Jumaat, 15 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Nasharuddin Mat Isa Bakal Jadi MENTERI Kementerian...

Posted: 15 Feb 2013 07:17 AM PST



...Kemajuan Islam Malaysia???

Sebuah blog menyiarkan artikel yang mendakwa JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan dinaik taraf menjadi sebuah kementerian. Langkah ini berikutan keputusan mesyuarat tertutup kabinet yang dikatakan membincangkan hal itu dan sebulat suara bersetuju untuk menaik taraf jabatan itu menjadi sebuah kementerian. 

Blog itu mendakwa cadangan menaik taraf JAKIM akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia.

Blog yang sama mendakwa terdapat khabar angin bahawa Najib bakal menasihati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri pertama kementerian tersebut.

 Hal ini demikian kerana tidak ada satu fasal pun dalam Perkara 43 Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihati Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu tertentu daripada parti tertentu. Pelantikan boleh dibuat asalkan individu tersebut merupakan ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Adakah khabar angin ini benar atau hanya sekadar kisah dongeng yang dipaparkan dalam blog Truth Vaccine? -DCM



Nyawa Psy Terancam? Mengapa Artis Itu Boleh Lompat Kuda 2 Kali, Santai di Restoran Korea? Hahahaha!

Posted: 15 Feb 2013 02:29 AM PST



[HD] PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.

"Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut," kata Lim yang dipetik Malaysiakini.

"Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya," tambahnya lagi.

Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa 'No' dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul 'Yee Sang', semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.

"Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas," kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.

Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis.

Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial.
Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya.

Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata 'No' kepada soalannya 'Are you ready for BN?' yang ditanya tiga kali berturut-turut.

Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang.

Manakala jawapan polis pula berterabur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy.

Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa.

"Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam. Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?" tanya Lim Guan Eng.
 
 
P/s: Apa yang sebenarnya berlaku? Sila tonton video di sini.
 
hahahahaha!
 
Tolonglah ketawa!
 
 
 
 
 

Suspek Rompak Ibu, Rogol Anak Ditahan

Posted: 14 Feb 2013 11:00 PM PST



[SH] BATU PAHAT - Salah seorang suspek kes rompak dan rogol di Sri Gading di sini, 12 Februari lalu, hanya bebas 14 jam sebelum dia diberkas polis ketika sedang berjalan kaki, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis di Jalan Besar Sri Gading, di sini, sekitar jam 5.35 petang.

Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan susulan kejadian berkenaan dan suspek berjaya dikesan melalui keterangan diberikan mangsa yang mengenali suara lelaki tersebut.

"Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan polis, suspek didapati positif dadah dan kini dalam tahanan reman sehingga 20 Februari ini untuk siasatan terperinci.

"Polis kini juga sedang giat memburu seorang lagi suspek dan percaya dapat menahannya dalam tempoh terdekat ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, di sini, semalam.

Mat Razali berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 kanun sama.

Tambahnya, pihaknya mengharapkan kerjasama awam yang mempunyai maklumat berhubung suspek dan kes ini agar tampil bagi membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Zulkifli Suhaili di talian 019-7516211 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sinar Harian semalam, melaporkan kejadian rompakan dan rogol ke atas seorang wanita serta anaknya selepas kediaman mangsa diceroboh dua penjenayah.
 
 
Laporan awal di sini.
 
 

Surat Terbuka Deepak kepada Dr Mahathir Dedah Pekung...

Posted: 14 Feb 2013 10:00 PM PST



Tun,

Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.

Tun,

Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.

Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,

Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.

Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,

Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT.

Tun,

Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-

a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami
c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:

i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut
ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan
iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.

Tun,

Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-

a) Tukar CEO serta-merta
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,

Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,

Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,

Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Ikhlas,

DEEPAK J TEKWANI
 
 
 

Dr Pornthip Dedah SEBAB Beliau Keberatan Bedah Siasat Sugumar

Posted: 14 Feb 2013 09:00 PM PST



[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Feb — Dr Pornthip Rojanasunand enggan mengadakan bedah siasat kedua terhadap mayat pengawal keselamatan C. Sugumar oleh kerana kerajaan Malaysia tidak gembira dengan hasil kerjanya dalam kes Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Sugumar, N. Surendran mengatakan Selasa lalu pakar forensik Thailand itu tiba-tiba mengubah keputusannya selepas pengumuman tentang kedatangannya pada Rabu untuk bedah siasat Sugumar, yang dikatakan mati kerana keganasan polis bulan lalu diumumkan.

"Timbalan setiausaha tetap MOJ (Kementerian Kehakiman Thailand) memberitahu saya terdapat mesej daripada perdana menteri bahawa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan kerja saya, terutamanya dalam kes TBH (Teoh Beng Hock)," kata Dr Pornthip (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui emel semalam.

Dr Pornthip menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh dan memberi keterangan kepada koroner dan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terdapat kemungkinan salah laku dalam kematian pembantu Exco DAP itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2009.

RCI telah membuat kesimpulan Teoh telah didorong untuk membunuh diri selepas soal siasat agresif dan tanpa henti oleh tiga pegawai SPRM.

"Saya memberitahu peguam tersebut bahawa saya adalah pegawai kerajaan di bawah Kementerian Kehakiman yang memerlukan kebenaran daripada setiausaha tetap," kata Dr Pornthip yang merupakan pengarah Institut Sains Forensik Thailand, di bawah MOJ.

Dr Pornthip menegaskan beliau memerlukan kebenaran untuk melaksanakan autopsi pada Sugumar tanpa apa-apa batasan, tetapi tidak menyatakan jika MOJ telah melarang beliau untuk berbuat demikian.

"Sila hantar mesej saya kepada rakyat negara anda anda saya tidak pernah mahu terlibat dalam politik. Saya faham bahawa setiap negara mempunyai sistem keadilan mereka sendiri, tetapi tidak perlu ada halangan bagi rakyat untuk mencari keadilan," katanya.

Beliau menambah akan menghantar dokumen dari MOJ kepada The Malaysian Insider kemudian.

Dr Pornthip terkenal di Thailand kerana berlawan dengan pihak berkuasa, terutamanya untuk mendakwa pembunuhan dilakukan polis semasa kempen anti-dadah Perdana Menteri ketika itu Thaksin Shinawatra pada tahun 2003.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meminta laporan forensik ke atas kematian Sugumar sebelum ini selepas isu tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah diarahkan untuk mengendalikan laporan tersebut selepas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menimbulkan isu kematian pengawal keselamatan semasa mesyuarat Kabinet.

Beberapa saksi melihat Sugumar terbaring diatas jalan berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada 23 Januari lalu serta menuduh anggota polis yang menangkap dan menggarinya telah membelasah mangsa hingga mati.

Polis bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan bedah siasat Hospital Serdang mendapati pengawal keselamatan itu mati kerana serangan jantung.

Kematian Sugumar antara kematian yang berlaku melibatkan pasukan polis, antara yang lain adalah mendiang Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009; anggota polis menembak remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan beberapa lagi kes tembakan polis yang membawa kematian sejak dua tahun ini.


Kemas Kini:

Apa kata Najib?

Najib Nafi Halang Pornthip Bedah Siasat Sugumar

[SH] IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.


P/s: Anda mahu percaya cakap Dr. Pornthip atau Najib? Jika Najib berkata begitu, maka tiada masalah untuk Dr Pornthip melakukan pembedahan tersebut.

 

Datuk Kena Cekup Separuh Bogel

Posted: 14 Feb 2013 06:40 PM PST


[SH] KUALA LUMPUR - "Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah," kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.

Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.

Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.


Datuk dicekup dengan janda

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan.

Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.


Jumlah tangkapan menurun

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan.

Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan.

"Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur.

"Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya," katanya di pejabat Jawi, semalam.

Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Penguat kuasa Jawi
Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.

Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.



[Video] Pencacai Sunting Video "Are you ready for BN?"

Posted: 14 Feb 2013 04:00 PM PST



Malu Punca Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style

[KD] KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya 'Are You ready For BN?' dan penonton menjawab 'Yes' sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut 'No' sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan 'Yes' juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

"Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.

"

Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal," katanya kepadaKeadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

"Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka," katanya.

Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.


Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI & SINI.


P/s: Aduhai, kasihan pencacai BN! Apabila Psy tidak muncul di atas pentas untuk menggaul Yee Sang, mereka dakwa keselamatan Psy diancam. Kasihan pencacai!


Tiada ulasan: