umno tidak tipu: PAS nafi penjelasan Tun M Posted: 14 Feb 2013 08:47 PM PST Oleh Siti Sofia Md Nasir SHAH ALAM: PAS hari ini menyangkal kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjelaskan tiada penipuan oleh Umno semasa parti Islam itu berada di dalam Barisan Nasional (BN). Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata Dr Mahathir telah melakukan banyak penipuan kepada rakyat Kelantan dan juga rakyat Malaysia selain menjadi punca PAS keluar BN. Menceritakan kembali peristiwa perpecahan BN dan PAS, Khalid berkata ia berlaku ketika masalah pelantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir. Menurutnya, BN telah merampas kuasa kerajaan Kelantan ketika pengisytiharan darurat dan ia adalah faktor utama mengapa PAS keluar BN. "Kalau tidak ditipu, kenapa kita keluar? Semasa krisis di Kelantan, semasa kita bersama BN, pihak Umno telah memihak kepada Datuk Nasir. Ini menimbulkan krisis dari segi pelantikan MB sedangkan keputusan siapa patut jadi MB perlu diserah kepada parti. "Tetapi apabila Nasir telah dilantik oleh Adun-adun termasuk Umno, maka ia menimbulkan masalah dan ini menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbalahan. "Hasil daripada itu, Umno dapat bertapak buat seketika di Kelantan kerana sebelum itu Kelantan sentiasa berada dalam pemerintahan PAS. "Apabila timbul krisis itu dan Ibrahim Ali bakar beberapa biji tayar untuk menunjukkan huru-hara, maka berlakulah pengisytiharan darurat. Mereka telah rampas kuasa dan ini yang menyebabkan PAS keluar BN," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. Dalam entri terbaru blog Dr Mahathir, beliau menyatakan Umno tidak pernah menipu PAS seperti yang didakwa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN. "Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Nasir mencabar kepimpinan Presiden PAS ketika itu, Datuk Asri Muda. "Kerana PAS berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytiharkan dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan. "Pada Mac 1978 pilihan raya negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya dua kerusi," ujarnya dalam laman blog. Sementara itu, usaha Antarapos untuk mendapatkan reaksi daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain gagal apabila beberapa pemimpin seperti Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut. | ||||
'Pakatan laksana tuntutan Hindraf dalam masa 100 hari di Putrajaya' Posted: 14 Feb 2013 08:40 PM PST Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun Hindraf untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya. "Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya. "Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah (bawah) yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf. Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012. Mereka turut mengancam akan menarik kembali sokongan Hindraf terhadap Pakatan jika Pakatan terus berlengah dan tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut. Anwar bagaimanapun menegaskan, Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat untuk menandatangani pelan tindakan itu. Beliau sebaliknya menggesa mereka meneliti agenda-agenda masyarakat India yang selama ini didukung Pakatan Rakyat kerana dokumen polisi Buku Jingga sendiri secara tidak langsung telah mengangkat semangat pelan tindakan itu. "Kami telah membaca pelan tindakan anda. Bolehkah anda juga turut membaca pelan tindakan kami (Buku Jingga)? "Untuk bersikap adil, anda juga perlu mengiktiraf semua (isu orang India) yang telah Pakatan dukung," tegas Anwar. Menurutnya, pemimpin Pakatan selama ini tekal memperjuangkan isu-isu seperti kewarganegaraan, kematian dalam tahanan serta bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil. "Lihat sahaja kes Kugan (yang mati dalam tahanan pada tahun 2009), ia tak akan jadi isu nasional jika kita tidak menyuarakannya. Saya sendiri minta pemimpin DAP dan PAS bersama saya melawat rumah Kugan," katanya. Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri editor Thiru Kural, Massal Okai, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban. Turut hadir adalah Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan M Manoharan dan ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi. | ||||
MPS tiada kuasa buka tiang, kamera AES Posted: 14 Feb 2013 08:35 PM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuka tiang serta kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Peguam Alex De Silva, yang mewakili pengendali AES Beta Tegap Sdn Bhd, berkata MPS juga tidak boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau perintah berkaitan kedua-dua lebuh raya. Beliau berkata ini kerana Menteri Kerja Raya telah mewartakan Lebuhraya PLUS dan SKVE sebagai jalan persekutuan. "Lebuhraya PLUS telah diwarta oleh menteri berkenaan sebagai jalan persekutuan pada 27 Disember 1988 manakala Lebuhraya SKVE pada 25 Jun tahun lepas (2012). "Sehubungan itu, MPS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kedua-dua lebuh raya atau kuasa untuk mengeluarkan apa-apa notis berhubung perkara berkenaan," katanya. Alex berkata demikian ketika berhujah pada pendengaran permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan MPS membuka dua kamera AES di kawasan perbandaran itu. Beliau berkata PLUS dan SKVE merupakan konsesi lebuh raya di bawah kawalan serta pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Katanya, Beta Tegap tidak mempunyai obligasi di bawah undang-undang untuk memohon kebenaran merancang mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. "Jadi, siapa yang mempunyai bidang kuasa itu? Hanya kerajaan persekutuan boleh membuat undang-undang berkaitan jalan persekutuan," katanya. Pada 19 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MPS, yang difailkan 12 Disember lepas. Dalam permohonan itu, Beta Tegap mendakwa MPS, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lepas, memutuskan syarikat tersebut perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang. MPS, menerusi surat bertarikh 6 Disember, mengarahkan syarikat itu membuka tiang serta menutup kamera AES terbabit dalam tempoh 14 hari notis. Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili MPS berhujah permohonan Beta Tegap merupakan salah tanggapan dan tidak mempunyai merit. "Lebuhraya PLUS dan SKVE terletak di bawah bidang kuasa responden (MPS). Tiang serta kamera AES dipasang di atas tanah kerajaan dan sehubungan itu, berada di bawah bidang kuasa responden," katanya. Gobind juga berkata MPS sekadar menjalankan tugasan undang-undangnya mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dalam mengeluarkan notis berkenaan dan Beta Tegap telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan yang dilakukan di bawah akta tersebut. Jabatan Peguam Negara, yang bertindak sebagai pencelah, pula berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 85(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Menteri Kerja Raya merupakan pihak yang mempunyai bidang kuasa untuk memberi kelulusan bagi pemasangan AES di jalan persekutuan. Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh juga berkata hanya Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara dalam senarai persekutuan, termasuk APJ. "MPS telah bertindak melebihi bidang kuasanya, dan notis sepatutnya dibatalkan atas alasan menyalahi undang-undang," katanya. Hakim Datuk Zaleha Yusuf kemudian menetapkan 21 Februari depan untuk keputusan. | ||||
Tiada rancangan sabotaj PM: Guan Eng Posted: 14 Feb 2013 08:34 PM PST ANTARA POS.COM BAYAN LEPAS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan merancang untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini. "Adakah anda bermaksud untuk mengatakan bahawa Najib berkongsi skrip beliau? "Bagaimana kita tahu apa yang Najib ingin cakap? Jadi, penyokong Pakatan Rakyat jugakah yang terlibat dengan isu Psy tak mahu gaul yee sang bersama PM?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Guan Eng mengulas isu berkenaan apabila DAP didakwa sengaja mensabotaj majlis anjuran Barisan Nasional (BN) di Han Chiang College yang menampilkan Psy dengan tarian fenomena seluruh dunia, 'Oppa Gangnam Style' sebanyak dua kali. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, serta dua anaknya, pemimpin-pemimpin BN termasuklah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga menteri Koh Tsu Koon dan Ng Yen Yen. Dalam majlis tersebut, orang ramai yang hadir memakai pakaian dengan tiga warna yang berbeza seperti dicadangkan oleh Lim – kuning untuk Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah melambangkan perubahan di mana telah menyebabkan timbul isu majlis anjuran BN itu telah disabotaj. Bagaimanapun menurut Guan Eng, orang ramai yang hadir dengan memakai pakaian tiga warna itu, termasuk baju Bersih dilihat berlegar-legar di sekitar padang kawasan tersebut manakala, orang ramai yang memakai pakaian berwarna merah adalah ahli-ahli Umno sendiri memandangkan warna itu adalah warna rasmi parti itu. "Kami tidak menganjurkan mana-mana kumpulan. Jika kita mempunyai wang untuk menganjurkan perkara seperti ini, kita akan menjemput Psy untuk membuat persembahan," kata Lim, yang menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina DAP di Relau. "Berfikirlah secara logik, jangan menuduh (kami) dengan melulu. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini. Biar orang ramai yang hadir pada hari itu menilainya. Sangat jelas yang rakyat tidak bersedia untuk menerima BN". | ||||
Antara Fenomena PSY dan Loman Penjual Ubat Posted: 14 Feb 2013 08:21 PM PST TERINGIN juga menulis mengenai konsert Hari Raya Cina PSY di Pulau Pinang dan percubaan pembesar Barisan Nasional menangguk di air jernih. Orang yang tahu selok-belok menangguk tidak akan menangguk di tempat yang jernih airnya sebab ikan nampak tangguk dan lari. Sebab itu orang yang pandai menangkap ikan akan menangguk, memukat dan menjala di air keruh.Lagipun, air jernih selalunya tidak ada ikan. Air boleh jadi keruh apabila banyak ikan berkumpul. Orang yang baca media massa arus semasa seperti portal berita dan blog tentu sudah mengetahui apa yang berlaku di konsert itu. "Are you ready for PSY? --"YES!"Dalam bahasa Inggeris basahan, ia bolehlah disifatkan sebagai "daft". Oleh kerana tindakan itu "daft" maka tidak perlulah kita menghabiskan masa membincangkannya. Loman Penjual Ubat Jadi kali ini saya akan menulis mengenai seorang penjual ubat yang sudah meninggal dunia yang sangat terkenal masa saya kanak-kanak dan remaja bernama Loman – singkatan kepada Abdul Rahman dalam loghat Thai. Abdul Rahman mendakwa dia mualaf dan nama Abdul Rahman itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaya/Malaysia waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra. Malah Loman mendakwa dia anak angkat Tunku. Masuk akal juga sebab Tunku memang cergas dalam kegiatan dakwah Islamiah melalui Perkim. Loman yang bercakap Melayu pelat Siam menjual ubat di merata pekan sehari di Kedah dan Perlis. Dia menjual pelbagai ubat, tetapi yang paling terkenal adalah ubat sakit gigi dan ubat cacing ramu. Cacing lamu, kata Loman. Dalam bahasa baku, cacing ramu dikenali sebagai cacing kerawit (Enterobius vermicularis). Ia adalah antara jenis cacing yang menjangkiti ramai orang kampung waktu itu. Kempen jualan ubat cacing kerawit Loman berbunyi lebih kurang begini (dengan izin dan berbanyak-banyak maaf): "Cacin lamu dia tak kela pungkok sapa. Pungkok Loman pun dia kolek. Pungkok Tunku Abdul Rahman pun dia kolek. Pungkok laja pun dia kolek." Memang betul. Anggota badan kita yang paling kerap diserang cacing kerawit adalah dubur. Sesiapa yang pernah kena serangan cacing itu fahamlah penderitaannya. Duduk tak sedap. Hendak tidur pun susah. Cacing kerawit Tetapi ia tidak susah diubati. Ada banyak ubat tradisional yang boleh membunuh cacing itu. Ubat paling mujarab sekarang berjenama Zentel. Ia boleh dibeli tanpa kebenaran doktor di farmasi. Semua Untuk Jualan Kecuali Sang Isteri Selepas mempromosikan keberkesanan ubat "cacin lamu"nya, Loman akan berjenaka: "Adik-adik, abang-abang mai la beli ubat Loman. Kalu tak hilang nyakit hilang det (duit). Minta det balik, Loman dah makan." Dia kerap membawa isterinya, seorang perempuan yang jauh lebih muda daripadanya. Dia boleh dikatakan cantik dan bergaya. Loman tahu ramai juga yang datang bukan untuk membeli ubat, tetapi untuk melihat isterinya. Sambil menudingkan jari, Loman berkata: "Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai." Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: "Hat tu tak yuai!" Kalau Loman masih hidup, orang politik boleh belajar daripadanya. Loman tahu macam mana menarik minat pelanggan sebab dia ambil berat "mood" dan kehendak mereka. Misalnya, dia tahu jangkitan cacing kerawit paling meluas pada musim hujan apabila tanah lembap dan kekotoran di mana saja. Dia tahu jangan sekali-kali berjenaka dengan orang sakit gigi. Wallahualam. | ||||
Undi UMNO lah Sebenarnya Boleh Jatuh Syirik dan Kufur (Haram) Posted: 14 Feb 2013 08:18 PM PST Tiba-tiba sahaja ada golongan yang mengaku ulamak (ular dalam semak) Kelantan membuat kenyataan bahawa mengundi PAS itu haram. Hujah dangkalnya yang setaraf dengan kanak-kanak belum baligh ialah kerana PAS menyokong Datok Seri Anwar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible. Menyamar kononya mereka ulama, tetapi tengok kenyataanya jelas mereka ini bebal, pekak dan buta agaknya. Apa kuasa DSAI dan PAS untuk membenarkan kalimah Allah itu digunakan dalam bible? Apakah selama ini bible di Sabah dan di Sarawak menggunakan kalimah Allah atas kebenaran dan kelulusan PAS dan DSAI? Begitu juga kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah itu juga dibuat oleh DSAI dan PAS? Dahsyat! Besar dan kuatnya pengaruh dan kuasa PAS serta DSAI sehingga boleh meluluskan perkara itu ya? Apakah ular dalam semak itu sebenarnya adalah penyambung lidah iblis dan syaitan kerana begitu mudah dan selesa membuat fitnah semata-mata untuk mencari publisiti dan nama agar mendapat sesuatu habuan dari UMNO? Apakah mereka lupa bahawa Dato Nazri Aziz sendiri dalam Parlimen dulu pernah membuat kenyataan bahawa kebenaran dan kelulusan menggunakan kalimah Allah dalam bible di Sabah dan Sarawak dibuat oleh kerajaan iaitu termasuk Menteri dari kalangan UMNO? Begitu juga kebenaran dan kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah dibuat oleh Perdana Menteri dengan sokongan Menteri kabinet termasuk dari UMNO? Bukankah Dato Noh Gadut dan Dato Harussani telah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang melulus dan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible maka mereka jatuh kufur dan kafir! Jadi siapakah yang kufur dan kafir sebenarnya sekarang? UMNO, PAS atau DSAI? Bukankah dengan kenyataan kedua-dua tokoh itu juga membawa maksud bahawa menyokong atau mengundi UMNO juga boleh membawa seseorang itu jatuh kufur dan kafir sama? Bukankah UMNO juga berjuang semata-mata kerana dasar kebangsaan dan menolak syariat Allah sebagai dasar perjuangan mereka dan juga menolak syariat Allah secara jelas untuk dilaksanakan malahan menghinaserta mempersenda syariat dan sunnah Nabi itu boleh membawa kepada syirik? Ini juga bermakna sesiapa yang menyokong dan mengundi UMNO itu jatuh syirik? Kenyaataan paling bodoh dan tolol puak ular dalam semak ini ialah dengan mengatakan bahawa UMNO itu imam dan MCA serta parti kompenen lain dalam BN itu makmum. Sebenarnya, MCA itulah imam dalam BN. Gerakan, MIC dan PBS (Sabah) itu makmum saf pertama dan UMNO itu makmum saf kedua. Itu sebabnya bila ada pemimpin UMNO yang cuba bercakap untuk melaksanakan hudud atau melaksanakan Islam dalam pentadbiran kerajaan, maka dengan sombong pemimpin MCA dan Gerakan membantah dan membidasnya, maka UMNO senyap dan menggeletar ketakutan. Tetapi apabila MCA dan Gerakan dengan terang dan terbuka menghina Islam dan menghina syariat Allah termasuk hudud, UMNO juga menggigil dan jadi bisu kerana tak berani untuk menegurnya. Jadi siapa imam sebenarnya dalam BN wahai ular dalam semak? Ulamak konon, tok guru pondok konon! Tapi akhlaknya buruk dan menjelaskan isi hati dan perut mereka yang busuk dan kotor sekali. Apakah masih ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka mengaji di pondok ular dalam semak sebegini? Jika ada, bersedialah untuk menjadikan anak-anak mereka golongan yang busuk hati, rosak akhlak dan penyubur fitnah nanti. Selain itu pendedahkan RCI membuktikan bahawa sejak zaman Mahathir, negara kita diperintah oleh kerajaan haram iaitu menang dengan cara menipu. Menggunakan pengundi asing untuk memenangkan BN. Apakah ini kerajaan halal wahai ular dalam semak? Pendedahan itu membuka mata rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka sebenarnya duduk dibawa sebuah kerajaan haram. Menyokong kerajaan haram dan mempertahankan kerajaan haram juga adalah haram hukumnya! Walaubagaimana pun, Pakatan Rakyat harus meneliti kenyataan bekas Pengurus Bank Pertanian Kota Kinabalu , Mat Swadi akan kenyataan ini "Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka". Beliau juga mendakwa hanya Mahathir terlibat dalam isu IC ini, bukanya DSAI dan Pak Lah. Oleh itu, eloklah Mahathir diistihar sebagai "Bapa Pengkhianat dan Petualang Negara". Beliau dan keluarganya mesti dibatalkan taraf kewarnegaraanya dan diusir keluar dari negara ini. Malang sungguh Malaysia dan rakyatnya. Dulu dapat Perdana Menteri seorang petualang dan pengkhianat, tetapi tetap disanjung dan dihormati oleh rakyat yang buta hati dan tidak bermaruah. Kini ber Perdana Menteri kan pula seorang yang dikaitkan dengan kes jenayah iaitu pembunuhan warga Monggolia dan terlibat dengan rasuah kapal selam. Isteri pula dikatakan terlibat dengan kerja syirik, yakni menggunakan bomoh untuk menundukan suami dan menteri-menteri. Patutlah Mahathir pun takut dengan Rosmah, mungkin juga kena penunduk seperti yang didedahkan oleh Deepak agaknya. Bertuahnya UMNO dan ahlinya kerana dapat ketua seperti Mahathir dan Najib ye! Inilah sebenarnya maruah Melayu UMNO yang setaraf dengan ular dalam semak. Wallahualam | ||||
Komuter tergelincir di Stesen Shah Alam Posted: 14 Feb 2013 04:19 PM PST [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Empat daripada enam gerabak KTM Komuter tergelincir di Stesen Komuter Shah Alam di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, komuter tanpa penumpang tersebut dalam perjalanan dari Klang menuju Kuala Lumpur. Setibanya di stesen, empat gerabak di bahagian belakang tergelincir. Bagaimanapun pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan. Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati pekerja KTM sedang melakukan siasatan dan kerja penyelenggaraan. Ia kejadian ketiga melibatkan kemudahan KTM dalam tempoh sebulan ini. Minggu lalu, kereta api Sinaran Utara tergelincir dengan Kampung Baru, Bukit Mertajam. Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan awal agi tadi, KTMB berkata, perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Pelabuhan Klang–Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan hari ini ekoran kegelinciran tren Komuter di stesen Shah Alam. "Perkhidmatan tren komuter bagi sektor ini akan beroperasi seperti biasa dengan kelewatan sekitar lima minit," kata kenyataan itu. Semasa insiden berlaku, katanya, tren komuter berkenaan kosong, tiada penumpang, dan sedang membuat perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelenggaraan. "Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. "KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1-300-88-5862," kata kenyataan itu lagi. | ||||
Standard PM di bawah artis Korea? Posted: 14 Feb 2013 04:12 PM PST Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. PETALING JAYA: Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara 'makan besar' di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan. Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. "Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa 'standard' Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea," soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan. "Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya. "Inilah satu-satunya kes malu yang 'dibayar' dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta," katanya. Kredibiliti Najib dilihat tercalar apabila penyanyi antarabangsa, Psy dikatakan enggan naik ke pentas menggaul Loh Sang walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacara majlis. Najib serta beberapa pemimpin BN termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansur dibiarkan berdiri tercegat sambil menanti kehadiran Psy kira-kira lima minit sehingga membantutkan acara tersebut. | ||||
Sah, PM hadir majlis CNY Dong Zong Ahad ini Posted: 14 Feb 2013 04:06 PM PST MALAYSIA KINI Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima jemputan Dong Zong untuk menghadiri majlis rumah terbuka pertubuhan pendidik Cina itu Ahad ini.Perdana menteri mengesahkan kehadirannya melalui sepucuk surat yang diterima oleh Dong Zong dari Pejabat Perdana Menteri hari in, kata Timbalan Pengerusinya, Chow Siew Hon ketika dihubungi Malaysiakini. Menurutnya, satu sidang akhbar akan diadakan esok berhubung perkara tersebut. Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee turut mengesahkan bahawa Najib akan menghadiri majlis rumah terbuka Dong Zong. "Ya, saya baru dimaklumkan (bahawa perdana menteri akan menghadiri majlis tersebut). Saya hanya tahu petang ini," katanya kepada Malaysiakini. Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada perdana menteri akan membuat sebarang pengumuman mengenai permintaan Dong Zong semasa kunjungan tersebut. Dong Zong sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka agar kerajaan mengiktiraf United Examaniation Certificate (UEC) dan meluluskan empat sekolah cina persendirian yang baru. Sementara itu, akhbar the Malay Mail melaporkan hari ini bahawa Dong Zong atau Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina Malaysia berkata, perdana menteri bersetuju menghadiri majlis tersebut bertempat di Pusat Pembelajaran Tingginya di Jalan Bukit, Kajang. Menurut akhbar itu, kira-kira 3,000 tetamu, termasuk Pesuruhjaya Tinggi Singapura, serta duta dan kumpulan pendidikan dari China dan Taiwan dijangka menghadiri majlis rumah terbuka tersebut, tambahnya. The Malay Mail memetik Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian berkata ia akan menjadi satu peristiwa yang bersejarah kerana Najib merupakan perdana menteri pertama dalam tempoh 50 tahun, menghadiri majlis Dong Zong dan ini akan menjadi isyarat yang baik ke arah memupuk hubungan yang lebih baik antara kerajaan dan masyarakat Cina. "Kehadiran Perdana Menteri akan melambangkan pentingnya masyarakat Cina dan kedudukan (Najib) dalam masyarakat tersebut," katanya. Menurut Dr Yap lagi, Dong Zong telah ditubuhkan selama 58 tahun dan ini adalah kali pertama huluran tangannya disambut oleh seorang perdana menteri sebagai pemimpin tertinggi negara ini. Yap berkata kehadiran perdana menteri akan meningkatkan mood keseluruhan majlis sambutan tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan