Nuffnang

Pengikut

Biaqpila

sumber :-

Biaqpila


Tahi Bintang Jatuh Di Rusia, Lebih 400 Orang Cedera

Posted: 15 Feb 2013 08:24 AM PST





MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.

Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.

Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

"Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan," kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

"Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu," katanya.

mstar


BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion

Posted: 14 Feb 2013 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan "menemui ajalnya" pada pilihan raya umum akan datang.

"Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil," demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah.

"Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka," jelas beliau.

Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini.

"Tempoh konsesi ialah selama 50 tahun dan merupakan lebuhraya kedua terpanjang dalam sejarah Malaysia. Apa yang menjadi persoalan lain, bagaimana kontrak kerajaan itu boleh membabitkan pemberian pinjaman mudah sebanyak RM635 juta kepada AZRB?

"Lagi pun, kerajaan telah mengeluarkan pinjaman hampir separuh daripada jumlah modal untuk membina lebuhraya itu, kenapa mahu diswastakan pula?" tanya Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kebimbangan paling besar ialah tawaran kontrak itu dikeluarkan sendiri oleh JPM.

"Empat minggu lalu pula, satu lagi rekod tercipta. Sebanyak RM5.2 bilion dimuktamadkan bagi projek konsesi dengan tempoh 60 tahun untuk pembinaan Lebuhraya Pantai Barat oleh Kumpulan Europlus.

"Selain mendapat pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion, kerajaan juga menanggung kos pengambilalihan tanah sebanyak RM980 juta," jelas Pua.

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan pada awal tahun lalu, kerajaan BN juga menganugerahkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang juga bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

"Pada November tahun lalu, kerajaan BN juga memberi anugerah kontrak bernilai RM19.8 bilion kepada MRT Corp dan hanya minggu lalu sebelum cuti Tahun Baru Cina, lagi RM322 juta kontrak diberi," kata beliau.

Tidak terhenti di situ, kerakusan kerajaan BN menganugerahkan projek kepada kroni mereka bukan lagi satu rahsia.

Menurut Pua, pada Ogos tahun lalu, kontroversi timbul apabila Najib menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2 bilion untuk projek sambungan LRT Ampang kepada sebuah syarikat pembuatan meter air, George Kent Bhd.

"Sebulan kemudian, satu lagi kontrak bernilai RM1.33 bilion dianugerah kepada MRCB bagi kerja lain pada landasan LRT yang sama," kata beliau.

Menyimpulkan keadaan yang berlaku, Pua berkata, tindakan menganugerahkan projek itu secara besar-besaran di antara tempoh 12 bulan ini menandakan BN sudah menghidu kekalahan yang mungkin dialami mereka.

"Perkara keduanya, ini menunjukkan BN amat terdesak untuk mendapatkan dana dari kroni mereka sendiri demi menentukan "hidup mati" survival politik mereka.

"Kali ini semua pihak menjangkakan Malaysia akan berhadapan dengan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah. BN akan lakukan apa saja untuk "membeli" kemenangan buat mereka," jelas beliau.-Roketkini.com



AZAB NERAKA YANG PALING RINGAN

Posted: 14 Feb 2013 08:00 PM PST



Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim


313. Hadis An-Nu'man bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling ringan azabnya pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada tapak kakinya dua biji batu dari Neraka, ianya akan menyebabkan otaknya mendidih iaitu lelaki yang tidak pernah kena tanah semasa berjalan.

Khabarnya orang itu adalah Bapa Saudara Nabi sendiri iaitu Abu Talib yang mempertahankan Nabi namun meninggal sebagai orang kafir. Kalau begitu, bagaimana dengan orang yang tiada sebarang penyumbangan, berbuat dosa sepanjang masa, membuka aurat sini sana, tentunya berkali ganda lebih perih.

Wallahualam

mr-tazkirah
berita-harian-online


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT